Memaparkan catatan dengan label Religious. Papar semua catatan

NGUSABA PUSEH - MENIKAM DIRI DENGAN KERIS BAGI MENGHORMATI ROH NENEK MOYANG

Orang cina menghormati roh orang tua dengan memberi persembahan makanan, membakar efigi kertas dan membakar colok. Orang Islam menghormati roh orang tua dengan mendoakan roh mereka setiap kali solat. Di Pulau Bali setiap tahun upacara Ngusaba Puseh dilakukan bagi menhormati roh nenek moyang yang telah meninggal dunia dan sebagai tanda kasih kepada tuhan. Peserta Ngusaba Paseh akan bersawai sambil menikam tubuh mereka dengan keris. Sungguhpun ditikam tubuh mereka tidak akan berdarah sepanjang masa mereka bersawai. Extreme devotion!


Dahsyat tu!!!






Khamis, 2 Oktober 2014
Posted by Jobseekers

Uji bakat Imam Muda 3 secara online




WAH, nampaknya proses uji bakat program yang diwujudkan bagi memartabatkan status imam, Imam Muda, semakin canggih dan sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini.

Jika sebelum ini Cik Normah ada dengar pertandingan nyanyian yang menggunakan laman YouTube sebagai medan uji bakat, kali ini Imam Muda yang memasuki musim ketiga pun menggunakan pendekatan sama.
Khabarnya, uji bakat secara atas talian itu sudah pun bermula sejak 19 Mac lalu dan akan berakhir pada hujung bulan ini.

Sejak dilancarkan tiga tahun lalu, program ini memang berjaya mencetuskan fenomena tersendiri. Bukan sekadar menggamit perhatian peminat dan media dalam negara, malah ia juga mengundang perhatian media luar negara, yang sudah pun dua musim memberikan fokus kepada program terbabit.

Kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar (gambar), pengaruh internet dan jaringan sosial amat memberi kesan terhadap populariti program itu sejak musim pertama lagi.

“Pihak produksi sentiasa menitikberatkan pendapat serta komen peminat yang dihantar menerusi laman Facebook rasmi Imam Muda, yang kini berjumlah hampir 500,000 peminat, selain tulisan di laman web, video di Youtube dan jaringan sosial lain.

“Setiap pandangan yang diberikan ini ialah tanda sokongan dan menggambarkan keghairahan anak-anak muda untuk mendekati program berbentuk keagamaan menerusi platform lebih bersifat interaktif,” katanya dalam sebuah kenyataan yang dihantarkan kepada kami.

Khabarnya juga, memasuki musim ketiga, pihak penerbit berhasrat membawa masyarakat kembali mengenali peranan dan fungsi asas seorang Imam sama ada sebagai imam dalam pengurusan masjid mahupun imam yang memimpin solat berjemaah.

Kata Izelan lagi, pada masa yang sama, mereka ingin mendidik imam yang berfungsi sebagai seorang pemimpin bermula dengan mengetuai keluarga, masyarakat, seterusnya ummah pada keseluruhannya.

Mereka percaya ramai anak muda di luar sana yang berpotensi untuk diketengahkan dan berharap mereka lebih berani untuk tampil ke hadapan dengan menyertai program itu.

Lelaki Islam berumur 18 hingga 30 tahun digalakkan untuk turut serta dalam Imam Muda musim ketiga. Peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mempunyai latar belakang agama Islam yang baik.

Peserta hanya dikehendaki melayari www.imammuda.com.my untuk memuat turun borang untuk diisi.

Kemudian peserta dikehendaki merakam dengan video kamera dua bacaan dalam al-Quran seperti yang ditetapkan.

 Rakaman yang lengkap hendaklah dimuat naik ke laman YouTube melalui akaun yang dibuka oleh peserta uji bakat sendiri.

Borang yang lengkap berserta pautan video di YouTube hendaklah dihantar ke e-mel

imammuda@astro.com.my.
Isnin, 13 Mei 2013
Posted by Jobseekers

GAMBAR EKSKLUSIF ASHRAF SINCLAIR AJAR ANAK SOLAT


Sabtu, 11 Mei 2013
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -