Posted by : Jobseekers Ahad, 12 Ogos 2012




Dalam kaji selidik tahunan yang dilakukan di kalangan lebih 50,000 buah kereta, majalah What Car? telah mengesahkan bahawa model sport ikonik Mazda MX-5 merupakan kereta yang mendapat tahap kebolehpercayaan paling tinggi di Britain. Mazda MX-5 yang dikeluarkan sejak 2005 merekodkan kegagalan paling sedikit sekitar hanya 4 peratus – paling rendah di kalangan semua kereta dalam kajian 2012, berbanding pesaing terdekatnya pada kadar 15 peratus.

Dengan 96 peratus daripada model terbabit bebas dari sebarang kesalahan mekanikal, MX-5 juga menerima skor impresif Indeks Kebolehpercayaan (Reliability Index – RI) paling rendah iaitu hanya lapan (skor paling rendah adalah yang terbaik), manakala skor purata di peringkat nasional bagi setiap model individu ialah 100. Berdasarkan kajian, pemilik MX-5 juga mendapat manfaat daripada kos pembaikan purata yang rendah sekitar hanya £165.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -