Archive for April 2013

Kembali Rapat Bersama Fizz Fairuz: Almy Nadia Say - No Comment!!



Kenyataan Fizz Fairuz baru baru ini yang mengatakan beliau kini kembali berkawan rapat dengan bekas kekasih, Almy Nadia mengundang pelbagai reaksi daripada para peminat.

Ada yang mengatakan Almy Nadia patut terus menjauhkan diri dari Fizz Fairuz kerana perbuatan’nya bertunang secara senyap & tidak kurang juga menyokong peluang kedua di’beri. Hmm.

Namun Almy Nadia berkata melalui Murai hari ini yang beliau lebih selesa untuk memberikan apa apa kenyataan balas tentang apa yang telah di’perkatakan oleh Fizz Fairuz tentang hubungan mereka.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai ini. Cukuplah kerana saya tidak mahu memberikan sebarang komen. Saya rasa berdiam merupakan jalan yang terbaik buat diri saya,” ujar Almy Nadia.

KreditL:Rotikaya
Jumaat, 12 April 2013
Posted by Jobseekers

Demi bola sepak Johor




TINDAKAN yang saya ambil adalah untuk kebaikan dan kemajuan sukan bola sepak negeri Johor.”

Demikian penjelasan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mengenai tindakan baginda menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan dua perenggan yang dihantar kepada semua media malam tadi, Tunku Ismail bertitah, baginda bersetuju menerima semula jawatan sebagai Presiden PBNJ setelah menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang minggu lalu yang meminta baginda menarik balik keputusan meletak jawatan.

“Nasihat serta pandangan baginda (Sultan Ahmad Shah) juga mendapat titah perkenan ayahanda saya, Sultan Ibrahim Ismail Su1tan Iskandar,” kata baginda.

Baru-baru ini, Sultan Ahmad Shah memaklumkan bahawa Tunku Ismail menerima semula jawatan sebagai Presiden PBNJ selepas dipujuk oleh baginda sendiri, selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim dalam pertemuan hampir sejam yang turut disertai oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Tunku Ismail sebelum ini digantung selama enam bulan dan denda sebanyak RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M), dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lalu.

Baginda turut dipalit dengan kontroversi selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac lalu ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa sebelum Tunku Ismail membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Presiden PBNJ 3 April lalu.

Baginda dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku Tunku Mahkota Johor, dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.

Tunku Ismail turut mengumumkan baginda akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.

Mengulas lanjut, baginda menjelaskan bahawa pendekatan yang dilakukannya itu demi para penyokong Johor yang sentiasa memberi sokongan padu kepada skuad bola sepak negeri tersebut.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa pasukan Johor Darul Takzim (DT) telah mengambil pengajaran daripada kesilapan lalu, dan akan diperkukuhkan daripada segenap aspek,” titah baginda.

Skuad Johor DT juga akan mengharungi fasa baharu apabila pasukan itu bakal menyaksikan kemasukan pemain-pemain tempatan yang baharu, serta pengambilan beberapa pemain import yang berkualiti.

Sejak Tunku Ismail menerajui PBNJ, bola sepak Johor dilihat kembali meriah apabila penyokong semakin ghairah membanjiri stadium setiap kali skuad dari selatan tanah air itu beraksi.

PBNJ memiliki dua wakil dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan Johor DT beraksi dalam Liga Super dan Johor FA pula bersaing dalam Liga Premier.

Setakat ini, Johor DT menduduki tempat ketiga Liga Super dengan 19 mata manakala Johor FA juga berada di tangga ketiga Liga Premier dengan 22 mata.




Datuk Seri anggota Geng 36




GOMBAK – Penahanan ke atas seorang lelaki bergelar Datuk Seri pada 1 April lalu selepas disyaki menyalurkan dana kepada pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah membongkar satu lagi rahsia lelaki itu apabila dia dikatakan menjadi anggota kumpulan gengster bergelar Geng 36.

Perkara itu terbongkar selepas polis menyoal siasat tiga suspek kes bunuh di Selayang Baru, Selangor pada 23 Mac lalu. Mereka diberkas pada hari Datuk Seri itu ditahan di kawasan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Sumber berkata, walaupun berada dalam kumpulan yang sama, Datuk Seri tersebut mengetuai satu unit berlainan dengan tiga suspek tersebut.

Katanya, siasatan lanjut mendapati tiga suspek kes bunuh berusia antara 30 hingga 40 tahun itu tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan Datuk Seri tersebut dengan pengganas Sulu.

Ketiga-tiga suspek itu kini direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga Sabtu ini.

Difahamkan, mereka akan diserahkan kepada polis Sentul berkaitan kes bunuh yang berlainan di Jinjang, Kepong.

Kredit: Kosmo




Posted by Jobseekers

Info untuk Masyarakat di KL


INFO KHIDMAT MASYARAKAT : Kawasan Key Ell yang takde air, so adik-adik pavi dan klcc boleh mandi di rumah ke 2 anda tu keh keh keh . . .

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11April 2013 berikutan paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak. Pihak SYABAS menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut pada jam 10.00 malam tadi.

Paip yang pecah ini membekalkan air kepada kira-kira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan dalam Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang hampir setengah juta orang pengguna. Antara kawasan terlibat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:

Wilayah Kuala Lumpur

1. Flat DBKL Dato’ Keramat 2. Jalan Padang Tembak
3. Jalan Semarak 4. Jalan Gurney
5. Kementah 6. Pulapol
7. Wisma Tanah 8. JUPEM
9. UTM 10. FELDA
11. Pusat Latihan Telekom 12.Jalan U Thant
13. Jalan Ampang Hilir 14. Taman Pandan Jaya
15. Taman Cempaka 16. Taman Bakti
17. Taman Nirwana 18. Kampung Pandan Dalam
19. Taman Cahaya 20. Pandan Cahaya
21. Taman Dagang 22. Taman Shamelin
23. Taman Tenaga 24. Taman Miharja
25. Taman Kobena 26. Bandar Permaisuri
27. Desa Pandan 28. Flat Sri Melaka
Jumlah Akaun : 28,368

Wilayah Gombak
1. Kampung Baru Ampang 2. Kampung Melayu Ampang
3. Taman Hillview 4. Bukit Jobina
5. Taman Dato Ahmad Razali 6. Taman Bukit Indah
7. Taman TAR 8. Kampung Tasek Permai
9. Ukay Heights 10. Ampang Jaya
11. Dataran Ukay 12. Pinggiran Ukay
13 Sri Ukay 14. Beverly Heights
15. Ampang Indah 16. Ampang Jaya
17. Ampang Saujana 18. Ampang Water Front
19. Bandar Baru Ampang 20. Bukit Ampang Permai
21. Bukit Indah 22. Desa Lembah Permai
23. Desa Setapak 24. Jalan Ampang
25. Kampung Bukit Sungai Puteh 26. Keramat AU 1 hingga AU 5
27. Kampung Ampang Campuran 28. Kampung Indah Mulia
29. Kampung Kemensah 30. Kampung Lembah Jaya
31. Kampung Pinggir Tiga Jaya 32. Kampung Tengah Lembah Jaya
33. Lembah Jaya Utara 34. Lembah Jaya Selatan
35. Sri Rampai 36. Taman Ampang
37. Taman Dagang Permai 38. Taman Pandan Ria
39. Taman Permai Jaya 40. Taman Permata
41. Taman Saujana Ampang 42. Tasek Tambahan
43. Taman Ampang Mewah 44. Taman Ampang Utama
45. Taman Bukit Ampang 46. Taman Cahaya Ampang
47. Taman Dagang Jaya 48. Taman Halaman
49. Taman Kesuma Ampang 50. Taman Kosas
51. Taman Mulia Jaya 52. Taman Rasmi Jaya
53. Taman Sri Ampang 54. Taman Watan
55. Wangsa Melawati

Tambahan Kawasan Terlibat
56. Tmn Danau Kota 57. Bukit Antarabangsa
Jumlah Akaun : 61,392
Posted by Jobseekers

About

Blog Jang Zint The Reds merupakan sebuah blog informasi tentang dunia  dan berita semasa dunia tempatan juga antarabangsa,selain itu anda semua boleh berkongsi cerita anda di sini(masih dalam persiapan)
Khamis, 11 April 2013
Posted by Jobseekers

Model konsep Subaru WRX diumumkan di New York


Subaru of America, Inc. mengumumkan ketibaan sebuah model konsep terbaharu bagi jentera berprestasi tinggi yang cukup dikenali ramai – Subaru WRX Concept. Rekaan model konsep tersebut memberikan petunjuk mengenai hala tuju ‘design language’ generasi akan datang WRX.






Selari dengan rekaan badannya yang tegap dan menonjol ialah kehadiran penjana kuasa bercas turbo dengan sistem cengkaman mantap AWD. Model konsep itu menggabungkan beberapa kelebihan WRX yang sebelum ini terkenal dengan sistem pengendaliannya yang tangkas dan tepat, dibuktikan melalui sukan rali berprestij dunia.


Bagi meningkatkan lagi dinamik pengendaliannya, Subaru WRX Concept menampilkan bumbung yang diperbuat daripada bahan ‘carbon-fiber’ bagi menambahbaik kerendahan pusat graviti sedia adanya termasuk mengurangkan berat keseluruhan.

Selain itu warna baharu diperkenalkan untuk model konsep berkenaan, “WR Blue Pearl III”, memberikan citarasa lebih moden untuk penampilan ikonik WRX. Subaru WRX Concept kini dipamerkan di New York International Auto Show 2013 yang bermula dari 29 Mac sehingga 7 April.

Model terbaharu BMW Concept X4 - SUV+Coupe

BMW Concept X4 merupakan model kedua yang diperkenalkan oleh BMW selepas model X6, berada dalam segmen yang menggabungkan sebuah SAV dan Coupe, diberi nama sebagai SAC (Sports Activity Coupe). Debut pertama model konsep berkenaan yang mana rekaannya sudah hampir kepada versi pengeluaran akan berlangsung di Shanghai Auto Show 2013 tidak lama lagi.





Dengan rekaannya yang dinamik, BMW Concept X4 mempunyai ukuran panjang 4,648mm, lebar 1,915mm dan tinggi 1,622mm. Model Sports Activity Coupe terbaharu itu yang mungkin akan dikenali dengan nama rasminya BMW X4 akan dikeluarkan dari kilang Spartanburg milik BMW di U.S.A, kemudahan yang turut mengeluarkan model-model lain seperti BMW X5, BMW X6 dan BMW X3.

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -