Posted by : Jobseekers Sabtu, 11 Ogos 2012


Model popular Mitsubishi yang menjadi inspirasi kepada model Proton Inspira, Lancer 2.0 GT kini telah mengalami peningkatan menarik untuk tahun 2012. Hadir dengan rupa paras lebih sporti dan bergaya, Lancer 2.0 GT baharu ini dilengkapi pakej naik taraf lengkap meliputi bahagian luaran dan dalaman, antaranya termasuk kit badan penuh di bahagian depan, sisi dan belakang.

Lebih menyerlahkan penampilannya kini ialah kehadiran lampu depan L.E.D siang hari (daytime running lights), kemasan kulit Nappa premium di bahagian dalam, kamera undur dan beberapa ciri naik taraf lain. Mitsubishi Lancer 2.0 GT dikuasakan enjin 2.0 liter MIVEC (DOHC MIVEC 2.0-litre 16-valve) dengan kuasa 150ps dan 197Nm, seterusnya dipadankan transmisi CVT (with 6-step Sports Mode) yang cukup bertenaga untuk membuktikan kehebatannya di jalan raya.




Dengan pelbagai peningkatan yang dilakukan, Lancer 2.0 GT baharu kini ditawarkan pada harga sedikit tinggi sebanyak RM128,995.00 (harga atas jalan termasuk insuran), berbanding harga asal RM123,980.00. Model yang diimport secara CBU dari Jepun ini boleh didapati dalam tiga warna; Putih, Hitam dan Merah (White Solid, Black Mica & Red Metallic).

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -