Lisa Surihani Semasa Kecil (3 Gambar)




P/s: Da Jadi bini Yusry K.R.U da ni...huhuhu
Selasa, 24 Julai 2012
Posted by Jobseekers

5 blog paling kerap dilawati oleh 101 blogger


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat lagi dengan projek “5 blog paling kerap dilawati 2011“. Nak update sikit senarai 5 blog paling kerap dilawati oleh 101 blogger. 5 blog ini disenaraikan ini berdasarkan jumlah paling banyak dilawati mengikut pilihan101 blogger.
1.Benashahari.com
2.
Amanz.my
3. Ariffshah.com
4. Kujie2.com
5. Nisamenaip.blogspot.com

Selain daripada 5 blog di atas ada beratus blog yang lain paling kerap dilawati oleh para blogger setiap hari Masih ada lagi senarai yang akan diupdate dari masa ke semasa.


Posted by Jobseekers

Proton Persona R/ Espire 2012 (P3-210A)


Proton Holdings Berhad,Proton akan mengeluarkan sebuah model terbaru mereka menjelang 2012,model tersebuat adalah daripada model Proton Persona, yang dinamakan Proton Persona R/ Espire 2012 (P3-210A),Model terbaru ini tidak sedikitpun mempunyai persamaan dengan model Proton Persona terdahulu..

difahamkan,Model Proton Persona R/ Espire 2012 (P3-210A) akan dikuasakan dengan enjin turbo campro


Model Proton Persona R/ Espire 2012 (P3-210A) juga digayakan dengan lampu depan dan belakang yang lebih elegance sesuai dengan kehendak pengguna sekarang,
dengan reka bentuk yang lebih sporty,model persona baru ini diispirasikan dari model konsep iaitu Proton Tuah


Posted by Jobseekers

Puasa Mengelakkan Otak Mengecut





Kajian saintifik terbaru perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu, sebagai contoh, boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.

Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.

Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.

Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).

Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol ‘tidak baik’ dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.

Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.

Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.

Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser. – Agensi

Posted by Jobseekers

Myvi Elegance vs Myvi SE vs Myvi Extreme


Lama ku peratikan...err takde la lama sangat. Sebenornye sejak launching Myvi SE 1.5 dan Myvi Exterme 1.5 tempoh hari jer. Ada sesuatu yang menjadi persoalan tentang ketiga-tiga variant Myvi 2011 ni. Mula-mula kita susunkan dulu gambar variant Myvi nih. Cer korang tengok dulu. Yang atas Myvi 2011 1.3L, kendian Myvi SE 1.5L, last skali Myvi Extreme 1.5L.






Okay kawan-kawan. Aku nak fokus kat Rear Bumper Myvi 2011. Aku ada perasan yang bumper baru Myvi ada satu opening kecil dibawah rear reflectornya. Bila dibaca review di blog-blog automotif, design itu memang sengaja dibuat sebagai penambahbaikan kepada model Myvi sebelumnya (yang tak best macam lagi best). Honestly aku kagum sebab Engineer Perodua actually ada consider benda-benda kecil camtu tapi memberi impak pada model baru ni. No wonder review mengatakan handling Myvi 2011 lebih baik daripada yang sebelumnya. Oh korang tak paham apa aku tulis eh? Cer tengok gambar lepas ni. Aku dah highlight area tersebut



Air Vents tu menurut En Paul Tan, adalah untuk mengurangkan tekanan yang terhasil di rear bumper model lama Myvi. Dengan adanya air vent tu, ia secara tidak lansung dapat mengurangkan flapping dan improve handling kereta. Yelah, bumper sebelum ni memang kosong gitu je kan?



Now, kita tengok bumper baru untuk Myvi SE dan Myvi Extreme. Yang kat bawah ni aku fokuskan Myvi SE dulu. Basicly both are the same, cuma Myvi Extreme ada additional rear bumper skirting. Ok, kat sini aku nak bersoal. Harap-harap ada jurutera automotif, atau lebih baik lagi kalau ada jurutera Perodua dapat explain.

Soalan : Kenapa air vent takde pada model SE dan Extreme? Adakah kewujudan rear diffuser tu sudah meet the purpose dan air vent tak diperlukan? Atau design bumper SE & Extreme tak memerlukan air vent? Aku cuma nak tau tu jer. Harap ada yang boleh explain supaya senang aku nak explain kat orang lain. Thanks!


Tiada air vent pada model SE

p/s : ada 3 jenis spoiler berlainan pada Myvi Elegance, Myvi SE dan Myvi Extreme. Personally aku suka spoiler Myvi SE, spoiler pada Extreme terlalu over sket, and kemungkinan besar sekadar untuk tujuan kosmetik je kut. Even iklan di radio pun macam perli produk sendiri je..."Myvi Extreme 1.5L, boleh terbang ke bulan!"







Posted by Jobseekers

Penjawat awam Selangor bakal terima bonus Aidilfitri

SHAH ALAM, 23 Julai — Berikutan pemberian bonus sempena perayaan Aidilfitri bulan hadapan oleh kerajaan Pusat, kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim turut dijangka akan memberikan bonus sama kepada penjawat awam di negeri pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat tersebut.

“Kakitangan awam kerajaan negeri Selangor juga akan menerima imbuhan Aidilfitri jika Kerajaan Pusat memutuskan pembayaran bonus perayaan bulan depan, kata Khalid hari ini.

Tambah Khalid (gambar) lagi, pentadbirannya akan memastikan kakitangan awam di bawah kepimpinannya akan menerima jumlah sama sepertimana penjawat awam kerajaan Pusat sekiranya mereka memutuskan untuk membayar “bonus” sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

“Jika kakitangan Pusat dapat, begitu juga kakitangan awam yang bekerja di peringkat negeri. Kadarnya akan sama sebab ia ada kaitan dengan pencen,” kata ADUN Ijok itu kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah mengumumkan akan mempertimbangkan pemberian imbuhan sempena sambutan Aidilfitri kepada penjawat awam kerana ia bergantung kepada kemampuan kerajaan.

Najib turut berkata beliau akan melihat “buku kira-kira” kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.

“Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu... kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,” katanya ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.

Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.

P/s: Alhamdulilah la pada penjawat awam semua^^
Posted by Jobseekers

Poster Cool Mengenai Sejarah Dan Keputusan Setiap Piala Dunia (19 Gambar)

Nice.

Mari lihat poster-poster mengenai sejarah menarik dan keputusan setiap Piala Dunia yang diadakan secara ringkas dan padat. Ianya dihasilkan oleh André Fidusi. Aku hanya memahami beberapa ilustrasi di bawah, trutamanya untuk Piala Dunia dari tahun 1998 hingga sekarang. Kerana selepas 9 tahun dilahirkan pada 1998 baru aku ambil tahu pasal Piala Dunia haha.

Pada 1998, Ronaldo merupakan penyerang berbisa Brazil ketika itu telah mengalami kecederaan semasa perlawanan akhir dan kemenangan memihak kepada Perancis. Pada tahun 2002, kecederaan yang dialami Ronaldo sudah pulih dan beliau sekali lagi beraksi dengan baik lagi lincah (haha) dan Piala Dunia dimiliki oleh Brazil pada tahun tersebut.

Pada tahun seterusnya, aku pasti anda juga tahu apa yang telah berlaku :>




















Posted by Jobseekers

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore” Home > News > Sejarah Penciptaan Liquid Paper Sejarah Penciptaan Liquid Paper

Tahukah anda cecair putih yang digunakan untuk memadamkan kesilapan di atas kertas? Dulunya cecair berkenaan dipanggil ‘mistake out’ dan telah direka oleh seorang ibu tunggal, Bette Nesmith Graham yang terpaksa keluar bekerja untuk menyara anaknya.







Walaupun bertugas sebagai jurutaip, Graham bukanlah seorang yang cekap menaip dan sering menggunakan cat putih bagi melindungi kesilapan yang dilakukannya. Dengan menggunakan dapur dab garaj makmal, Graham menghasilkan produk yang menjadi rebutan dikalangan pekerja pejabat lain.



Semasa bekerja sebagai setiausaha, Graham mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan penyelidikan sehingga beliau dapat menghasilkan produk yang terbaik. Selepas produknya ditolak oleh IBM, Graham terus menjualnya secara langsung selama 17 tahun.



Pada 1968, Graham mula mendapat keuntungan dan 10 tahun kemudian Gillette Corporation membeli Liquid Paper pada harga AS$47.5 juta termasuk royalti
Posted by Jobseekers

Proton Preve – Review Lengkap Pemanduan Pertama



Nama: Prevé

Sebutan bagi model baru Proton ini ialah Prevé (prae-vae) walaupun pada asalnya sebutan dianggap sebagai (preef). Dalam sebutan bahasa Inggeris “to prove”,  ia bermaksud untuk atau mahu membuktikan dan Proton mempunyai banyak perkara untuk dibuktikan selepas diragui selama 25 tahun. Walaupun penamaan model ini disebut Prevé, Proton masih mahu mengekalkan asal-usul nama model ini daripada perkataan Bahasa Inggeris tersebut.

Di Mana Kedudukan Proton Prevé :

Menurut khabar angin sebelum ini, Proton Prevé yang dibangunkan merupakan model gantian Proton Persona. Tanggapan itu adalah benar bagi sesetengah market, dan bagi market Malaysia, Persona berspesifikasi B-Line masih lagi dikekalkan. Spesifikasi M-Line dan H-Line akan dihentikan untuk memberikan jarak yang selesa untuk kedua-dua model.

Strategi Proton ini menjadikan kedudukan proton Prevé ini di antara Proton Persona dan juga Proton Inspira dalam susunan model mereka. Untuk terus memisahkan perbezaan antara model Prevé RM75k, model variasi Inspira 1.8 juga akan dihentikan. Berita baiknya, terdapat model dalam perancangan iaitu model Inspira 2.0 Manual.

Apa yang anda patut jangkakan dari Proton Prevé:

Dari pengumuman awal, Proton akan menawarkan model Prevé dalam 3 variasi. Harga pula bermula kira-kira RM62k untuk B-Line 1.6 Liter manual, sehingga kepada model spesifikasi terbaik turbocharged CVT pada harga RM75k. Di antara kedua model ini, model biasa CVT dianggarkan pada harga RM65k. Tempahan awal setakat ini menunjukkan model RM75k telah mendominasi tempahan lebih 70%  daripada keseluruhan tempahan.

Melalui model yang dijangka untuk target pasaran 20-an hingga 40-an ini, Prevé merangkumi rekabentuk, keselesaan, keselamatan, pengendalian, kualiti dan prestasi enjin. Dari segi keselesaaan, Prevé mempunyai kabin yang cukup besar untuk kelasnya (segmen C, sama dengan Toyota Altis, Ford Focus, Honda Civic dan Kia Forte).  Ruang kaki belakang juga adalah yang terbesar di dalam kelasnya (815mm) dan ini terbukti di dalam sesi panduji di mana penumpang belakang cukup selesa. Malah, terasa seperti menaiki sebuah limosin.

Ruang meletakkan barang bagi model ini juga adalah antara yang terluas, 508-liter. Ini mungkin kerana pilihan Proton untuk menggunakan tayar simpanan yang kecil (space saver) bagi memaksimumkan ruang but. Kami berpendapat ini ialah satu pilihan bijak kerana tayar space saver lebih ringan dan ini membantu untuk menjimatkan minyak. Fungsi BCM (Body Control Module) yang diperkenalkan dalam Exora juga diperkenalkan untuk model ini. LCD yang besar diberikan di antara tolok tachometer dan speedometer, sistem ini dipanggil Smart Info Display(SID).

Selain dari itu, kabin dalam menawarkan ciri-ciri seperti Push/start button (kunci masih perlu dicucuk ke dalam lubangnya, namun kunci Prevé sekarang mirip kepada kunci Kia Forte atau Volkswagen, dengan flip blade dan buatan yang kemas).  Paddle shifters untuk menggunakan mod transmisi manual 7-kelajuan. Kerusi dengan fabrik kalis air (seperti pada Honda Jazz atau Accord 2-liter).  Tingkap Kuasa dengan funsgi anti-trap – Fungsi auto-fold untuk cermin sisi sensor hujan untuk wiper – But boleh dibuka ala remote menggunakan kunci. Fungsi auto untuk lampu besar dan fungsi Follow-me-Home. Ruang tempat letak barang yang banyak dan empat tempat menggantung barang (dua coat hanger, satu curry hook di tepi glovebox depan dan satu cangkuk pada batang headrest kerusi penumpang di hadapan).

Terdapat perkara lain yang menarik perhatian pada Prevé ini. Bermula dengan casis, ianya dibangunkan berdasarkan platform Exora yang telah diubah suai. Bahagian hadapan model ini diubah agar suspensinya lebih compliant dan lebih mantap. Untuk memberikan tindakbalas steering yang lebih baik, anti-roll bar telah ditukar saiznya agar ia “lembut”. Ini perlu supaya darjah steering boleh ditingkatkan dan tindakbalas dapat dirasakan oleh pemandu.

Beralih pula ke bahagian belakang, model ini tidak menggunakan suspensi torsion beam daripada Exora tetapi digantikan dengan suspensi multilink hasil rekaan Proton 100%. Ini merupakan kali pertama Proton menghasilkan suspensi belakangnya sendiri.  Sistem multilink rekaan Proton ini lengkap dengan trailing arm dan coilovers. Pemanduan sejauh 160km di atas lebuhraya dan jalan berliku menyaksikan kehebatan Prevé yang sebenarnya. Dengan stereng yang lebih memberikan bertindakbalas, ia mengambil selekoh dengan bersahaja. Pemanduan di atas lebuhraya tertutup membolehkan  pemanduan selaju 205km/j (mengikut GPS), dan Prevé dirasakan sungguh teguh. Tidak langsung membuai walaupun jalannya berombak dan angin lintang juga tidak begitu mengganggu model ini.

Di jalan berliku, menggunakan mod S pada transmisi CVT ProTronic lebih mengujakan dari menggunakan paddle shifters. Turning-in cukup tajam bagi sebuah sedan keluarga dan ekornya stabil mengikut gerak stereng. Brek ketika sedang mengambil sekeloh juga tidak mengganggu keseimbangan Prevé.  Untuk yang memandu kenderaan dengan torsion beam, mesti pernah mengalami kejadian di mana ekor “melompat-lompat” ketika melanggar bonggol di dalam selekoh. Inilah kelebihan penggunaan suspensi multilink kerana ia tidak menghasilkan sebarang kekacauan langsung apabila mengambil selekoh yang tidak rata.

Cukup untuk kita katakan bahawa dari segi pengendalian atau ride and handling, sukar bagi jenama lain dari Jepun dan Korea untuk menandinginya. Proton sudah boleh diiletakkan sama tinggi dengan Ford di dalam aspek ini.  Untuk pemandu berpengalaman, sistem brek sama pentingnya dengan kebolehan ride and handling. Sistem brek Prevé menggunakan hardware TRW, tetapi sensor dan software untuk ABS dan ESP datang dari Bosch. Hasilnya ialah sistem brek yang linear dan progresif, yang mampu kami gunakan dalam situasi trail braking.

Untuk pengetahuan pembaca, Prevé mempunyai stopping distance (100-0kmh) yang paling dekat – 36.8m berbanding dengan model Kia Forte, Toyota Altis 2.0L, Honda Civic 1.8L dan Ford Focus. Kami cuba membuat brek mengejut di atas garisan lurus dari kelajuan 140km/j dan Prevé mampu berhenti tanpa gangguan dan dalam keadaan yang sangat stabil.

Seperti yang dikatakan, Prevé datang dengan sistem ESP atau Electronic Stability Control. Sebenarnya, Australia telah mewajibkan kesemua kenderaan baru perlu dilengkapi dengan sistem ESP dan oleh kerana Proton memang sudah bertapak di Australia, model Prevé perlu datang dengan ESP.  ESP ialah sistem elektronik yang mengawal stabiliti kenderaan ketika brek mengejut atau ketika tayar hilang cengkaman. Ia seperti pemandu mempunyai empat pedal brek kerana ESP mampu mengawal fungsi setiap brek dengan sendirinya. Cukup penting untuk keselamatan, ESP tidak terdapat dalam banyak model Jepun atau tempatan di bawah harga RM100,000.

Selaind ari ESP, sistem keselamatan lain yang terdapat pada Prevé ialah penggunaan teknology HotPress Forming dalam struktur kenderaan RESS (Reinforced Safety Structure), sistem ABS dengan ESP, brek belakang disk, empat beg udara (depan dan sisi), pre tensioner, active headrest, ISOFIX mounting (untuk kerusi bayi), lampu hazard auto (jika berhenti mengejut dalam kelajuan melebihi 96km/j) dan fungsi auto unlock (pintu akan unlock selepas berlaku pelanggaran). Prevé direka untuk mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Australian NCAP, namun ujian rasmi oleh Australia NCAP belum dilakukan (khabarnya akan dilakukan dalam masa terdekat ini). Prevé juga sebenarnya boleh memuatkan enam beg udara, namun kos menjadi masalah untuk pasaran tempatan.

Seperti yang dijangka, Enjin Campro CFE yang diperkenalkan pada model Exora dijadikan enjin utama dan digandingkan secara ekslusif bersama CVT sepasang paddle shifters dengan 7-kelajuan. Apa yang sedikit mengejutkan, model variasi terendah akan mendapat enjin 108hp Campro IAFM+ daripada Saga FLX dan bukannya seperti yang dijangka iaitu 125hp CPS. Proton secara jujur mengakui terdapat pertimbangan dalam harga kos di sebalik keputusan ini dan merasakan enjin IAFM membolehkan mereka memberikan harga yang kompetitif pada masa yang sama memberikan pretasi yang bagus untuk model ini.

Untuk CFE, ia menghasilkan 103kW, sama seperti enjin 2.0L n/a tetapi CFE menghasilkan kadar tork yang lebih tinggi – 205Nm. Kami pada mulanya berharap agar prestasi Prevé lebih baik dari Exora Bold dengan enjin yang sama. Tetapi, dengan kadar refinement Prevé yang lebih tinggi, kami langsung tidak merasa “lonjakan tork” pada Prevé. Terasa perlahan tetapi bila speedometer dijeling, kelajuan sudah mencecah 140km/j dalam sekelip mata.

Model IAFM+ lebih sesuai untuk pemanduan santai. Bila ditekan, sistem CVT ProTronic membuatkan enjin meraung bising namun pada pendapat kami, prestasi enjin IAFm memadai. Malah, ia rasa lebih selesa dari model Saga FLX SE dengan enjin yang sama. Model IAFM+ juga datang dengan transmisi 5-kelajuan Getrag, dan ini akan menjadi model asas untuk Prevé. Kelajuan untuk model ini ialah dalam lingkungan 175km/j.

Menurut Proton, Prevé mencapai 100km/h dari pegun dalam masa 9.6 saat, jauh lebih pantas dari Civic, Altis, Forte dan Focus. Kelajuan maksimum ialah pada 205km/j dan penggunaan minyak pula ialah 8.2L/100km. Proton juga membuka lembaran baru dengan model Prevé ini. Malah, ciri-ciri pemasaran global turut digunakan, contohnya penamaan sistem transmisi ke ProTronic, pembinaan struktur keselamatan dalam badan RESS dan SID untuk paparan meter. Ini ialah antara gimik yang digunakan oleh syarikat kenderaan dunia lain dan kini Proton turut melangkah ka arah itu.

Kesimpulan:

Hasil dari pemanduan ini, Prevé boleh dikatakan hasil yang terbaik pernah dihasilkan Proton. Pemanduan dan pengendalian Prevé juga amat menakjubkan dan berkualiti tinggi.  Namun, perlu diingat bahawa dengan harga RM75k, seseorang tidak boleh mengharapkan kualiti sebaik Jerman. Prevé juga merupakan model Proton yang akan menjadi titik penting jatuh bangun Proton di masa hadapan. Model ini sekiranya dibuat dengan bersahaja tanpa ada spesifikasi sebegini, mungkin kita tidak akan ada lagi kereta sendiri di masa hadapan.
Isnin, 23 Julai 2012
Posted by Jobseekers

Superb : Lamborghini Aventador J Yang Terbaru (11 Gambar)

Lamborghini Aventador LP700-4 salah satu kereta yang bagi aku layak dipanggil supercar. Lebar kereta tu besar hampir penuh satu ruang jalan. Tidak lama selepas keluar Aventador LP700-4, keluar lagi siri Aventador yang baru iaitu Aventador J. Siri Aventador J amat mengagumkan. Bodykit penuh dengan gentian karbon. Siri ini boleh dikategorikan sebagai model speedster. Aventador J juga menjadi tumpuan semasa di Geneva MotorShow 2012 sebelum ini. Setakat ini boleh aku katakan Ferrari agak ketinggalan dari segi design. Korangboleh bezakan dengan Ferrari F12 Berlinetta yang turut ada di Geneva MotorShow.












P/s: Kita ni tengok cukuplah...
Posted by Jobseekers

Hebat : Aksi Penerjun Berani Mati Melompat Dari Ketinggian 100 Kaki (5 Gambar)

Berikut merupakan aksi para penerjun berani mati atau "daredevil" yang berkumpul di Villa France Do Campi sempena Red Bull Cliff Diving Series. Jom kita layan gambar-gambar kat bawah nih.. awesome...






P/s...Mau sakit jantung kalau macam ni...
Posted by Jobseekers

Hina Agama Islam Dalam Facebook



AMPANG – Ketika umat Islam menyambut Ramadan dengan melakukan ibadah, seorang pesara tentera dikejutkan dengan kata-kata penghinaan terhadap Islam dalam Facebook, semalam.

Halil Rahman berkata, dia terkejut apabila terbaca kata-kata penghinaan terhadap ALLAH SWT, Rasul dan Nabi ketika melayari Facebook.

Menurutnya, kata-kata yang dilemparkan tidak dapat diterima kerana hinaan penulis itu boleh membawa ketegangan.

“Penulis tersebut sepatutnya diambil tindakan dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini,” katanya. – Sinar Harian Online

Posted by Jobseekers

Berhenti Merokok

Selasa, 10 Julai 2012
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -