China Yang ‘Kreatif’ Cipta Jenama Barang


Kalau sebut sahaja nama negara China, bermacam-macam perkara yang akan dilontarkan terhadap negara itu.

Lebih-lebih lagi mengenai kegiatan jenayah yang sering berlaku di sesebuah kawasan negara China.

Untuk setiap negara dalam dunia ini, masing-masing mempunyai idea yang kreatif untuk mencipta nama dalam setiap produk atau barang yang dikeluarkan.

Contoh, seperti negara kita, jenama yang sering digunakan rakyat adalah jenama 1Malaysia.

Untuk negara China, mereka memang mempunyai idea yang sangat ‘kreatif’ untuk mencipta jenama barang-barang tertentu.

Cuma, tahap ‘kreatif’ mereka itu boleh dianggap sebagai lucu.

Antara jenama yang ‘dicipta’ atau dengan lebih mudah, jenama yang diciplak seperti Puma menjadi Fuma, Numa; Mitsubishi menjadi Mitusbishi dan sebagainya.

Tengok sahajalah gambar-gambar produk keluaran negara China.

Hebat ke tak hebat? Anda nilailah.









Kredit>Mynewshub

Ahad, 2 September 2012
Posted by Jobseekers

Sikap Belakangkan Sultan Tidak Mengejutkan




PETALING JAYA – Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai ‘locus standi’ tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam.

“Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati,” katanya ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buluh di sini, Sabtu.

Najib berkata pembangkang mempunyai banyak lagi perkara ‘pelik’ yang ingin dilakukan termasuk menukar bendera Malaysia selain menyatakan manifesto mereka bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan.

“Hari ini ramai rakyat Selangor yang kecewa kerana mereka tidak dapat air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto (pakatan pembangkang)…janji tidak perlu ditepati rakyat boleh dibohongi, tidak apa asalkan dapat undi. Di mana letaknya maruah pemimpin macam itu,” katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata rakyat tidak perlu menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berikutan hak mereka tidak dihormati.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Najib berkata sepanjang tiga tahun ini pelbagai janji telah dikotakan oleh kerajaan persekutuan.

Malah, katanya, ada inisiatif yang dilaksanakan BN tidak terkandung dalam manifesto kerajaan persekutuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucar buku.

Najib mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat supaya menghormati dan mempertahankan kemerdekaan negara yang tinggi nilainya.

Perdana Menteri berkata: “Dalam sejarah, kemerdekaan hanya mengetuk pintu sekali sahaja. Generasi terdahulu dan berikutnya telah berkorban dan berjaya mendapatkannya (kemerdekaan).

“Generasi kini, iaitu generasi kedua dan ketiga mesti berjuang dan berkorban untuk memberi makna kepada kemerdekaan itu”.

Dalam pada itu, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota BN supaya meneruskan perjuangan sehingga tiba pilihan raya umum ke-13.

“Jangan rasa letih, rasa penat, jangan kecewa, teruskan perjuangan sehingga semboyan dibunyikan.

“Kita akan terus ke depan, jangan toleh belakang. Kita BN akan merempuh dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Dataran RRI, lokasi majlis hari ini, dibanjiri pengunjung yang ingin meraikan sambutan Aidilfitri bersama perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan pemimpin BN Selangor. – Mynewshub
Posted by Jobseekers

Bendera Malaysia Dinaikkan Di Selatan Thai




PATTANI, Thailand – Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam.

Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam. Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.

Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Prom-in memberitahu tindakan memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu bertujuan menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan mencipta ketegangan dengan Malaysia.

Beliau meminta supaya kerajaan bertindak tegas sambil menyatakan serangan tersebut tidak memberi kesan terhadap hubungan di antara Bangkok dan Kuala Lumpur.

Masih tidak jelas kenapa bendera Malaysia dinaikkan oleh kumpulan pemberontak itu. Bendera tersebut dipasang di sepanjang jalan, tiang elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla.

Para penganalisis menyatakan militan mahukan sebuah negara yang merdeka, tetapi tidak pernah menunjukkan minat mahu menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Penyelidik kanan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York, Sunai Phasuk mengakui bahawa motif pemberontak menaikkan bendera Malaysia masih misteri.

Kumpulan pemisah dikatakan mula muncul sejak Januari 2004. Sejak itu, seramai 5,206 terbunuh dan 9,137 lagi cedera dalam banyak siri serangan
Posted by Jobseekers

Orang Tua Ni Terlebih Seronok Dengan Pelacur Muda…Berakhir Di…


Itulah…dah tua-tua tu bawaklah duduk rumah…layan anak cucu.

Kalau muda pun jangan buat benda camni…apatah lagi kalau dah masuk senja.






Kan dah tak larat….Amekaw...hahaha


Last-last, hari berikutnya duduk hospital dan gambar bergembira dengan pelacur-pelacur muda tersebar dalam laman-laman web lucah.

Jadi bahan lawak satu dunia…

Bayangkan kalau cucu orang tua ni duk layan laman web camtu terjumpa gambar datuknya bergembira sampai masuk hospital?

Kredit> Mynewshub


Posted by Jobseekers

Perodua UK tawar naik taraf rim aloi percuma untuk Myvi Sport


Jika anda merupakan pelanggan Perodua di UK, setiap pembelian terbaru bagi model Myvi Sport akan menerima naik taraf rim aloi dan tayar percuma dengan nilai lebih £1,100*.

Rim aloi 16 inci Ravenna dengan kemasan ‘black polished’ yang menarik tersedia bagi setiap pembelian Myvi Sport dalam warna ‘Ivory White’ atau ‘Black’, atau Myvi Sport+. Memandangkan ianya merupakan tawaran dalam jumlah terhad, setiap pelanggan digalakkan membuat tempahan secepat yang mungkin sementara stok masih ada.

Pada harga hanya £7,799** (RM38,576.71), Myvi Sport mengandungi spesifikasi standard tertinggi antaranya termasuk empat tingkap eletrik, cermin sisi eletrik, penyaman udara dan pemain radio/CD tunggal. Ciri spesifik bagi varian Sport termasuk ‘body kit’ depan, tepi dan belakang termasuk ‘imitation quad exhausts’, dan pemegang pintu berkrom.

Pelanggan yang memilih varian Myvi Sport+ akan memperolehi gaya dalaman dengan kemasan kulit/alcantara yang menggabungkan campuran alcantara dan kulit dwi warna dengan garisan jahitan merah/kelabu di bahagian tepi kerusi dan sulaman logo Myvi di bahagian kerusi depan.

Myvi Sport+ boleh didapati pada harga hanya £8,799** (RM43,523.08) dengan tawaran insentif jualan semasa berjumlah £1,000 (RM4,946.37). Dengan naik taraf rim aloi percuma, menjadikan Myvi Sport+ kini lebih bernilai untuk wang.



Sabtu, 1 September 2012
Posted by Jobseekers

Motosikal KTM Duke 200 versi CKD berharga RM18,802.50


Motosikal KTM Duke 200 versi pemasangan tempatan (CKD) yang masih dinantikan pelancarannya kini sudah diumumkan harga asas melalui laman Facebook KTM Malaysia. Harga yang bakal ditawarkan ialah RM18,802.50, seperti mana anda dapat lihat dalam gambar di atas. Bagi yang berminat, tempahan sudah dibuka di setiap pengedar sah KTM di seluruh Malaysia.
Posted by Jobseekers

Generasi terbaru Nissan Sylphy dilancarkan di Thailand – harga bermula dari 746,000 THB



Pasaran dinamik Thailand kini telah menerima kemasukan model global terbaru Nissan Sylphy yang baru saja dilancarkan hari ini. Nissan Sylphy terbaru pada mulanya dilancarkan di pasaran terbesar dunia China, sebelum Thailand menjadi destinasi pelancaran seterusnya.



Pasaran Malaysia juga dijangka akan menerima kemasukan model tersebut tidak lama lagi, namun pengedarnya Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn. Bhd. masih belum memberikan sebarang petunjuk. Jangkaan saya, Nissan Sylphy terbaru dijangka akan tiba paling awal selepas suku pertama 2013.


Untuk pasaran Thailand seperti mana maklumat yang tertera di dalam laman web Nissan Thailand, empat varian ditawarkan iaitu 1.6 E CVT, 1.6 V CVT, 1.8 V CVT dan 1.8 V NAVI CVT. Harga yang ditawarkan bermula dari 746,000 THB (RM74,407.50) untuk varian asas dan meningkat sehingga 931,000 THB (RM92,859.76) untuk varian tertinggi.

p/s : Pesaing baru kepada model Honda Civic, Hyundai Elantra, Chevrolet Cruze, Toyota Corolla Altis, Ford Focus, Kia Forte, dan mungkin juga Proton Preve.


Posted by Jobseekers

Bila Tower Bridge London Diciplak (10 Gambar)


China awesome!

Di China terdapat banyak monumen negara barat di bina semula mengikut sesedap chopstick. Kali ini Tower Bridge London dibina semula di Suzhou City. Versi China lebih bad ass kerana ia mempunyai 4 menara, bukannya 2 seperti versi asal. Diatas menaranya pula dibina sebuah kedai kopi. Clearly the Chinese version is the upgraded edition. Macam beli phone NCKIA dari China. Lebih awesome dari Nokia sebenar kerana ada 2 sim slot, TV dan aerial. Nokia asal mampu?




Posted by Jobseekers

Seni Duit Kertas : Idea Hantaran Kahwin? (7 Gambar)


Lipat.. gulung.... create!

Dalam budaya melayu duit hantaran kerap kali digubah menjadi bunga. Masa aku kahwin aku tak buat benda ini kerana aku pakai band draft. Takut wang hantaran dan maskahwin kena cilok. Seriously majlis kahwin pun ada naharoms yang berani mencuri. So better be safe dan hantar bank draft sahaja! Anyways kalau korang nak kekalkan tradisi tetapi wanna make it more awesome Kristi Malakoff pastinya akan memberikan inspirasi. Kristi dari Kanada menggunakan wang kertas untuk menggubah rekaan geometrik beliau dibawah. Awesome stuff!

In B4 "nanti nak bukak balik lepas gulung mesti shit bricks"




Posted by Jobseekers

NOSTALGIA-10 Koleksi Gambar Selebriti Malaysia Ketika Di Zaman Kanak-Kanak

DISINI penulis nak tunjukkan kepada anda semua senarai 10 pelakon dan penyanyi terkenal, bukan apa sekadar hiburan sahaja, gambar yang menggamit nostalgia….


Lisa Surihani


Diana Danielle


Fasha Sandha


Nana AF5


Mila


Atilia


Dafi


Wardina


Umie Aida


Siti Nurhaliza

Posted by Jobseekers

NEELOFA Ketika Di Zaman Sekolah


 Sapa yang tidak kenal dengan artis baru yang cantik dan menawan ini, Neelofa artis berasal dari negeri cik siti wan kembang ini punyai gambar-gambar yang menarik dan seksi yang sering kita lihat di kaca tv dan medium hiburan yang lain, tapi kali ini penulis nak tunjukkan kepada anda koleksi gambar kenangan Neelofa ketika di zaman sekolah pula…



Posted by Jobseekers

Gambar Terbaru NORA DANISH Di Facebook, Membuatkan Sesiapa Cair melihatnya



 Setelah dilanda pelbagai kontroversi dan nista yang menghujani janda muda ini, beliau tetap tabah mengharunginya dengan tenang.

Dari gambar aksi ghairah, dituduh menjadi punca penceraian dan pelbagai lagi, Nora Danish cun berdepan dengan semua dugaan.

Foto profil Facebook nya juga sudah bertukar dari bertudung, kembali seperti biasa yang lebih mencairkan lelaki-lelaki yang kesepian…hahahaha…

Nora tetap seksi walaupun tidak menggayakannya untuk majalah!


Posted by Jobseekers

Filem anti-Obama catat kutipan RM20 juta


LOS ANGELES -  Di sebalik kontroversi, filem dokumentari 2016: Obama’s America, arahan Dinesh D’Souza dan John Sullivan, dikatakan mampu mencatatkan jumlah kutipan  memberangsangkan apabila berjaya mengutip sebanyak AS$6.3 juta (RM20.1 juta) sejak ia mula ditayangkan minggu lalu, sekali gus mengatasi kutipan tiga filem baru yang lain.


Filem yang mengisahkan isu anti Presiden Amerika Syarikat memulakan tayangannya bulan lepas tetapi hanya ditayangkan di sesetengah panggung, kini menjadi filem dokumentari yang paling mencatat keuntungan di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, takhta itu dipegang filem Bully yang mencatat keuntungan sebanyak AS$3.5 juta (RM10.85 juta).

Selain itu, filem Obama’s America kini turut mendahului carta filem dokumentari konservatif sepanjang masa, mengalahkan filem Expelled: No Intelligence Allowed  yang berjaya mengutip jualan sebanyak AS$7.7 juta(RM23.87 juta).

Obama’s Amerika yang diterbitkan Rocky Mountain Pictures, dipromosikan secara meluas melalui radio dan penayangan seluruh negara itu juga serentak dengan Konvensyen Kebangsaan Parti Republikan, yang berlangsung di Tampa, Florida yang turut menjadi pemangkin kepada kejayaan kutipan filem itu.

Sebelum ini, kedudukan pecah panggung didominasi filem Holdovers, diikuti filem terbitan Lionsgate dan Millennium Films, The Expendables, yang mencatatkan kutipan sebanyak AS$13.5 juta (RM41.85 juta) pada minggu kedua tayangannya.


Posted by Jobseekers

Tauke Super Spontan Sah Bercerai Buat Kali Ketiga




ELAWAK yang lahir menerusi program realiti Raja Lawak terbitan Astro, Tauke, mengesahkan bahawa dia dan isterinya sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, sejak dua minggu lepas.


Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 36, menjelaskan dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas Meera, 23, pada 12 Ogos lalu.

“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu,” katanya.

Sebelum ini kecoh mengatakan rumah tangga yang dibina Tauke dan Meera yang baru berusia beberapa bulan berdepan masalah besar. Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan khabarnya Tauke juga sudah lama tidak bertemu Meera.

Menjawab dakwaan itu, Tauke menjelaskan, “memang benar sebelum ini rumah tangga kami dilanda krisis agak besar apabila dia keluar dengan membawa semua pakaiannya, pada bulan Julai lalu dan puncanya biarlah saya rahsiakan saja.”

Perkahwinan ketiga Tauke dengan model sambilan itu berlangsung pada April lalu dan dia mempunyai enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan terdahulu.

Ketika ditanya sama ada dia sudah serik untuk berkahwin lagi, Tauke berkata: “Kalau ada jodoh pada masa akan datang, saya tidak akan menolak tetapi apa-apa pun saya kini mahu lebih fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.”

Ketika ditanya sambutan Syawal yang lalu, Tauke meraikan Hari Lebaran di kampung halamannya di Pasir Gudang, Johor bersama keluarganya.

Tauke dan rakan kumpulan Jambu, Yus dijangka kembali dengan program komedi berjudul Pondok Jambu yang bakal bersiaran di Astro Warna bermula bulan depan.
Posted by Jobseekers

Gambar Emma Ma’embong, Pelakon Kau Yang Terindah


Jika anda sudah menonton drama Kau Yang Terindah lakonan Neelofa, Nazim Othman dan Hafil Andrio Putra arahan Erma Fatima, pasti anda perasan watak yang dipegang Emma Ma’embong. Memiliki keunikan raut wajah gadis pan-asian (Scotland & Malaysia) seperti Siti Saleha, Diana Danielle, Sharifa Sofea, Maya Karin dan ramai lagi, beliau juga seorang yang cantik lagi manis.

Emma Ma’embong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 20, yang berasal dari Kuala Lumpur juga seorang pelukis dan model. Mungkin drama ini akan menaikkan nama dan rating Emma sendiri selepas ini, all the best Emma! Lagi gambar baca artikel sepenuhnya, kredit gambar kepada Fanpage Emma Ma’embong. Enjoice!








Posted by Jobseekers

GEMPAR! Farah Asyikin Kemalangan Jalan Raya, Pandu Kereta Sepupu



Berita yang baru sahaja kami terima. Penyanyi yang semakin aktif mendalami Islam, Farah Asyikintelah mengalami satu kemalangan jalan raya awal pagi tadi.


Kejadian berlaku sekitar jam 8.00 pagi tadi di hadapan pejabat Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara apabila kereta di’pandu Farah Asyikin melanggar sebuah kereta orang awam.

Kedua dua yang terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun kereta Mitsubishi yang di’pandu Farah Asyikin agak teruk keadaan’nya.

Sumber kami turut memberitahu yang kereta di’pandu Farah Asyikin ini merupakan milik sepupu beliau. Sebarang berita atau perkembangan akan kami laporkan segera.




Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -