Remaja Putus Cinta Telan 80 Biji Pil
ALOR GAJAH: Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya di sebuah kampung dekat sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, remaja berusia 18 tahun itu ditemui dengan mulut berbuih dan tidak bermaya oleh ibunya sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan bantuan.
Menurut sumber, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.
“Anak bongsu dua beradik itu dikatakan meminta wang belanja daripada ibunya setiap hari bagi menyara teman wanitanya itu.
“Malah, remaja lelaki itu dipercayai pernah mengherdik ibunya yang enggan memberi wang,” katanya, di sini, semalam.
Kata sumber itu, pada hari kejadian remaja lelaki terbabit berada seorang diri di rumah kerana ibunya berada di Pekan Alor Gajah atas urusan tertentu.
Menurutnya, dia dipercayai menelan kira-kira 80 biji pil sakit darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan dikejarkan ke hospital. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin, berkata siasatan awal mendapati, remaja itu dipercayai gagal dalam percintaan.
“Lelaki itu dipercayai menelan sekali gus kira-kira 80 biji pil darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih oleh ibunya sendiri.
“Remaja itu dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Lelaki Terjun Daripada Pesawat AirAsia
MIRI – Beratus-ratus penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri.
Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.
Kosmo! Ahad difahamkan, tindakan lelaki itu membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat tersebut berhenti serta-merta.
Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang.
Sementara itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama berkata, sebaik pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit ‘saya mahu pulang’ sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan.
“Ketika pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas, tiba-tiba lelaki tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat dan terjun sekali gus menyebabkan pesawat berhenti mengejut
“Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak demikian masih kurang jelas,” kata saksi itu.
Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra (gambar kecil) berkata, penumpang yang terjun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.
Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.
Kosmo
Pelik! Ayam Ini Menyerupai Seperti Penguin
Seekor ayam yang diberi nama Mumble mempunyai bentuk fizikal yang pelik. Ayam yang dianggap unik ini berasal dari China dan pergerakkannya menyerupai seperti seekor penguin.
Secara normalnya kia melihat bentuk fizikal ayam adalah berkaki dua dan berjalan mengikut apa yang kita lihat. Namun terdapatseekor ayam yang menunjukkan sedikit kelainan berbanding ayam yang lain di sebuah ladang. Ayam yang dimaksudkan ini adalam ayam betina yang dikenali sebagai Mumble bukan sahaja memiliki sayap yang kecil saiznya dari sayap seekor ayam yang normal tetapi menyerupai spesis burung di air seperti seekor penguin.
Dia tidak pernah mencuba untuk terbang seperti ayam lain di kandang tetapi memilih untuk berlenggang-lenggok dari sisi ke sisi bermain di tepi air. Walaupun bentuk fizikalnya tidak sesempurna ayam lain. Kelainan itulah yang telah menyelamatkan hidupnya, kerana pemilik ayam ini tidak dipilih sebagai bahan mentah untuk dimasak.
Krisis identiti ayam ini telah membuatkannya terkenal Jiangsu, di China timur. Dia dimiliki oleh seorang petani bernama Lu Xi di sana. Media tempatan menggelarkannya Ayam Mumble mengambil watak utama dalam filem animasi Happy Feet, iaitu seekor Pinguin yang tidak pandai menyanyi tetapi pandai menari.
Kata En. Xi “Dia hanya memiliki sayap kecil yang menonjol keluar ketika ia berjalan, meskipun ia tidak pernah terbang.
“Saya tidak melihat filem tetapi saya suka nama itu, walaupun burung saya tidak pandai menari dan saya juga tidak fikir ia boleh berenang dengan baik. “Tapi dia seharusnya bersyukur. Kami sekeluarga mempertahankannya dari dimasak di dalam periuk”.
Tempoh Hidup Macaulay Culkin Hanya 6 Bulan
BEKAS aktor cilik yang pernah menjadi bintang filem Home Alone, Macaulay Culkin, dikatakan hanya mempunyai jangka hayat selama enam bulan lagi.
Menurut laporan Inquisitr, bekas kekasih aktres Mila Kunis itu menghabiskan wangnya sebanyak RM18,000 (US$ 6,000) sebulan untuk membeli pelbagai jenis ubat yang dilarang.
Malah Macaulay telah berpindah ke Manhattan untuk menyertai pesta dadah.
“Macaulay hanya mampu bergantung pada ubat-ubatan dan itu boleh membunuhnya. Dia ketagih dengan dadah jenis heroin, oxycodone, percocet dan vicodin.
“Saya lihat sendiri bagaimana dia boleh ambil semua itu dalam satu masa,” kata sumber.
Februari lalu, paparazzi merakamkan fotonya dengan keadaan kurus kering. Ia dikatakan berpunca daripada masalah tekanan perasaan yang berpanjangan sejak putus cinta dengan Mila tahun lalu.
Gaya Turban Ala Rozita Che Wan
Selepas Natasha Hudson yang berjaya mencuri perhatian dengan kemunculan pertama kalinya dengan fesyen turban ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 April lalu, pelakon jelita Rozita Che Wan turut memberi impak serupa.
Dengan menggayakan kurung sendat rekaan Qudyn, Rozita Che Wan tampil berseri dengan hiasan turban di kepala yang menggunakan warna sedondon tetapi miliki sentuhan jingga sekali gus membuatkan ramai mata memandang.
Malah persalinan yang sarat dengan perincian itu turut memilih hiasan manik daripada warna serupa dan juga jingga sebagai sentuhan tersendiri daripada pereka fesyen yang menjadi pilihannya sejak sekian lama.
Ditemui ketika majlis berbuka puasa dan tayangan rancangan Aidilfitri Astro di Hotel Royale Bintang Damansara, baru-baru ini, Rozita Che Wan berkata dia akan sentiasa menutup aurat kepalanya sepanjang Ramadhan ini sebagai menghormati bulan keberkatan itu.
Malah, dia turut tampi bergaya dengan tas tangan Prada bersaiz sederhana yang turut hadir dengan warna serupa dengan persalinan dan turban dikepala.
“Alhamdulillah, seperti tahun sebelumnya, inilah gaya saya sepanjang bulan Ramadhan. InsyaAllah, manalah tahu saya akan kekal dengan gaya seperti ini walaupun selepas Hari Raya nanti,” katanya merendah diri.
Tidak sendirian, Rozita Che Wan telah ditemani pelakon kacak berwajah Mat Salleh, Zain Saidin yang tidak ketinggalan menggayakan baju Melayu bewarna jingga sekali gus menjadikan kehadirannya pada majlis berkenaan lengkap. (Murai.com.my)
Wanita Misteri Tampil Mohon Maaf
London – Wanita misteri yang muncul secara tiba-tiba ketika kontinjen India berarak pada hari pembukaan sukan Olimpik 2012 lalu, akhirnya tampil memberikan penjelasan.
Menurut Madhura Nagendra, dia bukan sengaja menyelusup masuk sebaliknya bertugas di situ.
“Saya ingin meminta maaf dan apa yang berlaku adalah disebabkan saya tersilap membuat pertimbangan,’’ katanya.
Madhura berkata, dia memasuki stadium selepas menamatkan latihan.
“Saya tersilap pertimbangan dan akhirnya berjalan bersama dengan atlet terbabit. Saya rasa saya telah membakar sentimen orang ramai, saya mohon maaf,’’ katanya.
“Keadaan juga menjadi kecoh. Terdapat beribu-ribu orang yang sedang berjalan menyebabkan saya menjadi keliru,’’ katanya.
Madhura turut menegaskan dia sedih dengan kritikan orang ramai terhadapnya terutama melalui media sosial.
“Saya bangga menjadi wanita India dan saya harap insiden ini dapat dilupakan supaya saya dapat terus bergerak ke depan,’’ katanya.
Insiden berkenaan telah membangkitkan kemarahan India dan negara itu menuntut permohonan maaf daripada wanita terbabit.
Susulan kejadian itu, Madhura digelar `the woman in red’ kerana dia memakai baju berwarna merah ketika menyertai perbarisan berkenaan.
Seramai 81 atlet India mengambil bahagian dalam sukan Olimpik London ini.
Rumah Dirompak, Aznil Kerugian RM40,000
KUALA LUMPUR – Memetik laporan Kosmo! hari ini, rumah pengacara televisyen terkemuka negara, Aznil Nawawi telah dipecah masuk perompak pada malam kelmarin.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam ketika ibu dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut yang terletak di Taman Yarl, Kuala Lumpur.
Sewaktu kejadian itu, Aznil tiada dirumah dan tiada sesiapa menyedari akan kejadian tersebut berlaku.
Lantaran dari kejadian itu, Aznil mengalami kerugian kira-kira RM40,000 apabila penjenayah terbabit berjaya melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas dan rantai kaki selain dari komputer riba dan beberapa helai pakaian.
Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Baru Wan Abdul Khalid, beliau mengesahkan kejadian tersebut berlaku di rumah milik adik Aznil yang turut didiami oleh selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.
Penjenayah terbabit telah mengumpil besi jeriji tingkap sebagai cara memacah masuk ke rumah tersebut.
Najib Mahu Chong Wei Cipta Sejarah
DATUK Seri Najib Tun Razak telah meminta Datuk Lee Chong Wei melakarkan sejarah negara dengan merangkul pingat emas selepas melangkah ke final acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik 2012 London.
“Baru sahaja bercakap dengan Chong Wei, mengucap tahniah kepadanya atas kemenangan hebat! Beritahu beliau supaya mencipta sejarah bagi Malaysia dengan memenangi emas,” kata Perdana Menteri dalam tweetnya semalam.
Chong Wei, pemain nombor dua dunia, mara ke final selepas menjinakkan pemain China, Chen Long, 21-13, 21-14 pada perlawanan separuh akhir malam tadi.
Chong Wei, selaku pilihan utama acara itu pada Sukan Olimpik kali ini, akan menentang juara bertahan Lin Dan dari China pada perlawanan akhir esok.
Lin Dan, yang mengalahkan Chong Wei pada final edisi Sukan Olimpik lepas di Beijing pada 2008, turut mara ke perlawanan akhir dengan mengalahkan Lee Hyun Il dari Korea Selatan, 21-12, 21-10, pada satu lagi perlawanan separuh akhir. – Bernama
Abby Abadi Jawab Isu Bekas Suami Dan Pegang Bahu
SHAH ALAM – Selebriti Abby Abadi meneruskan entri menerusi twitter berkenaan ‘peristiwa berbaik semula’ dengan bekas suaminya sambil berkata, dia sedia meneruskan pengorbanan demi kebahagian rumah tangga Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza yang mendirikan rumah tangga tahun lalu.
Dalam salah satu mesej hari ini, Abby menulis: “Tentang komen ex-husband (Norman) pula kata ‘ini pengorbanan isteri dia’ (untuk berbaik dengan saya), biarlah, asal mereka bahagia. Saya (sanggup) korban terus pun, tidak mengapa. Siapalah saya.”
Abby yang berkomunikasi dengan peminat-peminatnya menerusi twitter sejak kebelakangan ini, hari ini menghantar siri mesej menerusi akaun twitter membicarakan mengenai hubungannya dengan Norman, yang dikatakan telah pulih susulan satu pertemuan di Shah Alam minggu lalu dan disusuli dengan majlis berbuka puasa di rumah Abby kelmarin.
Kenyataan hari ini dibuat ekoran penjelasan Norman semalam, yang mengatakan bahawa langkah berbaik semula antara Abby dan Memey adalah satu pengorbanan besar yang telah dilakukan Memey sebagai seorang isteri.
Norman juga berkata, “Memey pula sangat fleksibel dengan saya.”
“Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri,” kata Norman.
Sebelum ini, heboh mengenai hubungan kurang baik ketiga-tiga selebriti itu, tetapi dengan tersebarnya gambar terbaru mereka berbuka puasa bersama kelmarin memadam segala cerita yang kurang baik itu.
Gambar yang dimuat naik Abby di Twitternya menunjukkan dia dan Memey bergambar mesra selepas bersama-sama bersolat tarawih dengan berimamkan Norman di rumah Abby kelmarin.
Ketika dihubungi Sinar Harian Online semalam, Norman turut menjelaskan langkah berbaik semula memang tidak disangka-sangka dan menyifatkan ini semua adalah berkat Ramadan dan juga doa yang tidak putus-putus untuk mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Malah, mereka bertiga turut sudah merancang untuk mengerjakan ibadah umrah bersama tahun depan setelah Memey selamat bersalin. Memey dijangka bersalin Februari depan.
Norman dan Abby sah bercerai pada 2008 selepas bercerai kali pertama pada 5 Mei 2006. Sementara perkahwinan kedua Norman bersama Memey berlangsung pada 24 September 2011.
Dalam pada itu, Abby juga menjawab beberapa pengikutnya yang mempertikaikan tindakan Norman memegang bahunya ketika pertemuan mereka kelmarin.
“(Bekas) suami pegang bahu? Itu berlaku spontan. Mak dan anak-anak saya semua ada di depan itu. Abang saya yang ambilkan gambar. (tanya tuan punya badan nanti ye kenapa),” katanya lagi.
Menerusi mesej seterusnya, Abby menulis, “risaunya lah mereka ini setakat pegang bahu itu, OK saya minta maaf salah saya.” - SINAR HARIAN
Semakin Rapat Dengan Neelofa, Hans Isaac Diburu National Geografi Asia?
Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Bertuah menjadi Hans Isaac kerana baru-baru ini beliau telah di datangi sebuah produksi daripada United Kingdom, Scubazoo. Namun tujuan produksi tersebut bukanlah kerana mahu menjalin kerjasama dalam penerbitan mahupun melamar Hans bagi menjayakan produk terbitan mereka.
Sebaliknya, produksi terbabit membawa hasrat lebih menarik iaitu mahu menawarkan pelakon-pengarah-penerbit popular ini mengacarakan program bukan fiksyen, National Geographic Asia.
Namun begitu Hans masih belum memberi kata putus sama ada mahu menerima tawaran tersebut atau tidak. Menurutnya dia dalam dilema kerana ketika ini kesihatan ibunya tidak mengiizinkan dia berada jauh dari Kuala Lumpur.
“Saya ada dapat tawaran dari Scubazoo, sebagai pengacara National Geographic Asia, buat dokumentari underwater. Tapi ia masih dalam perbincangan lagi sebab banyak perkara yang saya perlu fikir dan pertimbangkan. Terutamanya dalam keadaan sekarang, ibu saya tidak berapa sihat. Selama ni saya yang jaga ibu saya jadi saya perlu utamakan dia,” kata Hans ketika ditemui di majlis berbuka puasa Astro Shaw bertempat di One World, semalam.
Meskipun begitu menurut Hans sebolehnya dia tidak mahu melepaskan tawaran keemasan tersebut. Bagaimanapun apabila memikirkan tanggungjawabnya sebagai anak tunggal ditambah dengan keuzuran ibu, Hans berkata dia berat hati mahu menyambar peluang yang memang menjadi impiannya itu.
“Kalau boleh memang saya tak mahu lepaskan tapi sebenarnya saya berat hati nak tinggalkan ibu saya. Difahamkan kalau saya terima tawaran tu, saya akan menjalani penggambaran untuk di Malaysia saja, selama 20 hari di pulau-pulau terpilih seperti pulau Langkayan dan Simpadan.
“Sebenarnya saya kenal dengan penerbit produksi ni sebab kami pernah bekerjasama satu masa dulu. Dia faham dengan situasi saya. Dan bagusnya satu, pihaknya ada juga mencadangkan, tujuh hari saya jalani pengambaran dan kemudian berehat satu atau dua hari, boleh balik tengok ibu saya dan selepas itu sambung semula penggambaran. Tapi kalau nanti perlu jalani penggambaran di negara lain, mungkin akan timbulkan masalah. Sebab itulah bila datang peluang sebegini saya rasa dalam dilema pun ya juga.
“Apapun semuanya belum diputuskan lagi. Saya risau kesihatan ibu saya. Kalau mereka tawarkan saya satu juta sekalipun, saya lebih pentingkan ibu saya. Sekarang ni pengurus saya sedang berbincang dengan mereka. TengoklaH macam mana Nanti dan sekirannya mereka boleh ikut jadual saya, mungkin saya akan terima tawaran itu.
Ditaya mengenai kesihatan ibunya, menurut Hans sudah dua tahun ibunya menderita akibat penyakit barah yang kini di tahap empat.
“Selain fokus saya pada kerja, hidup saya sekarang adalah dengan ibu saya. Saya sering berulang alik membawanya ke hospital. Doktor beri masa pada ibu saya hanya beberapa bulan saja tapi sekarang sudah dua tahun dia bertahan”, ujarnya.
Mengenai perkembangan lain, Hans baru saja selesai menyiapkan proses dubbing dan penyunting bagi filem terbitan syarikatnya Tall Order Production Sdn Bhd, berjudul Lemak Kampung Santan. Selain, dalam perancangan untuk menerbitkan Lawak Ker Der 2 yang dijangka akan dipertontonkan di Istana Budaya bermula September depan. Serta juga dalam perancangan mementaskan Lat Kampung Boy2 yang akan bermula 26 November depan.
Sebaliknya, produksi terbabit membawa hasrat lebih menarik iaitu mahu menawarkan pelakon-pengarah-penerbit popular ini mengacarakan program bukan fiksyen, National Geographic Asia.
Namun begitu Hans masih belum memberi kata putus sama ada mahu menerima tawaran tersebut atau tidak. Menurutnya dia dalam dilema kerana ketika ini kesihatan ibunya tidak mengiizinkan dia berada jauh dari Kuala Lumpur.
“Saya ada dapat tawaran dari Scubazoo, sebagai pengacara National Geographic Asia, buat dokumentari underwater. Tapi ia masih dalam perbincangan lagi sebab banyak perkara yang saya perlu fikir dan pertimbangkan. Terutamanya dalam keadaan sekarang, ibu saya tidak berapa sihat. Selama ni saya yang jaga ibu saya jadi saya perlu utamakan dia,” kata Hans ketika ditemui di majlis berbuka puasa Astro Shaw bertempat di One World, semalam.
Meskipun begitu menurut Hans sebolehnya dia tidak mahu melepaskan tawaran keemasan tersebut. Bagaimanapun apabila memikirkan tanggungjawabnya sebagai anak tunggal ditambah dengan keuzuran ibu, Hans berkata dia berat hati mahu menyambar peluang yang memang menjadi impiannya itu.
“Kalau boleh memang saya tak mahu lepaskan tapi sebenarnya saya berat hati nak tinggalkan ibu saya. Difahamkan kalau saya terima tawaran tu, saya akan menjalani penggambaran untuk di Malaysia saja, selama 20 hari di pulau-pulau terpilih seperti pulau Langkayan dan Simpadan.
“Sebenarnya saya kenal dengan penerbit produksi ni sebab kami pernah bekerjasama satu masa dulu. Dia faham dengan situasi saya. Dan bagusnya satu, pihaknya ada juga mencadangkan, tujuh hari saya jalani pengambaran dan kemudian berehat satu atau dua hari, boleh balik tengok ibu saya dan selepas itu sambung semula penggambaran. Tapi kalau nanti perlu jalani penggambaran di negara lain, mungkin akan timbulkan masalah. Sebab itulah bila datang peluang sebegini saya rasa dalam dilema pun ya juga.
“Apapun semuanya belum diputuskan lagi. Saya risau kesihatan ibu saya. Kalau mereka tawarkan saya satu juta sekalipun, saya lebih pentingkan ibu saya. Sekarang ni pengurus saya sedang berbincang dengan mereka. TengoklaH macam mana Nanti dan sekirannya mereka boleh ikut jadual saya, mungkin saya akan terima tawaran itu.
Ditaya mengenai kesihatan ibunya, menurut Hans sudah dua tahun ibunya menderita akibat penyakit barah yang kini di tahap empat.
“Selain fokus saya pada kerja, hidup saya sekarang adalah dengan ibu saya. Saya sering berulang alik membawanya ke hospital. Doktor beri masa pada ibu saya hanya beberapa bulan saja tapi sekarang sudah dua tahun dia bertahan”, ujarnya.
Mengenai perkembangan lain, Hans baru saja selesai menyiapkan proses dubbing dan penyunting bagi filem terbitan syarikatnya Tall Order Production Sdn Bhd, berjudul Lemak Kampung Santan. Selain, dalam perancangan untuk menerbitkan Lawak Ker Der 2 yang dijangka akan dipertontonkan di Istana Budaya bermula September depan. Serta juga dalam perancangan mementaskan Lat Kampung Boy2 yang akan bermula 26 November depan.
Penjaga Gol Malaysia Berdepan Waran Tangkap Tuduhan Berkhalwat
PETALING JAYA: Kegagalan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Mohd Farizal Marlias hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari di sini untuk kali kedua bagi prosiding tuduhan berkhalwat dengan seorang pekerja swasta tahun lalu menyebabkan mahkamah mengeluarkan saman kehadiran terhadap kedua-dua tertuduh.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengeluarkan saman berkenaan kerana Farizal dan Zaiton Othman, 29, tidak hadir ke mahkamah tanpa sebarang alasan dan memerintahkan mereka hadir pada sebutan kes pada 13 September depan.
Farizal, 26, turut berdepan dengan waran tangkap sekiranya saman sudah diserahkan, namun tertuduh masih gagal hadir pada tarikh akan datang. Wan Mahyuddin juga memerintahkan perkara sama terhadap Zaiton dan penjamin mereka, bekas pemain bola sepak Perak, Khairul Izwan Mohamed Jamaludin yang turut tidak hadir pada sebutan kali pertama itu.
Bagaimanapun, kira-kira jam 1 tengah hari, Khairul Izwan tiba-tiba ke mahkamah untuk menyerahkan sijil cuti sakit Mohd Farizal, namun tidak memberi sebarang dokumen berkaitan Zaiton. Mohd Farizal dan Zaiton sebelum ini berada di bawah bon jaminan penguat kuasa JAIS dan sepatutnya mereka hadir ke mahkamah pada 28 Jun 2012.
Latihan Sadis Atlit Muda China (9 Gambar)
China mendominasi sukan Olimpik sejak kebelakangan ini. Apakah rahasia kejayaan mereka? Latihan intensif dengan teknik terkini? Penggunaan ginseng Rahib Esa? Sup chivet cat?
Sebenarnya rahsia kejayaan China ialah latihan intensif artis masa hadapan mereka sejak mereka masih lagi berumur 5 tahun. Kanak-kanak yang dirasakan berpotensi dimasukkan kedalam sekolah berasrama penuh dan berlatih menjadi atlit harapan negara sepenuh masa. Inilah pengrobanan yang dilakukan atlit China dari kecil untuk mengharumkan nama negara.
Kami mencadangkan anak kecil Malaysia juga dimasukkan ke dalam kem penyeksaan sebegini bagi memastikan beberapa pingat emas boleh kita miliki. Janji pingat emas harus ditepati, kini masa menyeksa bayi!
Mari Melawat Perkampungan Olimpik London (21 Gambar)
Selamat datang ke perkampungan Olimpik London 2012. Perkampungan sukan ini dibina dengan kos hampir GBP 6 billion yang menempatkan segala keperluan atlit. Sepanjang Olimpik 17000 orang atlit akan menduduki perkampungan yang terletak di Lower Lea Valley, London Timur. Perkampungan sukan ini mula dibina pada tahun 2008 dan selepas berakhirnya temasya OIimpik kelak ia akan diubah menjadi rumah kediaman orang ramai. Antara kemudahan yang disediakan ialah kawasan hiburan, dewan makan (dengan dapur halal) dan gimnasium. Nampak menarik. Atlit kita nampaknya tinggal di perkampungan sukan yang selesa. Kalau tak menang pingat memang keji. Mungkin kena pijak lutut dari kecil macam atlit cilik China.
Konsep: Kereta Unta Dijadikan Ambulans Di Padang Pasir (9 Gambar)
Nice concept.
Mari lihat konsep kereta unta yang dijadikan ambulans. Konsep kenderaan ini dinamakan Baja dan ianya direka oleh Frederic Schwab.
Ianya mempunyai dua bahagian utama yang dipasang pada seekor unta, iaitu sebuah mini-trailer yang digunakan untuk membawa pesakit dan juga sebuah pelana untuk penunggang dan juga untuk membawa bekalan ubatan. Bahagian-bahagian ini boleh dipasang mengikut kesesuaian tugas dan misi. Kenderaan ini juga mempunyai sistem GPS.
Sebenarnya konsep kenderaan ini direka untuk digunakan semasa misi kecemasan di kawasan terpencil di tengah padang pasir. Misi menyelamat menggunakan laluan udara dan juga menggunakan pacuan empat roda mungkin adakalanya tidak sesuai kerana keadaan cuaca, bentuk muka bumi, keadaan pesakit dna juga kos. Jadi menggunakan kereta unta ini mungkin sangat praktikal pada situasi seperti ini.
Mari lihat konsep kereta unta yang dijadikan ambulans. Konsep kenderaan ini dinamakan Baja dan ianya direka oleh Frederic Schwab.
Ianya mempunyai dua bahagian utama yang dipasang pada seekor unta, iaitu sebuah mini-trailer yang digunakan untuk membawa pesakit dan juga sebuah pelana untuk penunggang dan juga untuk membawa bekalan ubatan. Bahagian-bahagian ini boleh dipasang mengikut kesesuaian tugas dan misi. Kenderaan ini juga mempunyai sistem GPS.
Sebenarnya konsep kenderaan ini direka untuk digunakan semasa misi kecemasan di kawasan terpencil di tengah padang pasir. Misi menyelamat menggunakan laluan udara dan juga menggunakan pacuan empat roda mungkin adakalanya tidak sesuai kerana keadaan cuaca, bentuk muka bumi, keadaan pesakit dna juga kos. Jadi menggunakan kereta unta ini mungkin sangat praktikal pada situasi seperti ini.
Si Saleem Yang Sengal
Si ibu muda berkata, "cepat sayang minum, nanti mama bagi dekat uncle di sebelah."
Sepuluh minit kemudian si bayi masih saja tidak mahu menyusu.
Si ibu muda memujuk lagi, "cepat sayang minum susu mama. Nanti mama bagi dekat uncle di sebelah. Mama bagi betul-betul ni."
Tiba-tiba Saleem berkata kepada si ibu muda, "saya nak bagitahu dekat puan, cepat sikit buat keputusan. Saya sepatutnya sudah turun di 4 perhentian sebelumnya."
Spesial Punya Pasal
Hendak dijadikan satu cerita, ada seorang Orang Kaya Baru yang berasal dari di kampung. Beliau menjadi jutawan segera kerana tanah pusakanya telah di beli oleh kerajaan kerana hendak membina sebuah projek mega lebuhraya.
Sewaktu susah dahulu, dia teringin sangat hendak ke Kuala Lumpur. Setelah menjadi kaya, dia pun ke Kuala Lumpur bersama seorang bodyguard merangkap pembantu peribadi.
Di Kuala Lumpur, dia menginap di Hotel K.L International. Sampai sahaja di sana, dia terasa lapar. Diapun meminta bodyguardnya membelikan makanan.
O.K.B (Orang Kaya Baru ): Perut aku sudah lapar, tolong belikan sebungkus mee goreng spesial.
Mat : Mee goreng spesial tu macam mana Bos?
O.K.B : Mee goreng spesial tu ada dua biji telor!
Mat : Ooooo. baik Bos.
Pagi itu , si O.K.B ini pun makan mee goreng spesial itu sehingga kenyang memanggil pembantunya lagi.
O.K.B : Mat! aku masih lapar ni, tolong belikan sebungkus nasi goreng spesial.
Mat : Nasi goreng spesial? yang ada dua biji telor tu Bos?
O.K.B : Wah, Sekarang kau sudah tahu aku punya taste ye?
Mat : Mesti lah Bos, bagi saya dalam masa 10 minit sahaja...
Lepas makan, si O.K.B itu pun tertidur sehingga maghrib. Dia pun terbangun sebab air-cond di biliknya terlalu sejuk. Oleh kerana sudah tertidur sepanjang petang maka susahlah dia hendak tidur lagi. Dia berguling sana berguling sini, tidak juga boleh tidur. Oleh kerana tidak tahu hendak buat apa, dia pun memanggil bodyguardnya lagi.
O.K.B : Mattt!
Mat : Ya.. Bos.
O.K.B : Mari sini sekejap...
Mat : Ada apa Boss?
O.K.B : Mat..(dengan nada berbisik) Kau pergi cari seorang awek untuk aku , hanya yang spesial tau.
Mat : (Sambil tergaru-garu kepala) ok Bos!
Si Mat ini manalah tahu dengan awek-awek yang boleh pakai. Tetapi, Bos punya pasal dia pun pergi cari juga. Sejam kemudian dia pun menghantar seorang awek ke dalam bilik Bosnya. Si Mat ini pun ditugaskan hanya standby di luar bilik sahaja, manalah tahu, tiba-tiba pencegah maksiat datang. Selepas lima minit, tiba-tiba terdengar suara yang menjerit kuat dari dalam bilik bosnya.
O.K.B : MAT!!!!!!!!
Mat : Ada apa Bos?
O.K.B : Kenapa kau cari bapok untuk aku?.. aku kata awek!
Mat : La... tadi Bos kata tolong carikan seorang awek yang spesial. Bos juga kata, jika yang spesial itu mesti ada dua biji telor!
O.K.B : glurpp???..
p/s: walaupun kite duit banyak, tapi jgn la buat perkara yg pelik2 pulak ye.
ISLAMIK : KEBENARAN ISLAM MENGENAI KUCING SEJAK 1500 TAHUN DAHULU
ISLAMIK : KEBENARAN ISLAM MENGENAI KUCING SEJAK 1500 TAHUN DAHULU | Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….
COMEL : BAYI LAHIR DALAM BAS DYANA EXPRESS
KOTA KINABALU: Seorang ibu muda sarat mengandung yang menempuh perjalanan lebih 400 kilometer untuk berbuka puasa bersama suaminya di bandar raya ini, terpaksa menjadikan bas ekspres dinaikinya ‘bilik bersalin’ apabila sakit perut sebaik tiba di Terminal Bas Inanam, dekat sini, kelmarin.
SELAMAT…bayi perempuan diberi nama Dyana sempena nama bas eskpres dinaiki ibunya.
Norlyn Ajimula, 28, yang bertolak dari Lahad Datu, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.7 kilogram (kg), kira-kira jam 5.30 petang dan bayi itu dinamakan Dyana Adi, sempena nama bas ekspres dinaiki ibunya, Dyana Express.
Ketika ditemui di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Norlyn berkata, dia menaiki bas kira-kira jam 9 pagi untuk bertemu suaminya, Adi Mahari, 40, yang bekerja di bandar raya ini.
KATA NORLYN AJIMULA LAGI:
- Saya tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah perut mula berasa sakit ketika bas ini menghampiri pekan Ranau, tetapi sakit berkenaan hilang secara tiba-tiba.
- Saya tidak terfikir untuk bersalin kerana masih terlalu awal selain lama-kelamaan sakit beransur hilang.
Gamar: Bersungguh-sungguh Lelaki Ini Melamar Kekasihnya
Pennsylvania – Seorang lelaki yang juga penyampai sukan, Joey Lancianese mempunyai cara tersendiri untuk melamar teman wanitanya yang dikenali sejak enam tahun lalu yakni ketika mereka masih menuntut di universiti.
Bukan sahaja dia yang terlibat, malah 300 orang termasuk rakan-rakan dan saudara-maranya turut mengambil bahagian.
Apa yang dilakukan ialah menutup sebatang jalan, sebelum mereka membuat tarian di hadapan teman wanitanya.
Ketika itu barulah Joey melutut dan melamar Alexandra De Loia atau Alex dengan disaksikan rakan-rakannya itu.
Orang ramai yang lalu lalang di situ turut memberikan sokongan malah ada yang menyertai tarian berkenaan.
Menurut Alex, dia tidak menyangka Joey akan melamarnya kerana dimaklumkan mereka hanya keluar untuk makan malam sahaja.
“Kami bertemu di depan kedai makan di situ, dan kemudiannya mereka mula menari… saya tidak sempat makan malam pun,’’ katanya yang terkejut dengan lamaran itu.
Jelas Alex, biarpun ia mengambil masa selama enam tahun untuk Joey melamarnya namun penantian berkenaan amat berbaloi.
Dalam pada itu, Joey memberitahu, dia merancang perkara berkenaan selama dua bulan.
“Setiap kali Alex bertanya apa yang saya lakukan ketika itu, saya memberitahunya bahawa saya sedang berlatih bermain softball,’’ katanya.
Tiga buah lagu dimainkan ketika mereka menari beramai-ramai termasuk lagu Bruno Mars iaitu `Marry You’ dan 4 Non Blonde ‘ What’s Going On?
Tarian itu mengambil masa selama 37 minit.

















































