Posted by : Jobseekers Isnin, 30 Julai 2012



KUALA LUMPUR – Penyanyi lelaki yang popular dengan lagu ‘Pergi’, Muhammad Aizat Amdan, 23, bakal mengambil kursus jangka pendek dalam bidang muzik di London selepas Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Aizat yang akan menyambung pengajiannya selama dua bulan di sana bertujuan untuk memantapkan pengetahuannya dalam bidang muzik.

Selain itu, keinginannya untuk menyambung pelajaran adalah untuk belajar dengan lebih mendalam mengendalikan peralatan moden dan canggih di studionya.

“Saya sudah lama merancang untuk menyambung pengajian ini.

“Saya juga memilih sekolah muzik di sana kerana ia menyediakan pengajian berhubung teknik muzik elektronik dan pensyarahnya juga terdiri daripada golonga muzik profesional,” kata Aizat yang dipetik dari akhbar Berita Harian, hari ini.

Seperti kebanyakan artis yang mengambil peluang untuk berehat di bulan Ramadhan, Aizat juga mengambil pendekatan untuk tidak banyak menerima tawaran menyanyi di bulan suci ini.
Dia lebih gemar menghabiskan masanya di studio miliknya di Ampang.

Justeru itu, masa yang dihabiskan di studionya banyak digunakan untuk mengumpul bahan-bahan dalam proses pembikinan album Inggerisnya hasil karyanya sendiri nanti.
Walaupun sudah memberitahu dia akan memberikan buah tangan baru kepada peminat-paminatnya, Aizat masih lagi merahsiakan judul album Inggeris itu.

“Sekarang ini saya giat menyiapkan rakaman untuk album ini. Kalau boleh, saya nak siapkan dalam tempoh sebulan ini juga. Kalau tak siap sepenuhnya pun, mungkin saya akan hasilkan sebahagiannya di sana nanti.

“Insya-Allah album ini akan berada di pasaran pada hujung tahun ini. Setakat ini, saya masih lagi mengumpul material terbaik dan kali ini, saya betul-betul membawa haluan sendiri dalam penghasilannya,” katanya.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -