Posted by : Jobseekers Ahad, 20 April 2014

Semasa Mini memperkenalkan Mini Countryman pada tahun 2010, ia muncul sebagai crossover pertama dan model lima pintu pertama jenama tersebut, yang juga merupakan model pertama Mini yang menawarkan pacuan semua roda (all-wheel drive). Ternyata debut Mini Countryman pada 2010 merupakan satu tarikh bersejarah buat Mini. Kini, syarikat pembuat kereta Anglo -Saxon ini sedang beralih fokusnya ke generasi ketiga hatchback retro ini, di mana Countryman sedikit pengubahsuaian untuk menyegarkan dan memastikan imejnya sentiasa terkini.

06-2015-mini-countryman-ny-1

Diumumkan semalam di New York Auto Show, Mini Countryman yang baru menggabungkan beberapa penalaan kosmetik kecil pada bahagian luarnya. Sangat kecil, sehingga sukar anda untuk memberitahu perbezaannya (dengan model sebelumnya) walaupun diletakkan sebelah menyebelah. Beberapa penambahbaikan ketara telah dilaksanakan bagi kawasan pedalaman, di mana meter kelajuan pusat yang besar kekal di mana ia sepatutnya berada, iaitu di tengah-tengah papan pemuka (tidak seperti meter kelajuan Mini Cooper baru yang dipindahkan ke belakang stereng ) . Tempat duduk belakang juga menawarkan lebih banyak kebolehan-penyesuaian .
Mini akan menawarkan Countryman yang baru kepada seluruh dunia dalam pelbagai konfigurasi powertrain , dari varian kosong Mini One Countryman dengan enjin 1.6 liter beraspirasi semulajadi yang menawarkan hanya 98 kuasa kuda sehinggalah ke enjin turbo berkembar Mini John Cooper Works dengan 218 hp. Kelas pertengahan, Mini Cooper S pula telah dipertingkatkan tujuh kuasa kuda untuk menyampaikan 190 hp, manakala model diesel boleh didapati antara 90 hp hingga 143 hp. Pembeli akan dapat memilih antara transmisi manual enam kelajuan atau transmisi automatik, dan antara pacuan roda depan atau pacuan semua roda. Terdapat juga beberapa warna baru yang ditawarkan dan pelbagai peralatan pilihan (optional).

13-2015-mini-countryman-ny-1
05-2015-mini-countryman-ny-1






Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -