Memaparkan catatan dengan label Politics. Papar semua catatan
Bila Ahmad Maslan Buka Mulut.....Kreatif Jadinya Rakyat Malaysia
Sejak semalam lagi telah menjadi trending Twitter #TweetGayaAhmadMaslan yang buat kami gelak tak kering gusi. Ia bermula daripada kenyataan Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini menjadi perhatian orang ramai dan menjadi bahan lawak netizen.
Kenyataan beliau apabila ditanya samada esok Barisan Nasional (BN) boleh menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atau tidak beliau menjawab ‘esok bukan PRU’. Sejurus selepas itu, laman twitter dibanjiri dengan ayat lawak yang seakan-akan cara beliau menjawab isu PRU tersebut. Rasa macam nak pecah perut bila baca lawak troll ini. Kah!
1. Kena Troll Sampai 7 Keturunan
2. Esok Takde Orang Datang Kenduri Kau Tau La
3. Esok Dah Besar Boleh Jaga Papa
4. Mak Teringin Nak Timang Cucu Hari Esok
5. Belajar Rajin-rajin, Esok Senang Nak Dapat Kerja
6. Esok2 Biy Nak Jadi Engineer La
7. Esok Dah Besar Boleh Jadi PM
8. Simpan Duit Banyak-Banyak, Esok Boleh Masuk Universiti
9. Macam Mana Esok Kalau Ayah Dah Tak Kerja?
10. Esok Dah Tak Trending
Jumaat, 31 Julai 2015
Posted by Jobseekers
Mungkin Inilah Sebabnya Tan sri Muhyiddin Yaasin Disingkirkan.
Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa akan membuat rombakan kabinet dalam masa terdekat dan hari ini dikhabarkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan bersama 2 lagi menteri Umno atas sebab mengkritik cara perdana menteri menguruskan hutang 1MDB.
Bagaimanapun, tindakan apakah Tan Sri Muhyiddin lakukan sehingga menyebabkan nama beliau tidak ada dalam senarai kabinet terbaru ini.
Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin kerap kali dikecam rakyat ekoran dengan terlalu mendiamkan diri tentang isu 1MDB. Namun apabila Muhyiddin bersuara, beliau tidak mempunyai halangan sekiranya laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB didedahkan kepada umum agar ianya dapat menjawab segala persoalan mengenai skandal tersebut.
Menurut sumber, ketika isu laporan Wall Street Journal (WSJ) bahawa RM2.67 bilion dipindahkan dari firma pelaburan negara itu ke dalam akaun peribadi PM adalah satu perkara serius dan memerlukan penjelasan. Namun penjelasan tersebut bukan daripada pihaknya sendiri.
Sebelum ini, Tun M juga pernah berkata demikian. Beliau menarik balik sokongannya kepada Najib kerana dasar mereka yang berbeza, menyatakan Najib harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini, Muhyiddin ada mengatakan bahawa BN akan tewas sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Beliau juga menggesa seluruh parti bermula dari akar umbi supaya bersama-sama mencari jalan untuk mengembalikan sokongan rakyat.
Menerusi agendadaily.com, beliau menjelaskan apa yang disuarakannya tidak langsung bermaksud beliau menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mempunyai niat lain yang terselindung.
Bagaimanapun, tindakan apakah Tan Sri Muhyiddin lakukan sehingga menyebabkan nama beliau tidak ada dalam senarai kabinet terbaru ini.
1. Kerap Dikecam Rakyat Kerana Diam
Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin kerap kali dikecam rakyat ekoran dengan terlalu mendiamkan diri tentang isu 1MDB. Namun apabila Muhyiddin bersuara, beliau tidak mempunyai halangan sekiranya laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB didedahkan kepada umum agar ianya dapat menjawab segala persoalan mengenai skandal tersebut.Ianya perlu dimuktamadkan. Kalau tidak selesai maka ia akan jadi beban, kalau seringgit dua tidak apa, tapi sepatutnya kalau tidak ada 1MDB tidak akan ada masalah. Saya ikhlas nyatakan perkara ini kerana ramai ahli parti kata TPM ini terlalu senyap, kadang geram juga namun isu ini bukan mudah saya kata tidak mahu terlebih batas. Saya setuju pasukan khas melaksanakan tanggungjawab tanpa diganggu mana-mana pihak, lagi cepat lagi baik, kalau siasat tahan bersalah dan mesti ada yang salah, lagi cepat lagi baik untuk parti
2. PM Tidak Ulas Sendiri Isu Laporan Wall Street Journal (WSJ)
Menurut sumber, ketika isu laporan Wall Street Journal (WSJ) bahawa RM2.67 bilion dipindahkan dari firma pelaburan negara itu ke dalam akaun peribadi PM adalah satu perkara serius dan memerlukan penjelasan. Namun penjelasan tersebut bukan daripada pihaknya sendiri.
Apabila berita yang pertama keluar, saya menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Perdana Menteri yang mengatakan: “Tuan, ini adalah sesuatu perkara yang serius anda perlu menafikannya. Beliau menjawab, terima kasih dan memberitahu saya beliau sudah berbuat demikian. Walaupun ada penafian, ia adalah dari Jabatan Perdana Menteri. Saya memberitahunya lagi bahawa beliau perlu menafikannya sendiri kerana dakwaan itu dibuat terhadapnya dan beliau perlu menafikan”
3. Rakyat Tidak Percaya Lagi Kepada Najib – Tun M
Sebelum ini, Tun M juga pernah berkata demikian. Beliau menarik balik sokongannya kepada Najib kerana dasar mereka yang berbeza, menyatakan Najib harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14. Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula
4. Sokongan Rakyat Makin Berkurangan
Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini, Muhyiddin ada mengatakan bahawa BN akan tewas sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Beliau juga menggesa seluruh parti bermula dari akar umbi supaya bersama-sama mencari jalan untuk mengembalikan sokongan rakyat.
Saya nak bercakap benar, memang kalau ikut perkiraan saya, kalau esok pilihan raya, kita tidak mungkin boleh menang, kerana sudah ada kajian yang dibuat oleh banyak pihak. Saya nak ingatkan apa yang diungkapkan dalam Perhimpunan Agung tahunan lalu mengulas megenai dakwaan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu mereka menang undi popular
5. Bersuara Mengenai 1MDB, Bukan Menentang PM
Menerusi agendadaily.com, beliau menjelaskan apa yang disuarakannya tidak langsung bermaksud beliau menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mempunyai niat lain yang terselindung.
Saya cuma ingin membantu,bukan untuk menjatuhkan Perdana Menteri.(Menolak) itu adalah haknya, saya berkomunikasi dengan Tun (Mahathir Mohamad), saya jelaskan kepada Kabinet kerana tak mahu ada salah faham. Dia bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib…pasal mengenang sejarah Tun Razak . Jadi nak sokong Najib bila timbul isu berkaitan dengan Najib. Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau.Sumber: The Malaysian Insider
Selasa, 28 Julai 2015
Posted by Jobseekers
Tag :
1mdb,
2015,
hot Topics,
Julai,
Local Malaysia,
muhyiddin,
najib,
pergh,
Politics,
white collar
Poster pilihanraya yang disokong Beckham
Poster pilihanraya Malaysia ada guidelines yang perlu dipatuhi. Akibatnya poster calon PRU Malaysia agak bosan dan tiada variasia. Di Indonesia calon legislatif (CALEG = ahli dewan undangan negeri) dibenarkan menggunakan kekreatifan mereka dan go crazy. Hasilnya ialah poster-poster yang dipenuhi watak anime, komik dan selebriti barat. Indo!


















