Rumah Seakan Istana Milik Atlet Sukan

Atlet sukan antarabangsa adalah antara golongan yang mendapat pendapatan yang begitu lumayan, membolehkan mereka memiliki rumah mewah yang menyerupai sebuah istana.Antara yang mendapat perhatian ialah rumah Michael Jordan, Tiger Woods dan Cristiano Ronaldo. Kesemua rumah mereka mempunyai kawasan yang sangat luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Rumah Cristiano Ronaldo

Rumah David Beckham

Rumah LeBron Jmaes

Rumah Michael Jordan

Rumah Michael Schumacher

Rumah Shaquille 0'Neal

Rumah Tiger Woods

Rumah Venus dan Serena Williams

Rumah Wayne Rooney

Khamis, 6 September 2012
Posted by Jobseekers
Tag :

Rekaan Yang Berjaya Mencuri Tumpuan

Ada yang berminat tak?









Rabu, 5 September 2012
Posted by Jobseekers

Polis Bebaskan Penunjuk Punggung

KUALA LUMPUR - Polis malam tadi membebaskan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta yang ditahan petang semalam berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pelajar lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita dah ambil keterangan pelajar terbabit. Tuduh atau tidak terpulang kepada bukti dan undang-undang yang kita ada," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.




Chin Wah berkata polis kini menjejaki baki 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera 'baharu' Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan sama katanya setakat hari ini polis menerima 172 laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera 'baharu' Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan. - Bernama

Posted by Jobseekers

Hoshi Ryokan – Hotel Tertua Di Dunia

Hōshi Ryokan adalah hotel dan spa yang dibina di Ishikawa, Jepun sejak hampir 1300 tahun dahulu! Diasaskan pada tahun 717, ia diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai hotel tertua yang masih beroperasi sehingga sekarang.

Hotel ini dimiliki dan diuruskan oleh keluarga yang sama buat 46 generasi. Kini, ia mempunyai lebih kurang 100 bilik penginapan dan boleh menerima 450 tetamu dalam satu masa.



















Posted by Jobseekers

Aogashima: Pulau Kecil Di Jepun

Terletak di Laut Filipina dan 358 km selatan Tokyo, Aogashima mempunyai sebuah kampung yang didiami kira-kira 200 penduduk. Gunung berapi di pulau ini pernah meletus dan meragut nyawa beberapa orang penduduk, namun masih terdapat penduduk yang tetap tinggal di sini. Menangkap ikan dan berkebun adalah aktiviti utama di pulau ini.







Posted by Jobseekers

Kontrak RM2 Juta Jadikan Safee Jutawan Bola Sepak

Kontrak baru bernilai lebih RM2 juta yang ditandatangani Safee Sali dengan kelab Pelita Jaya FC untuk tempoh dua tahun akan datang menyenaraikan pemain itu sebagai pemain bola sepak Malaysia bertaraf jutawan.




Tawaran kontrak bernilai RM2 juta itu juga sekali gus menyaksikan kenaikan sekali ganda nilai tahunan kontrak Safee bagi tempoh dua musim akan datang itu.

Sebelum ini, kontrak sulung pemain itu dengan Pelita Jaya FC yang ditandatangani Januari tahun lalu bernilai AS$150,000 (RM456,000) untuk tempoh setahun.

Pakej lumayan yang ditawarkan oleh Pelita Jaya FC kepada pemain kebangsaan Malaysia itu merangkumi gaji, bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi serta faedah-faedah lain.

Sebagai pemain import bagi kelab yang berasal dari Jakarta ini juga, Safee diberi penghormatan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.

Menurut pengurus Safee, Zakaria Rahim, pengurusan Pelita Jaya FC juga menjanjikan pakej tambahan iaitu mengukuhkan imej pemain tersebut menerusi peluang muncul sebagai jurucakap produk-produk iklan di seluruh Indonesia.

"Pelita Jaya FC akan mendapatkan kontrak iklan daripada syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran," kata Zakaria kepada wartawan ketika ditemui selepas majlis pengumuman Safee kekal bersama Pelita Jaya FC untuk tempoh dua tahun lagi di sini, semalam.

Selain Safee, hadir sama pada majlis pengumuman tersebut ialah pengurus besar pasukan, Iwan Budianto dan pengurus pasukan, Lalu Mara.

Pada masa sama, Zakaria berkata, Pelita Jaya FC juga komited untuk mencari ruang dan peluang kepada Safee serta rakan sepasukannya untuk bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus.

Antara kelab-kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012.

Tidak ketinggalan CS Vise di Belgium, kelab Divisyen 2 Liga Belgium dan SAD Uruguay - sebuah kelab pembangunan pemain remaja di Uruguay.

Pelita Jaya FC juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima buah kelab di Liga Brazil yang antaranya Flamengo FC.

Sementara di Eropah pula, antara kelab yang mempunyai hubungan baik dengan Pelita Jaya FC ialah Ajax Amsterdam FC di Belanda.

Pelita Jaya Cronus juga pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikan.

Perkembangan karier pemain berusia 28 tahun itu bersama Pelita Jaya FC turut membuka ruang kepadanya sebagai Duta Sekolah Bola Sepak Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia.

Sementara untuk jaminan masa depannya pula, pengurusan sedang berbincang untuk membolehkan Safee diberi sejumlah unit pemilikan saham dalam Akademi Bola Sepak milik Pelita Jaya FC.

Akademi tersebut mempunyai sebanyak 600 pelajar di Jakarta sahaja selain memiliki rangkaian cawangan di daerah lain di Indonesia.

Selain Pelita Jaya, Safee juga ada mendapat beberapa tawaran lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand.

Khidmat Safee juga diperlukan oleh empat pasukan bola sepak dari Malaysia termasuk Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FC dan Johor FA selain pasukan Selangor FA yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali kepangkuan mereka.

Sebelum ini, laporan turut menyebut, Safee menerima pelawaan dari pemilik Cardiff City FC untuk bermain di sana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun dulu.

Menurut Zakaria lagi, keputusan yang dibuat oleh Safee untuk terus kekal dengan Pelita Jaya FC selepas berfikir dengan semasak-masaknya dengan mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

P/s:Masyuk.....huhu
Posted by Jobseekers

Blogger Papan Hitam

Pernah tak korang merungut pasal Blogspot, Twitter ataupun Facebook? Mungkin kadang² ada fungsinya yang tergendala. Tetapi lepas tengok post ni, mungkin korang akan berhenti merungut...

Inilah dia blogger dari Afrika, Alfred Sirleaf. Beliau yang tinggal di Monrovia, Liberia menulis berita terbaru setiap hari pada sebuah papan hitam yang besar. Beliau mengupah orang lain untuk memberikan maklumat dari seluruh bandar dan negara kepadanya.





 Yang menariknya, terdapat juga ruang untuk memaparkan iklan dan ada yang sanggup membayar 5 hingga 15 dolar untuk beriklan dengannya.


Alfred Sirleaf bercadang untuk membuka cawangan di beberapa lagi bahagian bandar tersebut dimana penduduknya tidak mempunyai internet, tv mahupun surat khabar bagi mengetahui berita terkini.

Posted by Jobseekers

IDENTITI Budak Berak gambar Najib dikenalpasti...


Identiti budak yang buat aksi berak terhadap gambar Najib telah dikenalpasti beb.. Tak tahulah budak ni bangsa apa.., tapi nampak macam melayu je..

Mengikut makluman dari blog Gossip Rakyat, budak tak cukup akal tu bernama Ammar.. Fesbuk dia pulak diberi nama Alice Sakai..

Budak tu masih belajar di Cybernetic International College of Technology dan ambil jurusan Diploma Multimedia Kreatif dalam semester 3..

So.., mungkin disebabkan terlampau kreatif, dia memilih untuk beraksi berak di depan gambar Perdana Menteri Malaysia..

Jadi dengan pendedahan ni, gua harap Hishamuddin Hussien and the gang di KDN dapat ambik tindakan sewajarnya.. Jangan lepas ni sekadar bagi warning jee...

Kalau setakat bagi amaran, elok bagi gua je jadi Menteri di KDN tu beb.. Amaran gua lagi mantop tauuu... Hahahahaha...




Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -