Memaparkan catatan dengan label Out the malaysian. Papar semua catatan
Agak agak kalau bagi kenal kat atok korang macam ni...boleh jadi opah kome x??
Bila bercakap tentang seksi dan cun mesti korang sentiasa terpikir muda dan bergetah je kan...ha tapi kali ni bukan....ianya seorang nenek berumur 59...kalau ikut undang kerja di pihak kerajaan Malaysia kira tahun depan tu da pencen la kan.....nenek ni memang hot....agak2 kalau ataok2 korang kat kampung yang duda tu bole cuba kenal-kenalkan ye dok...mane tau dapat nenek omputih macam retis pulak tu kan....hahahaha
Khamis, 1 Oktober 2015
Posted by Jobseekers
Book Lover Korang Boleh Gi Hay on Wye Kat Wales
Hay on Wye yang terletak di Wales ialah bandar buku murah dan terpakai United Kingdom. Terdapat dua dozen kedai buku terpakai yang menjual buku pada harga semurah GBP 1. Ada kedai yang dibuka ditepi jalan tanpa dijaga. Pemilik kedai percaya bibliophil adalah insan kudus yang tak akan mencuri buku. Letak sahaja wang yang perlu dibayar ke dalam kotak yang disediakan. Alangkah bestnya jika di Malaysia ada bandar buku macam ini. The closest is probably chowrasta di Penang.
Sumber Amusing Planet



Sumber Amusing Planet
Khamis, 3 September 2015
Posted by Jobseekers
Awek Hijab Tough....KO Hado???
Korang Nak Awek sado? Awek berhijab ni membuktikan berhijab bukan penghalang untuk kelihatan seperti She Hulk ataupun Wonder Woman. Aku kini terasa nak pasang bodyguard.
Sumber Tumblr Fire of Helios

Sumber Tumblr Fire of Helios
Rabu, 2 September 2015
Posted by Jobseekers
Keemala Resort - Lebih Gempak Dari Alam Nyata
Phuket ialah destinasi percutian yang terkemuka di Thailand. Ribuan rakyat Malaysia datang ke sini untuk bercuti dan melihat ladyboys beraksi di Bangla Road. Don't you dare lie to me kids, you know and I know when you are in Phuket you go see those beautiful trannies in action. We did and it was off our bucket list. Anyway di Phuket kini ada resort cool beans yang biliknya kelihatan seperti sebuah sarang burung tempua gergasi. Di Keemala Resort, yang terletak 40 minit dari Phuket anda masih dikelilingi kemewahan walalupun tinggal di dalam sarang tempua. Sungguh awesome. Masa untuk mengumpul duit dan bercuti di Phuket. Looks super cool!



Sumber Keemala Resort
Selasa, 1 September 2015
Posted by Jobseekers
Orang U.K Pun Tiru Ali Baba
Ali Baba Bujang Lapok ialah filem klasik super sinis yang diarahkan oleh P Ramlee. Di dalam filem ini ada babak penyamum memangkah dahulu rumah Kassim Baba sebelum ianya dirompak pada waktu malam. Di UK baru-baru ini gempar apabila pihak Polis Warwickshire mengumumkan mereka menemui teknik serupa digunakan pada rumah sekitar Warkwickshire. Simbol yang dicat pada rumah menandakan sama ada rumah tersebut mempunyai sistem keselamatan, sudah dirompak, mudah dirompak ataupun diduduki orang kaya. Secara keseluruhan 40 simbol sudah ditemui pada beberapa buah rumah. Cat yang hanya boleh dilihat pada waktu malam digunakan untuk menandakan rumah di waktu siang.
Nampaknya life is imitating art. Diharap penyamum di Warwickshire juga bodoh macam penyamum filem sehingga menyerang tandas di waktu malam!
Kredit:Blogserius
Jumaat, 14 Ogos 2015
Posted by Jobseekers
Tan sri Michelle Dah nak Kahwin.....^^
Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan tunangnya iaitu Jean Todt yang merupakan Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). Dijangkakan mereka berdua bakal bergelar suami isteri pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Michelle Yeoh.
Pastinya perkahwinan mereka berdua akan berlangsung dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang. Michelle Yeoh dan Jean Todt telah pun mengikat tali pertunangan sejak tahun 2005. Lokasi perkahwinan belum lagi disahkan, namun dikhabarkan Michelle Yeoh turut sama akan mengadakan majlis di Malaysia dan Hong Kong. Sebelum ini Michelle Yeoh telah menangguhkan perkahwinannya kerana pemergian ayah tercinta pada tahun lalu.
Kredit : Beautifulnara
Khamis, 30 Julai 2015
Posted by Jobseekers
Betapa bernilainya seekor kucing........
Kenapa membeli kucing adalah win? Ini ialah 10 sebab mengapa kucing adalah haiwan yang best. Ilustrasi dihasilkan oleh Lingvistov.

Sumber Lingvistov
Kredit : Blogserius
Rabu, 29 Julai 2015
Posted by Jobseekers
Khas untuk abah-abah yang inginkan style.....awesome dude
Assalamualaikum...saya terjumpa post blog ni...macam awesome gak kalau bapa2 yang pakai...mesti nampak segak untuk mendukung bayi.Masa membeli terjumpa baby carrier yang dihasilkan oleh Mission Critical. Ia kelihatan seperti baju kalis peluru yang digunakan tentera moden. Sebijik macam Dragonskin yang dipakai tentera Amerika Syarikat. Selain kelihatam lebih bad ass, baby carrier ini juga dilengkapi "webbing" untuk meletakkan barangan bayi. Super awesome dan dijual pada harga $190 (RM 720) sebuah. Terdapat tiga pilihan warna iaitu olive green, hitam dan kelabu. Damn son!


Selasa, 28 Julai 2015
Posted by Jobseekers
"GOPRO" ZAMAN DAHULU KALA - Legend Tu.......
Zaman dahulu kala pak hang mak hang nenak hangpa semua tak ada GoPro monopod dan mengambil gambar selfie macam kepalabana seperti anda sekarang. Zaman dahulu kamera terlaku berat untuk letak di hujung kayu semata-mata
Kredit : Gopro
Jumaat, 3 Oktober 2014
Posted by Jobseekers
KEADAAN DI MEKAH SEKARANG : LAMBAIAN HAJI TIBA LAGI - Alhamdulilah
Musim haji tiba lagi dan jutaan umat Islam tidak mengira liberal atau konservatif. Syiah atau suni. Arab ataupun bukan Arab datang menjalankan rukum Islam yang kelima. Mereka semua mempunyai satu tujuan sahaja iaitu menunaikai ibadah wajib ini dan bukannya selfie depan kaabah. Kepada yang di mekah kami berharap anda mendapat haji yang mabrur. Kepada yang menanti giliran silakan bersabar. Kepada yang masih belum mampu banyakkanlah berusaha mengumpul dana. Insyallah.
LAND CARPET : PERMAIDANI GAMBAR SATELIT- Kau hado
Rekaan permaidani biasnya lebih kepada rekaan floral atapun geometri. Tetapi sekiranya anda mahukan permaidani yang unik dan menarik anda boleh memesan Land Carpet. Ianya permaidani yang dianyan untuk kelihatan seperti topografi bumi yang dilihat dari angkasa lepas. Terdapat topografi ladang, gurun, bandaraya dan juga pelabuhan. Ianya dihasilkan oleh Florian Pucher dan damn son DO WANT!
Kredit : Permaidani
Kredit : Permaidani
LAMBORGHINI ASTERION : KENDERAAN HIBRID 920 KUASA KUDA - Awesome

Semua pengeluar kenderaan kini mahu menghasilkan kenderaan hibrid kerana menjaga kesihatan muka bumi kini is an in thing. Ferrari ada F70 La Ferraria dan kini Lamborghini ada Asterion. Kenderaan hibrid ini dilengkapi enjin Lambroghini Huracan 610 kuada kuda yang digabungkan dengan motor elektrik yang memberikan gabungan 910 kuasa kuda. Di dalam mod elektrik ia mampu bergerak sejauh 50 kilometer sebelum perlu dicas. Menurut Lambroghini Asterion boleh memecut sehingga 320 kilometer sejam. Buat masa ini kenderaan ini hanyalah konsep dan tiada perancangan menjualnya kepada hipster tree huggers yang berduit.

NGUSABA PUSEH - MENIKAM DIRI DENGAN KERIS BAGI MENGHORMATI ROH NENEK MOYANG
Orang cina menghormati roh orang tua dengan memberi persembahan makanan, membakar efigi kertas dan membakar colok. Orang Islam menghormati roh orang tua dengan mendoakan roh mereka setiap kali solat. Di Pulau Bali setiap tahun upacara Ngusaba Puseh dilakukan bagi menhormati roh nenek moyang yang telah meninggal dunia dan sebagai tanda kasih kepada tuhan. Peserta Ngusaba Paseh akan bersawai sambil menikam tubuh mereka dengan keris. Sungguhpun ditikam tubuh mereka tidak akan berdarah sepanjang masa mereka bersawai. Extreme devotion!
Dahsyat tu!!!
Khamis, 2 Oktober 2014
Posted by Jobseekers
CASING MERUBAH IPHONE MENJADI KAMERA KOMPAK - Gizmon Ica
Casing dengan fungsi lensa tambahan banyak kali kami paparkan di Blogerius,. Sebagai contoh ialah Gizmon Ica yang dipaparkan tahun lalu dan I.Am+ Foto.Shosho oleh Will I Am. Tetapi ada sebuah lagi casing baru yang akan mengubah iPhone anda menjadi kamera kompak sebenar. Relonch mendakwa casing rekaan khas mereka ini mampu menangkap gambar pada resolusi lebih tinggi dan dengan sokongan zoom optikal. Ianya juga boleh berfungsi sebagai power bank. Apabila disambungkan kepada iPhone, aplikasi khas Relonch Guru boleh mengakar anda teknik mengambil gambar dengan lebih baik. Spesifikasi bateri dan saiz sensor masih belum diumumkan tetapi pesanan sudah boleh dilakukan dengan harga jualan sekitar RM1600. Yep!
Posted by Jobseekers
Muzium Khas Christiano Ronaldo
Ego Tahap Ronaldo
Terdapat 2 kem di dalam dunia bolasepak. Ada kem yang mengatakan Lionel Messi ialah pemain bole terhandal dunia sekarang. Sebuah lagi kem mengatakan Cristiano Ronaldo pula pemain terhandal dunia. Piala Dunia 2014 di Brazil menunjukkan setakat ini Messi mendahului saingan sebagai penjaring terbanyak diantara dua atlet hebat generasi ini. Sungguhpun begitu Ronaldo mungkin boleh angkat takhta sebagai pemain yang lebih ego berbanding Messi. Museu CR7 terletak di Funchal kepulauan Madeira, tempat kelahiran Ronaldo. Di dalam muzium ini kesemua trofi dan anugerah yang pernah diterima beliau dipamerkan kepada umum. Ini termasuk trofi kasut emas Eropah dan Ballon D'Or yang beliau menangi tahun ini. Anda juga boleh melihat patung lilin beliau dan bergambar bersamanya. Jika mahukan sesuatu yang lebih realistik terdapat tempat mengambil gambar khas yang memberikan ilusi anda benar-benar bergambar dengan Ronnie. Untunglah masih hiduppun ada muzium. Super Mokhtar Dahari sampai la takde muzium. Why? Kerana we do not honour achivements.
Terdapat 2 kem di dalam dunia bolasepak. Ada kem yang mengatakan Lionel Messi ialah pemain bole terhandal dunia sekarang. Sebuah lagi kem mengatakan Cristiano Ronaldo pula pemain terhandal dunia. Piala Dunia 2014 di Brazil menunjukkan setakat ini Messi mendahului saingan sebagai penjaring terbanyak diantara dua atlet hebat generasi ini. Sungguhpun begitu Ronaldo mungkin boleh angkat takhta sebagai pemain yang lebih ego berbanding Messi. Museu CR7 terletak di Funchal kepulauan Madeira, tempat kelahiran Ronaldo. Di dalam muzium ini kesemua trofi dan anugerah yang pernah diterima beliau dipamerkan kepada umum. Ini termasuk trofi kasut emas Eropah dan Ballon D'Or yang beliau menangi tahun ini. Anda juga boleh melihat patung lilin beliau dan bergambar bersamanya. Jika mahukan sesuatu yang lebih realistik terdapat tempat mengambil gambar khas yang memberikan ilusi anda benar-benar bergambar dengan Ronnie. Untunglah masih hiduppun ada muzium. Super Mokhtar Dahari sampai la takde muzium. Why? Kerana we do not honour achivements.



Selasa, 24 Jun 2014
Posted by Jobseekers
Easy Going Projector- Suitable for All
Nice!
Projektor selalunya digunakan di kedai mamak bagi memaparkan perlawanan bola sepak. Di kebanyakkan mamak projektor gergasi digunakan bagi memastikan siaran dapan dipancarkan pada skrin yang besar. This is all well and good tetapi projektor yang ada dipasaran sekarang tidak cukup kompak dan mudah alih.
ODIN yang direka oleh firma Dos Owl yang berpengkalan di Amerika Syarikat adalah projektor pintar mudaa alih berkuasa Android. Ia bukan sahaja mampu memancarkan imej sebesar 145 inci mendatar tetapi turut mampu berinteraksi dengan peranti pintar tanpa wayar. Ia menggunakan sistem operasi Android Kit Kat dan diperkasakan pemproses 1.6 GHz Empat teras. Tak cukup dengan itu ia turut menyokong Bluetooth 4.0 serta outpot HDMI penuh. Very nice. Kompak,kecil dan pintar. Do want! Jika mahu sila sokong projek ini di Kickstarter.



Isnin, 23 Jun 2014
Posted by Jobseekers




































