Bahtera Nabi Noh Dibuka Di Belanda (18 Gambar)


Manusia menunjukkan keimanan mereka melalui pelbagai cara. Ada yang sanggup menjual semua harta duniawi mereka dan menyerahkan segalanya kepada agama. Ada juga yang sanggup menggangkat kavadi pada hari Thaipusam sebagai tanda keimanan kepada Dewa Muruga.

Johan Huibers (61) yang berasal dari Belanda membina bukan sebuah, tetapi dua buah replika Bahtera Nabi Noh sebagai tanda keimanan beliau kepada agama Kristian. Menuruh Johan beliau bermimpi Belanda dilanda bah besar pada tahun 1992. Beliau mentafsirkan mimpi ini sebagai petanda banjir besar akan berlaku sekali lagi. Setelah mengumpulkan wang sendiri dan mengutip derma, sebuah replika kecil berjaya dibina pada tahun 2005. Pada tahun 2009 Johan Huibers mula membina replika Bahtera Nabi Nuh pada skala sebenar mengikut ukuran yang diberikan oleh kitab Injil. Replika terkini ini mempunyai panjang 135 meter, lebar 30 meter lebar dan 25 meter tinggi. Johan Huiber membelanjakan sebanyak USD 1.6 Juta (Rm 5 juta) dan tanggal 9 Julai yang lalu replika kedua ini akhirnya dibuka kepada orang ramai. Ia mampu memuatkan 3000 orang pada satu-satu masa. Jika anda melawat replika bahtera ini anda boleh melihat video berkenaan banjir besar dan juga melihat replika binatang yang dibuat dari gentian kaca.

Arc Van Noach dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dari 9 pagi sehingga 6 petang. Bayaran masuk ialah Euro 12.50 (RM 47) untuk orang dewasa dan Euro 7.50 (Rm28) untuk kanak-kanak.






Khamis, 2 Ogos 2012
Posted by Jobseekers

Tajuk Filem Indo Yang Paling LOLWUT


Posted by Jobseekers

Leka Berurut Sambil Bogel Di Pusat Refleksologi


PUCHONG – Keasyikan beberapa pelanggan diurut tanpa seurat benang di pusat refleksologi Bandar Puteri di sini terbantut apabila premis dikunjungi mereka diserbu pihak berkuasa, lewat malam kelmarin.

Difahamkan, premis sama pernah diserbu sebelum ini namun pengusaha dikatakan tidak serik mengulangi kesalahan lama.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam oleh Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu, seramai 11 wanita warga asing, dua penjaga premis dan tiga pelanggan ditahan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, pihaknya menyerbu rumah urut dan pusat penjagaan kesihatan di Jalan Puteri 1/4 dan Puteri 1/8.

Menurutnya, anggota penguat kuasa terpaksa memecahkan pintu masuk utama kerana penjaga premis menutup kesemua pintu bagi menyukarkan tindakan pecah masuk ke dalam premis.

Katanya, premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di setiap pintu dan di bahagian luar dipercayai untuk mengawal kehadiran pihak berkuasa.

Beliau berkata, berapa kondom yang sudah digunakan ditemui dan hasil siasatan mendapati pengusaha premis menawarkan khidmat seks serta urutan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan.

“Ketika tindakan operasi diketuai Penolong Pengarah Penguat Kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd dijalankan di premis kedua, terdapat pelanggan yang diurut dalam keadaan berbogel.

“Kedua-dua premis dikenakan tindakan di bawah UUK 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat sekatan lesen yang dikeluarkan majlis dengan menggajikan wanita warga asing,” katanya.

Ahmad berkata, semua yang dicekup diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sehingga Julai lalu katanya, sebanyak 127 kompaun dikeluarkan manakala 36 premis rumah urut dikenakan tindakan sitaan dan penutupan premis oleh MPSJ. – Sinar Harian Online


Rabu, 1 Ogos 2012
Posted by Jobseekers

Solat Tarawih 100 Rakaat Di Yemen


BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan.

Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut.

Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia.
Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan.

Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan.

Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih.

“Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam.

“Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan. Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat.

“Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah,” jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja’far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir.

Haniff juga pernah berkunjung ke Masjid Ba’alawi dan tidak melepaskan peluang mengerjakan solat tarawih bersama ulama terkemuka Yemen, Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustofa, Tarim, Hadramaut.

Tarim merupakan sebuah kota kecil yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Yemen, Sana’a. Menurut Ensiklopedia Islam, ia turut disebut sebagai kota Seribu Wali dan terkenal sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

SOLAT tarawih hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan dan ini menjadikan ia satu solat yang eksklusif.

Di Yemen, terdapat 365 buah masjid. Setiap kali Ramadan, solat tarawih akan dikerjakan sepanjang malam hingga solat Subuh. Keadaan itu membolehkan para jemaah memilih masa yang diinginkan untuk menunaikan solat tarawih di mana-mana masjid yang ada. (petikan dari Kosmo!)


Posted by Jobseekers

Suami, Isteri Hamil Tujuh Bulan Maut Dirempuh Bas




KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, mereka dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu.

Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kita masih menyiasat…bagaimana bas itu hilang kawalan. Mungkin ia berpunca daripada kegagalan sistem brek,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, dua saksi yang ditemui di lokasi kejadian menyifatkan kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.

Saiful Azhar Ismail, 39, berkata beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan suami isteri itu.

“Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta Mercedes, lalu menghentam motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas,” katanya.

Khairi Azwan, 29, pula berkata kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.

“Saya turut membantu mangsa yang cedera dan sempat membawa keluar pelajar-pelahar sekolah dari bas berkenaan.

“Saya lihat pemandu bas yang merempuh kenderaan itu hanya mengalami kecederaan di lutut,” katanya yang ketika itu dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan.

Dalam pada itu, bapa Siti Noor Edayu, Roslan Jalil, 53, berkata kehilangan anaknya adalah sesuatu yang di luar jangkaan ketika mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.

“Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku ke atas anak saya. Namun, saya terima takdir ini dan reda beliau sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HKL.

Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki berusia dua tahun. – BERNAMA

Innalilawainnalilahirajiun

Al-Fatihah


Posted by Jobseekers

Hidangan Majlis Makan Emir Qatar Buat Tetamunya….




Sebenarnya gambar bagaimana pemerintah Qatar, Syeikh Hamad bin Khalifa al-Thani melayani tetamunya sudah lama lama tersebar di internet

Bayangkan, nasi beriani dengan kambing seekor, diulang, bukan seketul, tapi seekor dihidangkan pada SETIAP TETAMU sewaktu majlis makan.

Macam manalah nak habis agaknya ye…tak tahulah kalau-kalau pak-pak sheikh tu boleh ‘menyelesaikan’ nasi beriani tu dengan sekali hadap.

Pendek kata, ‘confirm’ membazir!

Untuk rekod, dua tahu lepas Qatar dikatakan menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia berdasarkan perdapatan per kapita yang mencapai US$ 109,881.00.

Perkembangan ekonominya meningkat sehingga 19.4% paling tinggi di dunia.

Kerajaannya juga pernah memberi ‘hadiah’ berupa kenaikan gaji antara 60% sehingga 200% kepada setiap pekerja di sektor awam!

Disebabkan menjadi negara terkaya di dunia dan kenaikan gaji yang sungguh luar biasa, tak dapat dinafikan taraf hidup juga meningkat dengan mendadak.
Qatar mengungguli senarai negara yang mempunyai kos hidup paling tinggi setakat ini.
Posted by Jobseekers

Naik taraf terbaharu model sport Audi R8 2013


 Menjelang tahun 2013, model sport Audi R8 baharu bakal hadir dengan beberapa ciri naik taraf terkini seperti penggunaan transmisi sport ‘S tronic twin-clutch’ bersama-sama rekaan lampu LED baharu, termasuk naik taraf pelbagai kelengkapan untuk hampir semua varian, dan kehadiran versi lebih berkuasa V10 Coupe - 550PS V10 plus.


 Transmisi S tronic tujuh kelajuan baharu sepenuhnya itu menggantikan transmisi R tronic, dan boleh didapati sebagai pilihan selain daripada kotak gear manual enam kelajuan. Sepuluh varian baharu R8 2013 dalam bentuk Coupe dan Spyder dilengkapi sama ada enjin 4.2 FSI V8, 5.2 FSI V10, 5.2 FSI (V10 plus), dengan kuasa bermula dari 430PS sehingga 550PS.


Ditawarkan pada harga bermula dari £91,575 sehingga £127,575 untuk pasaran UK, tempahan dijangka boleh dibuat mulai bulan Ogos, dengan penghantaran pertama kepada pelanggan pada awal 2013.

Posted by Jobseekers

Konsep Penyimpan DVD Berbentuk Pesawat Avengers (7 Gambar)

So damn cool sial. Ini ialah konsep penyimpan DVD/Blu Ray yang dihasilkan oleh Dave Delisle. Do want gila babi dowh!




Posted by Jobseekers

Setiap Kali Terbaca Berita Pasal Iran




Posted by Jobseekers
Tag :

Sarajevo Dulu VS Sekarang (8 Gambar)

Siri foto dibawah diambil oleh Jim Marshall untuk projek "15 Years" beliau. Gambar sekitar Sarajevo diambil selepas perang pada tahun 1996 dibandingkan dengan keadaan mereka sekarang. Cool stuff. Mari kita lihat bagaimana Sarajevo pulih sejak peperangan penghapusan etnik dahulu.





Posted by Jobseekers

Perbezaan Iklan Diantara Harian Metro Dan The Star

Mungkin kerana Harian Metro mahu lebih Syaria Compliant dari The Star.


Posted by Jobseekers

Konsep - Blackberry Empathy (11 Gambar)

Blackberry Emphathy ialah sebuah telefon konsep Blackberry yang dihasilkan oleh Kiki Tang dan Daniel Yoon, dua orang pelajar dari Art Center College of Design, California. Blackberry sendiri menaja pertandingan dikalangan pelajar kolej ini untuk mereka telefon Blackberry masa hadapan. Blackberry Emphathy ialah peranti Blackberry yang mempunyai papan kekunci fizikal dibahagian hadapan dan skrin LCD sesentuh pada bahagian belakang. Ini membolehkan pengguna Emphathy menggunakan papan kekunci sesentuh klasik dan skrin LCD moden pada waktu yang sama. Selain daripada itu Emphathy juga didatangi dengan cincin istimewa yang boleh mengambil bacaan biometrik pengguna. Bacaan ini kemudian digunakan bagi meneka mood pengguna pada satu-satu masa. Warna paparan lampu Emphathy akan berubah mengikut mood. Jadi jika anda happy warna Emphathy akan lebih ceria dari ketika anda sedih. Ini sebuah konsep yang cool tetapi kita semua tahu Blackberry is going down!






Posted by Jobseekers

Juara Pilih Kasih 3 tidak goyang kaki




NAMA Reen Rahim mungkin agak asing buat sesetengah peminat industri seni.

Namun, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat juara program realiti Pilih Kasih musim ketiga ini untuk meneruskan langkah dalam bidang seni.

Biarpun mempunyai pakej lengkap sebagai pelakon - rupa paras jelita dan berbakat besar, namun gadis berusia 24 tahun ini tidak mahu mengecapi populariti bersandarkan rupa atau kisah kontroversi semata-mata.

"Jika dibandingkan saya dengan artis-artis baru 10 tahun lalu, saya kira cukup bertuah kerana mempunyai platform untuk berkecimpung dalam industri ini.

"Biarpun saya menyandang gelaran juara, saya sedar ia bukan tiket untuk saya terus ke puncak. Saya sedar perlu terus berusaha dan berusaha.

"Jadi saya sentiasa berpegang kepada nasihat abang Rosyam Nor, sentiasa berusaha untuk dapatkan kerja dan bukan duduk goyang kaki dan tunggu kerja datang kepada saya," ujar pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim.

Sedar akan persaingan sengit dalam industri ini, Reen berpegang kepada prinsip, jangan sekali-kali mengambil jalan mudah, sebaliknya biarlah sesuatu itu datang kerana ia rezeki.

"Saya pernah menyertai industri seni kerana minat yang mendalam enam tahun lalu dengan menerima watak-watak sampingan. Mungkin kurang bertuah, saya akhirnya meninggalkan industri ini.

"Malah saya juga telah lama mengimpikan untuk menyertai Pilih Kasih sehinggalah terdengar mengenai iklan uji bakat Pilih Kasih musim ketiga di radio. Saya tak sangka percubaan pertama saya terus membuahkan hasil yang cukup memberangsangkan," katanya.

Puasa di lokasi

TIGA bulan selepas memulakan karier secara rasmi, Reen mengakui cukup bertuah apabila mendapat peluang bekerja di bawah dua produksi hebat - Skop Production dan Excellent Pictures.

Reen yang dipilih berlakon dalam filem Gangster Celop akan bergandingan bersama Kamal Adili, Syamsul Yusof dan Haniz Zalikha.

"Saya cukup bertuah kerana berpeluang bekerja dengan\ pengarah berkaliber seperti Ahmad Idham. Gangster Celop adalah fi lem pertama saya.

"Memang teruja, apatah lagi penggambaran filem ini akan menjadi pengalaman pertama saya berpuasa di lokasi.

"Saya berharap, selepas fi lem ini ditayangkan kelak, penonton akan lebih mengenali dan menerima saya di dalam industri ini," katanya yang mengimpikan watak aksi.
Posted by Jobseekers

Gambar Tunang Lionel Messi Yang Hot


Namanya adalah Antonella Roccuzzo dari Argentina. Antonella dilahirkan di Rosario dan merupakan gadis yang diminati Messi sejak dari bangku sekolah dan juga merupakan saudara kepada kawan karib Messi ‘Lucas Scaglia’.


Tetapi segalanya bertambah serius pada Krismas 2009.Mereka telah bertunang pada tahun lepas dan bakal berkahwin tak lama lagi. Yang pastinya Antonella bukan seorang model atau artis terkenal seperti yang diminati oleh ramai pemain bola sepak.









Posted by Jobseekers

600 Juta Penduduk India Bergelap




India – Lebih 600,000 juta penduduk di utara dan timur India terpaksa bergelap akibat masalah bekalan elektrik terburuk di negara itu.

Keadaan itu mencetuskan suasana panik dan kecoh di kalangan penduduknya hinggakan beratus-ratus keretapi tidak dapat bergerak manakala hospital pula terpaksa beroperasi dengan sokongan generator.

Selain itu, kira-kira 200 pelombong pula terperangkap selepas lif tidak dapat dihidupkan, namun mereka berjaya dipindahkan ke kawasan lain yang mempunyai aliran udara bersih.

Keadaan di jalan raya juga sesak teruk selepas lampu isyarat tidak berfungsi.

Menurut Menteri Tenaga India, Sushil Kumar Shinde berkata, masalah tersebut berlaku selepas beberapa negeri menggunakan tenaga berlebihan hingga menyebabkan sistem terganggu.

“Ini adalah hari kedua di mana keadaan seperti ini berlaku. Saya telah mengarah supaya tindakan diambil terhadap negeri-negeri yang menggunakan tenaga elektrik secara berlebihan” katanya.

Sehingga tengah hari, hanya 40% bekalan berjaya disalurkan semula.

Antara kawasan yang terjejas ialah Delhi, Punjab, Haryana, Uttar Pradesh, Himachal Pradesh dan Rajasthan di utara manakala kawasan di timur pula ialah di West Bengal, Bihar, Orissa dan Jharkhand.

Bekalan elektrik terputus sering berlaku di bandar-bandar di India akibat kekurangan tenaga dan sistem grid yang usang.

Keadaan itu sering kali mencetuskan protes di kalangan penduduk yang marah dengan kegagalan kerajaan menangani isu tersebut.

Namun situasi di mana beberapa sistem grid gagal berfungsi jarang berlaku, kali terakhir ialah pada 2001.
Posted by Jobseekers

Peluru Tepat Di Mata Kiri Tembusi Kepala




JELI: “Ketika bertemunya pada awal Ramadan lalu, arwah menyatakan hasrat mahu menghadiahkan pakaian baru untuk anak saya sempena Aidilfitri, tetapi hasratnya itu terkubur bersama jasadnya apabila dia maut ditembak,” kata wanita dikenali sebagai Kak Sah, 46.

Dia yang juga kakak sulung mangsa menceritakan insiden menimpa adiknya, Tuan Asmadi Tuan Ya, 38, mandur ladang getah yang maut di depan isterinya selepas terkena satu das tembakan di mata kiri yang menembusi kepalanya dalam kejadian tembakan di sebuah rumah kongsi di Kebun Getah Dhuha (1), di sini, lewat malam kelmarin.


Dalam kejadian antara jam 11.30 malam dan 12 tengah malam itu, Tuan Asmadi meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari biliknya untuk mengambil telefon bimbit di atas meja di luar rumah sebelum tiba-tiba terkena satu das tembakan di mata kirinya.

Isteri mangsa, Norzilla Mohd Zain, 30, yang mengekorinya dari belakang, terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebelum suaminya rebah dengan kepala berlumuran darah.

Posted by Jobseekers

Di China, ibu yang melahirkan anak kembar 12 dipaksa memilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!




Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.


“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”


“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.
Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

P/s: Bila x dapat nak sangat tapi bila dah dapat dan berlebih membuang pulak....



Posted by Jobseekers

BIADAP! Penghinaan Terhadap Nabi Musa Pada Temasya Pembukaan Sukan Olimpik!



Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan upacara pembukaan Olimpik 2012, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.


Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM



40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M
Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum.



Posted by Jobseekers

HAFIZ AF7 Disaman RM200,000 Oleh Bekas Pengurus Pentas



KUALA LUMPUR – Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu ‘Awan Nano’ hari ini disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.

Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.

Beliau memfail saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.


Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.
Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya.

Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya.

Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenarai hitam daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media.

Oleh itu, Nur Haniza menuntut gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teruk, gantirugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – Bernama

Posted by Jobseekers

OMG! Inilah Lembu Gergasi Paling Berat Dan Terbesar Di Dunia




Seekor lembu jantan yang beratnya lebih 1,587 kilogram dan berusia lapan tahun dipercayai paling berat di Britain. Lembu ini juga mempunyai saiz ketinggian lebih daripada seorang lelaki dewasa.

lembu gergasi itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui. Lembu gergasi berjantina jantan tersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat lembu gergasi itu.

Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat lembu gergasi itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu. “Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya,” kata Duckett.

Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu gergasi  itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini.

p/s:  Lembu gergasi sebesar ini kalau dibuat korban raya haji, mesti satu kampung makan tak habis. Hehe, Namun tidak semua tempat mempunyai lembu sebesar ini. Mungkin atas faktor genetik, cuaca yang menyebabkan lembu jenis ini mampu membesar sebesar ini.

Posted by Jobseekers

Sinopsis Akhir Drama Dejavu Di Kinabalu, Ammar Atau Bazli?




Drama Dejavu di Kinabalu bakal menemui penamatnya pada 2 Ogos nanti. Yang menariknya, kalau Ammar dah tahu cinta Nadira untuk Bazli kenapa beliau masih mendekati Nadira. Untuk episod akhir Dejavu Di Kinabalu ini anda yang menentukan cinta Nadira untuk siapa samaada Ammar atau Bazli? Sedikit sinopsis episod akhir drama Dejavu Di Kinabalu..

Sinopsis Akhir Drama Dejavu Di Kinabalu

Di penghujung drama Dejavu Di Kinabalu nanti, Nadira akan mengetahui bahawa jantung yang dimilikinya adalah jantung Innara kekasih Ammar. Dari situ, Nadira akan mula sedari bahawa dia mencintai Ammar kerana pengaruh jantung Innara didalam dirinya. Jangan terkejut, Nadira meminta putus daripada Ammar dan berbaik semula dengan Bazli.

Episod akhir drama Dejavu Di Kinabalu nanti, anda akan dapat saksikan Bazli berbaik dengan Ammar dan mahu Ammar berjumpa dengan Nadira. Tetapi Nadira menyuruh Ammar pulang.


Walaubagaimanapun, Bazli mahukan Nadira berkahwin dengan Ammar dan menyiapkan persediaan perkahwinan untuk Nadira. Hati Nadira berbelah bahagi samaada mahu menerima Ammar atau Bazli(orang yang banyak berkorban untuknya). Apabila tarikh perkahwinan itu tiba, siapakh pilihan hati Nadira? Ammar atau Bazli? Penonton yang akan menentukan melalui undian SMS!


Jika anda undi Ammar, maka Ammar pilihan hati Nadira


Jika anda undi Bazli, maka Bazli pilihan hati Nadira

Mesti tonton! kerana kemuncak drama semakin menarik bukan? Sama – sama kita saksikan pilihan hati Nadira pada 2 Ogos 2012 nanti di drama Dejavu Di Kinabalu TV3.

Posted by Jobseekers

TERBAIK! Cara Negara China Mengajar Tenteranya Berhenti Merokok


Tentera China mempunyai peraturan tegas yang melarang para tenteranya merokok. Apabila ada tentera yang ditangkap merokok, pihak atasan tentera dengan segera akan menghukum mereka yang bersalah dalam apa yang disebut sebagai operasi berhenti merokok. Jom tengok bagaimana caranya



1) Mereka akan disuruh merokok, tetapi dengan kuantiti yang banyak, 5-7 batang rokok untuk dihisap sekali gus hingga habis.


2) kemudianya mereka akan dsisuruh merokok sambil melakukan aksi sit-up yang tentu sahaja akan menyakitkan paru-paru. Proses ini diteruskan sehingga kesemua rokok habis dihisap.



3) sesudah itu mereka akan diberi minum secawan air tembakau yang akan memeritkan serta memanaskan tekak. minuman ini wajib dihabiskan

Cara-cara diatas kelihatan mudah sahaja, tetapi kalau anda merasakan ianya belom cukup ekstrim, apakata anda mencubanya sendiri. Barulah anda tahu betapa berkesanya cara berhenti merokok yang dipraktikkan oleh pihak tentera china. akak-akak boleh cuba pada suami msinng-masing, jangan cuba pada suami orang ye :p


Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -