Posted by : Jobseekers Selasa, 31 Julai 2012




Impian Sepanyol untuk menambah pingat emas bola sepak Sukan Olimpik 2012 sebagai pelengkap kejuaraan Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 tidak kesampaian apabila mereka tewas 0-1 kepada Honduras pada aksi kedua kumpulan, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal Jerry Bengtson pada minit ketujuh aksi di St James’ Park itu menyaksikan Sepanyol tersingkir untuk perebutan tempat ke suku akhir selepas turut tewas kepada Jepun pada aksi sulung Kumpulan D sebelum ini.

Jepun mara ke suku akhir selepas menewaskan Maghribi 1-0.

“Apa yang kurangnya kami pada perlawanan ini ialah untuk menjaringkan gol. Saya tak mahu kata banyak tetapi kami sepatutnya dianugerahkan satu sepakan penalti,” kata jurulatih Sepanyol, Luis Milla.

Brazil turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas bangkit daripada ketinggalan menewaskan Belarus 3-1 dengan Neymar tampil dengan aksi penuh bergaya di Old Trafford menerusi satu gol. Dua lagi dijaringkan Pato dan Oscar.

Tuan rumah, Great Britain pula meraih kemenangan sulung sejak Sukan Olimpik 1960 apabila menewaskan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 3-1 di Wembley selepas sekadar seri 1-1 dengan Senegal pada aksi sulung.

Ryan Giggs, 38, menjaringkan gol pertama untuk muncul penjaring gol tertua Olimpik sebelum dua lagi jaringan Great Britain terhasil menerusi Scott Sinclair dan Daniel Sturridge. – mynewshub.my



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -