Samsung Kantoi Pakai Gambar Jurugambar Tanpa Kebenaran
Samsung telah memalukan diri sendiri apabila kantoi menggunakan gambar jurugambar lain. Gambar asal ini diambil oleh jurugambar, Danny Santos. Samsung telah memuatnaikkan gambar itu ke page facebook mereka dan mengatakan bahawa gambar itu diambil oleh jurugambar mereka. Santos yg terjumpa gambarnya di salah guna oleh Samsung telah memberi ulasan pada gambar tersebut tentang salah guna gambar itu. Tidak berapa lama kemudia, pihak Samsung telah menelefon Santos untuk meminta maaf dan membuang gambar tersebut. Selepas beberapa jam, Samsung mengeluarkan kenyataan tersebut.
"We sincerely apologise to photographer Danny Santos. The photograph in question was mistakenly uploaded while an agency was helping us prepare for this online campaign. We have reached out to Mr. Santos to explain what had happened and are now working on rectifying the situation. We always respect all copyright laws and expect our agencies to do the same. We are taking this incident very seriously, and will work on making our processes more robust to prevent similar incidents from happening again."
KERUSI BAYI KETIKA DI DALAM KAPAL TERBANG
Kerusi pengangkut bayi yang sedia ada sukar untuk di bawa dan anda perlu membeli satu kerusi extra hanya untuk bayi anda. Disinilah FlyeBaby cuba menyelesaikan masalah ini. Ianya kerusi fabrik boleh disangkut pada kerusi mana-mana kapal terbang komersil yang sedia ada. Flyebaby kelihatan seperti kerusi buaian mini untuk bayi anda. Ianya juga mudah dilipat dan boleh digunakan sebagai kerusi bayi biasa apabila digabungkan dengan kerusi. FlyeBaby dijual pada harga USD 59.90 (RM180) sebuah.
Gambar
Gambar
Kredit: Penpatah
Adakah ini penyelesaian Kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim
KUALA LUMPUR – Siasatan polis berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim menunjukkan perkembangan positif dengan penahanan seorang lelaki kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan suspek berusia 56 tahun itu yang ditahan pada pukul 8.30 pagi di Petaling Jaya, Selangor.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai ejen kastam iaitu individu yang dilantik oleh pengimport untuk berurusan dengan pihak kastam.
Lelaki tersebut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan sejak semalam.
Pada 26 April lalu, Shaharuddin, 58, maut akibat terkena tiga das tembakan di kepala dan leher yang dilepaskan dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 2, Putrajaya.
Kejadian pada pukul 8.15 pagi itu berlaku ketika kenderaan jenis Nissan Murano yang dinaiki mangsa dihampiri oleh suspek disyaki pembunuh upahan ketika berhenti dekat persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa. Mangsa disahkan meninggal dunia sejam kemudian di Hospital Putrajaya.
Kredit: Kosmo
Maxis buat hal lagi semalam!!!
Siapa yang terkena dengan maxis semalam? Ada yang terkena dengan maxis sampai hilang berpuluh ringgit dalam masa beberapa minit.
Kenapa ini berlaku? Siapa yang langgan internet prepaid? Yang kita duk subsribe RM2 untuk 100mb dan RM10 untuk seminggu dan seterusnya.
Kalau perasan semalam, siapa yang langgan internet oleh maxis akan terkena perkara ni lagi-lagi mereka yang menggunakan 'prepaid'.
Semalam dalam pukul 10-12 malam ramai kawan aku yang terkena benda ni. Subcribe internet tapi tiba-tiba dapat mesej yang kita tiada langgan sebarang 'internet package' dan dengan itu penggunaan internet tersebut dipotong melalui kredit kita.
Yang menjadi masalah adalah, kita sebenarnya dah pun langgan pakej internet tersebut tapi mungkin atas kesilapan teknikal berlaku percanggahan yang membuatkan kredit kita ditelan.
Terbaru admin try dalam pukul 10 pagi tadi. Masih tiada perubahan, admin baru je topup balik sebelum subuh semalam dan masih berlaku perkara yang sama.
Admin harap pihak Maxis memandang serius masalah ini. Jangan duk main telan je duit pelanggan dan harap pihak MAXIS memulangkan kembali wang yang telah anda 'curi' dari customer anda secepat mungkin.
*dibawah adalah bukti printscreen mangsa 'masalah teknikal maxis' yang kecewa (sumber internet)*
Petanda kebangkitan JOHOR DT `mengamuk` di Larkin
JOHOR Darul Takzim (Johor DT) mengamuk di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Skuad kendalian Fandi Ahmad itu bangkit garang untuk mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Selangor PKNS pada aksi Liga Super, sekali gus meraih tiga mata berharga.
Selepas mengharungi 16 perlawanan, Johor DT kekal di tangga ketiga liga dengan mengumpul 28 mata di belakang pendahulu Lions XII dan ATM di tangga kedua liga.
Kemenangan tersebut juga merupakan kemenangan ke sembilan pasukan Johor DT dan setakat ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.
Pada perlawanan malam tadi, George Nunez meledak gol pembukaan Johor DT pada minit ke-29 selepas bijak menyudahkan hantaran silang Nurul Azwan Roya sebelum Norshahrul Idlan Talaha menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-42.
Bersambung babak kedua, tuan rumah dilihat agak hilang fokus sehingga membenarkan PKNS menjaringkan gol pada minit ke-50 menerusi Patrick Ronaldinho untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Begitu pun, Johor DT tidak rela diratah dan mereka turs menggandakan asakan sehingga berjaya memperoleh gol ketiga menerusi Nurul Azwan pada minit ke-85 yang bijak menyudahkan hantaran pemain gantian, Mohd. Safee Sali.
Safee hampir menambah derita PKNS menerusi percubaannya pada minit-minit terakhir perlawanan, tetapi tidak menemui sasaran.
Kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Sementara itu, Lions XII terus mengukuhkan cengkaman di puncak liga selepas menundukkan T-Team 3-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Kemenangan itu turut menyaksikan wakil Singapura itu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri sepanjang musim ini.
Kemenangan Lions itu disumbangkan kapten, Shahril Ishak yang meledak gol pembukaan pada minit ke-10, diikuti Muhammad Shakir Hamzah (m-29) dan Fazrul Nawaz Shahul Hameed pada minit-minit terakhir perlawanan.
Untuk rekod, Lions XII yang kekurangan satu perlawanan, kekal selaku pendahulu Liga Super dengan 34 mata, satu mata mengatasi pencabar terdekat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lions XII bakal bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan sementara T-Team menantikan kunjungan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Jumaat depan.
Kredit : Kosmo
Ahad, 12 Mei 2013
Posted by Jobseekers
Siapakah Menteri Besar Selangor??
SHAH ALAM - Selepas dikritik rakan pakatan sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila dua badan bukan kerajaan menyifatkan pimpinan parti itu sebagai tidak tahu malu apabila mendakwa jawatan Menteri Besar Selangor sebagai hak mereka.
Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, PKR tidak berhak menuntut kerusi tersebut memandangkan parti itu memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada Ahad lalu.
Beliau berkata, parti paling layak menuntut kerusi tersebut ialah Pas yang dipimpin orang Melayu dan beragama Islam apabila ia memenangi 15 kerusi DUN pada PRU-13.
Satu lagi rakan pakatan ialah DAP memenangi 15 kerusi DUN tetapi wakil parti itu tidak boleh menjadi Menteri Besar memandangkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor mensyaratkan ketua negeri itu hendaklah orang Melayu dan beragama Islam.
"Pada saya, PKR diibaratkan sebagai hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong dan tidak tahu malu apabila ada pemimpin tertentu mereka yang begitu mengidamkan jawatan Menteri Besar sedangkan calon tersebut langsung tidak layak atas faktor keperibadian yang dimilikinya.
"Mereka harus bersyukur kerana Pas telah memberi laluan kepada calon daripada parti itu untuk mengisi jawatan berkenaan.
"Berdasarkan amalan demokratik, parti yang menang biarpun memiliki kelebihan satu kerusi perlu diberi kuasa mutlak untuk memimpin kerajaan negeri selepas parti sekutu lain gagal menguasai banyak kerusi di DUN," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas Selangor kelmarin yang menegaskan jawatan Menteri Besar Selangor tidak semestinya diperuntukkan kepada PKR kerana tiada sebarang perjanjian mengenainya.
Ekoran itu, Timbalan Ketuanya, Mohd. Sany Hamzan dalam satu kenyataan meminta pemimpin PKR Selangor supaya cermin diri dan sedar diri sebelum menyatakan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak milik tetap PKR.
Beliau kemudian menganggap kenyataan Pengerusi PKR negeri, Mohamed Azmin Ali; Ketua Wanita PKR negeri, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi Menteri Besar sebagai kerusi tetap PKR sebagai orang tamak haloba.
Selain itu, calon Menteri Besar juga menjadi kontroversi apabila Pas dan DAP mahu Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR kekal sebagai Menteri Besar namun Mohamed Azmin turut dikaitkan dengan persaingan merebut jawatan itu.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, rakyat di negeri ini tertanya-tanya siapa calon Menteri Besar mereka sedangkan dalam akhbar, pakatan pembangkang masih bertikam lidah mengenai isu pelantikan jawatan tersebut.
Menurutnya, situasi tersebut jelas membuktikan parti-parti pembangkang dalam pakatan rakyat tidak bermuafakat dan bersatu hati.
"Di negeri-negeri lain semua sudah ada Menteri Besar kecuali Selangor. Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri perlu dibentuk segera agar pentadbiran dapat berjalan lancar," ujarnya.
Di Kuala Lumpur, penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, Pas tidak sepatutnya beralah kerana parti itu mempunyai lebihan satu kerusi berbanding PKR.
Katanya, langkah PKR yang terlalu beria-ia untuk meletakkan anggota mereka sebagai calon Menteri Besar Selangor adalah sesuatu yang kurang wajar dan dilihat seperti tidak memahami proses demokrasi.
"PKR seolah-olah tidak tahu sifir dalam politik dan dalam hal penyerahan kuasa mereka seperti tidak mahu rakan perjuangan mendahului mereka," ujarnya.
Kredit: Kosmo
Nenek maut ditinju cucu sendiri
TUMPAT – Seorang warga emas berusia 84 tahun maut dalam keadaan menyayat hati selepas ditumbuk beberapa kali di bahagian muka oleh cucunya di Kampung Pasir Pekan Hilir dekat sini semalam.
Mangsa, Che Minah Che Hassan, yang sudah uzur meninggal dunia selepas cedera parah akibat dibelasah suspek berusia 35 tahun itu.
Lelaki terbabit turut bertindak ganas dengan menumbuk bertubi-tubi ibu kandungnya, Che Rahmah Che Will, 61, sehingga cedera dan terpaksa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
Difahamkan, suspek ‘naik angin’ secara tiba-tiba lalu menyerang nenek serta ibunya di dalam rumah mereka dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu.
Menurut menantu mangsa, Mohd. Ghani Zakaria, 46, dia menyedari kejadian tersebut selepas mendengar jeritan suspek yang tinggal bersebelahan rumahnya.
“Ketika itu saya sedang bersiap untuk ke tempat kerja. Apabila mendengar jeritan itu saya terus bergegas ke rumah mereka.
“Bagaimanapun, suspek yang dalam keadaan berang menghalang saya masuk. Ketika itu saya ternampak ibu mertua saya terbaring kaku manakala Che Rahmah duduk dengan mukanya cedera,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Mohd. Ghani, dia kemudian terus menghubungi pihak polis yang bertindak menahan anak saudaranya itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, pemangku Superintendan Zaharudin Rasip berkata, suspek sebelum ini pernah dirawat sebagai pesakit mental di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Perak dan Wad Psikiatri HPRZ II.
“Suspek baru sahaja selesai menjalani rawatan mental di hospital tersebut sejak dua tahun lalu.
“Dia kini ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dia mengamuk,” katanya ketika ditemui di sini.
Ujarnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Mengenai Pilihan Raya Umum Di Malaysia
PRU sangat-sangat penting bagi memastikan siapakah yang layak untuk menerajui kepimpinan negara pada akan datang. Tanpa [BLACKOUT] . Ok kita lupakan, di bawah kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa fakta menarik tentang PRU di Malaysia.
PILIHAN RAYA PERTAMA
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Jun 1955 adalah pilihan raya pertama sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Seramai 129 orang calon yang bertanding untuk merebut 52 kerusi Parlimen.
Keputusannya ialah Parti Perikatan (kini dikenali sebagai Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Manakala, baki 1 lagi kerusi dimenangi oleh Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP) –kini dikenali sebagai PAS.
PENGUNDI PALING RAMAI
Kawasan Parlimen Kapar di Selangor memiliki bilangan pengundi paling ramai, iaitu seramai 112,224. Jumlah ini hampir menyamai jumlah pengundi di Perlis, iaitu seramai 120,081 orang.
UNDI ROSAK PALING SEDIKIT
Undi rosak paling sedikit dicatatkan ketika PRU 1959. Hanya 1.82% bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN)
Agak menghairankan kerana jumlah undi rosak ketika PRU 2008 ialah sebanyak 175,680 untuk kawasan Parlimen dan 146,781 undi untuk DUN.
Adakah ini bermakna rakyat pada tahun 1959 lebih cerdik dan berpendidikan berbanding rakyat pada tahun 2008. Atau ada maksud yang tersirat?
TEMPOH KEMPEN PALING PENDEK.
Tempoh kempen paling pendek atau singkat ialah ketika PRU11 pada tahun 2004, apabila tarikh penamaan calon dan mengundi ditetapkan pada 13 dan 21 Mac 2004. Tempoh berkempen hanyalah selama 8 hari sahaja.
CALON YANG TAK PERNAH KALAH.
Tun Ghafar Baba adalah satu-satunya calon yang sentiasa memenangi semua kerusi yang ditandingi. Beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) pada tahun 1955 dan 1964. Pada tahun 1969, beliau mula bertanding kerusi parlimen sehingga bersara daripada politik.
PALING LAMA BERKHIDMAT
Tengku Razaleigh Hamzah berkhidmat sebagai ahli Parlimen selama Sembilan penggal. Beliau bermula dengan memenangi kerusi Parlimen Kelantan Barat pada PRU 1974.
UNDI PALING BANYAK
Majoriti undi paling banyak, iaitu sebanyak 54,073 undi diperolehi oleh Datuk Seri Shahrir Samad pada PRU 2004 bagi kerusi Parlimen Johor Bahru.
UNDI PALING SEDIKIT
Calon bebas, Yusof Nasir memperolehi undi paling sedikit, iaitu sebanyak 9 undi dalam pertandingan merebut kerusi DUN Sukau, Sabah pada PRU 2008.
CALON PALING TUA
Calon paling tua ialah nenek Maimun Yusuf,89 tahun yang bertanding untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU 2008. Beliau juga turut bertanding di Parlimen yang sama pada 5. Mei. 2013.
PILIHAN RAYA PERTAMA
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Jun 1955 adalah pilihan raya pertama sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Seramai 129 orang calon yang bertanding untuk merebut 52 kerusi Parlimen.
Keputusannya ialah Parti Perikatan (kini dikenali sebagai Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Manakala, baki 1 lagi kerusi dimenangi oleh Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP) –kini dikenali sebagai PAS.
PENGUNDI PALING RAMAI
Kawasan Parlimen Kapar di Selangor memiliki bilangan pengundi paling ramai, iaitu seramai 112,224. Jumlah ini hampir menyamai jumlah pengundi di Perlis, iaitu seramai 120,081 orang.
UNDI ROSAK PALING SEDIKIT
Undi rosak paling sedikit dicatatkan ketika PRU 1959. Hanya 1.82% bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN)
Agak menghairankan kerana jumlah undi rosak ketika PRU 2008 ialah sebanyak 175,680 untuk kawasan Parlimen dan 146,781 undi untuk DUN.
Adakah ini bermakna rakyat pada tahun 1959 lebih cerdik dan berpendidikan berbanding rakyat pada tahun 2008. Atau ada maksud yang tersirat?
TEMPOH KEMPEN PALING PENDEK.
Tempoh kempen paling pendek atau singkat ialah ketika PRU11 pada tahun 2004, apabila tarikh penamaan calon dan mengundi ditetapkan pada 13 dan 21 Mac 2004. Tempoh berkempen hanyalah selama 8 hari sahaja.
CALON YANG TAK PERNAH KALAH.
Tun Ghafar Baba adalah satu-satunya calon yang sentiasa memenangi semua kerusi yang ditandingi. Beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) pada tahun 1955 dan 1964. Pada tahun 1969, beliau mula bertanding kerusi parlimen sehingga bersara daripada politik.
PALING LAMA BERKHIDMAT
Tengku Razaleigh Hamzah berkhidmat sebagai ahli Parlimen selama Sembilan penggal. Beliau bermula dengan memenangi kerusi Parlimen Kelantan Barat pada PRU 1974.
UNDI PALING BANYAK
Majoriti undi paling banyak, iaitu sebanyak 54,073 undi diperolehi oleh Datuk Seri Shahrir Samad pada PRU 2004 bagi kerusi Parlimen Johor Bahru.
UNDI PALING SEDIKIT
Calon bebas, Yusof Nasir memperolehi undi paling sedikit, iaitu sebanyak 9 undi dalam pertandingan merebut kerusi DUN Sukau, Sabah pada PRU 2008.
CALON PALING TUA
Calon paling tua ialah nenek Maimun Yusuf,89 tahun yang bertanding untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU 2008. Beliau juga turut bertanding di Parlimen yang sama pada 5. Mei. 2013.
Kucing Gemuk Seberat 16kg Mencari Rumah Baru
Dengan berat 16 kilogram, kucing bernama Biscuit ini hampir sama berat dengan kanak-kanak berusia empat tahun. Sebuah pusat perlindungan haiwan kini berusaha mencari rumah baru untuknya.
Pemilik pertama kucing itu ialah wanita cacat terlalu memanjakannya, termasuk memberi haiwan itu banyak makan. Kini, Biscuit mempunyai berat tiga kali ganda berbanding kucing dewasa biasa.
Biscuit diserahkan oleh tuannya kira-kira setahun lalu kerana tidak berdaya untuk menjaganya, kata jurucakap pusat perlindungan, Teresa Gilley.
“Tuannya tidak berniat membuang Biscuit. Dia tidak mampu lagi untuk menjaganya dengan lebih baik,” kata Gilley. Menurut Gilley, kucing itu kini sudah mula menyesuaikan diri dengan diet rendah kalori.
“Ketika mula tiba, dia hanya boleh berjalan beberapa tapak sebelum duduk dalam keadaan mencungap. Kini, tenaganya sudah meningkat. ‘Malah dia sudah boleh melompat naik ke atas kerusi,” kata Gilley.
Lain macam! Apabila Nissan Skyline Bertembung Dengan Kancil
Agak jarang kita mendengar kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta sekolah memandu. Terbaru, terdapat sebuah kemalangan jalan raya yang telah berlaku di antara sebuah kereta Nissan Skyline dan Kancil di Danga Bay, Johor Bharu. Walaubagaimanapun tiada laporan rasmi lagi diterima bagaimana kejadian sebenar ini berlaku. Daripada gambar yang kita lihat, kereta kancil tersebut telah terbalik dan Skyline juga turut mengalami kerosakan di bahagian depan. Jom lihat gambar di bawah ini.
Posted by Jobseekers
PEGAWAI POLIS WANITA CHILE-Super Hot
Agak menarik apabila mendapati di Chile pegawai polis wanita mereka agak hot. Ada yang rupa macam Rozita Che Wan edisi latina! Kami sayang polis comel!
Kredit:Pen Patah Blog
Kredit:Pen Patah Blog
STUDIO YOUTUBE SPACE TOKYO YANG AWESOME GILER
Youtube Space ialah studio rakaman yang dibuka oleh Youtube untuk kegunaan pengguna Youtube yang menjadi rakan media mereka. Setakat ini terdapat tiga studio Youtube Space yang terletak di Long Angeles, London dan Tokyo. Antara kemudahan yang disediakan ialah studio rakaman, bilik rakaman audio, bilik rakaman video, bilik green screen, bilik solekan dan kafe. Pendek kata Youtube space ialah studio produksi bagi memastikan rakan media mereka dapat menghasilkan video berkualiti tinggi untuk penonton mereka. Kalau di Malaysia ada pastinya cool.
Kredit: Bogserius
Kredit: Bogserius
Van Penjual Susu Segar Yang #Kreatif# Bergerak Di China (3 Gambar)
Van Penjual Susu Segar Yang #Kreatif Bergerak Di China. Ini adalah salah satu cara orang China menjual susu segar..
Kredit:Penpatah
Kredit:Penpatah















.jpg)



































