Posted by : Jobseekers Rabu, 12 September 2012



Semua orang kenal Afdlin Shauki. Dulu dia bermula sebagai penyanyi, komposer, selepas itu jadi pelakon, pelawak dan pengarah. Tapi dalam banyak bakat yang ada padanya, saya tertarik dengan bakatnya sebagai penulis. Jika anda singgah ke blognya yang dinamakan, Selambakodok, anda akan tahu kenapa.

Bagi anda yang tak berkesempatan tinjau blog Afdlin untuk tahu kenapa saya kata dia punya bakat penulisan yang baik (sebab boleh berfikir dengan baik), biarlah saya bagi gambaran sedikit. Dia tulis tentang dunia yang sangat dekat di hatinya, iaitu tentang industri filem. Banyak yang ditulis, pasal Wajib Tayang, Boboi dan Raja Lawak, serta pengalaman-pengalamannya keluar negara sepanjang bergelumang dalam dunai filem sebagai pengarah dan penerbit.

Saya percaya, siapapun yang baca blognya, boleh tahu penulisnya macam mana, cerdik atau tak. Macam mana dia melawak, melontarkan kata-kata sinis dan kelakar, begitu juga dalam tulisan. Jadi, sedaplah kita membacanya, baik dalam bahasa Melayu mahupun yang ditulis dalam bahasa Inggeris yang dinamakan, Inside My Head.

Dan, dalam banyak benda yang ditulisnya, saya tertarik dengan sepotong ayat yang berbunyi : “ORANG seni KENA PERGI SEKOLAH, kena berpelajaran. Supaya tak boleh diperbodohkan oleh gergasi korporat.

Tulisnya lagi, “Industri seni bukanlah industri yang adil ketika ini. Pihak korporat dan juga pembikin polisi menindas anak-anak seni yang berkarya di TV, Filem dan juga muzik mereka, dengan tidak mengindahkan hakcipta (intellectual property) mereka.

“Secara keseluruhan di sebalik glamour dan razzmatazz yang dicipta oleh dunia korporat ini karyawan-karyawan di Malaysia ini sama standardnya dengan buruh kasar kerana golongan ini boleh dikotak katik dengan sewenang-wenangnya..

“Contoh paling utama ialah jika kita shooting filem, bila orang yang jadi produser adalah bukan orang seni, bila waktu kena buat bajet, kalau bajet terlalu tinggi, harga pertama yang akan mereka cuba potong adalah harga pelakon, pengarah, penulis..kenapa sebab harga equipment fixed, kos insurance fixed, harga lokasi fixed,…I think you get my point..Jadi orang senilah yang jadi barua..terimalah apa saja yang produser cakap pasal nak cari makan…macam pengemis

“Selepas memahami industri ini barulah aku sedar kenapa P RAMLEE mati miskin dan anak serta warisnya juga tak dapat merasa habuan kerja seniman agung kita. Aku memulakan hidup aku dalam keadaan susah, adakah akhir hidup aku juga akan jadi begitu?

Pada pendapat aku ramai orang, tak faham yang kerja seni ni bukanlah seperti pekerjaan lain. Ianya amat berbeza pasal ianya susah dinilaikan orang dan hasil karya amatlah subjektif.

Afdlin seterusnya meluahkan isi hatinya yang dia masih bekerja ibarat kais pagi makan pagi.

“Kalau aku tak kerja,family aku takkan dapat makan, takkan dapat pergi sekolah”.

Dan dia juga mengakui, dari semua filem yang dibuat, dia hanya berhak ke atas tiga filemnya . Filem Papadom arahannya, bukan miliknya lagi.

“My fault? May be..Tapi kenapa? Mungkin ada yang bertanya. This is how the business at the moment. The corporate giants can afford to say, Take it or leave it. Kalau aku cakap take it or leave it, confirm anak-anak aku makan pasir.

“Sekarang ini yang boleh manipulate the content for their benefit is king. Pihak Telco, Stesen Televisyen, pihak Panggung Wayang adalah dalang utama masalah industri seni ini.

Ini satu luahan jujur dan Afdlin berani menyuarakannya, sekalipun nampaknya hari ini dia menjadi favourite bagi stesen swasta seperti Astro. Pun begitu, Astro tidak terkecuali dalam masalah ini kerana stesen berbayar ini juga termasuk dalam kategori corporate giant/king yang dimaksudkan Afdlin.

Tapi macam okay saja Afdlin dekat Astro itu? Yelah, itu kerja, cari makan kena diteruskan, kalau tidak, sepatah kata Afdlin, keluarga dia nak makan apa kalau dia tak bekerja?

Semoga tulisan Afdlin dan luahan yang seumpama ini mendapat perhatian ramai terutama pihak yang berkaitan dan pembuat dasar. Negara yang maju perlukan tenaga kerja pelbagai pihak, termasuk kalangan seniman yang berbakat besar seperti Afdlin ini. Tanpa mereka, akan suramlah dunia ini, seperti malam tanpa bintang. Peranan seniman sangat besar dalam membena dan memajukan sesuatu bangsa.

Bolehkah kita bayangkan hari-hari kita tanpa muzik, filem dan segala genre seni yang ada hari ini? Dan kita juga tidak mahu kehilangan seniman berbakat seperti Afdlin, jika nasib dan suara mereka tidak didengar. Tapi, menyuarakan itu perlu kerana kita perlu bersuara untuk didengar. Kita sudah 55 tahun Merdeka, biarlah kemanisannya itu dirasai juga oleh para seniman yang banyak berjasa.

Saya kagum dengan Afdlin yang punya keinginan untuk memajukan dunia seninya dengan menyuarakan pandangan yang jujur dan sihat. Teguran untuk membina bukan membinasakan. Macam nilah baru betul, bukan menulis hentam sana sini, semua orang tak betul, sampai kempen mahu tukar kerajaan. Bersuaralah, tapi biar nampak cerdik, bukan bodoh dan merapu.

Kepada Afdlin, semoga terus cekal berkaya. Yang baik itu, tentunya akan datang juga

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -