Soo Wincci Berpuasa Untuk Dekatkan Dirinya Dengan Peminat Melayu
Bukan senang untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan lebih-lebih lagi jika anda tidak berlatih sejak kecil. Namun itu semua cabaran yang sanggup ditempuhi oleh Soo Wincci yang berazam untuk berpuasa penuh tahun ini. Semua ini dilakukan oleh Soo Wincci untuk mendekatkan diri dengan peminat Melayunya yang semakin bertambah semenjak menyertai MasterChef Selebriti Malaysia.
Untuk makluman, ada khabar angin yang menyatakan Soo Wincci berpuasa kerana mempunyai teman lelaki berbangsa Melayu. Malah ada suara-suara yang menyatakan Soo Wincci telah pun memeluk agama Islam. Namun ternyata itu semua tidak benar. Kata Soo Wincci :-
Menerusi program MasterChef peminat saya semakin ramai daripada kalangan kaum Melayu dan saya rasa dengan belajar berpuasa saya dapat mendekatkan diri dengan mereka. Selain itu, ia juga dapat mencabar diri saya membuat sesuatu perkara baru yang pertama kali ingin berpuasa. Berpuasa itu pasti menjadi suatu perkara yang amat mencabar buat diri saya tetapi kerana ingin menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat saya teruskan niat ini. Rakan-rakan banyak jadi pendorong dan semangat inilah yang ingin saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap dapat berpuasa selama 30 hari.
Kepada Soo Wincci, teruskan usaha murni anda ini. Mana tahu suatu hari nanti jodoh anda memang dengan orang beragama Islam. Jadi tak adalah terkejut nak kena puasa selama sebulan selepas berkahwin nanti. Pesan Abang Nara, jangan lupa bersahur supaya dapat menahan lapar dan dahaga di siang hari.
Malaysia Lawan MC, Nasihat Untuk Rajagobal
Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada jurulatih bole sepak negara, Datuk K. Rajagobal dan anak-anak buahnya yang berjaya mengekang daripada ‘ditembak’ oleh The Gunners pada perlawanan persahabatan menentang Arsenal baru-baru ini.
Keputusan kalah 1-2 pada saat akhir agak perti untuk diterima dan ramai yang fikir ia tidak sepatutnya berlaku. Namun perkara itu selalu terjadi pada mana-mana pasukan yang agak kurang berwaspada pada saat-saat terkahir perlawanan.
Bagaimanapun, seluruh peminat bola sepak tetap tabik pada pasukan Harimau Malaya yang kalah dengan bermaruah.
Sehubungan itu, seluruh peminat bola sepak tanah air juga berharap Rajagobal perlu mengambil beberapa langkah positif dan jangan bertindak sesuka hati pada perlawanan dengan Manchester City di Bukit Jalil, Isnin ini.
Apa yang saya maksudkan ialah kekerapan jurulatih itu menukar beberapa pemain utama adalah salah satu faktor yang telah menganggu rentak perlawan. Sekali gus berubah kepada suasana kucar-kacir. Janganlah kerana hendak memberi peluang kepada semua pemain untuk beraksi, ia menukar rentak dan mengubah kelancaran perlawanan pada saat-saat akhir.
Berdasarkan dua gol Arsenal dalam tempoh tiga minit, apa yang diperhatikan, kegagalan pemain pertahanan menjadi faktor utama tumbangnya Harimau Malaya.
Saya harap anak-anak buah Rajagobal selepas ini akan mengutamakan rentak perlawan yang berjaya dikekalkan sehingga minit ke-85 sewaktu melawan Arsenal. Namun jangan diulangi kesilapan yang sama iaitu alpa pada saat-saat akhir.
Jurulatih Harimau Malaysia itu juga disarankan agar menilai prestasi pemain yang betul-betul cergas dan bukannya memilih pemain untuk beraksi hanya kerana ada nama sedangkan prestasi mereka jauh daripada yang diharapkan.
Ini kerana perlawanan dengan Manchester City nanti bukan satu perlawanan yang mudah dan Rajagobal semestinya lebih berhati-hati memilih pemain untuk perlawanan tersebut.
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada jurulatih dan barisan pemain walaupun beraksi pada bulan Ramadhan. Mereka tetap bertenaga dan berjaya menjinakkan pasukan Arsenal dan harapan yang lebih tinggi menanti pasukan negara ketika berdepan Manchester City Isnin ini.
Kiriman Hasuni Sudin, Dungun, Terengganu – Utusan Malaysia.
Alat Kelamin Tak Berfungsi, Tak Jadi Rogol
KAJANG – Seorang suri rumah berusia 44 tahun tidak menyangka kedatangan abang iparnya pada waktu pagi kelmarin berakhir dengan dia menjadi sasaran nafsu jahat lelaki itu yang sanggup mencabul dan cuba merogolnya.
Kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi di Taman Jasmin di sini membabitkan lelaki warga emas berusia 65 tahun. Suspek yang tinggal satu taman dengan rumah mangsa dikatakan muncul di rumah mangsa sejurus selepas suami mangsa keluar bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel.
Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus menjemput abang iparnya masuk ke dalam rumah.
Sebaik mangsa dan suspek berada di dalam rumah, mangsa mula berasa tidak sedap hati kerana mendakwa lelaki itu kerap merenungnya.
Bagi melepaskan perasaanya, mangsa meminta diri naik ke tingkat atas rumah dengan alasan untuk mengemas bilik.
Bagaimanapun, tanpa disangka suspek yang sudah beristeri mengekori mangsa sebelum menarik mangsa masuk ke dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah tersebut.
Lelaki itu kemudian menanggalkan pakaiannya dan turut membogelkan adik iparnya sebelum melakukan oral seks terhadapn mangsa dan cuba merogol wanita itu.
Malangnya, semasa cuba merogol mangsa, alat kelamin suspek tidak berfungsi sebelum diganggu dengan bunyi deringan telefon rumah mangsa.
Suspek tersentak dengan deringan telefon itu menyebabkan mangsa mengambil kesempatan menendang suspek sebelum lari menyelamatkan diri.
Suspek kemudian terus meninggalkan rumah mangsa dan sehingga kini tidak pulang ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu polis sedang memburu lelaki itu.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul. – Kosmo.
Tahniah Zed Zaidi Dapat Anak Lelaki
Baru dua hari selepas tersebar berita Zed Zaidi cedera kemalangan, hari ini wujud satu lagi berita melibatkan Presiden Seniman itu.
Kalau sebelum ini berita rekaaan yang mengarut, kali ini berita sebenar yang mengembirakan di bulan Ramadan ini.
Portal Berita Hiburan Gua.com melaporkan, Zed Zaidi baru sahaja menerima kehadiran cahayamata lelaki pagi ini.
Boleh tahan besar saiz anak dia. Apa pun, tahniah diucapkan kepada beliau.
Berikut petikan berita berkenaan:
Sebentar tadi GUA menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari Presiden Seniman, Zed Zaidi mengatakan isteri beliau, Nelly sudahpun selamat melahirkan anak. Bayi lelaki comel seberat 4.32 kilogram ini dilahirkan secara pembedahan sekitar jam 9.30 pagi tadi, di sebuah Pusat Perubatan sekitar Damansara.
“Alhamdulillah, Zed teruja sangat dengan kelahiran bayi sulung kami ini apatah lagi dia dilahirkan pada bulan dan hari yang baik iaitu di bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat. Zed juga berasa gembira kerana tarikh lahir anak Zed, 27hb sama dengan tarikh lahir Zed, 27 Jun.
“Sekarang ini Zed kena kerja dengan lebih keras lagi kerana tanggungjawab Zed dah semakin besar,” ujar Zed ketika dihubungi GUA sebentar tadi.
Menurut Zed, beliau dan isteri telah sepakat memilih nama Ryan Ziqry untuk cahaya mata sulung mereka ini. Tahniah GUA ucapkan kepada Zed dan Nelly yang mendapat ahli keluarga baru dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
Gambar dan Kapal Meletup Di Labuan.
Gambar letupan kapal tangki kimia / kelapa sawit MISC Berhad di Jeti Petronas Labuan
Dalam kejadian yang melibatkan Kapal MISC MT Bunga Alpinia tersebut seorang dilaporkan telah maut sementara 3 lagi telah mengalami kecederaan parah, letusan awal pagi tadi menggegarkan Labuan.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai rakyat Malaysia bernama Syahril Azmi Baharudin, yang telah meninggal dunia akibat terbakar. Al-fatihah dan Takziah
[Gambar]: Sarapan Pagi Mengikut Negara =)
Terliur pulak aku time tengah layan buat entri ni..Walau pun tengah berpuasa..Bukan apa, aku ni jenis yang malas sekali nak makan pagi, kadang-kadang je makan, itu pun kalau dah lapar tahap gaban, kalau tak, jangan harap aku nak sentuh sarapan pagi tu =D
Tapi kan, sekali-sekala aku nak try la buat sarapan pagi macam diorang ni..Mana tahu 'terbangkit' ke selera makan aku pagi-pagi..Walaupun ada yang nampak simple, tapi tengok macam sedap je, meleleh air liur waa cakap luuu~~..Itu baru nampak, belum rasa lagi..Apa-apa hal, jom layan gambar-gambar sarapan pagi diorang ni, mana tahu nanti makan pagi bertukar menu..hehehehe =D
~ sarapan pagi orang kita di Malaysia..hehehe ~
1.Sarapan Pagi Orang Inggeris
2. Sarapan Pagi di Iran
3. Sarapan pagi di Cuba
4. Sarapan pagi di Poland
5. Sarapan pagi segera di Sepanyol
6. Sarapan pagi di Morocco
7. Sarapan pagi di Hawaii
8. Sarapan pagi di Sweden
9. Sarapan pagi di Iceland
10. Sarapan pagi di Portugal
11. Sarapan pagi di Australia.
12. Sarapan pagi di Brazil
13. Sarapan pagi di Itali
14. Sarapan pagi di Wales
15. Sarapan pagi di Denmark
16. Sarapan pagi di Filipina
17. Sarapan pagi di Alaska
18. Sarapan pagi tradisional di German
19. Sarapan pagi di Amerika
20. Sarapan pagi di Perancis
21. Sarapan pagi di India
22. Sarapan pagi di Scotland
23. Sarapan pagi di Thailand
24. Sarapan pagi di Argentina
25. Sarapan pagi di Ireland
p/s: nampak memang menarik, tapi antara malas dengan rajin je kalau nak buat ni..hehehehe =D
Wanita Berjanggut Terpanjang Di Dunia
Lazimnya, janggut hanya sinonim dengan kaum lelaki dan sekiranya seorang wanita itu mempunyai janggut, mereka akan di anggap pelik dan aneh..Tetapi, bagi seorang wanita di California ini, mempunyai janggut sudah menjadi perkara biasa bagi diri nya dan dengan berkat janggut nya yang disimpan selama ini telah membantu dia dalam mencipta Guinness World Record..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Vivian Wheeler merupakan seorang perempuan yang unik. Apa yang uniknya, dia memiliki janggut yang sangat panjang sehingga telah dinobatkan sebagai perempuan dengan janggut terpanjang di dunia dan telah di catat dalam Guinness Book of Records. Janggutnya mempunyai kepanjangan sebanyak 11 inci atau 27.94 cm.
Vivian yang tinggal di Bakersfield, California dan sudah pun berusia 62 tahun pernah bekerja di dalam sarkas. Vivian dilahirkan dengan mempunyai keadaan hypertrichosis atau dikenali dengan sindrom serigala di mana bulu-bulu atau rambut tumbuh secara berlebihan pada wajah.
Selain itu, Vivian juga dilahirkan sebagai hermaphrodite atau orang yang memiliki 2 jenis kelamin. Namun ketika masih kecil, ibu nya telah meminta doktor untuk membuang alat kelamin lelaki kerana ibu nya amat inginkan anak perempuan.
Si ayah juga pernah menyuruhnya keluar dan bekerja di dalam bidang pertunjukkan ketika dia masih berusia 5 tahun – dengan gaji $1,000 sebulan yang di kirim ke rumah – kerana sangat malu dengan keadaan Vivian.
Vivian sendiri pernah memiliki seorang anak lelaki bernama Richard Lorenc, 33 tahun, di mana semasa anak nya itu berusia 3 tahun, Richard telah diambil dari jagaan Vivian dan kemudian di letak di bawah jagaan orang lain ketika berusia 7 tahun.
Namun baru-baru ini, kedua beranak ini berjaya bertemu semula setelah pihak Jabatan Sosial menyiasat selama 6 minggu untuk membolehkan Richard bertemu dengan ibunya semula.
Vivian pada waktu ini sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan rumahnya di California dan tinggal di Kansas, bersama-sama dengan anaknya itu.
p/s: Erkkk! Nampak macam lelaki pun ada jugak =,='
Vivian Wheeler merupakan seorang perempuan yang unik. Apa yang uniknya, dia memiliki janggut yang sangat panjang sehingga telah dinobatkan sebagai perempuan dengan janggut terpanjang di dunia dan telah di catat dalam Guinness Book of Records. Janggutnya mempunyai kepanjangan sebanyak 11 inci atau 27.94 cm.
Vivian yang tinggal di Bakersfield, California dan sudah pun berusia 62 tahun pernah bekerja di dalam sarkas. Vivian dilahirkan dengan mempunyai keadaan hypertrichosis atau dikenali dengan sindrom serigala di mana bulu-bulu atau rambut tumbuh secara berlebihan pada wajah.
Selain itu, Vivian juga dilahirkan sebagai hermaphrodite atau orang yang memiliki 2 jenis kelamin. Namun ketika masih kecil, ibu nya telah meminta doktor untuk membuang alat kelamin lelaki kerana ibu nya amat inginkan anak perempuan.
Si ayah juga pernah menyuruhnya keluar dan bekerja di dalam bidang pertunjukkan ketika dia masih berusia 5 tahun – dengan gaji $1,000 sebulan yang di kirim ke rumah – kerana sangat malu dengan keadaan Vivian.
Vivian sendiri pernah memiliki seorang anak lelaki bernama Richard Lorenc, 33 tahun, di mana semasa anak nya itu berusia 3 tahun, Richard telah diambil dari jagaan Vivian dan kemudian di letak di bawah jagaan orang lain ketika berusia 7 tahun.
Namun baru-baru ini, kedua beranak ini berjaya bertemu semula setelah pihak Jabatan Sosial menyiasat selama 6 minggu untuk membolehkan Richard bertemu dengan ibunya semula.
Vivian pada waktu ini sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan rumahnya di California dan tinggal di Kansas, bersama-sama dengan anaknya itu.
p/s: Erkkk! Nampak macam lelaki pun ada jugak =,='
10 Burger Termahal Di Dunia *0*
Bagi orang Barat, burger menjadi makanan segera yang paling diminati oleh para penduduk di sana..Oleh itu, tidak hairan lah kalau ada yang sanggup mengeluarkan duit sehingga beratus-ratus Dolar semata-mata nak menikmati rasa burger yang luar biasa macam kat bawah ni..Jadi, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha dulu..
1.McGuire’s Grand Burger
Harga: $100 (RM 317)
Tempat: McGuire’s Irish Pub, Pennsylvania, Florida, USA.
Harga: $108 (RM 342)
Tempat: Hotel Four Seasons, Jakarta, Indonesia.
Harga:$120 (RM 380)
Tempat:DB Bistro Moderne di New York City.
4. Richard Nouveau Burger
Tempat: Wall Street Burger Shoppe di New York,
5. The Burger
Harga:$200 (RM 634)
Tempat: One Burger King Restaurant di West London, England.
6. Serendipity Burger
Harga: $295 (RM 935)
Tempat: Serendipity 3 di New York City, New York.
7. Absolutely Ridiculous Burger

Harga: $499 (RM 1,582)
Tempat: Mallie’s Sports Bar & Grill di Southgate, Michigan.
8. Douche Burger
Harga: $666 (RM 2,111)
Tempat: 666 Burger (sebuah lori makanan) di New York City.
9. Kobe Beef and Maine Lobster Burger
Harga:$777 (RM 2,463)
Tempat: Le Burger Brasserie di Paris Las Vegas, Nevada.
10. FleurBurger 5000
Harga: $5000 (RM 15,850)
Tempat: Fleur de Lys di Mandalay Bay di Las Vegas, Nevada.
p/s: Terliur la pulak..Alaa, beli burger RM3.50 kat brader tepi jalan tu pun dah kenyang =D






































.jpg)











