Posted by : Jobseekers Ahad, 30 September 2012




KUALA LUMPUR – Pegawai dan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Gred 52 dan ke bawah akan menerima Bayaran Insentif Penguatkuasa (BIP) sebanyak RM200 sebulan bermula Oktober ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan BIP pada 1 Ogos lalu. “Pemberian BIP ialah untuk pegawai dan anggota yang melakukan tugas-tugas khas termasuk menjaga aset Datuk Bandar,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Pembarisan Hari Penguatkuasa DBKL ke-43 di sini, hari ini.

Raja Nong Chik berkata 1,584 pegawai dan anggota DBKL akan menerima BIP, yang diharap dapat memberikan suntikan semangat untuk mereka berkhidmat dengan cemerlang.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -