Posted by : Jobseekers Selasa, 31 Julai 2012



Dilaporkan Syaleza Jaffar, 31, seorang pegawai eksekutif di TV9 ditemui mati di dalam sebuah bilik oleh suaminya, Norazman Bashah, di Apartmen Saujana, Damansara Damai pada kira-kira jam 7 malam.





Antara cacatan terakhir yang ditemui didalam Bllackberry milik mangsa adalah “Sabar duhai hati”.

Kejadian tersebut disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat didalam bilik, lalu bertindak memecahkan pintu bilik selepas beberapa panggilannya tidak di jawab mangsa.

Mangsa dipercayai merajuk dan menguncikan diri didalam bilik berkenaan, sehinggalah terjadinya kejadian tersebut. Dalam kejadian yang turut didengari jiran sebelah, dipercayai pasangan tersebut telah bertengkar.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu. Suami mangsa dipercayai bekerja di sebuah syarikat petroleum di ibu kota.

Peringkat awal kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan tetap diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed. – Digg

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -