Memaparkan catatan dengan label Entertainment. Papar semua catatan
Jumaat, 21 Ogos 2015
Posted by Jobseekers
CASING MERUBAH IPHONE MENJADI KAMERA KOMPAK - Gizmon Ica
Casing dengan fungsi lensa tambahan banyak kali kami paparkan di Blogerius,. Sebagai contoh ialah Gizmon Ica yang dipaparkan tahun lalu dan I.Am+ Foto.Shosho oleh Will I Am. Tetapi ada sebuah lagi casing baru yang akan mengubah iPhone anda menjadi kamera kompak sebenar. Relonch mendakwa casing rekaan khas mereka ini mampu menangkap gambar pada resolusi lebih tinggi dan dengan sokongan zoom optikal. Ianya juga boleh berfungsi sebagai power bank. Apabila disambungkan kepada iPhone, aplikasi khas Relonch Guru boleh mengakar anda teknik mengambil gambar dengan lebih baik. Spesifikasi bateri dan saiz sensor masih belum diumumkan tetapi pesanan sudah boleh dilakukan dengan harga jualan sekitar RM1600. Yep!
Khamis, 2 Oktober 2014
Posted by Jobseekers
Afla Romeo bawakan 4C Spyder ke Geneva
Dengan Geneva Motor Show semakin dekat, syarikat pengeluar kereta Eropah berlumba-lumba memberikan info kereta yang akan mereka bawa ke pameran itu. Info terbaru daripada Autoblog mengatakan bahawa Alfa Romeo telah menyediakan 4C versi convertible yang bakal dilancarkan di ekspo automotif besar di Switzerland minggu hadapan.
4C Spider dikatakan menggabungkan beberapa perubahan daripada versi coupe berbumbungnya sebelum ini (gambar). Ia akan mempunyai panel bumbung boleh tanggal (peminat Porsche mungkin kenalinya sebagai “Targa”) bersama-sama dengan sepasang roll gelung gentian karbon yang dilekatkan di belakang tempat duduk “bucket”. Dipasangkan enjin output tinggi 1.75 liter turbo empat, pasti Alfa Romeo 4C Sypder ini memberikan satu pengalaman berbeza.
Menurut Autoblog, masih belum ada berita sahih jika kereta itu akan dipamerkan dalam bentuk kereta konsep atau model pengeluaran, tetapi desas-desus dari Itali mengatakan bahawa 4C Spider akan menampilkan reka bentuk lampu dan satu set rim berbeza dengan yang sedia ada kini.
Sila ambil perhatian bahawa galeri di bawah ini merupakan 2014 Alfa Romeo 4C, bukannya 4C Spyder. Nantikan galeri 4C nanti di Geneva ^^.

Khamis, 27 Februari 2014
Posted by Jobseekers