Audi S1 & S1 Sportback – didatangkan dengan 231 kuasakuda
Audi telah pun mendedahkan S1 dan S1 Sportback 2014, dijadualkan bakal berada di pasaran (eropah) sejurus selepas pengumuman dan kemunculan secara rasminya pada Mac di Pameran Motor Geneva.
S1 didorong oleh enjin empat silinder, 2.0-liter TFSI turbocharged yang menggunakan petrol, yang mana menjanakan 231 kuasa kuda dan 370 Nm tork. Enjin digabungkan dengan transmisi manual enam kelajuan, memacu sistem pacuan empat roda quattro kebanggan Audi, mampu memecut dari 0-100 km/h dalam catatan masa 5.8 saat dan kelajuan maksimumnya sehingga 250 km/h. Manakala catatan masa yang diambil untuk S1 Sportback memecut 0-100km/h ialah 5.9 saat, lebih 0.1 saat berbanding S1 disebabkan penambahan berat oleh pintu belakang pada S1 Sportback.
Ciri-ciri yang dilengkapi antaranya termasuklah kawalan damper berubah-ubah (variable damper control), rim aloi 17 inci dengan tayar bersaiz 215/40, lampu hadapan dari Xenon, set kombinasi LED untuk lampu belakang, dan sistem Audi’s Drive Select, yang mana membolehkan pemandu untuk mengubah corak dan gaya pendikit (throttle), suspensi (damper) dan kawalan stereng. Untuk tampak lebih garang, pelanggan boleh menggantikan rim 17 kepada 18 inci dengan tayar 225/35 serta kaliper brek berwarna merah.
Untuk bahagian dalaman kabin, Audi telah memilih warna tema hitam bersama kelabu gelap untuk kemasan instrumen, pedal dari keluli tahan karat beserta tempat duduk ala sporty.
S1 ini akan menyaingi model subkompak hatchback seperti Renault Clio RS. Dengan gandingan kombinasi warna kuning dan hitam, ala lebah, sangat bersengat, sudah pasti peminat-peminat sudah ghairah menantikan kehebatan model Audi S1 ini.
S1 didorong oleh enjin empat silinder, 2.0-liter TFSI turbocharged yang menggunakan petrol, yang mana menjanakan 231 kuasa kuda dan 370 Nm tork. Enjin digabungkan dengan transmisi manual enam kelajuan, memacu sistem pacuan empat roda quattro kebanggan Audi, mampu memecut dari 0-100 km/h dalam catatan masa 5.8 saat dan kelajuan maksimumnya sehingga 250 km/h. Manakala catatan masa yang diambil untuk S1 Sportback memecut 0-100km/h ialah 5.9 saat, lebih 0.1 saat berbanding S1 disebabkan penambahan berat oleh pintu belakang pada S1 Sportback.
Ciri-ciri yang dilengkapi antaranya termasuklah kawalan damper berubah-ubah (variable damper control), rim aloi 17 inci dengan tayar bersaiz 215/40, lampu hadapan dari Xenon, set kombinasi LED untuk lampu belakang, dan sistem Audi’s Drive Select, yang mana membolehkan pemandu untuk mengubah corak dan gaya pendikit (throttle), suspensi (damper) dan kawalan stereng. Untuk tampak lebih garang, pelanggan boleh menggantikan rim 17 kepada 18 inci dengan tayar 225/35 serta kaliper brek berwarna merah.
Untuk bahagian dalaman kabin, Audi telah memilih warna tema hitam bersama kelabu gelap untuk kemasan instrumen, pedal dari keluli tahan karat beserta tempat duduk ala sporty.
S1 ini akan menyaingi model subkompak hatchback seperti Renault Clio RS. Dengan gandingan kombinasi warna kuning dan hitam, ala lebah, sangat bersengat, sudah pasti peminat-peminat sudah ghairah menantikan kehebatan model Audi S1 ini.
BRZ Special Edition
Subaru bersiap untuk BRZ Special Edition
Seminggu akan datang Subaru bakal membawakan satu lagi berita hangat yang dinantikan ramai, yakni berita mengenai sebuah Subaru mahu “turbocharge”kan ramai peminat dunia permotoran, iaitu Subaru BRZ.
Satu khabar angin terbaru daripada Car and Driver membuat kenyataan bahawa edisi khas model BRZ (BRZ Special Edition) akan dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Khabar ini juga mengatakan bahawa model baru tidak akan mendapatkan upgrade sama dengan BRZ tS yang dilancarkan baru-baru ini (lihat gambar di atas) di Jepun, bermakna kita mungkin boleh jangkakan perbezaan BRZ Special Edition ini berbanding BRZ standard hanyalah penambahbaikan dari segi kosmetik, dan bukan pada fungsi dan prestasi.
Mari kita nantikan berita seterusnya daripada Subaru! Sementara menanti, mari kita lihat gambar-gambar Subaru BRZ tS yang dilancarkan di Jepun.
Seminggu akan datang Subaru bakal membawakan satu lagi berita hangat yang dinantikan ramai, yakni berita mengenai sebuah Subaru mahu “turbocharge”kan ramai peminat dunia permotoran, iaitu Subaru BRZ.
Satu khabar angin terbaru daripada Car and Driver membuat kenyataan bahawa edisi khas model BRZ (BRZ Special Edition) akan dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Khabar ini juga mengatakan bahawa model baru tidak akan mendapatkan upgrade sama dengan BRZ tS yang dilancarkan baru-baru ini (lihat gambar di atas) di Jepun, bermakna kita mungkin boleh jangkakan perbezaan BRZ Special Edition ini berbanding BRZ standard hanyalah penambahbaikan dari segi kosmetik, dan bukan pada fungsi dan prestasi.
Mari kita nantikan berita seterusnya daripada Subaru! Sementara menanti, mari kita lihat gambar-gambar Subaru BRZ tS yang dilancarkan di Jepun.
Mercedes Benz Whote Gold......Most Epic Price Car
Ko Hado
Fakta Ringkas:
- Keseluruhan badan kereta dibuat daripada emas putih tulen
- Dikatakan berharga lebih drp USD50 juta
- Dimiliki oleh seorang Billionare di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan didaftarkan di Abu Dhabi
Lagi gambar-gambar menarik:
p/s: hmmm...Sultan Brunei tak jeolous ke tgk kete ni? boley tambah koleksi...kikikik
New Taxi For London
Teksi Hitam London Ditukar Dengan Rekaan Baru Dari Nissan

Seperti teksi kuning di New York. London juga mempunyai warna teksi mereka sendiri iaitu hitam. Teksi lama london diberhentikan perkhidmatan kerana peraturan pelepasan yang lebih ketat dan 20,000 kereta jenis Hackney akan dikeluarkan daripada jalan-jalan di ibu kota London kelak.
Syarikat kenderaan Nissan diberikan tugas untuk mengantikan teksi tersebut dengan syarikat itu mengeluarkan design khas iaitu NV200. Ia adalah hasil reka bentuk semula yang dilakukan selepas reka bentuk awal dikritik apabila ia dilancarkan pada bulan Ogos 2012.
Menurut Nissan, reka bentuk terbaru ini bertujuan untuk menyerlahkan sisi iconic warna hitam yang menjadi kebanggaan warga london. ia mempunyai lampu depan bulat, jeriji yang diubahsuai, panel bumper baru dan enjin petrol 1.6 liter.
Teksi baru ini akan mula digunakan December 2014 dan ia akan diganti secara berperingkat. Manakala versi zero-emission akan mula beroperasi pada 2015.






An Ilustration of Future Of Malaysian Automotive
Sehingga kini, Malaysia hanya pernah melihat Proton GSC yang dibalut penuh dengan pelekat bercorak hitam putih. Pelbagai ilustrasi Proton GSC disebar serata laman sesawang di Malaysia, dan kali ini, kami bawakan ilustrasi Mohd Taufik. Ilustrasi ini dihantar kepada kami oleh Mohd Taufik sendiri, dan kami dapati ilustrasi sama juga dihantar kepada Funtasticko.
Bagi mereka yang ingin memberikan komen membina kepada Mohd Taufik secara terus, boleh emailkan kepadanya di trustdesign08@yahoo.com. Terima kasih Taufik!
Audi, GM, Honda & Hyundai bersama Google membawa masuk Android ke dalam kereta
Menurut Naib Presiden Kanan Android, Chrome & Apps di Google, Sundar Pichai, “Jutaan manusia sudah pun arif dengan Android dan menggunakanya setiap hari. Oleh itu, memperkenalkan platform Android ke dalam automotif akan memberi peluang kepada pemandu lebih fokus kepada pemanduan, dek kerana sudah biasa dan lancar serta arif dengan teknologi yang dibangunkan integrasi bersama Andriod.”
Model pertama dengan integrasi Android dijangkakan dilancarkan tahun ini
Spesifikasi mengenainya masih lagi kabur, namun pada ketika ini, Open Automotive Alliance berkata dijangkakan model pertama yang akan berintegrasi dengan Android menjelang akhir tahun ini. Sama-samalah kita nantikan bagaimanakah rupa bentuk, serta ciri-ciri yang bakal ditawarkan Open Automotive Alliance.
Proton Global Small Car
Nampaknya Proton semakin hampir kepada pelancaran model terbarunya yang diberi nama Proton Global Small Car (GSC) P2-30A. Sekali pandang nampak macam Myvi pun ada. Pastinya banyak pihak tertunggu-tunggu rupa akhir model ini. Berdasarkan informasi kami, model ini sedang berada di dalam fasa terakhir iaitu undian pemanduan.
Adakah pelancaran Proton Global Small Car (GSC) P2-30A akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina? Sama-samalah kita nantikan. Yang pasti, sekiranya harga yang ditawarkan berpatutan, pasti ia akan menjadi persaingan buat kereta keluaran Perodua. Info asal PaulTan dan Funtasticko.
Adakah pelancaran Proton Global Small Car (GSC) P2-30A akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina? Sama-samalah kita nantikan. Yang pasti, sekiranya harga yang ditawarkan berpatutan, pasti ia akan menjadi persaingan buat kereta keluaran Perodua. Info asal PaulTan dan Funtasticko.
Isnin, 6 Januari 2014
Posted by Jobseekers
Drive Thru Oil Xpress DTOX – Hanya 10 minit servis Kereta di PJ
Drive Thru Oil Xpress DTOX – Servis kereta 10minit di Petaling Jaya
Process menghantar kereta untuk diservis, dimana kereta dihantar untuk pemeriksaan, ditukarkan minyak hitam dan penapis minyak, lazimnya menjadi satu bebanan kepada pemandu serata dunia. Mengapa? Kerana banyak masa perlu diluangkan, sama ada pemandu atau pemilik kereta perlu meluangkan masa hampir sejam untuk menunggu proses tersebut selesai. Bagi kita yang tidak memiliki kelapangan masa sebegitu, pusat servis pandu lalu yang menawarkan perkhidmatan servis ekpres sangatlah bermanfaat, lagi-lagi di ibu kota.Sebelum ini kami telah menerima satu email daripada syarikat Drive Thru Oil Xpress, yang lebih dikenali dengan nama “DTOX”, untuk membuat ulasan mengenai servis mereka. Namun, disebabkan tiada kelapangan, kami hanya sempat berkunjung ke DTOX semalam. Dalam nukilan ini, kami kongsikan pengalaman kami dengan DTOX, dari awal hingga akhir, satu persatu.
1. Pemerhatian Awal (sebelum pergi)
Baiklah, mengikut informasi yang terdapat dalam email tersebut, mereka mengatakan DTOX menawarkan servis yang hanya memakan masa 10 minit, dan kami diberikan servis pakej Signature S yang berharga RM158 untuk semakan(review) jujur daripada kami. Jika difikirkan sepintas lalu, harga RM158 untuk servis biasa menggunakan minyak enjin 10W-40 tidak lah begitu murah, dan tidaklah begitu mahal di sekitar Lembah Klang. Ada tempat yang menawarkan perkhidmatan sama dengan harga RM160++, dan ada juga yang serendah RM 130, bergantung kepada lokasi. Namun, masa itu emas, dan kami percaya manusia generasi Y seperti kami sanggup bayar lebih jika perkhidmatan didapati berbaloi. Betul tak?Petikan daripada email yang kami terima:-
Konsep ini dikenali sebagai Industri Fast Lube di Amerika Syarikat, Kanada dan juga Australia. Di Amerika Syarikat sahaja terdapat lebih daripada 2000 pusat perkhidmatan konsep yang sama dan kini kami cuba untuk membawa model ini ke Malaysia dan berharap ia akan mengubah industri perkhidmatan kereta dan mengurangkan kerumitan untuk pelanggan apabila mereka menghantar kereta mereka untuk menukar minyak enjin dan juga servis kereta.Terus terang kami katakan setakat ini, tiada lagi pusat servis sebegini di Malaysia. Mari kita lihat betul atau tidak penyataan mereka ya. Seperti yang dijanjikan kepada DTOX, ini merupakan review jujur daripada kami.
2. Lokasi dan Waktu Operasi
Seperti yang dinyatakan di atas, nukilan ini ditulis mengikut terbit pengalaman kami. Jadi, selepas membuat pemerhatian awal, tentunya kita terfikir “Bagaimana hendak sampai ke sana?”. Terletak di Petaling Jaya, berdepan dengan Bangunan PKNS Petaling Jaya, berhampiran Pj8 Servis Suite dan Stamford College Petaling Jaya, kami telah sampai di DTOX melalui Lebuh raya Persekutuan. Ada lah jalan lagi jalan lain, dan kami percaya pembaca semua lebih arif. Alah, Waze dan Google Map kan ada…Apa yang penting sebelum sampai ke DTOX ialah:-
- Alamat : No.2 Lorong 8/1D, Jalan Sultan, Section 8, Petaling Jaya
- Waktu Operasi : Hari Bekerja 7am – 7pm, Hari Minggu : 9am- 5pm

3. Impresi Pertama (sewaktu baru tiba)
Impresi pertama adalah segala-galanya, bukan? Kadang-kala walaupun sesebuah kedai itu disyorkan ramai orang, namun jika impresi pertamanya membawa imej yang tidak begitu diyakini, pasti kita berlalu pergi. Sesuai dengan konsep pandu lalunya, DTOX memang kelihatan seperti pandu lalu. Daripada gambar dibawah ini, sudah pasti laluan ini lalaun sehala. Walau bagaimana pun, pada awalnya saya datang daripada pagar belakang, dan baru sedar yang saya tidak mungkin dapat servis kereta dalam keadaan kereta berbalik, adoi! Terpaksa saya mencari pintu utama.
Setelah memasuki ruang pertama, iaitu ruang menunggu, apabila didatangi pegawai DTOX, anda cuma perlu menurunkan tingkap, dan order boleh diambil terus tanpa perlu turun kereta. Order akan diambil menggunakan Ipad, di mana anda hanya perlu memberitahu servis apa yang anda perlukan, dan butiran maklumat. Pakej-pakej yang ditawarkan dipapar di dinding sebelah kiri, dan dikala itu saya juga diberikan pamplet yang menerangkan pakej servis mereka. Syarikat ini dimiliki oleh dua orang, iaitu En. Hendrik dan En. Chris. Saya telah didatangi oleh En Chris, dan setelah memberitahu saya datang membuat ulasan bagi pihak Arenakereta, saya dibawa kepada En. Hendrik.
Menurut En Hendrik, semua harga DTOX adalah “transparent”, dan tiada caj tersembunyi. Iyalah, masa servis hanya 10 minit, mana sempat untuk berdebat dengan pelanggan, bukan?
Terdapat 3 pakej di sini, iaitu Signature M (mineral 20W-50), Signature S (semi 10W-40), dan Signature F (fully synthetic 5W-40). Menurut En. Hendrik, 53% daripada pelanggannya mengambil pakej Signature M, 49% mengambil Signature S, dan selebihnya mengambil Signature F. Tambahannya lagi, kereta-kereta lama (5-10 tahun) yang diservis di DTOX semuanya mengambil pakej Signature M. Untuk mengetahui serba sedikit pasal minyak kereta, sila baca entri kami sebelum ini. Daripada gambar di bawah, kita boleh lihat perbezaan 3 pakej ini hanya terletak pada jenis minyak yang anda mahu pakai.
Jenama minyak yang terdapat di DTOX ialah Castrol, Shell, Mobil, Liqui Moly, dan M7 Pro Oil. Wow, Pro Oil pun ada! Menurut En Hendrik, di Petaling Jaya, anda hanya boleh dapatkan M7 Pro Oil di DTOX.
Semua penapis minyak adalah original.

Mereka juga menyediakan perkhidmatan sama seperti pusat servis lain di Malaysia, seperti menukar minyak brek, cecair penyejuk kereta, servis tayar dan lain-lain. Sila rujuk gambar di bawah.

Gambar di bawah menunjukkan seorang pelanggan turun daripada kereta untuk berurusan dengan pegawai DTOX, sementara keretanya (merah) sedang berada di ruang menunggu.

Mungkin para pembaca terfikir mengapa pelanggan ini masih turun kereta jika dikatakan DTOX ialah sebuah syarikat servis pandu lalu? Ha.. Ada kopi percuma. Jika anda datang pada hari bekerja pula, DTOX memberikan anda Nasi Lemak dan kopi. Di ingatkan jika anda datang servis di sini hanya kerana mahu makan Nasi Lemak percuma, anda perlu datang sebelum jam 10pagi ya. Hebat!
4. Servis bermula (masih dalam kereta)
Sewaktu saya tiba di situ, syukur tidak banyak kereta. Jangan risau, di DTOX, terdapat 4 (bay) tempat servis kereta, bermakna pada satu masa yang sama, sehingga 4 kereta boleh diservis sekali.
Baik, kini bermulalah servis 10 minit yang dikatakan. Saya diberitahu untuk mematikan enjin kereta, tetapi saya mempunyai satu masalah, iaitu anak saya sedang tidur dalam kereta di carseatnya.
Saya : Anak saya tengah tidur, perlu saya keluarkan dia ke?Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di bawah, satu corong air-cond dihalakan ke dalam kereta comot saya, lalu membolehkan isteri dan anak saya duduk selesa dalam kereta walaupun enjin dimatikan. Satu idea bernas, satu idea yang nampak mudah, tetapi dapat menambat hati pelanggan.
Pegawai : Tidak perlu, hanya turunkan tingkap, kami akan berikan air-cond
Saya : Berikan air-cond?


En. Chris tersenyum melihat saya teruja dengan ventilasi mereka (gambar atas)
Sementara anak dan isteri saya masih berada dalam kereta, proses servis sudah pun bermula. Seperi saya, anda mesti tertanya-tanya mengapa mereka boleh servis dengan pantas, sedangkan proses mengeluarkan minyak hitam di pusat servis lain memakan masa hampir 10-15 minit.Menurut En Hendrik, semua proses servis ini dilakukan pada masa yang sama, memakan masa hanya lebih kurang 5 minit. Hanya 2 orang pekerja akan terlibat dalam proses servis ini. Seorang mekanik akan ditugaskan untuk menyedut minyak hitam kereta anda menggunakan satu alat yang diimport khas daripada luar negara. Berbeza daripada mesin penyedut lain yang menggunakan angin, mesin ini menyedut minyak daripada dalam enjin menggunakan pam elektrik. Lebih cepat, dan lebih efisyen. Penapis angin juga akan dibersihkan oleh mekanik yang sama.


Pada masa yang sama, di bawah kereta, terdapat seorang lagi mekanik yang akan menggantikan penapis minyak. Mujur saya perasan. Semasa kereta saya sedang diservis, saya tidak perasan, sebab sibuk mengambil gambar, tahu-tahu je semua sudah siap. Hehe

5. Pembayaran
Proses servis ini hanya memakan masa 5 minit, dan selebihnya adalah masa penginvoisan/pembayaran. Jika anda masih di dalam kereta, anda tidak perlu turun daripada kereta untuk membuat pembayaran. Terdapat 2 cara pembayaran, iaitu tunai atau pun menggunakan kad kredit/debit. Pegawai bertugas akan datang untuk melakukan transaksi, dan jika anda mahu membuat pembayaran menggunakan kad, pegawai tersebut akan melakukannya dengan mesin pembayaran kad boleh alih. Setelah transaksi selesai, dan anda sudah pun terima resit, anda boleh pulang!Menurut En. Hendrik, pada hari bekerja (Isnin-Khamis), lebih kurang 20 kereta diservis di DTOX sehari, dan lebih kurang 30-40 kereta sehari pada hujung minggu (Jumaat-Ahad).

6. Kesimpulan
Bagi saya, servis DTOX memuaskan! Bagi pendapat saya lah, pusat servis sebegini perlu diperbanyakkan di serata Malaysia, kerana ia cepat dan tidak mengelirukan. Jika ada DTOX di kawasan saya (Bukit Jalil), saya pasti akan datang servis kereta saya di situ. Saya tidak perlu ambil cuti separuh hari semata-mata untuk servis kereta, dan saya boleh lakukannya betul-betul sebelum masuk kerja. Anda boleh lihatkan mengapa mereka buka seawal jam 7pagi? Jika anda masuk kerja jam 8.30pagi, anda boleh singgah di DTOX jam 7.30 pagi, servis kereta sambil makan nasi lemak dan minum kopi. Pada jam 7.40 pagi, anda boleh meneruskan perjalanan anda ke pejabat. Dengan adanya pakej Signature S,M dan F, isteri anda pun boleh hantar kereta untuk diservis, TANPA MERUNGUT kerana lama, takut ditipu, panas dan macam-macam lagi. DTOX ni boleh saya katakan seperti Pit Stop F1 dalam dunia servis kereta di Malaysia.Sedikit info DTOX
- Alamat – No.2 Lorong 8/1D, Jalan Sultan, Section 8, Petaling Jaya.
- Email – support@dtox.com.my
- Tel – 03 7958 3869
- Official Website – http://dtox.com.my
- Facebook – DTOX Malaysia
- GPS – (3.244724, 101.62817)
Kredit:Arenakereta






.jpg)




























