Posted by : Jobseekers Rabu, 25 Julai 2012


Toyota Porte

Tidak banyak maklumat yang kita tahu berkenaan model kompak Toyota Porte sebelum ini memandangkan ianya hanya dijual di pasaran domestik Jepun. Begitu juga dengan model terbaru Toyota Spade yang hadir dalam bentuk rekaan kompak yang comel namun begitu mengujakan.

Antara keistimewaan kedua-dua model tersebut ialah ciri bukaan pintunya yang direka jenis menggelongsor, bagaikan ciri yang ada pada saudara mewahnya Estima dan Alphard. Kedua-dua model iaitu Porte yang direka bentuk semula rekaannya dan model terbaru Spade masih kekal eksklusif untuk pasaran Jepun, dengan sasaran jualan bagi Porte dan Spade sebanyak 4,000 unit sebulan. 




Toyota Spade

Toyota Porte dan Spade menggunakan enjin berkapasiti 1NR-FE 1.3 liter dan 1NZ-FE 1.5 liter, dipadankan bersama transmisi Super CVT-i. Dua versi disediakan sama ada dua pintu atau empat pintu, namun versi dua pintu dengan pintu gelongsor terbukti lebih unik. Pasti ramai yang bersetuju jika generasi kenderaan kompak seterusnya yang akan dihasilkan oleh Perodua adalah berasaskan model Porte dan Spade.

  



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -