Posted by : Jobseekers Khamis, 28 November 2013

Honda Malaysia telah melancarkan Honda Odessey 2013 baru – MPV generasi kelima ini membuat kemunculan globalnya di  pameran motor KLIMS13 yang lalu, yang tiba hanya dua minggu selepas pelancaran pasaran Jepun. Ia boleh didapati dalam dua varian, gred tinggi EXV dan gred standard pula dipanggil EX.

Enjin “Earth Dreams” DOHC 2.4 liter i-VTEC empat silinder menawarkan 175 PS pada 6,200 rpm dan tork sebanyak 225 Nm pada 4,000 rpm menjadi sumber kuasa kedua-dua varian tersebut, dikombinasikan dengan kotak gear CVT.

Seperti versi JDM, Honda Odyssey berukuran sepanjang 4,830 mm dan selebar 1,800 mm (+20 mm untuk EXV). Ketinggiannya ditetapkan pada 1,695 mm, manakala jarak roda adalah 2,900 mm dan berat badan adalah 1,820 kg untuk EX dan 1,855 kg untuk EXV itu.

Peralatan standard di kedua-dua varian termasuklah kawalan pelayaran (cruise control), paddle shifter, sistem audio enam pembesar suara dengan paparan sentuhan elektrostatik tujuh inci, kerusi kapten di barisan kedua dan LED daytime running lights.

Varian EXV pada dasarnya mencerminkan JDM Odyssey Absolute dari segi kit dan trim. Ia menambah aerodinamik  bumper depan dan belakang, grill depan, lampu kabus, lampu auto LED serta sunroof depan dan kemasukan pintar dengan ignasi push-start.

Varian gred tinggi EXV disertakan penghawa dingin berasingan di kabin depan dan penghawa dingin auto di kabin belakang (EX hanya memiliki penghawa dingin auto di kabin depan, dan udara sejuk disalurkan ke belakang melalui salur ventilasi udara), tempat duduk lapan posisi di bahagian pemandu, sunshades pintu sebelah belakang, pemegang cermin mata hitam, cermin solek berlampu, dan beberapa lagi ciri-ciri lain.

Perbezaan lain antara varian EX dan EXV merupakan trim dalaman, di mana EX mempunyai interior ivory dan kerusi dibalut fabrik, manakala kabin EXV ini didatangkan dengan interior hitam berkerusi kulit.

Buat kali pertamanya, Odyssey baru ini mempunyai pintu belakang gelongsor, mempunyai siling yang lebih tinggi, lantai yang lebih rendah dan lebih banyak ruang dalaman daripada model-model  sebelumnya terima kasih kepada platform ultra-low-floor baru, menggabungkan tangki minyak rata dan langsing serta struktur lantai belakang yang rata. Anak tangga belakang hanya 300 mm dari tanah, membuatkan penumpang dapat keluar masuk dengan mudah.

Kerusi barisan kedua juga merangkumi footrests dan backrest, manakala kerusi barisan ketiga pula dibahagikan kepada tiga, di mana setiap penumpang di barisan tersebut boleh memilih sudut berbaring mereka sendiri.

Kedua-dua model menaiki aloi 17-inci, dibalut dengan 215/55 siri tayar.

Peralatan keselamatan standard termasuk VSA, ABS dengan EBD dan BA (brake assist), hill start assist, mata ISOFIX, sensor letak kereta depan belakang dan enam beg udara (dua depan dan beg udara i-SRS sisi, dan beg udara langsir sisi sehingga barisan ketiga). EXV ditambah dengan informasi blind spot dengan Cross Trafic Monitor (CTA), sistem kamera pelbagai pandangan, kamera undur pelbagai sudut dan sistem bantuan parking kereta pintar.

Honda Odyssey boleh didapati dalam empat warna – White Orchid Pearl, Super Platinum Metallic, Crystal Black Pearl dan Glamorous Mauve Pearl. Akhir sekali, harga bagi Odyssey EX ditetapkan pada  RM228, 000, manakala EXV pula ditetapkan pada RM248, 000 (keduanya harga di atas jalan dengan insurans). CBU Odyssey yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini datang dengan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Penyerahan pertama kepada pembeli dijadualkan bermula pada bulan Januari.









Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -