Posted by : Jobseekers Sabtu, 26 Oktober 2013

Perkhidmatan tukar milik kenderaan kini boleh dilakukan secara dalam talian mulai 1 Nov ini di bawah perubahan sistem dari Sikap ke mySikap.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata namun sebelum itu, pembeli dan penjual kenderaan mesti mendaftar di kaunter JPJ untuk melakukan pengesahan biometrik sebelum menggunakan kaedah dalam talian.

“Melalui kaedah ini, ia dapat mengelak pemalsuan identiti pemilik serta memudahkan pengguna.

“Purata tahunan pengguna menggunakan perkhidmatan ini ialah 1.4 juta dan ini merupakan bilangan yang tinggi dan kritikal,” katanya dalam sidang media di JPJ Bandar Baru Bangi di sini Jumaat.

Beliau berkata melalui kaedah ini, pengguna boleh berurus niaga pada bila-bila masa dan mulai 1 Januari tahun hadapan pihaknya akan mengurangkan perkhidmatan di kaunter JPJ.

Selain tukar milik kenderaan, perkhidmatan lain yang boleh digunakan melalui portal mySikap ialah pembayaran cukai, saman, pembaharuan lesen dan mendapatkan maklumat mengenai senarai hitam.

Ismail berkata perubahan sistem itu juga ialah bagi menyahut seruan kerajaan yang ingin melihat 85 peratus perkhidmatan agensi kerajaan dilakukan menerusi dalam talian menjelang 2015.

“Sebelum ini kita hanya menggunakan kira-kira 35 hingga 40 peratus perkhidmatan secara dalam talian, namun meningkatkannya bagi menyahut seruan kerajaan,” katanya.

– BERNAMA

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -