Gambar: Pengusaha Butik Dikenakan Renjatan Elektrik, Disamun, Diraba
KUALA LUMPUR – Empat penyamun yang menggunakan alat renjatan elektrik terhadap seorang wanita ketika menyamun butik pengantinnya di Taman Tasik Permaisuri di sini, bukan saja melaram dengan pakaian dan barang curi bernilai lebih RM10,000 bagaikan orang kaya di sebuah pusat beli-belah, malah turut mencabul wanita berkenaan, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, empat penyamun berkenaan menyamar sebagai pelanggan ingin menempah pakaian untuk majlis akad nikah, mula mengintip pergerakan di kawasan butik beberapa jam sebelum itu.
Mangsa mahu dikenali sebagai Yati, 28, berkata ketika dia berehat di atas sofa butik yang terletak di tingkat satu, seorang lelaki masuk memberitahu mahu menempah pakaian untuk akad nikah melalui interkom.
Bagaimanapun katanya, sebaik membuka pintu butik, tiga lagi rakan lelaki itu menyerbu masuk sebelum mengenakan alat renjatan elektrik ke mukanya menyebabkan badannya lemah.
“Akibat terkena renjatan elektrik pada muka, saya terkencing dan terduduk lemah.
“Mereka menggeledah setiap ruang dalam butik dan melarikan beg tangan mengandungi 10 kad kredit, dua telefon bimbit, komputer tablet, barang kemas, wang tunai, cermin mata dan pakaian pengantin lelaki semuanya bernilai lebih RM10,000,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian tubuhnya turut diraba dan dalam tempoh 10 minit mereka dalam kedainya, seorang daripada suspek membuka seluarnya dan cuba mendekatinya tetapi dia sempat melarikan diri bersembunyi dalam tandas.
Sebaik mereka meninggalkan butiknya, Yati menghubungi bank bagi menamatkan perkhidmatan lapan daripada 10 kad kreditnya dan jangkaannya tepat apabila kumpulan itu cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Jalan Klang Lama, di sini.
Katanya, mereka melaram dengan pakaian pengantin yang dicuri dari butiknya itu dan berlagak seperti orang kaya dengan memasuki beberapa kedai jam dan cermin mata.
Menurut Yati, berdasarkan rekod bank, penyamun berkenaan cuba menggunakan kad kreditnya untuk membeli jam tangan berharga RM900 tetapi gagal kerana kad kredit berkenaan sudah dibatalkan.
“Sebaik dimaklumkan pihak bank kad kredit saya digunakan di pusat beli-belah itu, saya bergegas ke sana dan menemui pihak pengurusan pusat beli-belah bagi melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti wajah mereka,” katanya.
“Dalam rakaman itu jelas keempat-empat mereka memasuki beberapa kedai dengan bersahaja dan berlagak seperti orang kaya membeli-belah,” katanya.
Menurutnya, apabila beberapa transaksi pembelian mereka gagal, keempat-empat suspek melarikan diri. dan tidak sempat dikejar pemilik kedai.
Susulan itu, Yati membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. (Harian Metro)
Pensyarah Ditahan Kerana Dapat Rasuah Seks, Pen Mont Blanc, Ipad Dari Pelajarnya
Seorang profesor Undang-Undang Universiti Nasional Singapura (NUS) dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan rasuah melibatkan habuan daripada seorang bekas mahasiswa wanita sebagai ganjaran memberinya keputusan akademik yang baik.
Tey Tsun Hang, 41 tahun, yang juga merupakan seorang bekas hakim daerah di sini, menghadapi enam tuduhan.
Dia dituduh mengadakan hubungan seks dengan bekas mahasiswa NUS yang bernama Darinne Ko Wen Hui itu, sebanyak dua kali pada/atau 24 Julai dan 28 Julai 2010.
Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Tey memberikan Ko gred yang baik sebagai membalas habuan seks itu.
Tey juga dituduh menerima habuan berbentuk pena berjenama Mont Blanc yang berharga $740, dua kemeja yang ditempah tukang jahit berharga $236.20 dan sebuah iPod Touch bernilai $160 daripada Ko antara Mei dengan Jun 2010.
Ko juga dikatakan telah membayarkan bil Tey yang mencecah $1,278.60.
Tey merupakan seorang Profesor Madya yang mengajar di Fakulti Undang-Undang NUS.
Sementara itu, profil Ko di laman sosial LinkedIn pula menunjukkan Ko menuntut di NUS antara 2008 dengan 2012.
Ko juga dikatakan pernah bekerja sambil belajar di firma guaman terbesar di Singapura, Rajah & Tann, antara 2008 dengan 2010 dan pernah bekerja di firma guaman O’Melveny & Myers antara 2010 dengan tahun lalu.
Menurut laporan akhbar The New Paper, Tey diberkas pada April lalu sementara Ko tidak diberkas tetapi kenyataannya telah diambil.
Ko, 23 tahun, didakwa mendekati Tey bagi mendapatkan gred lebih baik bagi kursus elektif yang diambilnya.
Tey memberitahu media di luar Mahkamah Rendah semalam bahawa “tuduhan-tuduhan terhadapnya itu amat serius”.
“Kebebasan, kewibawaan dan mata pencarian saya dipertaruhkan.
“Nama baik saya tercemar dan akibatnya keluarga saya juga menderita,” kata Tey.
Dalam e-melnya kepada Berita Harian semalam, seorang jurucakap NUS berkata:
“Dengan keputusan Peguam Negara memfailkan tuduhan terhadap Profesor Madya Tey Tsun Hang, NUS telah memulakan siasatan dan menggantung khidmatnya.
“Universiti ini memandang serius pelanggaran peraturan. NUS mempunyai Kod Tatalaku yang harus diikuti kakitangannya.
“Jika berlaku sebarang pelanggaran (peraturan), tindakan yang sewajarnya akan diambil termasuk pemecatan bagi pencabulan serius Kod Tatalaku itu.”
Kertas pertuduhan Tey menunjukkan dia seorang warga Malaysia dan bertaraf penduduk tetap di sini.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $100,000 dan kesnya akan didengar lagi pada 3 Ogos ini.
Jika sabit kesalahan, Tey boleh dikenakan denda sehingga $100,000, penjara sehingga lima tahun atau kededuanya sekali bagi setiap kesalahan. (Berita Harian Singapura)
Laporan Twiplomacy Iktiraf Najib Pemimpin Popular
Dalam satu kajian terbaru Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya melonjakkan populariti beliau berbanding pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hasil kajian menunjukkan populariti Najib meningkat 76 peratus berbanding dua pemimpin utama pembangkang itu.
Sebenarnya bukan hanya kajian oleh UKM, banyak lagi kajian NGO dan badan akademik sebelum ini menunjukkan keputusan yang hampir serupa.
Apa ‘rahsia’ Najib agak-agaknya?
Untuk mendapatkan jawapan itu, tak perlulah kita tanya mereka yang kuat membodek beliau kerana jawapannya mungkin akan menjadi ‘klise’ untuk kita.
Namun laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Burson-Marsteller yang dipanggil Twiplomacy mungkin memberi jawapan ‘terbaik’ kepada persoalan tersebut.
Burson- Marsteller baru-baru ini telah menerbitkan laporan berkenaan berdasarkan kajian yang dibuat ke atas para pemimpin dunia yang menggunakan Twitter.
Seperti yang dijangka, Presiden Barrack Obama adalah pemimpin dunia paling popular, namun, Najib juga rupa-rupanya tergolong dalam kelompok yang sama!
Berikut adalah antara butiran dalam laporan berkenaan mengenai Najib.
Kajian Burson-Marsteller mendapati, Perdana Menteri kini mempunyai lebih 750,000 pengikut di Twitter dan jumlahnya semakin bertambah dengan pantas.
Najib mula menulis di Twitter pada 23 Sept, 2008 dan setakat hari ini, beliau mempunyai 767,679 pengikut di Twitter dan menulis 2,675 tweets dan 81 ‘following’. Ini menjadikan beliau setakat ini pemimpin popular di Asia di Twitter, per kapita (1 dalam 37) dan selesa dalam kedudukan 10 terbaik di peringkat global.
Menurut laporan itu, Najib juga mengikuti perkembangan beberapa pemimpin antarabangsa dan serantau dan dihubungkan dengan @bluehousekorea, @karimmassimov_e dan @number10gov. Laporan itu juga menyatakan Najib ialah antara pemimpin yang cepat memanfaatkan kemudahan Twitter.
“Perdana Menteri Malaysia Najib Razak aktif berhubung dengan audien beliau.
Beliau tweets secara peribadi dan mendekati setengah juta pengikutnya dengan kuiz dan sweepstakes.
“Sebanyak 17 peratus daripada tweets beliau ialah perbualan dan termasuk jawapan,” menurut laporan itu yang boleh dilayari di twiplomacy.com.
Mei lepas, beliau menganjurkan majlis sarapan pagi dengan pengikutnya yang ke-500,000 dan tiga pengikut Twitter yang lain.
Twiplomacy melaporkan yang beliau mengabadikan majlis itu dengan memuat naikgambar tetamunya menerusi Twitpic dan video YouTube.
Najib memanfaatkan teknologi untuk mendekati secara peribadi sepertimenjawab soalan di Facebook dan Twitter beliau, baik secara langsung atau sesisoal jawab yang dirancang terlebih dahulu seperti #TanyaNajib dan 1MalaysiaRoundtables.
Beliau juga menganjurkan majlis dengan rakan online di seluruh negara, yangbermula dengan majlis minum petang di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana dankemudiannya diperluaskan kepada majlis pertemuan.
Daripada segi politik dan kerajaan, Perdana Menteri menggunakan media sosial untuk bertanyakan kepada rakyat Malaysia bagi mendapatkan sebarang cadangan dan idea untuk Belanjawan 2013 serta input bagi Akta Harmoni Nasional, yang akan menggantikan Akta Hasutan yang digubal pada zaman penjajah.
Ini disusuli pengumuman oleh kerajaan pada awal Julai bahawa semua jabatandan agensi kini perlu mendapatkan pandangan orang ramai sebelum mencadangkan draf pindaan terhadap undang-undang sedia ada atau memperkenalkan Rang Undang-Undang baharu.
Platform online MyIdeas diperkenalkan kepada rakyat untuk mengemukakan ideamereka dengan yang terbaik dipilih menjadi dasar-dasar kerajaan
Fasha Sandha Dah Nampak ‘Baby Bump’….
Gambar Fasha dan Jejai ini dirakam ketika mereka berdua berada di Tokyo, Jepun.
Entah apa yang mereka buat di sana kami sendiri kurang pasti, mungkin agaknya makan angin… maklumlah Jejai kan banyak fulus!
Tapi ikhlasnya bukan itu yang kami mahu ketengahkan, tetapi imej perut Fasha yang jelas melihatkan ‘baby bump’.
Pastinya kalau kita tunggu lagi beberapa bulan, perut Fasha pasti akan semakin membesar.
Agaknya masa tu bagaimana ya? Heh! (myartis.com)
MALAYSIA XI KALAHKAN INDONESIA B22 6-0
Keputusan Penuh Malaysia XI vs Indonesia B22 27 Julai 2012 | Pasukan pilihan Malaysia telah menewaskan Indonesia Bawah-22 6-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno semalam. Perlawanan persahabatan antara Malaysia XI dengan Indonesia B22 ini telah diaturkan selepas Piala Java yang pada awalnya patut disertai oleh Galatasaray, Everton, Malaysia dan Indonesia B22 telah ditunda ke bulan Ogos.
Pasukan Malaysia XI yang merangkumi pemain Harimau Muda serta lapan pemain senior Liga Malaysia termasuk dua pemain import telah membuat persiapan untuk Piala Java sejak Isnin lepas namun tidak berpeluang untuk bertemu Galatasaray seperti yang dijadualkan.
Jurulatih, Ong Kim Swee telah menurunkan kesemua pemain senior beserta tiga pemain Harimau Muda pada separuh masa pertama dimana ternyata kelebihan terletak di pihak Malaysia. Pada minit ke-11, Ahmad Hazwan Bakri telah menyumbat masuk gol pertama Malaysia hasil hantaran oleh kapten pasukan Selangor, Amri Yahyah. Kemudian pada minit ke-15 Michal Kubala pemain import Perak telah menjaringkan sepakan penalti dan meletakkan Malaysia XI 2-0 di hadapan selepas pemain ATM, Christie Jayaseelan dikasari dalam kotak penalti.
Indonesia gagal untuk melakukan sebarang serangan dan hanya bertahan pada sepanjang separuh masa pertama. Pemain PKNS, Azrif Nasrulhaq kemudian menjaringkan gol ketiga perlawanan pada minit ke-31 hasil hantaran oleh Amri. Amri Yahyah kemudian menjaringkan gol keempat dan kelima untuk Malaysia XI 10 minit sebelum separuh masa pertama tamat.
Pada separuh masa kedua, Ong Kim Swee telah menggantikan kesemua pemain senior dengan pemain Harimau Muda selepas Shukor Adan selaku kapten pasukan, menjaringkan gol keenam pada minit ke-60. Perlawanan yang lebih seimbang dapat dilihat hampir seluruh masa kedua apabila tiada lagi pemain senior yang beraksi dalam pasukan Malaysia XI. Indonesia berjaya melakukan beberapa percubaan melalui bintangnya, Andik Vermansyah tetapi berjaya dipertahankan penjaga gol kedua Harimau Muda, Shahril. (espnstar.my)
RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar
SYDNEY – Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat tidak sepatutnya, lapor media Australia, semalam.
Lelaki tidak didedahkan identitinya itu menjual keretanya hujung minggu lalu dan mendapat bayaran sebanyak A$15,000 (RM49,473).
Untuk mengelak dicuri, lelaki terbabit mencari tempat yang jarang digunakan serta tidak disangka sesiapa.
Justeru, lelaki terbabit menyimpan wang berkenaan dalam ketuhar yang sangat jarang digunakan di rumahnya. Bagaimanapun, secara kebetulan isteri lelaki terbabit tergerak untuk menggunakan ketuhar berkenaan pada hari itu untuk memanaskan ketulan daging ayam.
Tanpa disedari wanita terbabit, wang itu turut rosak dalam ketuhar berkenaan. Lelaki itu berkata, dia bercadang menggunakan wang berkenaan untuk membayar semua hutangnya.
“Kini saya langsung tiada wang simpanan,” katanya. Menurut media, isteri wanita itu juga terlalu sedih dan tidak berhenti-henti menangis sebaik saja diberitahu keadaan sebenar. – AP
Pembinaan Loji Air Langat Ikut Tender Terbuka
KUALA LUMPUR – Kerajaan mempelawa semua syarikat yang berkelayakan termasuk anak syarikat kerajaan negeri Selangor sendiri untuk menyertai tender membina Loji Rawatan Air Langat 2 yang akan dibuat secara terbuka.
Ia sekaligus menafikan kenyataan yang dibuat pembangkang baru-baru ini kononnya loji itu bertujuan memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembiayaan sekiranya usaha berkenaan diluluskan.
Dalam kenyataannya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) berkata, kerajaan sangat mengutamakan bekalan air yang berterusan dan mencukupi untuk dinikmati oleh rakyat dan pengguna di seluruh negara sekali gus mengelakkan situasi tersepit dan ‘sudah terhantuk baru tengadah’.
Tambah KTTHA, menyedari hakikat ini, langkah proaktif jangka panjang kerajaan Persekutuan bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan berterusan untuk keperluan domestik dan industri di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dengan menyegerakan pelakasanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang Ke Selangor.
Pelaksanaan skim ini, katanya, adalah komitmen berterusan kerajaan Persekutuan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat di Selangor.
Menurut kenyataan itu lagi, antara perkara yang terkandung dalam skim tersebut termasuklah projek Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (PRAL 2).
” Kerajaan mengalu-alukan anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk menyertai tender pembinaan projek tersebut apabila diiklankan kelak,” katanya.
Mengenai dakwaan kononnya PRAL 2 tidak perlu dibina memandangkan tiada catuan air sehingga kini, KTTHA menegaskan, ketiadaan keperluan untuk mencatu air pada masa sekarang tidak bermakna bahawa tiada masalah air pada masa akan datang.
Menurut KTTHA, PRAL 2 dirancang untuk dibina bagi memenuhi keperluan bekalan air pada tahun 2014 kerana bekalan air dijangka tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada waktu itu.
Malah, katanya, Suruhanajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengunjurkan bahawa bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, KTTHA berkata, berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari (JLH).
Bagaimanapun, kata KTTHA, kengkangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada ketika ini membuatkan kapasiti air yang boleh diagihkan kepada pengguna cuma terhad kepada 4,371 JLH saja.
” Penggunaan fakta yang salah dalam membuat perancangan bekalan air akan menyebakan para pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan,” tegas KTTHA.
Dalam perkembangan yang sama, kerajaan Persekutuan melalui kementerian ini juga menggesa kerajaan Selangor untuk memberikan kerjasama serta komitmen dan bukannya sebagai penghalang utama dalam pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor dan juga proses memuktamadkan penstrukturan semula pengurusan bekalan air demi kepentingan rakyat di negeri tersebut.
Ujar KTTHA, penstrukturan semula yang diterajui oleh kerajaan melalui kementerian ini turut melibatkan empat syarikat operator air di mana kerajaan Selangor mempunyai kepentingan dalam tiga daripadanya melalui pemilikan ekuiti yang strategik.
” Sebagai pemegang ekuiti, sewajarnya Kerajaan Negeri Selangor memainkan peranan penting untuk menyegerakan proses pemuktamadan penstrukturan semula ini dan bukannya berdolak dalik dan berselindung di sebalik pegangan ekuiti tersebut dengan pelbagai permintaan yang tidak memihak kepada kepentingan pengguna air di negeri Selangor,” tegas KTTHA – jangzintthereds.blogspot.com
Wajah Anak Zed Zaidi….Ryan Ziqry
Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi telah memuat-naik foto anak sulung beliau yang dilahirkan di Tropicana Medical Centre pagi tadi.
Bayi comel lelaki ini dinamakan Ryan Ziqry.
Ketika dilahirkan, berat Ryan adalah 4.3 kilogram.
Untuk rekod, Zed Zaidi melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Natalia Mustafa Kamal pada 29 April 2011.
Tahniah daripada kami semua.
Olimpik London 2012 Bermula Dengan Meriah
LONDON – Upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012 diraikan dengan meriah di mana lebih 80,000 penonton berada di Stadium Olimpik, timur London dan tidak kurang satu bilion penonton menyaksikan pertunjukan yang dipersembahkan tuan rumah menerusi televisyen.
Antara pihak kenamaan dan selebiriti yang hadir termasuk Ratu Elizabeth II, pelakon terkenal James Bond, Danial Craig; pengarang buku Harry Potter, JK Rowling dan Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean.
Perancangan selama tujuh tahun bagi menganjurkan Olimpik London 2012 menyaksikan upacara pembukaan awal pagi tadi tertumpu kepada persembahan pentas membabitkan nilai sejarah Britain dan peralihan dari era revolusi perindustrian sehingga kini.
Jumlah peruntukan AS$14.5 bilion disediakan bagi menjamin kelancaran kejohanan prestij yang sudah dianjurkan sebanyak tiga kali sebelum ini dan kali pertama London dipilih sebagai tuan rumah adalah pada 1948. – AFP
PANASSSSS….Gambar Artis Wanita Hisap Ganja Tersebar?
Nampaknya makin ‘meriah’ dunia hiburan kita dengan kehadiran ramai artis-artis baru.
Namun mereka seolah-olah lupa, bila bergelar artis, secara tidak langsung gerak-geri dan tindakan mereka akan menjadi perhatian, akan menjadi bualan.
Terbaru, khabarnya dah bersebaran foto-foto kononnya milik seorang artis wanita di dalam internet.
Blog hiburan myartis.com ada cerita mengenainya.
Lebih mengaibkan, foto itu pula menunjukkan dia sedang menghisap ganja!
Tak cukup dengan itu, ada juga foto dia sedang bersosial di parti liar.
Menambahkan perit lagi, ada pula gambarnya dikerumuni beberapa orang pemuda lain di atas katil.
Kalau betullah foto tersebut ASLI, mau berbuih mulut artis wanita ini nak buat penjelasan nanti…ataupun mungkin dia tak kisah? mungkinkah dia juga bangga dengan kelakuan itu?
Kita tunggulah yang punya badan keluarkan ‘statement’ dari mulutnya sendiri.
(GAMBAR)Ryan Ziqry, Anak Zed Zaidi Dan Natalia
Memang cute! Sebentar tadi Zed Zaidi telah pun berkongsi gambar anak lelakinya, Ryan Ziqry yang telah dilahirkan kira-kira jam 9.30 pagi tadi. Sekali imbas, nampak macam iras wajah isteri Zed Zaidi. Kata orang, kalau anak lelaki ikut muka maknya, besar nanti confirm handsome.
Cute kan? Saya nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada Zed Zaidi dan wife kerana telah pun bergelar ayah dan ibu. Semoga anda berdua menempuh hari yang mendatang dengan penuh tenang. Bukan senang nak jaga anak nie. Kena banyak bersabar dan bersedia untuk bangun malam. Tak gitu?
Pewaris Dr. Angkasawan- Sophea Isabella
Tahniah kepada angkasawan Negara pertama, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan juga isteri beliau, Dr. Halina kerana beliau telah selamat melahirkan anak sulung mereka yang diberi nama cukup unik dan moden, Sophea Isabella, pada 21hb Julai 2011 lalu dengan berat normal 3.6 kg.
Yang agak menarik, kecil-kecli lagi Sophea Isabella telah berbaju, kalau anak-anak kita biasanya berbungkus lagi.





















