Posted by : Jobseekers Jumaat, 21 September 2012


Jika anda berasakan syarikat automotif nasional Proton Holdings Berhad semakin membosankan, sebabnya mungkin kerana tiada sebarang perkembangan berkenaan model baharu yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Selepas diambil alih oleh DRB-Hicom dan perletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (DSZ), boleh dikatakan tiada langsung berita tentang model terbaharu Proton.

Menurut laporan terkini dari The Edge yang telah menemui pihak pengurusan DRB-Hicom baru-baru ini, pihak DRB-Hicom masih melakukan penstrukturan semula terhadap Proton dan Lotus, dan sehingga itu tiada model baharu akan dilancarkan sehingga penghujung 2013, di mana model pengganti Perdana dijadual akan dilancarkan ketika itu. Bayangkan, sehingga penghujung 2013 baru kita semua akan melihat model baharu Proton, itu pun masih belum dipastikan sama ada model pengganti Perdana itu adalah model baharu atau sekadar ‘rebadge’.

Tetapi untuk berfikiran positif, mulai sekarang sehingga hujung tahun 2013, pihak Proton pastinya meneruskan perancangan seperti biasa untuk mengeluarkan model baharu seperti Proton Preve versi ‘hatchback’, kereta kompak bagi menggantikan Savvy, dan lebih mengejutkan jika Proton akan membina sendiri model baharu pengganti Perdana bermula dari lakaran. Selain itu, diharapkan pihak DRB-Hicom terus memberikan sokongan kepada unit R3 bagi mengeluarkan model berprestasi tinggi ‘special edition’ berdasarkan model semasa seperti Proton Preve R3 dan Proton Inspira R3.

DRB-Hicom tidak boleh membiarkan Proton ‘membisu’ tanpa model baharu dalam tempoh yang agak lama, memandangkan persaingan daripada jenama-jenama lain ketika ini begitu mencabar. Dan yang paling penting, Proton perlu lebih proaktif dan mengekalkan keghairahan dalam mengeluarkan model baharu seperti mana yang dilakukan oleh DSZ sebelum ini. Perlu ada seseorang dari Proton yang tampil ke hadapan dan berbicara mengenai model baharu dan teknologi terkini dari Proton, mendiamkan diri bukanlah ‘attitude’ yang baik untuk sesebuah syarikat pengeluar kereta.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -