Posted by : Jobseekers Rabu, 12 September 2012



Masihkah anda mengingati detik perkahwinan di antara pasangan Di Raja Putera William dan isteri, Kate Middleton yang disiarkan menerusi stesen pilihan ramai ntv7 pada 2011?
Ketika itu kira-kira 2.3 juta penduduk di Malaysia menyaksikan hari bersejarah mereka melalui saluran berkenaan.
Selepas itu, sebuah dokumentari khas William & Kate: A First Anniversary Celebration turut disiarkan pada 29 April lalu bersempena dengan ulangtahun yang pertama pasangan Di Raja itu.
Kini, sekali lagi sejarah bakal dilakar apabila The Duke dan Duchess itu akan datang melawat Malaysia bersempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Ratu Elizabeth pada 13 hingga 15 September ini.
Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan, ntv7 telah menyusun pelbagai rangka promosi antaranya sorotan khas dalam rancangan temu bual, program hal ehwal semasa, hebahan melalui platform laman sosial serta rentetan klip promosi.
Inisiatif ini dicetuskan sebagai langkah promosi utama ntv7 melalui kempen Will & Kate – The Malaysian Tour bersama-sama seluruh rakyat Malaysia untuk mengira detik ketibaan pasangan itu.
Malah melalui laman sosial, komuniti twitter di seluruh negara dialu-alukan menggunakan hashtag khas yang dicetuskan ntv7 iaitu ‘#mywillnkate’.
Semua usaha ini juga akan disokong Rangkaian TV Media Prima Berhad, TV3, 8TV dan TV9 serta rangkaian radio iaitu Fly FM.
Selain daripada tatapan yang menarik, ntv7 juga akan menerbitkan program khas untuk mereka.
Ia akan disiarkan selama satu jam dan akan melaporkan lawatan tiga hari pasangan diraja ini sepanjang berada di negara ini.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook dan Twitter.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -