Posted by : Jobseekers Jumaat, 27 Julai 2012


Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada jurulatih bole sepak negara, Datuk K. Rajagobal dan anak-anak buahnya yang berjaya mengekang daripada ‘ditembak’ oleh The Gunners pada perlawanan persahabatan menentang Arsenal baru-baru ini.

Keputusan kalah 1-2 pada saat akhir agak perti untuk diterima dan ramai yang fikir ia tidak sepatutnya berlaku. Namun perkara itu selalu terjadi pada mana-mana pasukan yang agak kurang berwaspada pada saat-saat terkahir perlawanan.

Bagaimanapun, seluruh peminat bola sepak tetap tabik pada pasukan Harimau Malaya yang kalah dengan bermaruah.

Sehubungan itu, seluruh peminat bola sepak tanah air juga berharap Rajagobal perlu mengambil beberapa langkah positif dan jangan bertindak sesuka hati pada perlawanan dengan Manchester City di Bukit Jalil, Isnin ini.

Apa yang saya maksudkan ialah kekerapan jurulatih itu menukar beberapa pemain utama adalah salah satu faktor yang telah menganggu rentak perlawan. Sekali gus berubah kepada suasana kucar-kacir. Janganlah kerana hendak memberi peluang kepada semua pemain untuk beraksi, ia menukar rentak dan mengubah kelancaran perlawanan pada saat-saat akhir.

Berdasarkan dua gol Arsenal dalam tempoh tiga minit, apa yang diperhatikan, kegagalan pemain pertahanan menjadi faktor utama tumbangnya Harimau Malaya.

Saya harap anak-anak buah Rajagobal selepas ini akan mengutamakan rentak perlawan yang berjaya dikekalkan sehingga minit ke-85 sewaktu melawan Arsenal. Namun jangan diulangi kesilapan yang sama iaitu alpa pada saat-saat akhir.

Jurulatih Harimau Malaysia itu juga disarankan agar menilai prestasi pemain yang betul-betul cergas dan bukannya memilih pemain untuk beraksi hanya kerana ada nama sedangkan prestasi mereka jauh daripada yang diharapkan.

Ini kerana perlawanan dengan Manchester City nanti bukan satu perlawanan yang mudah dan Rajagobal semestinya lebih berhati-hati memilih pemain untuk perlawanan tersebut.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada jurulatih dan barisan pemain walaupun beraksi pada bulan Ramadhan. Mereka tetap bertenaga dan berjaya menjinakkan pasukan Arsenal dan harapan yang lebih tinggi menanti pasukan negara ketika berdepan Manchester City Isnin ini.

Kiriman Hasuni Sudin, Dungun, Terengganu – Utusan Malaysia.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -