WTF : Makan Katak Hidup Di Restoran Jepun (11 Gambar)
Selain sushi, sashimi merupakan salah satu makanan popular daripada Jepun. Sashimi selalunya diperbuat daripada isi ikan segar. Kalau di Sabah, terdapat satu makanan yang hampir sama dengan sashimi, ianya dipanggil hinava.
Berbalik kepada tajuk, terdapat sebuah restoran di Jepun yang menghidangkan sashimi menggunakan daging katak jenis bullfrog. Apa yang WTF mengenai sashimi ini ialah, katak yang dihidangkan masih mempunyai sedikit nyawa walaupun sebahagian angota badannya sudah pun dipotong untuk dimakan mentah dan dan sebahagian isinya dibuat sup. Lagi sadis, katak yang masih lagi mempunyai sedikit nyawa ini melihat sendiri isinya dimakan!
p/s : what the FFFFFFFF!!!
Al-Quran Yang Berwarna-warni
hari tu,pernah masuk blog madam deena.tgk la wishlist die.salah satunya nakkan Al-Quran pelangi.dalam hati terpikir sendiri,Al-Quran pelangi?
ape tu?AL-Quran pon ade jenis2 die ka?ades-.-''bukan ke al-Quran nie satu ja kan...yg lain nya rasam.rasam uthmani ataupon imlai.duk pk jgk n lg,ape yg special tu agaknya eh?
n pagi tadi.bukak je blog.nampk la folder dashboard nie,si nurul update blog sal al Quran pelangi..oh,,,,,,,,,,,cam nie rupanya.......xde yg special sgt pon..hanya colour2 ja eh....
n cover depan drp kain baldu.confrim dak pompuan ramai yg nak al-Quran pelangi nie..sebab nye comel.cantik.warna warni.kecil n mudah dibawa ke mana shj.
tp,,
bagi sy pulak...
xlah kot utk sy memiliknya.sy xpandang rupa nie sgt.tgk function die jgk.kalau lah al-Quran pelangi nie,,,
disertakan sekali dgn tafsir...alangkah lg eloknya kan?:)
n tulisan arab (typing) xberapa jelas..bagi sy la..sy lebih suka tulisan arab (typing) yg kurus..n jelas.
untuk korang yg xde lagi al-Quran kecik,,boleh la memiliki al-Quran pelangi ini...mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja...warnanya yg attractive tu lebih akan membuatkan kite bersemangat waja hari-hari lepas habis solat mesti nak ngaji punya.alhamdullilah.
nak bagi hadiah pon boleh.nak wat hantaran tunang n kahwen pon boleh.sbb cantik.n kite pon sekali akan dapat pahala jika org yg kite bg hadiah nie baca al-Quran yg kite kasi..masyaAllah.begitu besar nikmat al-Quran nie..tolong promote pon dpt pahala taw~hehe.harga pon not bad.RM 95.
Untuk keterangan lanjut
http://www.facebook.com/pages/Al-Quran-Pelangi/404394596261285
http://popocundalena.blogspot.com/
PANAS! Britney Spears Ingin Memeluk Islam?
LOS ANGELES, 16 JAN 2008: Salah satu azam Britney untuk 2008 adalah cuba berbaik-baik dangan golongan paparazzi. Britney yang menjadi perhatian setiap paparazzi sepanjang tahun 2007 kerana sikapnya yang liar dan tidak terkawal itu, sudah membuat keputusan untuk berkawan dengan seorang paparazzi bernama Adnan Ghalib kelahiran Maghribi.
Apakah motif sebenar Britney?
Baru-baru ini, kerana terlalu taksubkan jejaka berkenaan, Britney yang baru kembali dari bercuti di Mexico dengan lelaki itu, didapati memakai baju kahwin yang pernah dipakainya pada 2004 ketika pernikahannya bersama bekas suaminya, Kevin Federline (K.Fed).
Adakah itu bermakna, Britney sudah menjadi isteri kepada Adnan? Kalau tidak, manakan boleh dia berpakaian sedemikian di hadapan khalayak?
Bukan itu saja, malah kecoh di laman web, blog dan media antarabangsa yang mengatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam, selain berusaha untuk mendapatkan seorang lagi anak. Adakah benar atau hanya permainan gimik?
Lebih awal daripada itu, sehari sebelum penyanyi yang popular dengan lagu Gimme More itu dikejar ke hospital pada 4 Januari lalu, beliau telah meninggalkan satu nota yang telah dijumpai oleh pengawal peribadinya.
Antara kandungan nota tersebut adalah seperti pelbagai alasan mengapa dia sudah tidak layak untuk hidup lagi, termasuklah juga beberapa puisi berkaitan kematian. Britney turut mengatakan bahawa, kehidupannya sudah tidak bermakna lagi.
Selain itu juga, Britney turut mangadu bahawa hidupnya kini sering dibelenggu kesunyian dan penuh dengan ketidakadilan. Tulisnya dalam nota berkenaan, satu-satunya jalan penyelesaian terbaik untuk dirinya adalah dengan meninggalkan dunia ini.
Sampai sekrang tak masuk masuk pun Islam, ternyata Britney tu cakap bohong yang mendengar pun satu pergi percaya dan hebohkan.
Dosa yang Lebih Besar Daripada Berzina
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam, "Silakan masuk" Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut
."Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
"Saya... telah berzina".
Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..
Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?
"
"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa
."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
Cara Yahudi Bunuh Bayi Melalui Khatan
Bagi kaum lelaki yang beragama islam diwajibkan melakukan sunat atau khatan melalui cara-cara yang diajarkan nabi Muhammad SAW. Ternyata tidak hanya umat Islam, di kalangan umat Yahudi pun, dikenali juga ritual khatan. Tentu saja dengan cara mereka sendiri.
Namun beberapa waktu lalu, ritual berkhatan ala Yahudi dilaporkan telah menyebabkan beberapa orang bayi di New York, Amerika Syarikat, menderita penyakit herpes yang berbahaya bagi keselamatannya.
Bahkan sebuah laporan menyebutkan, dalam 10 tahun terakhir dilaporkan sekurang-kurangnya dua orang bayi mati akibat tradisi ini, demikian dilaporkan olehAX VivaNews.
Dalam kenyataan laporan Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Jabatan Kesihatan AS, seperti dilaporkan oleh Al-Arabiya, pada Khamis 7 Jun 2012 lalu, bayi-bayi tersebut mengidap jangkitan virus herpes simplex (HSV-1). Data dari tahun 2000 hingga 2011 menunjukkan enam kes yang sama berlaku juga di New York City.
Virus ini ditegaskan merebak pada alat kelamin bayi yang dikhatankan dengan menggunakan ritual Yahudi. Bayi yang baru lahir dipotong kulit kemaluannya oleh seorang dukun khatan atau yang disebut mohel dalam bahasa Bahasa Ibrani.
Selanjutnya dalam tradisi Yahudi, sang mohel kemudian menghisap darah pada luka pemotongan dengan mulutnya. Hal inilah yang kemudian menularkan HSV-1.
"Penghisapan oral pada luka terbuka berisiko merebakkan HSV-1 dan patogen lain bagi bayi yang baru lahir. khatan adalah prosedur bedah yang memotong sebahagian kulit, teknik ini harusnya menggunakan alat-alat steril demi mengurangkan jangkitan," tulisan CDC dalam Morbidity and Mortality Weekly Report .
Para pakar mengatakan bahawa HSV-1 adalah jangkitan biasa yang terdapat pada 90 peratus penduduk. Virus ini menyebabkan demam atau luka pada mulut, beberapa pada kelamin. Tidak ada ubat untuk menangkal virus ini.
Bagi orang dewasa, virus ini tidak berbahaya dan hilang dengan sendirinya. Namun bagi bayi, jangkitan HSV-1 boleh bermaksud kematian atau cacat kekal.
Seorang bayi yang terbunuh adalah satu dari bayi kembar di New York. Dalam pemeriksaan, kedua-dua bayi kembar mengidap HSV-1. Namun, bayi yang dikhatankan pertama oleh mohel telah menyebar virusnya dan menyebabkan bayi meninggal.
Dalam penyelidikan, tidak ditemukan riwayat penyakit herpes dari kedua-dua ibu bapa mahu 14 suster perawat bayi tersebut. Namun mohel yang menyunat bayi kembar itu positif
PHOTOS: The Best And Worst Dressed Of The Opening Ceremony
Some might argue that it’s kind of contrary to the entire spirit of the Olympics to make a best and worst dressed list of the athletes at the opening ceremony. To them we say: hogwash! The Olympics are all about friendly competition, and we are just following suit. We like to think of it as giving out fashion medals. Somebody’s gotta win, and somebody’s gotta lose—but hey, really they’re all winners because it’s not like we will ever participate in the Olympic games, unless they introduce accessory coordination as a competitive sport.
And so we present, in no particular order, our list of best and worst dressed athletes from the opening ceremony. Here’s a preview: Great Britain did not make the best-dressed list. Eek.
Belgium
Brazil
Canada
Cape Verde
Columbia
Dominican Republic
France
Great Britain
Hungary
Latvia
Lichtenstein
Lithuania
Malaysia
Mexico
Neteherlands
Nigeria
South Africa
Sweden
Switzerland
Kredit to :>http://www.styleite.com
Kereta di Jepun yang sama di Malaysia...Memang terbukti Copy paste...hihihihi
Mungkin masih banyak kereta yang serupa dengan kereta kita di Malaysia terdapat di Jepun yang Wanes tidak sempat ambil gambarnya. Kereta yang hampir serupa dengan Perodua Kenari, Viva, Kembara dan Myvi.
Perodua Kembara@Daihatsu Terios
Daihatsu Sirion
Toyota Passo
Daihatsu Cuore
Daihatsu Domino
Daihatsu Handi/Handivan
Daihatsu Mira/Cuore (L7XX)
Daihatsu Mira L series
Toyota capai jualan terkumpul 200 juta unit kenderaan pada Jun 2012
Toyota Motor Corporation (TMC) telah mengumumkan jumlah jualan kenderaan keseluruhan yang terkumpul pada bulan Jun 2012 di seluruh dunia telah melepasi angka 200 juta unit. Kejayaan tersebut dicapai dalam tempoh 76 tahun dan 11 bulan, bermula dengan pengeluaran trak Model G1 dalam bulan Ogos 1935 di Toyoda Automatic Loom Works, Ltd.’s Automotive Department. Sehingga berakhir Jun, pengeluaran terkumpul di pasaran Jepun sebanyak 145.21 juta unit kenderaan dan jualan di pasaran seberang laut berjumlah 55.12 juta unit kenderaan.
Meraikan pencapaian tersebut, Presiden TMC Akio Toyoda berkata : ”I wish to express my heartfelt appreciation to our customers the world over who made it possible for us to reach this milestone. I also have the most profound respect and gratitude for the efforts of all persons who were involved in developing, manufacturing, and marketing Toyota and Lexus vehicles over the years. We are determined to make our cars even better, to continue to give our customers the best possible product. This is the common goal of our 300,000 Toyota staff members worldwide.”
(Klik untuk besarkan)
Model paling banyak dikeluarkan oleh Toyota di kalangan pelbagai jenama kenderaannya ialah ‘Corolla’, di mana generasi ke-11 telah dilancarkan di pasaran Jepun pada 11 Mei 2012. Jumlah jualan terkumpul Corolla sehingga berakhir bulan Jun ialah sebanyak 39.08 juta unit di seluruh dunia.
Model lagenda Honda Gold Wing 2012 di pasaran Malaysia
Lagenda siri motosikal pengembaraan-touring Honda Gold Wing kini kembali dengan lebih bergaya dan berkuasa berbanding model sebelumnya. Boon Siew Honda Sdn Bhd telah melancarkan Honda Gold Wing 2012 pada bulan Mei yang lalu sekali gus meningkatkan penanda aras bagi motosikal touring mewah.
“Kami berbangga untuk memperkenalkan Honda Gold Wing 2012 yang menawarkan kelancaran mengagumkan, kecekapan dan keselesaan untuk mengembara dalam jarak jauh. Honda Gold Wing 2012 akan menawarkan pengalaman menjelajah terbaik untuk peminat motosikal di Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada.
“Honda Gold Wing 2012 mendapat perhatian meluas sewaktu ia mula-mula diperkenalkan pada MotoXpo 2012 Februari lalu. Ia mencipta kejutan dalam kalangan komuniti penunggang motosikal dengan penampilan luaran yang bergaya dan prestasi termaju. Ia membuktikan aspek kebolehpercayaan dan tahan lasak yang boleh didapati pada kenderaan-kenderaan Honda. Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan model Honda Gold Wing 2012 di Malaysia,” tambahnya.
Honda Gold Wing 2012 dijana oleh unit enjin lawan mengufuk enam silinder bersesaran 1832cc dengan sistem penyejukan cecair yang unik. Teknologi PGM-FI memastikan maklum balas pendikit yang lancar dan ekzosnya mengeluarkan emisi gas yang rendah. Sistem penukar gas ekzos mangkin dengan pengesan oksigen HECS3 meminimumkan emisi gas-gas berbahaya daripada ekzos bagi memastikan ia menepati garis panduan emisi Euro-3. Kesan tork sisi dihapuskan oleh kotak gear lima kelajuan bersama ciri pemacu lampau yang berputar pada arah berlawanan dengan aci engkol enjin. Gear kelima merupakan pemacu lampau yang membolehkan putaran enjin rendah sewaktu ditunggang secara santai.
Honda Gold Wing 2012 menggabungkan prestasi tinggi dan reka bentuk menarik menerusi gayaan luaran yang telah dipertingkatkan. Berpenampilan elegan, motosikal ini membentuk bahagian hadapan yang dinamik dan hebat, di samping garis yang mengintegrasikan bahagian hadapan dan belakangnya. Aspek aerodinamik jentera ini ditingkatkan dengan menukar bentuk bahagian bawahnya,
Direka untuk mereka yang gemar mengembara, Honda Gold Wing 2012 menampilkan ruang penyimpanan barang lebih besar, poket-poket pada fairing dan kotak atas, meningkatkan kapasiti ruang keseluruhan kepada lebih 150 liter. Kompartmen penyimpanan pada bahagian tengah yang berkapasiti 2.8 liter disediakan untuk menyimpan barangan kecil peribadi dan aksesori ketika menunggang di atas jalan raya.
Pengalaman menunggang motosikal touring tidak lengkap tanpa sistem audio yang bagus untuk memainkan muzik. Honda Gold Wing 2012 hadir bersama satu sistem audio dengan bunyi keliling yang menawarkan kebebasan untuk menghasilkan lagu-lagu sesuai untuk perjalanan dalam pelbagai format seperti MP3, WMA dan AAC yang boleh disambung kepada iPod®, iPhone® atau USB.
Kemewahan sebenar Honda Gold Wing 2012 disempurnakan dengan material tempat duduknya yang telah dipertingkatkan. Pelapik tempat duduk yang kalis cuaca dan kusyen uretana dibentuk bagi memberikan penunggang keselesaan terbaik. Sebagai tambahan, tempat duduk yang boleh dipanaskan dan sistem pemanas kaki memberikan suhu selesa sepanjang perjalanan. Pro-Arm Rear Swingarm menawarkan pengendalian responsif, manakala titik graviti yang rendah memberikan keseimbangan dan kestabilan ketika ia ditunggang perlahan.
Honda Gold Wing 2012 juga dilengkapi dengan ciri-ciri tunggangan termaju yang pasti disukai oleh peminat motosikal berikutan maklum balas dan kemudahan yang ditawarkannya. Satu butang pada pemegang hendal sebelah kanan membolehkan gear mengundur dimasukkan dengan mudah. Sementara perjalanan menjadi semakin mudah melalui sistem kawalan jelajah elektronik yang menggunakan satu ECU 16-bit, iaitu mekanisma pendikit yang digerakkan oleh motor.
Dengan sistem penetapan penyelarasan cermin utama enam cara sebanyak 100mm, sesi tunggangan bukan sahaja lebih selamat apabila angin kencang menerjah, malah jentera ini dipertingkatkan melalui perlindungan udara dan angin yang dibina pada bahagian hadapan dan tubuhnya. Ciri-ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang berperanan mengurangkan usaha membrek apabila ia mengesan roda akan terkunci. Sementara Sistem Brek Gabungan (CBS) pula bertanggungjawab memberi keseimbangan di antara brek hadapan dan belakang.
Honda 2012 Gold Wing hadir dalam dua warna – Putih Mutiara dan Grafit Hitam. Model baharu itu boleh didapati di bilik pameran Impian Honda yang sah pada harga RM174,900.00 (di atas jalan) mulai 31 Mei 2012.
Hasil kajian mendapati kereta terpakai jenama Honda paling dipercayai
Honda C-RV
Chas Hallett, ketua editor What Car? memberikan komen, “Honda definitely deserve a special mention, seven years at the top of the annual What Car? / Warranty Direct research is a great achievement. When a car leaves the car makers warranty protection it can start to cost the consumer cash and inconvenience, this research highlights that this does not happen often with a Honda”.
Honda-Civic-1.4-i-VTEC-SE
Pengarah urusan Warranty Direct, Duncan McClure Fisher, menambah: “Honda has continued its spectacular record in the annual reliability study. It has proven its ability over many years to manufacture cars that continue to be extremely reliable beyond the usual three year warranty period. If you are in the market for a used vehicle, our study suggests you should seriously consider a Honda.”
Dave Hodgetts, Pengarah Urusan, Honda (UK), pula memberikan ulasannya; “The reliability of our cars is a key focus for Honda as we strive to make every second of Honda ownership an enjoyable experience. This doesn’t just start at the manufacturing stage, but is intrinsic throughout the research & development and during the parts procurement process, this focus ensures that we build reliable and high quality cars.
Honda Jazz
Success in reliability studies like this, further proves the dedication, skill and passion of our engineers, both at the development and manufacturing stages, and we are incredibly proud to be the most reliable manufacturer in the industry – for an outstanding seven years running.”
p/s : Teringat pula motosikal Honda EX-5 lama saya yang tahan lasak walaupun dilenjan habis-habisan. hehehe...
Lebih 70,000 Pelajar Ikuti Subjek Bahasa Iban Lebih 70,000 Pelajar Ikuti Subjek Bahasa Iban
KUCHING – Sebanyak 71,581 pelajar di Sarawak sedang mengikuti kelas bahasa Iban sebagai satu subjek yang dipelajari di sekolah, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu, hari ini.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 48,969 pelajar sedang mengikuti subjek berkenaan di peringkat sekolah rendah manakala 22,612 di sekolah menengah.
“Subjek itu kini diajar di 693 sekolah rendah dan 95 sekolah menengah di negeri ini,” katanya pada Seminar Pembangunan Pengajaran Bahasa Iban anjuran Jawatankuasa Sosial dan Rekreasi Saribas, di sini.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Kebudayaan Dayak Sarawak, berkata bahasa Iban mendapat pengiktirafan dengan penawarannya sebagai kursus pilihan di peringkat diploma dan ijazah di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) sejak tahun lalu.
“Institut Pendidikan Guru di Bintangor, dekat Sibu turut memulakan program Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Iban yang diikuti 25 siswazah.
“Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk melahirkan lebih ramai orang yang berkelayakan mempunyai pengkhususan dalam bahasa itu dan kami menjangkakan jumlah pelajar sekolah mengambil subjek itu meningkat,” katanya.
Sebanyak 200 peserta mengambil bahagian dalam seminar sehari itu yang bertujuan menonjolkan perkembangan pengajaran bahasa Iban di sekolah. – BERNAMA
WWW1 Satria NEO Sultan Johor Kemalangan?
KHABAR angin tersebar sejak semalam mendakwa kononnya kereta Satria NEO milik Sultan Johor yang pernah menjadi kontroversi berhubung harga no pendaftaran bernilai RM500,000 terlibat dalam satu kemalangan.
Bagaimanapun beberapa gambar yang disebarkan tidak satu pun menunjukkan nombor pendaftaran kereta tersebut. Umum mengetahui nombor pendaftaran WWW1 milik Sultan Johor dipasang pada sebuah kereta Satria NEO berwarna jingga.
Oleh itu beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah kereta Satria NEO berwarna jingga yang terlibat dalam satu kemalangan di sekitar Yong Peng Johor dispekulasikan sebagai kereta milik Sultan Johor.
Namun halaman facebook rasmi Sultan Johor telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa kereta tersebut adalah milik Sultan Johor. sumber: milo suam.
Kibar Bendera – Peluang Menang RM45,000
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menyertai Pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersempena sambutan kemerdekaan negara pada tahun ini.
Pertandingan itu bertujuan menggalakkan cetusan rakyat dalam menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan melalui kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di bangunan, kawasan dan premis masing-masing.
Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 terbahagi kepada lapan kategori.
“Kategori terbabit adalah Bangunan Kerajaan dan Swasta, Kampung, Sekolah, Taman Perumahan, Individu, Pintu Gerbang dan Anjung Komuniti 1Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, penilaian pemenang akan dibuat berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah.
Antaranya termasuk kepelbagaian hiasan dan reka letak bendera, membuat bendera menggunakan flora dan bahan terpakai serta paparan lukisan, grafiti, pantun atau slogan yang menterjemahkan tema Hari Kemerdekaan.
Jelas kenyataan itu, borang penyertaan boleh diperolehi secara dalam talian di laman web www.penerangan.gov.my atau di semua pejabat Jabatan Penerangan Daerah berhampiran.
Setiap penyertaan perlu dihantar ke pejabat Jabatan Penerangan Daerah yang berhampiran atau di alamat Urusetia Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2012 Jabatan Penerangan Malaysia Aras 11, Kompleks KPKK, No.49, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
Tambah kenyataan itu, tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos ini dan hadiah keseluruhan yang ditawarkan kepada para pemenang berupa wang tunai sebanyak RM45,000.
Kata kenyataan itu, pertanyaan lanjut boleh menghubungi Urusetia Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2012 di talian 03-8911 7306/7325 atau melalui e-mel di merdekapkpm@inform.gov.my.
Tahun lalu Jabatan Penerangan menerima sebanyak 356 penyertaan dari seluruh negara bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan.
Ditipu Beli Baju Kurung Di Facebook
PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.
Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.
Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.
“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.
Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.
“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.(Kosmo)
Suu Kyi Dikritik Berdiam Diri Isu Rohingya
Yangon – Pemimpin pro demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dikritik kumpulan aktivis hak asasi dan penyokong kempen demokrasi selepas dikatakan enggan memberi ulasan mengenai tindakan kejam tentera negara itu ke atas etnik minoriti Rohingya.
Sikap beliau menimbulkan persoalan bahawa Suu Kyi juga mungkin mempunyai sikap prejudis ke atas etnik berkenaan yang berhijrah dari Bengal beberapa kurun lalu dan enggan memberi komitmen terhadap isu ini.
Mereka yang sebelum ini menyokong ikon hak asasi berkenaan, menuduh beliau sengaja mendiamkan diri dalam isu layanan buruk yang diberikan ke atas etnik tanpa negara yang dikenal pasti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai kumpulan minoriti paling tertindas di dunia.
Suu Kyi berada dalam kedudukan sukar, tetapi masyarakat antarabangsa kecewa kerana beliau tidak bersedia bersikap lebih lantang”. – Anna Roberts, Pengarah Kempen Burma United Kingdom
Pengkritik berkata, Suu Kyi sengaja mengelak membincangkan perkara itu sepanjang tempoh lapan minggu kekacauan di negeri Rakhine di barat Burma, yang mengorbankan beratus-ratus penduduk manakala berpuluh ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka.
Keengganan beliau untuk mengkritik Presiden Thein Sein kerana menguatkuasakan dasar yang seolah-olah menyokong pembersihan etnik, menimbulkan kekeliruan dikalangan penyokong Suu Kyi.
Thein Sein sebelum ini berkata kira-kira 800,000 etnik Rohingya perlu ditempatkan di kem pelarian dan dihantar ke sempadan Bangladesh.
“Beliau berada di dalam kedudukan sukar, tetapi masyarakat antarabangsa kecewa kerana beliau tidak bersedia bersikap lebih lantang,” kata pengarah Kempen Burma United Kingdom, Anna Roberts.
“Beliau sengaja melepaskan peluang untuk memberi pendapat yang baik mengenai isu ini,” kata Pengarah kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Asia, Brad Adams. – Agensi
















































