Basikal Lipat Yang Boleh Disandang
Di zaman serba moden ini, pelbagai inovasi dalam rekaan yang telah di hasilkan ada yang menakjubkan dan ada juga yang kadang kala tak dapat diterima oleh akal. Dalam entri ini saya memaparkan tentang basikal lipat yang boleh disandang, kita sedia tahu permasalahan basikal boleh lipat yang ada sekarang ailah ianya tidak dibina cukup kuat untuk aktiviti lasak. Permasalah basikal lasak pula ialah tiada cara yang mudah untuk mengangkatnya jika anda ingin melakukan aktiviti diwnhill mountain biking. Bergmonch ialah basikal yang boleh menyelesaikan permasalahan ini. Ianya basikal mountain biking yang boleh dilipat dan juga disandang untuk memudahkan penggemar aktiviti basikal lasak untuk diangkut. Harga basikal ini bermula dari USD 1500 (RM4500) sebuah.
Kerana Kemiskinan Pekerja Di China ‘Menambat’ Anak Mereka Di Tempat Kerja
Jumlah rakyat China kini dianggarkan sekitar 1.3 billion orang.
Walaupun dianggap sebuah kuasa besar dalam ekonomi, ramai rakyatnya masih dicengkam derita kemiskinan.
Pendapatan yang rendah menyebabkan ramai pekerja bawahan di sana tidak dapat membayar untuk khidmat penjagaan anak-anak mereka.
Apa yang menyedihkan, disebabkan faktor tersebut, ramai yang terpaksa membawa sekali anak-anak mereka ke tempat mereka mencari rezeki.
Bukan itu saja, bagi memastikan anak mereka selamat, mereka terpaksa ‘menambat’ anak mereka ketika bekerja.
Mungkin perkataan ‘menambat’ itu agak kasar bunyinya, tapi lihat sendiri gambar-gambar di bawah ini.
Bersyukurlah kerana apa yang kita lihat, tidak berlaku di negara Malaysia yang kita cintai ini.
Tanishq Abraham Si Genius Berumur 9 Tahun
Pada tahun 2010, apabila adik perempuannya, Tiara Thankam Ibrahim (Disember 2005), menjadi ahli Mensa berusia 4 tahun, mereka menjadi adik-beradik termuda untuk menyertai masyarakat Mensa IQ tinggi. Tanishq (2003) & Tiara (2005) Timur bongsu India (mengikut kumpulan etnik) untuk menyertai Mensa dan di kalangan rakyat Amerika termuda dalam Mensa. Untuk menjadi ahli Mensa, menjaringkan 98 persentil dalam ujian IQ yang seragam. Tanishq mendapat markah 99.9 % dan adiknya, Tiara mendapat markah 98.9% dalam ujian IQ standard.
Dilahirkan di California, Amerika Syarikat, kepada ibu bapa Bijou Ibrahim & Dr. Taji Ibrahim, kedua-dua kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda IQ tinggi pada usia yang awal. Tanishq menunjukkan tanda ini semasa dia bayi lagi, apabila berusia 4 bulan dia sudah pandai menjawab soalan mengenai kisah-kisah dan peristiwa dalam buku cerita kanak-kanak. Pada 5 tahun, beliau telah menamatkan kursus Matematik EPGY Universiti Stanford dalam 5 gred (KG kelas 4) dalam masa kurang daripada 6 bulan. Pada 6 tahun, beliau melakukan on-line sekolah tinggi dan kelas tahap kolej antara dalam subjek seperti kimia, paleontologi, biologi, geologi.
Bakat yang luar biasa dilihat ketika berusia 7 tahun, apabila beliau menyertai American College Sungai dan kursus yang lengkap dalam Geologi & Astronomi. Dalam kedua-dua kursus, beliau mendapat markah gred A1 dan adalah pelajar terbaik di antara rakan sekelas dewasa. Pada 2011 Summer, berusia 8 tahun, beliau menamatkan kursus Bioteknologi intensif dan mendapat markah gred A1. Ini betul-betul menakjubkan
P/s: Adiputra
Cara Hendak Memutihkan Gigi
Gigi kuning dan sudah berkarat? Eee... jangan risau atau gundah-gulana lagi, kerana kini aku telah berjaya mencipta cara-cara bagaimanakah hendak memutih gigi yang karat dan agak kekuningan itu secara sempurna. Disini ada cara hendak memutihkan gigi yang perlu anda ikut suapaya gigi anda putih bersih sendiri hendaknya...
NOMBOR ENAM
Biasanya anda akan gunakan ubat gigi sedikit pada berus gigi pada setiap hari tetapi kesan pemutihannya lambat. Apa kata anda bubuh kapur kasut unutk mempercepatkan proses pemutihan gigi.
NOMBOR LIMA
Biasanya orang selalu berkumur dengan bahan pengkumur mulut tetapi kesan yang lebih cepat akan anda perolehi jika berkumur dengan cecair peluntur warna.
NOMBOR EMPAT
Anda jugak boleh memutihkan gigi dengan cara mengecat tetap dinasihatkan jangan menggunakan cat air.
NOMBOR TIGA
Liquid paper juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi seperti yang korang tahu ia boleh memadamkan kesan hitam atau kotoran pada kertas.
NOMBOR DUA
Chewing gum ataupun gula-gula getah selain sedap dikunyah, ia boleh jugak ditepek pada gigi korang yang berkarat itu.
NOMBOR SATU
Kalau payah sangat, anda cabut semua gigi. Selepas itu, anda gantikan dengan gigi palsu, habis cerita. Mudah kan? Hahahaha....
Beritu perkara di atas ini cara paling berkesan untuk memutihkan gigi bak kata orang ialah petua yang amat mujarab tetapi kemungkinan terdapat kesan sampingan. HEHE! Jadi hati-hatilah jikalau menggunakan petua, cara, tips di atas ini supaya untuk mmenjadi lebih selamat...
Lamborghini Reventón untuk dijual – harga lebih dari sejuta paun
Sesiapa yang bertaraf jutawan bolehlah berfikir sejenak sama ada untuk membeli atau tidak sebuah supercar Lamborghini Reventón yang bakal ditawarkan pada harga lebih dari sejuta paun (£1 million), bertempat di London Motorexpo yang akan bermula dari 11-17 Jun 2012.
Merupakan sebuah model eksklusif dan sangat jarang dijumpai, hanya 20 unit sahaja yang dikeluarkan di seluruh dunia dan model itu akan menjadi satu-satunya contoh yang ada di UK.
Reventón diperkenalkan kepada umum buat pertama kali di Frankfurt Motor Show pada September 2007. Walaupun harga yang ditawarkan kira-kira 1 juta paun, kesemua 20 unit telah ditempah walaupun sebelum ianya dipamerkan secara rasmi.
Dikuasakan enjin V12 bersesaran 6.5 liter yang menghasilkan kuasa 650bhp, Reventón yang dibina dari material karbon fiber dan diinspirasikan dari bentuk jet pejuang F-22 Raptor itu mampu memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh hanya 3.4 saat, dengan kelajuan puncak 340 km/j.
Audi Q3 kini di pasaran tempatan
Buat peminat SUV bersaiz sederhana namun mewah kuasa, jenama Audi mungkin menjadi pilihan yang sesuai. Pengimport rasmi kenderaan Audi di Malaysia, Euromobil Sdn. Bhd. (Euromobil) baru-baru ini telah memperkenalkan SUV kompak premium Audi Q3 untuk pasaran tempatan yang ditawarkan dalam dua varian, Normal dan S Line.
Audi Q3 untuk pasaran Malaysia ini menggunakan enjin petrol TFSI 2.0 liter dengan kuasa 170hp dan 280Nm tork, dipadankan bersama sistem transmisi automatik S tronic tujuh kelajuan. Ia menggunakan sistem pacuan semua roda Quattro bagi mengerakkannya, dengan penggunaan bahan api pada kadar 7.7 l/100 km sahaja.
Volkswagen up! kini dengan pilihan kotak gear ASG
Bertambah menarik nampaknya model Volkswagen up! selepas ini. Bukan saja reka bentuk kompaknya yang menepati gelaran kereta bandar (city car), malah aspek pemanduannya kini menjadi lebih mudah dan bersahaja dengan pengenalan kotak gear ASG (automated manual gearbox) baharu. Kotak gear tersebut kini tersedia untuk model Move up! dan High up! dalam versi tiga dan lima pintu (tidak termasuk versi BlueMotion Technology).
Menurut Volkswagen, kotak gear ASG hanya menelan kos sebanyak £595, memberikan tahap kecekapan ekstrem dengan meningkatkan tahap ekonomi bahan api dan rendah pengeluaran emisi CO2 jika dibandingkan dengan kotak gear manual. ASG merupakan versi automatik kotak gear manual 5-kelajuan bagi up!. Dengan ASG, pemandu hanya menggunakan tuil gear untuk memilih D (Drive), N (Neutral) atau R (Reverse), dan tiada P (Park), di mana kotak gear itu akan memilih gear paling optimum mengikut situasi. Pemandu juga boleh memilih gear secara manual menggunakan tuil gear, namun ‘paddle shift’ tidak disediakan untuk up!.
Pelanggan di UK kini sudah boleh menempah varian up! yang dilengkapi ASG mulai sekarang, dengan penghantaran pertama dijangka akan dilakukan pada bulan Oktober. Sementara itu, versi eletrik sepenuhnya bagi model up! akan diperkenalkan pada lewat 2013 nanti. Antara pencapaian yang diterima oleh up! ialah anugerah World Car of the Year 2012, What Car?, dan juga dinamakan oleh majalah TopGear sebagai Small Car of the Year.
Hasil seni menakjubkan ‘Art Drive! BMW Art Car Collection 1975 – 2012′
Inilah hasilnya apabila para artis seperti Alexander Calder, Sandro Chia, Ken Done, Ernst Fuchs, David Hockney, Jenny Holzer, Matazo Kayama, Jeff Koons, Roy Lichtenstein, Esther Mahlangu, Cesar Manrique, M.J Nelson, A.R Penck, Robert Rauschenberg, Frank Stella, dan Andy Warhol menzahirkan hasil kesenian mereka di atas kanvas yang merupakan barisan koleksi kereta BMW klasik dan terkini.
Pameran hasil seni ‘Art Drive! BMW Art Car Collection 1975 – 2012′ itu diadakan di NCP Multi-storey Car Park, 35 Great Eastern Street, London EC2A 3ER mulai 21 Julai sehingga 4 Ogos 2012. Setakat ini lebih dari 7,000 pengunjung telah melawat pameran yang diadakan di kawasan tempat meletak kereta itu, bagi menghayati erti seni yang dilakarkan di atas kereta BMW
Spyshot Proton Exora versi van komersial
Nampaknya Proton akan mengeluarkan model Exora versi komersial sama seperti van panel untuk kegunaan perniagaan. Spyshot ini baru saja dirakamkan oleh bro Aiman, kredit kepada sumber dari Funtasticko Design.
p/s : Apa pendapat anda? Kalau betul Proton Exora akan dikeluarkan dalam versi ‘van panel’, adakah ia akan memberikan kesan yang kurang baik terhadap jenama Exora itu sendiri sebagai sebuah MPV bertaraf premium?
Mazda BT-50 serba baharu akan dilancarkan di pasaran tempatan
Trak pikap terbaharu Mazda BT-50 dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi di pasaran tempatan. Hasil tinjauan di dalam laman sesawang Mudah.my mendapati terdapat beberapa promosi awal daripada wakil penjual Mazda, antaranya dari Krystal Point, Penang yang telah memuat naik beberapa keping gambar yang anda boleh lihat di sini.
Harga yang ditawarkan untuk Mazda BT-50 ini dijangka bermula dari RM87K, dan boleh didapati dalam dua varian, 2.2AT dan MT 3.2AT. Menurut wakil penjualnya, tempahan telah dibuka mulai sekarang.
Nissan Livina X-Gear terima anugerah ‘Kereta Keluarga Paling Bernilai Untuk Wang’ dalam anugerah Asian Auto ALLIANZ Auto Industry Awards 2012
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Nissan LIVINA X-GEAR telah dipilih sebagai ‘Kereta Keluarga Paling Bernilai Untuk Wang’ dalam anugerah Asian Auto ALLIANZ Auto Industry Awards 2012 kali kelima. Selaku anugerah industri automotif terbesar di Malaysia dan barometer pasaran yang disegani, Asian Auto ALLIANZ Auto Industry Awards 2012 sekali lagi menyenaraikan kenderaan-kenderaan yang paling cemerlang berdasarkan proposisi nilai sebenar setiap kenderaan terbabit.
“Majlis Anugerah Industri menjadi petunjuk beberapa buah kenderaan terbaik yang ditawarkan oleh industri untuk pandu uji dalam 12 bulan yang lalu. Setiap tahun, kami akan memilih satu daripada segmen terpenting sebagai penerima anugerah kategori ‘Kereta Keluarga Paling Bernilai Untuk Wang’. Kenderaan ini dicari-cari oleh pembeli daripada golongan kelas pertengahan di Malaysia untuk dijadikan kereta pertama atau kedua di dalam garaj mereka.
“Kami perlu menilai harga jualan semua kenderaan yang dipilih, di samping melihat kepada ciri-ciri yang mesra keluarga, mudah dipandu, menjimatkan minyak, jaminan, perkhidmatan selepas jualan dan kemungkinan nilai jualan semula. LIVINA X-GEAR memiliki semua kualiti ini, selain pemilikan menenangkan fikiran yang ditawarkan oleh Nissan,” kata Ketua Editor Asian Auto, Daniel Fernandez.
7 Lapangan Terbang Paling Bahaya
Airport ataupun lapangan terbang merupakan fasiliti yang penting dalam perhubungan antarabangsa. Terdapatnya lapangan terbang yang diciptakan dengan keadaan yang bahaya. Berikut antara lapangan terbang yang bahaya :
1. Lukla di Nepal
Lapangan terbang dengan hujung lintasannya ditutupi gunung yang berketinggian 2900 meter. Sehingga pesawat mungkin saja merempuh .
Lukla Airport adalah airport kecil di Kota Lukla di Nepal timur. Pada bulan Januari 2008, kerajaan Nepal mengumumkan bahawa lapangan akan diganti untuk menghormati Sir Edmund Hillary, orang pertama yang menakluk puncak Gunung Everest, yang meninggal pada 11 Januari 2008.
Lapangan terbang ini cukup popular sebagai Lukla adalah tempat di mana kebanyakan orang memulakan perjalanan mereka untuk mendaki Gunung Everest
2. Madeira Airport Portugal
Madeira Airport atau disebut Funchal Airport dan Santa Catarina Airport, adalah sebuah bandar udara antarabangsa yang terletak dekat Funchal, Madeira. Lapangan terbang ini mengawal jalur keluar masuk domestik dan non domestik.
Lapangan ini pernah terkenal kerana landasannya yang pendek, dikelilingi oleh pergunungan tinggi dan laut, menjadikannya sebuah pendaratan sukar malah untuk yang paling berpengalaman pilot.
Landasan yang asli hanya 1.400 meter panjang, tapi diperpanjang oleh 400 meter setelah insiden Air Penerbangan 425 TAP Portugal tahun 1977 dan kemudian dibina kembali pada tahun 2003, hampir dua kali ganda ukuran landasan, bangunan itu di atas lautan.
Landasan ini menggunakan TPA, landasan itu dibina di atas serangkaian 180 kolom, masing-masing sekitar 70m tinggi.
Untuk pembesaran landasan baru lapangan terbang Funchal telah memenangi Anugerah Struktur Posisi, diberikan oleh Asosiasi Internasional untuk Jambatan dan Rekaan Struktural (IABSE). Anugerah Struktur Posisi ini dianggap sebagai “Oscar” untuk struktur rekaan di Portugal.
3. Lapangan terbang Internasional Barra
Barra Airport adalah lapangan terbang satunya di dunia di mana landasan pesawat di pantai. BRR terletak di di pantai luas Traigh Mhor, di Pulau Barra, di Hebrides Luar, Scotland. Jika anda ingin terbang di sini secara komersial anda perlu terbang ke Barra dari Glasgow dan Benbecula.
Lapangan terbang terhakis oleh gelombang ombak sekali sehari, dan jika anda tiba dengan penerbangannya , anda mungkin melihat beberapa kereta di tempat parkir dengan lampu yang menyediakan beberapa pilot visibiliti bagi menambahkan kerana lapangan terbang ini menyala.
Perlu dinyatakan anda mungkin tidak ingin hang out di pantai Bandar Udara Barra, kecuali anda adalah seorang peminat penerbangan, dalam perkara ini Bandar Udara Barra mempunyai sistem nampak bodoh, seperti tanda yang berbunyi: “Jauhkan dari pantai. Ketika windsock yang terbang dan lapangan terbang aktif. ”
4.Gustaf III Airport
Gustaf III Airport dikenali juga sebagai Saint Barthélemy Airport adalah airport umum yang terletak di kampung St Jean di Pulau Caribian Saint Barthélemy. Lapangan terbang dan bandar utama pulau ini dinamakan Gustavia sempena nama Raja Gustav III dari Sweden. Terletak di bawah Sweden yang menerima pulau itu dari Perancis pada 1785 (dijual kembali kepada Perancis pada tahun 1878).
Bandar udara ini dilayani oleh pesawat komersial kecil regional dan charter. Kebanyakan mengunjungi pesawat membawa kurang dari dua puluh penumpang, seperti Twin Otter, pemandangan umum di sekitar Saint Barth dan di seluruh Hindia Barat bagian utara. Pesawat datang dengan kecuraman yang tinggi.
5. Courchevel Perancis
Courchevel adalah nama sebuah daerah ski yang terletak di pergunungan Alpen Perancis, daerah ski terbesar di dunia berkaitan. Lapangan terbangnya mempunyai tahap tertentu keburukan di industri penerbangan kerana rumah untuk landasan yang relatif pendek, dengan panjang 525 m (1722 ft) dan gradien sebesar 18,5%.
Sangat pendek yang anda harus mendarat di sebuah strip cenderung untuk memperlambatkan supaya tidak terlepas landasan pada penurunan dengan menggunakan kelajuan yang cukup.
6. Lapangan terbang Juancho E. Yrausquin(Saba)
Juancho E. Yrausquin Airport adalah lapangan terbang yang hanya terdapat di pulau Caribia Saba, di Antilles Belanda. Boleh dilihat sendiri bahawa lapangan terbang tersebut diapit oleh laut dan terdapat tebing pula. Hanya pilot yang handal yang boleh mendarat di sana.
7. Bandara Princess Juliana International (Saint Martin)
Princess Juliana International Airport melayani Saint Maarten, bahagian Belanda dari pulau Saint Martin. Ini adalah lapangan terbang kedua tersibuk di Caribian Timur.
Lapangan terbang ini terkenal dengan landasan pendek – hanya 2.180 meter / 7152 ft, yang hampir tidak cukup untuk jet berat. Pesawat-pesawat mendekati pulau dan terbang sangat rendah, tepat di atas Maho Beach.
Gambar-Gambar Bohong Yang Tersebar Tentang Rohingya
Foto diatas adalah merupakan kejadian benar tapi bukan berlaku di Myanmar sebagaimana yang disebarluaskan dalam internet. Ia adalah peristiwa gempa bumi yang berlaku di negara Tibet dan telah menelan banyak mangsa korban.
Foto foto atas ni juga berlegar diantara netizens dengan mengaitkan peristiwa pembantaian ummat Islam Rohingya di Myanmar. Tapi sebenarnya adalah merupakan kejadian di Selatan Thailand – Wilayah Pattani. Peristiwa ini berlaku pada Oktober 2004 dimana Tentera Thailand membantai ratusan warga Muslim Pattani di Takbai yang mengakibatkan sekurang kurangnya 85 orang terbunuh, 60 cedera, dan 59 lainnya dipenjarakan.
Keterangan Foto : Seorang Muslim Myanmar telah dibakar dan orang disekelilingnya hanya memerhati tanpa ada seorang pon yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan. (banyak kat fesbuk foto ni)
Foto ini sebenarnya adalah foto seorang aktivis Tibet yang bernama Jhampel Yesh yang membantah lawatan Presiden China ke India. Aktivis tersebut merupakan seorang imigran yang sedang memohon suaka politik dari pihak India membuat aksi membakar diri sendiri sebagai bantahan kunjungan oleh Hu Jintao (Presiden China ketika itu) ke India.
Foto : Sami Buddha Mengamuk Di Myanmar. Caption tu memang betul dah, kejadian pun memang di Myanmar tapi berlakunya adalah pada tahun 2007. Foto ni langsung takde kena mengena dengan rusuhan kaum sebab ini adalah demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Myanmar terhadap kerajaan junta tentera yang tertekan dengan kemiskinan akibat dari kenaikan harga barang barang keperluan asas.
Nota : Pembantaian yang berlaku di Myanmar adalah perkara yang benar benar terjadi dan adalah diseru kepada seluruh ummat Islam bangkit menyatakan bantahan dan turut menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu untuk meringankan beban saudara saudara seagama kita disana.
Namun dengan menyebarkan gambar gambar palsu tentang perkara yang benar adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan hanya menangguk di air keruh., dan jika tujuannya semata mata untuk menaikkan rating maka ia adalah satu perbuatan tak bertanggungjawab atas derita orang lain
Paus Yang Terdampar Gagal Diselamatkan
KOTA KINABALU – Paus seberat 10 tan yang terdampar selama lebih 12 jam di pantai Sungai Sitompok, Kuala Penyu dekat sini, mati semalam dipercayai kerana mengalami masalah deria.
Pegawai perikanan daerah Kuala Penyu Julin Bagang berkata paus jenis Baleen sepanjang 17 meter itu dipercayai tertekan apabila terpisah daripada kumpulannya di luar habitat semula jadi mereka.
“Daripada pengamatan saya, deria paus itu tidak berfungsi dan ini menjejaskan sistem tubuhnya,” katanya apabila dihubungi Bernama hari ini.
Ikan gergasi itu didapati terdampar di pantai tersebut oleh seorang pekerja di Taman Pulau Tiga pada kira-kira pukul 9 pagi semalam. Bagaimanapun, mamalia ini mati pada pukul 8 malam.
Julin berkata mereka cuba menyelamatkan ikan itu, termasuk mengepam air laut bagi menyimbah tubunya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Kami tak ada kepakaran dan kemahiran untuk menyelamatkan ikan paus,” katanya.
Julin berkata kontraktor dilantik untuk mengalihkan bangkai ikan itu dari tempat berkenaan dan menanamnya di tempat khas di Kuala Penyu.
Penemuan Tubuh Manusia Di Dalam Perut Ikan Jerung
Humphrey Simmons, sebuah pekerja bank telah berjaya menangkap seekor ikan jerung yang luar biasa beratnya jika dibandingkan dengan saiz ikan jerung berkenaan. Ikan itu ditangkap ketika beliau dan rakan²nya iaitu Keith Fergusan dan Stanley Bernard pergi menangkap ikan di laut pada suatu pagi Sabtu.
Namun telah terjadi sesuatu yang sangat mengerikan apabila ikan jerung itu memuntahkan sebelah kaki manusia! Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membelah perut ikan berkenaan bagi tujuan mencari jasad mayat yang mungkin masih berbaki di dalam tubuh ikan jerung tersebut kerana mereka percaya ikan jerung itu sudah membaham manusia. Mangsa ikan berkenaan sehingga sekarang tidak diketahui.















































