Archive for Oktober 2014

"GOPRO" ZAMAN DAHULU KALA - Legend Tu.......


Zaman dahulu kala pak hang mak hang nenak hangpa semua tak ada GoPro monopod dan mengambil gambar selfie macam kepalabana seperti anda sekarang. Zaman dahulu kamera terlaku berat untuk letak di hujung kayu semata-mata





Kredit : Gopro
Jumaat, 3 Oktober 2014
Posted by Jobseekers

KEADAAN DI MEKAH SEKARANG : LAMBAIAN HAJI TIBA LAGI - Alhamdulilah

Musim haji tiba lagi dan jutaan umat Islam tidak mengira liberal atau konservatif. Syiah atau suni. Arab ataupun bukan Arab datang menjalankan rukum Islam yang kelima. Mereka semua mempunyai satu tujuan sahaja iaitu menunaikai ibadah wajib ini dan bukannya selfie depan kaabah. Kepada yang di mekah kami berharap anda mendapat haji yang mabrur. Kepada yang menanti giliran silakan bersabar. Kepada yang masih belum mampu banyakkanlah berusaha mengumpul dana. Insyallah.




Kredit : Tabung Haji
Posted by Jobseekers

LAND CARPET : PERMAIDANI GAMBAR SATELIT- Kau hado

Rekaan permaidani biasnya lebih kepada rekaan floral atapun geometri. Tetapi sekiranya anda mahukan permaidani yang unik dan menarik anda boleh memesan Land Carpet. Ianya permaidani yang dianyan untuk kelihatan seperti topografi bumi yang dilihat dari angkasa lepas. Terdapat topografi ladang, gurun, bandaraya dan juga pelabuhan. Ianya dihasilkan oleh Florian Pucher dan damn son DO WANT!




Kredit : Permaidani

LAMBORGHINI ASTERION : KENDERAAN HIBRID 920 KUASA KUDA - Awesome


Semua pengeluar kenderaan kini mahu menghasilkan kenderaan hibrid kerana menjaga kesihatan muka bumi kini is an in thing. Ferrari ada F70 La Ferraria dan kini Lamborghini ada Asterion. Kenderaan hibrid ini dilengkapi enjin Lambroghini Huracan 610 kuada kuda yang digabungkan dengan motor elektrik yang memberikan gabungan 910 kuasa kuda. Di dalam mod elektrik ia mampu bergerak sejauh 50 kilometer sebelum perlu dicas. Menurut Lambroghini Asterion boleh memecut sehingga 320 kilometer sejam. Buat masa ini kenderaan ini hanyalah konsep dan tiada perancangan menjualnya kepada hipster tree huggers yang berduit.









NGUSABA PUSEH - MENIKAM DIRI DENGAN KERIS BAGI MENGHORMATI ROH NENEK MOYANG

Orang cina menghormati roh orang tua dengan memberi persembahan makanan, membakar efigi kertas dan membakar colok. Orang Islam menghormati roh orang tua dengan mendoakan roh mereka setiap kali solat. Di Pulau Bali setiap tahun upacara Ngusaba Puseh dilakukan bagi menhormati roh nenek moyang yang telah meninggal dunia dan sebagai tanda kasih kepada tuhan. Peserta Ngusaba Paseh akan bersawai sambil menikam tubuh mereka dengan keris. Sungguhpun ditikam tubuh mereka tidak akan berdarah sepanjang masa mereka bersawai. Extreme devotion!


Dahsyat tu!!!






Khamis, 2 Oktober 2014
Posted by Jobseekers

CASING MERUBAH IPHONE MENJADI KAMERA KOMPAK - Gizmon Ica

Casing dengan fungsi lensa tambahan banyak kali kami paparkan di Blogerius,. Sebagai contoh ialah Gizmon Ica yang dipaparkan tahun lalu dan I.Am+ Foto.Shosho oleh Will I Am.  Tetapi ada sebuah lagi casing baru yang akan mengubah iPhone anda menjadi kamera kompak sebenar. Relonch mendakwa casing rekaan khas mereka ini mampu menangkap gambar pada resolusi lebih tinggi dan dengan sokongan zoom optikal. Ianya juga boleh berfungsi sebagai power bank. Apabila disambungkan kepada iPhone, aplikasi khas Relonch Guru boleh mengakar anda teknik mengambil gambar dengan lebih baik. Spesifikasi bateri dan saiz sensor masih belum diumumkan tetapi pesanan sudah boleh dilakukan dengan harga jualan sekitar RM1600. Yep! 







Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -