Memaparkan catatan dengan label Gadget. Papar semua catatan
4 pelajar bakal saingi Zuckerberg
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Empat pelajar AS yang merupakan usahawan muda kini menjadi rebutan syarikat gergasi Internet, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Mereka dianggap sebagai genius Internet selepas mencipta beberapa aplikasi komputer yang berpotensi besar untuk dimajukan.
Kejayaan empat bakat baharu itu menyebabkan mereka turut menjadi buruan syarikat-syarikat gergasi Internet temasuk, Facebook, Google dan YouTube yang tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil mereka bekerja.
Mereka muncul selepas kejayaan Mark Zuckerberg menghasilkan laman sosial Facebook bersama beberapa rakannya yang lain semasa belajar di Universiti Harvard.
Seorang usahawan muda itu, Feross Aboukhadijeh, 20, yang pernah bekerja di Facebook dan menjadi rakan Zuckerberg, mencipta nama kerana menghasilkan laman web YouTube Instant yang dapat menyiarkan klip video carian pengguna dengan cepat.
Laman web tersebut kini dilawati lebih sejuta kali manakala pelajar Universiti Stanford di AS itu turut mendapat tawaran kerja daripada firma enjin carian Internet, Google.
Dia pernah bertaruh dengan seorang rakan bahawa dia dapat menghasilkan laman web YouTube Instant dalam masa sejam.
“Saya kalah pertaruhan itu,” katanya dalam temu bual bersama majalah tempatan, New York.
“Saya mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan laman web tersebut,” tambahnya lagi.
Seorang lagi pelajar, Joseph Huang turut menarik perhatian nama-nama besar Internet kerana mencipta sistem pengesanan global (GPS) yang dinamakan WiFiSlam untuk kegunaan dalam bangunan.
Aplikasi Android ciptaannya boleh memandu arah di dalam bangunan dengan teknologi tersebut berpotensi untuk dijual sebagai sistem navigasi untuk digunakan di dalam muzium dan pusat beli-belah.
Seorang lagi pelajar, Ashkay Kothari pula mengasaskan aplikasi berita, The App yang dibeli sebuah firma Internet pada harga AS$4 juta (RM12.2 juta), lima minggu selepas ia dihasilkan.
Turut tidak ketinggalan menjadi tumpuan penggiat industri Internet ialah pelajar dari negeri New Hampshire,
Dan Thompson yang pakar menghasilkan pengaturcaraan Internet yang sukar. – Agensi
Maxis buat hal lagi semalam!!!
Siapa yang terkena dengan maxis semalam? Ada yang terkena dengan maxis sampai hilang berpuluh ringgit dalam masa beberapa minit.
Kenapa ini berlaku? Siapa yang langgan internet prepaid? Yang kita duk subsribe RM2 untuk 100mb dan RM10 untuk seminggu dan seterusnya.
Kalau perasan semalam, siapa yang langgan internet oleh maxis akan terkena perkara ni lagi-lagi mereka yang menggunakan 'prepaid'.
Semalam dalam pukul 10-12 malam ramai kawan aku yang terkena benda ni. Subcribe internet tapi tiba-tiba dapat mesej yang kita tiada langgan sebarang 'internet package' dan dengan itu penggunaan internet tersebut dipotong melalui kredit kita.
Yang menjadi masalah adalah, kita sebenarnya dah pun langgan pakej internet tersebut tapi mungkin atas kesilapan teknikal berlaku percanggahan yang membuatkan kredit kita ditelan.
Terbaru admin try dalam pukul 10 pagi tadi. Masih tiada perubahan, admin baru je topup balik sebelum subuh semalam dan masih berlaku perkara yang sama.
Admin harap pihak Maxis memandang serius masalah ini. Jangan duk main telan je duit pelanggan dan harap pihak MAXIS memulangkan kembali wang yang telah anda 'curi' dari customer anda secepat mungkin.
*dibawah adalah bukti printscreen mangsa 'masalah teknikal maxis' yang kecewa (sumber internet)*
Telefon pintar paling nipis di dunia
PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.
Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.
Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah.
Kredit: Kosmo
Khamis, 10 Januari 2013
Posted by Jobseekers
Rebat telefon pintar 3G dilaksana tahun depan
KUALA LUMPUR — Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Januari depan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yakin program itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah berikutan persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sangat baik.
Kementerian itu bagaimanapun sedang meneliti makna sebenar istilah ”smartphone” yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan pembeli menerima rebat tunai, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 kementerian itu di Muzium Negara, di sini hari ini.
"Apabila itu beres, saya kira tiada hal lagi (untuk pelaksanaan pemberian rebat). Ramai yang bertanya, jadi kita nak beri ruang secukupnya supaya mereka boleh berhubung terus dengan SKMM atau kedai-kedai dan ejen yang sudah didaftar,”katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 di Parlimen September lepas, mengumumkan pemberian rebat RM200 secara ”one-off” bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka. — BERNAMA
IPAD MINI AKHIRNYA DIPERLIHATKAN (12 GAMBAR)
Pagi tadi Apple secara rasminya memperlihatkan iPad Mini. Ianya in all honesty sebuah New iPad (iPad3) yang dikecilkan saiznya dari 10" kepada 7.9". Peranti ini diperkasakan dengan pemproses A5 dan skrin bersolusi 1024 x 768 pixel. Ini bermakna ia mempunyai resolusi yang sama dengan iPad 2. Dari segi rekaan ia mempunyai rekaan bahagian belakang yang menyamai iPhone 5. iPad Mini didatangi dalam dua warna iaitu putih dan hitam. Storan dalaman pula ialah 16, 32 dan 64 Gigabyte. Ianya akan mula dijual di Amerika Syarikat jumaat minggu hadapan dan harga bermula dari USD 329 (RM 1005) untuk versi WiFi 16 GB dan USD 459 (RM 1400) untuk veris WiFi + 3G 16 Gigabyte. Akhir sekali ianya dilengkapi kamera 5 Megapixel dan kabel lighthing sebagai standard.
Kredit-Blogserius
Kredit-Blogserius










