Posted by : Jobseekers Jumaat, 1 November 2013

Satu nukilan oleh Utusan Online beberapa hari lepas menangkap perhatian kami, di mana dikatakan Insentif Hibrid dan EEV diteruskan, walaupun tiada apa-apa kenyataan berkenaannya dibentangkan dalam Bajet 2014 baru-baru ini. Ini merupakan juga sedikit sebanyak update nukilan kami sebelum ini yang bertajuk Bajet 2014 Malaysia Dan Dunia Permotoran.

Pada pembentangan Bajet 2014, rakyat dan pemain industri agak terkejut kerana tiada sebarang insentif diumumkan untuk sektor automotif walaupun sektor berkenaan merupakan yang paling dinantikan sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. Nanum begitu, Insentif untuk kereta hibrid akan diteruskan walaupun tidak disentuh dalam Bajet 2014 kerana telah dimuktamadkan dalam Dasar Automotif Nasional (DAN) yang akan diumumkan awal Disember ini.

Sedutan daripada nukilan Utusan Online:

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, pelan hala tuju industri automotif telah dirangkumkan dalam DAN dan kerajaan tidak perlu mengumumkannya dalam Bajet 2014 seperti tahun lalu. Menurutnya, bajet hanya untuk perancangan setahun tetapi DAN dirangka untuk jangka masa panjang dan segala insentif yang ditawarkan kelak adalah berterusan untuk satu jangka waktu yang lebih lama bagi memastikan industri itu berkembang kukuh.

“Memandangkan insentif kereta hibrid berakhir hujung tahun ini, maka DAN mesti diumumkan tahun ini juga. Saya jangkakan kerajaan akan lakukannya pada awal Disember ini. ”Oleh itu, DAN akan melibatkan insentif berterusan untuk kereta hibrid dan kenderaan efisien tenaga (EEV). Orang ramai dan pemain industri tidak perlu risau dengan penamatan insentif hibrid hujung tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, insentif lebih baik akan diberikan kepada kereta hibrid dan EEV pemasangan tempatan (CKD) manakala bagi kenderaan diimport sepenuhnya (CBU) terdapat beberapa syarat yang akan ditetapkan oleh DAN.

Sebelum ini juga, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan bagi memohon lanjutan pengecualian cukai eksais dan import terhadap kereta hibrid serta elektrik (EV) untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun. Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, pemain industri amat mengharapkan pengecualian duti ini dapat diteruskan untuk jangka panjang.

“Tanpa pengecualian ini, semestinya harga kereta menjadi lebih mahal dan momentum pertumbuhan jualan kereta hibrid dan EV tempatan akan terbantut serta merta,” katanya.

Jelaslah di sini bahawa kerajaan perlu berhati-hati membuat keputusan sebegini kerana jika insentif ditarik balik, pertumbuhan hibrid yang naik mendadak selama ini akan lumpuh disebabkan harganya yang mahal. Jika kerajaan betul-betul berhasrat memajukan EV di Malaysia, terlalu banyak pula belanja untuk membangunkan infrastruktur seperti stesen pengecasan bateri di serata negara, termasuklah di kawasan luar bandar yang rata-rata tidak ramai pedulikan kereta hibrid. Maklumlah, jika tiada kesesakan jalan raya, hibrid tidak akan wujud di dunia ini.

Apa yang kami mahu katakan ialah, demi menggalakan EV di Malaysia, masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan selain membina stesen pengecasan, contohnya masalah pengecasan bateri bagi mereka yang tinggal di apartment, condo dan juga masalah pengecasan bateri jika kenderaan tersebut dipandu sekitar kawasan luar bandar yang mungkin kekurangan infrastruktur sebegini.

Mengapa perlu sakit kepala menggalakan EV sedangkan boleh masih boleh menggalakan penggunaan kenderaan hibrid di negara ini? Jika lebih insentif diberi, mungkin ramai penduduk bandar akan menggunakan hibrid, menjimatkan penggunaan minyak, menaikkan ekonomi keluarga, sambil menjaga kualiti alam sekitar. Hati pun senang, bukan?

GST dan harga kereta
Dalam perkembangan lain, seorang penganalisis berkata, beliau menjangka harga kereta akan dikurangkan sedikit berikutan pelaksanaan cukai perkhidmatan (GST), yang akan mengambil berkuat kuasa mulai 1 April, 2015 ke atas barang dan perkhidmatan.

“Jika GST yang ditetapkan pada 6%, menggantikan cukai jualan, yang kini pada kadar 10%, maka kita menjangkakan harga kenderaan untuk mengurangkan,” katanya.


Apa kata anda? Jika harga kenderaan hibrid turun, berminatkah anda menukar kenderaan akan kepada hibrid?

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -