Posted by : Jobseekers Jumaat, 31 Ogos 2012


NEW YORK – Harga makanan global telah meningkat sebanyak 10% pada bulan lepas, sekali gus mencetuskan  kebimbangan ia bakal meningkat lagi, demikian lapor Bank Dunia.

Menurut bank berkenaan, cuaca panas melampau di Amerika Syarikat dan kemarau di beberapa bahagian Eropah merupakan punca kepada peningkatan berkenaan.

Malah, kata Bank Dunia, harga jagung, gandum dan kacang soya juga telah meningkat dengan mendadak .

Berdasarkan laporan, sejak awal Jun hingga Julai tahun ini, harga bijirin berkenaan meningkat sebanyak 25 % daripada 17%.

Keadaan itu disebabkan oleh kemarau di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Ukraine dan Kazakhstan hingga menyebabkan tanaman bijirin itu mengalami kemusnahan.

Selain itu, kata Bank Dunia, penggunaan jagung untuk menghasilkan bahan api turut menyebabkan kenaikan mendadak bijirin berkenaan.

Susulan itu, Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim meminta semua negara supaya meningkatkan program bagi melindungi penduduk mereka daripada terjejas teruk akibat peningkatan harga makanan ini.

“Kita tidak boleh benarkan kenaikan harga makanan ini menggugat keluarga manakala kanak-kanak pula terpaksa mengambil makanan yang kurang berkhasiat disebabkan harga makanan yang tinggi,’’ katanya.

Yong Kim berkata, negara-negara seperti Timur Tengah dan Afrika merupakan negara yang paling terjejas kerana ia mengimport bijirin berkenaan dalam kuantiti yang besar dengan sebahagian besar untuk kegunaan harian penduduknya.

Biarpun Bank Dunia tidak meramalkan peningkatan harga tersebut akan mencetuskan rusuhan seperti yang dialami di beberapa negara pada 2008, namun ia bakal menyaksikan harga bijirin lain juga meningkat.

Sementara itu, badan kebajikan Oxfam memberitahu, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sekiranya negara di dunia ini melengahkan usaha untuk mengatasi peningkatan harga makanan berkenaan.

“Oxfam telah melihat bagaimana kenaikan harga makanan ini telah menjejaskan pembangunan negara membangun,’’ katanya.



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -