Taman Takinoue Di Hokkaido
Festival Shibazakura adalah antara festival yang paling unik dan berwarna-warni di Hokkaido, Jepun. Setiap tahun, bermula awal bulan Mei hinggalah awal bulan Jun, Taman Takinoue akan diliputi dengan bunga Shibazakura yang berwarna merah jambu dan ungu.
Sesiapa sahaja yang melalui laluan di lereng bukit yang menghadap bandar Takinoue ini pasti teruja dengan keindahan alam semulajadinya. Bunga ini akan terus tersebar setiap tahun dan kini ia telah meliputi keluasan 100,000 meter persegi!
Cara Nak Kenal Kasut Nike Tiruan
Seorang lelaki membeli sepasang kasut berjenama Nike melalui internet. Semuanya kelihatan sempurna sehinggalah dia menanggalkan kasut tersebut, dia berasa ada sesuatu yang pelik.
Dan begitulah caranya dia belajar macam mana nak kenal yang kasut tu original ataupun tiruan. Kan dah dapat cop mohor! Muahaha!
Dan begitulah caranya dia belajar macam mana nak kenal yang kasut tu original ataupun tiruan. Kan dah dapat cop mohor! Muahaha!
Cara Cepat Jadi Jutawan
Rasanya inilah cara paling cepat nak jadi jutawan. Tukar je duit seringgit anda ke matawang Dollar Zimbabwe (ZWD), automatik anda bergelar jutawan. Senang kan jadi jutawan? Hahaha.
Sebenarnya inilah padahnya apabila kadar inflasi tidak dikawal. Kejadian ni berlaku di Zimbabwe yang kadar inflasinya pada Julai 2008 mencecah 231 juta% dan meningkat sehingga 516 quintillion % pada November 2008! Dollar Zimbabwe telah digantung penggunaannya sejak 12 April 2009 dan matawang lain terpaksa digunakan untuk proses jual beli di negara terbabit.
Sebenarnya inilah padahnya apabila kadar inflasi tidak dikawal. Kejadian ni berlaku di Zimbabwe yang kadar inflasinya pada Julai 2008 mencecah 231 juta% dan meningkat sehingga 516 quintillion % pada November 2008! Dollar Zimbabwe telah digantung penggunaannya sejak 12 April 2009 dan matawang lain terpaksa digunakan untuk proses jual beli di negara terbabit.
Sudah Bertunang, Diana Danielle & Farid Kahwin Setahun Lagi
Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar. “Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia.
“Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,” katanya. Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu. “Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana.
“Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh,” ujarnya. Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.
Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja. Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan.
Anda Tidak Tahu: Kenapa Iklan Jam Tunjuk Jam 10:10
Info sebegini tentunya menarik kerana tidak ramai yang tahu atau perasan sebenarnya. Jika diperhatikan betul-betul di kedai jam sendiri menggunakan kaedah ini kerana:
1) Angka tersebut merupakan salah satu struktur angka yang terbagus untuk strategi marketing, perspective, cuba perhatikan dari angka tersebut sebenarnya seperti membuat logo “smiley” pada jam.Angka-angka tersebut sebelumnya ingin di tetapkan pada 8:20 , tetapi diubah lagi karena seperti muka yang masam atau nampak seperti orang marah.
2) Angka-angka itu tidak menutup fungsi tarikh atau kalender pada jam tersebut.
3) Merupakan penghargaan terhadap Abraham Lincoln kerana beliau mati ditembak pada jam tersebut
1) Angka tersebut merupakan salah satu struktur angka yang terbagus untuk strategi marketing, perspective, cuba perhatikan dari angka tersebut sebenarnya seperti membuat logo “smiley” pada jam.Angka-angka tersebut sebelumnya ingin di tetapkan pada 8:20 , tetapi diubah lagi karena seperti muka yang masam atau nampak seperti orang marah.
2) Angka-angka itu tidak menutup fungsi tarikh atau kalender pada jam tersebut.
3) Merupakan penghargaan terhadap Abraham Lincoln kerana beliau mati ditembak pada jam tersebut
Gambar: Ayu Raudhah Kini Bertudung
Ayu Raudhah Kini Bertudung: Pelakon jelita, Ayu Raudhah kini telah membuat keputusan untuk terus bertudung. Semakin hari semakin ramai artis wanita Malaysia yang menukar imej mereka kepada lebih sopan iaitu bertudung. Kali ini giliran Ayu Raudhah pula mengikuti jejak artis seperti Abby Abadi, Irma Hasmie dan Wardina yang terlebih dahulu berhijrah:
Menurut Ayu Raudhah yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak Malaysia Zaquan Adha , dia sudah lama berhajat untuk bertudung, namun hatinya baru terbuka apabila pulang dari mengerjakan umrah, awal Ogos lalu.
Bapa Tembak Mati Anaknya
mati anak lelakinya berusia 12 tahun kerana disangka seekor monyet mahu mencuri tanamannya. Anaknya
yang dikenali sebagai Chitra Bahadur Pulami memanjat pokok untuk menghalau monyet yang sering
mengganggu keluarga mereka tetapi bapanya, Gupta Bahadur, 55 ternampak budak lelaki itu lalu
melepaskan tembakan kerana menyangka anaknya itu adalah haiwan berkenaan:
Deputi Superintenden daerah Arghakhanci, Arun Poudel berkata, “Anak lelakinya itu menyorok di atas
pokok di kebun mereka untuk menghalau monyet yang sering ke situ untuk mencari makanan di ladang
jagung.” Katanya, kanak-kanak lelaki itu mati serta-merta selepas Gupta melepaskan tembakan. Siasatan
awal kami mendapati, bapanya tidak sedar anak lelakinya itu pergi ke ladang jagung untuk menghalau
monyet,” katanya.
Arun berkata, Gupta kini dalam tahanan polis dan senjata yang digunakan ketika menembak anak lelakinya
itu, turut dirampas. Tiga spesies monyet, berasal dari Nepal iaitu Rhesus dan Assam dan lotong biasa
dianggap suci dan petani biasanya akan cuba menakutkan haiwan itu tanpa mencederakannya dari ladang
mereka.
“Saya hanya sedar mengenai kesilapan saya apabila anak lelaki saya jatuh dan tersangkut di dahan pokok,”
kata petani itu.
X-Ray Marco Simoncelli Yang Mengerikan
Masih ingat lagi pelumba kelahiran Itali yang berusia 24 tahun, Marco Simoncelli yang maut di litar Sepang semasa berlangsungnya Grand Prix Malaysia pada 23 Oktober 2011?
Kini tersebar foto X-ray tulang tengkuk Simoncelli yang sangat mengerikan.
Kecederaan parah yang dialami oleh Simoncelli itu kemungkinan besar adalah impak yang terhasil akibat perlanggaran antaranya dengan Colin Edwards dan Valentino Rossi.
Simoncelli terbabas semasa mengambil selekoh dan kemudiannya terjatuh sebelum dilanggar tanpa dapat dielak oleh rakan senegeranya, Valentino Rossi dan Colin Edwards.
Dalam perlanggaran itu, Edwards mengalami seliuh di bahu manakala Rossi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Selepas perlanggaran tersebut, bendera merah dikibarkan dan perlumbaan diberhentikan serta-merta.
Simoncelli meninggal dunia pada jam 4.56 petang(waktu Malaysia) dan disahkan mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan leher.
Apple Kini Mensasarkan Galaxy S III
NEW YORK – Selepas mendapat kemenangan besar ke atas pesaingnya, Apple kini sedang mengatur beberapa lagi kes ke atas Samsung melibatkan pengambilan teknologi inovatif milik syarikat dari Amerika Syarikat itu.
Ia termasuk kes terhadap produk Galaxy S III yang didakwa terlibat dalam pelanggaran paten Apple.
Februari lalu, Apple mendakwa sekurang-kurangnya 17 produk Samsung telah meniru patennya.
Susulan itu, semalam, Apple telah menambah empat lagi produk dalam senarai tersebut di Mahkamah Persekutuan San Jose.
Wakil Samsung bagaimanapun belum memberikan sebarang ulasan berhubung isu tersebut.
Jumaat lepas, Apple memenangi kes saman ke atas Samsung dalam kes berasingan selepas juri mendapati syarikat dari Korea Selatan itu telah meniru produk popularnya iaitu iPhone dan iPad.
Keputusan itu membolehkan Apple mendapat pampasan sebanyak lebih RM 3 bilion ringgit akibat kemusnahan yang dialaminya.
Ia juga diputuskan selepas setahun kedua-dua pihak melalui proses perbicaraan.
Selain itu, Apple turut memohon pampasan sebanyak lebih RM3 juta daripada produk-produk Samsung yang dijual di Jepun dengan dakwaan mencuri teknologi pemindahan fail muzik dan video.
Namun dakwaan Apple bahawa Samsung mencuri teknologinya itu telah ditolak oleh mahkamah Jepun.
Cuba Bunuh Diri Kerana Gagal Ujian Memandu
London – Seorang wanita yang tertekan kerana gagal ujian memandu untuk kali keempat selepas menjalani 90 kelas memandu telah bertindak nekad dengan membakar dirinya, namun dia bernasib baik apabila jiran yang melihatnya telah menghubungi ambulans.
Namun akibat tindakan bodohnya itu, Yamkala Sapkota bukan sahaja mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan malah dia juga telah dihukum penjara setahun atas dakwaan cuba mencederakan orang lain dan harta benda.
Mujur hakim bersimpati dengannya dan menangguhkan hukuman penjara itu dengan syarat dia berkelakuan baik.
Kejadian berkenaan bermula selepas Yamkala bengang dengan kata-kata suaminya “awak boleh mati jika awak mahu’ .
Dengan rasa marah, Yamkala kemudiannya menulis nota bunuh diri namun tindakannya itu dilihat jiran, dan api yang membakarnya telah dipadamkan oleh bomba.
Yamkala kemudiannya diberikan morphine dan oksigen dan dibawa ke hospital.
Dia mengalami kecederaan akibat melecur di muka, tangan dan bahagian belakang sehingga terpaksa menjalani pembedahan menggantikan kulit yang melecur itu.
Yamkala dan suaminya berasal dari Nepal dan datang ke Britain, lapan tahun lalu.
Selepas kejadian itu, dia diberikan penilaian psikiatrik, namun disahkan tidak mengalami masalah mental.
Sementara itu Hakim Lord Banntyne ketika memberikan penghakimannya berkata, beliau mengambil keputusan yang jarang dilakukan iaitu dengan menangguhkan hukuman penjara itu selama setahun.
Namun beliau memberi amaran, jika Yamkala gagal berkelakuan baik, maka beliau akan menangani kes itu dengan kaedah lain.
“Saya percaya awak tidak akan melakukannya lagi,’’ katanya.
Kredit>Mynewshub
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)






.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)






























