Posted by : Jobseekers Sabtu, 22 Mac 2014


ferrari land

Ferrari Land, taman tema kedua Ferrari bakal dibuka di Spain

Jika anda seorang peminat Ferrari dan sedang mencari tempat untuk percutian anda yang seterusnya , Itali tempat pasti untuk anda pergi . Ada ibu pejabat , kilang, muzium dan trek ujian Ferrari di Maranello , Muzium Enzo Ferrari baru di Modena , dan litar yang dinamakan untuk Enzo dan Dino Ferrari di pinggir bandar Bolognese berhampiran Imola . Masalahnya ialah , selain dari melihat koleksi kereta klasik, yang sesetengah daripada kita berkemungkinan tidak minat , anda mungkin mendapati bahawa tidak banyak yang boleh dilakukan di sana. Terutamanya jika anda hendak pergi bercuti dengan keluarga anda.
Itulah di mana Ferrari World datang memenuhi percutian anda. Taman Tema Abu Dhabi membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa menaiki kereta-kereta Ferrari, membeli belah di kedai-kedai Ferrari, makan di restoran Ferrari dan melihat pertunjukkan Ferrari .
ferrari land

Apabila Ferrari World di Abu Dhabi mula-mula dibina, dunia telah mengatakan bahawa ia tidak akan menjadi taman tema seperti yang dirancangkan , tetapi kini syarikat ini telah mengumumkan sebuah lagi taman tema bakal dibina . Usah risau, taman tema kedua ini yang dipanggil Ferrari Land tidak akan mempunyai perbezaan ketara seperti perbezaan antara Disneyland di California dan Walt Disney World di Florida.
ferrari land


Nampak menarik, bukan? Ada peminat Ferrari yang teruja ke sana nanti?

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -