Juliana Evans Jumpa Cinta Baru Di Michigan, Amerika Syarikat?Bagaimana pula dengan Zizang kitey....
Taufan Sandy yang melanda USA telah pun berakhir dan calon presiden mereka pun sudah kembali rancak dengan kempen masing masing. Boleh kita kembali gossip? Heh.
Terima kasih kepada penggiat forum Cari yang peka dengan perkembangan Juliana Evans, aktress muda ini khabarnya kini sudah bertemu kekasih baru ketika belajar di’sana.
Juliana Evans ketika ini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi massa di Universiti Michigan dan mungkin jejaka bersama beliau ini juga belajar di’sana.
Beberapa gambar Juliana Evans dengan jejaka bernama Nate Miller selepas ini untuk tatapan anda. Mungkin mereka hanya kawan, di’sana ‘kan budaya terbuka. Eh.
Inilah KHASIAT BUAH DURIAN-durio zibethinus....layan jap
Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya.
Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.
Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.
Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.
Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.
Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.
Nilai Nutrisi setiap 100 g durian
* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144
Panduan memilih nenas...tengok dulu mesti x nyesal
Nenas merupakan sejenis buah tropika yang lazat. Ia merupakan sejenis buah yang mempunyai kandungan mineral dan vitamin yang cukup tinggi. Ramai di kalangan kita menggemarinya sebagai makanan pencuci mulut yang menyegarkan disamping kegunaan lain seperti jem nenas, halwa, jeruk, tat nenas atau dimakan mentah begitu sahaja.
Bagi penggemari nenas, mungkin mereka pernah mengalami luka-luka kecil di dalam mulut selepas memakan nenas dalam kuantiti yang agak banyak. Bagi ibu-ibu yang mengandung, pantang larang orang melayu tidak membenarkan mereka memakan nenas. Tajam dan berbahaya terhadap kandungan, katanya!. Entah benar atau pun sekadar mitos, tidak pernah pula dibuat kajian mengenainya.
Dalam memilih nenas, anda disarankan mencari nenas yang berat, padat dan mata kuningnya tidak menonjol. Warna kulitnya mestilah kuning keemasan, cerah dan tidak ada bintik-bintik putih.
Salah satu kehebatan nenas
ni, ia boleh membantu proses penghadaman protein dan membantu mempercepatkan penyembuhan. Nenas ni kaya dengan enzim bromelain. Bromelain dapat membantu kita semasa kita sakit tekak dan membantu proses penghadaman.
Tugas bromelain ni, ia menghadamkan protein yang terdapat dalam makanan dan memudahkan penyerapan protein ke dalam tubuh. Bromelain juga berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu mengurangkan radang (inflamasi). Jadi, nenas ni sebenarnya bagus untuk mereka yang akan dan lepas pembedahan. Bromelain jugak boleh dibeli di farmasi dalam bentuk kapsul.
Nenas jugak berfungsi sebagai “pencuci”. Bromelain tadi bertindak dalam mencuci dan seimbangkan cecair yang bersifat alkali atau berasid. Ianya dapat meningkatkan kealkalian darah yang membantu mengurangkan acidosi dan oedema dengan menyingkirkan lebihan air di dalam badan.
Bagi yang mempunyai penyakit gout, kandungan asid aspartik yang terdapat dalam nenas mungkin dapat membantu anda. Aspartik asid ini dapat membantu badan menyingkirkan lebihan Ammonia yang terdapat di dalam badan kita. Ammonia adalah berbahaya kepada badan dan sistem saraf kita!
Akan tetapi, bagi sesetengah orang, makan terlalu banyak nenas mungkin akan membawa masalah kepada mereka! Ada yang akan terasa sakit kepala disebabkan buah nenas mengandungi 5-hydroxyptamine yang menyebabkan salur darah, terutamanya yang terdapat di dalam otak mengecut. Jadi, akibatnya, tekanan darah akan meningkat dan anda mungkin akan mengalami sakit kepala!
- Pelanduk Publications, 2007
PENYERANG TERBAIK SEBELUM TERBAIK
Adakah Penyerang Terbaik Kebangsaan sememangnya terbaik dari awal lagi? Ingin tahu perjalanan bola sepak Norshahrul, baca la artikel di bawah.
Norshahrul Idlan Talaha, Anak kelahiran Besut Terengganu ini menetap di Perak sejak berusia 3 tahun, mengikut jejak keluarga yang berkelana disana. Di usia 14 tahun, dia terpilih untuk mewakili skuad Piala Presiden Perak. Kemudian pernah terpanggil untuk mewakili Malaysia di peringkat bawah umur yang kebanyakan di sertai oleh pemain dari Sekolah Sukan di serata Malaysia. Setelah berjaya dipilih menyertai bangku simpanan skuad utama Perak dan susah untuk meloloskan diri menjadi pemain utama kerana Perak ketika itu disertai oleh ramai pemain ternama.Beliau kemudian mengambil keputusan mencuba nasib di Negeri Sembilan namun tetap juga memanaskan bangku simpanan.
Ketika itu beliau kemudiannya terpanggil untuk menyertai pasukan yang terbentuk dengan pemilihan ala rancangan tv untuk membentuk sebuah pasukan bolasepak yang boleh diserap ke liga m. Myteam atas inisiatif bantuan banyak pihak menyertai liga m mewakili jenderata fc pada awalnya untuk mengisi slot dengan jalan yang betul. Disini Norshahrul menyinar dengan pembentukan mantap pasukan yang di pilih dikalangan orang awam dan dicampur dengan pemain yang sedia ada didalam liga.
Pengurusan yang mantap dibentuk disana dengan kemasukan jurulatih dari Croatia bernama Bojan Hodak. Hasil dari itu pada tahun 2007 ketika skuad Malaysia mula di bentuk kembali dengan serius hasil kejatuhan teruk, nama beliau terpanggil sebagai pemain simpanan untuk dijadikan gantian kepada salah seorang gandingan Zakuan, Safee dan Khyril.
Di Pesta Bola Merdeka 2007 beliau mula menunjukkan taring, walaupun menjaringkan 1 gol iaitu gol debut beliau menentang Lesotho, impak yang diberikan mula dipandang serius oleh kejurulatihan pasukan Nasional. Malaysia merangkul Piala Pestabola Merdeka 2007 dan Norshahrul antara penjulang nya. Sejak dari itu dia termasuk didalam kem projek pasukan kebangsaan yang dikenali dengan kalangan pemain yang sama yang dibentuk oleh jurulatih yang sama. Norshahrul sebuah nama baru didalam liga m dan pasukan nasional, pemain yang dikenali dengan gerakan menarik, walaupun bukan lah prolifik menjaringkan gol tetapi tugasan sebagai penyerang belakang atau penyerang kedua benar-benar menjulang nama nya.
Beliau hampir memenangi kasut emas musim 2011 namun digagalkan oleh Abdul Hadi Yahya yang memotong jumlah gol yang banyak diperlawanan terakhir liga. Musim 2012 beliau bergelut dengan kecederaan namun masih mampu hadirkan nama yang bahaya didalam permainan menyebabkan dia kekal sebagai pemain paling bernilai dan penyerang terbaik liga m untuk tahun ketiga. Terserah lah kepada semua menilai, adakah beliau pemain yang menyinar di Kelantan FA atau sudah bersinar sejak sebelum menyertai dan digilap sahaja.
sumber : www.kelate.net
Usaha pulih AS lambat-Duit da xde ke hape
NEW YORK - Bunyi tren bawah tanah kedengaran buat kali pertama semalam dalam tempoh empat hari yang merupakan antara petanda awal bahawa bandar raya yang menjadi ikon kemodenan Amerika Syarikat (AS) itu kini semakin pulih selepas lumpuh dilanda taufan Sandy.
Namun, di kebanyakan kawasan lain di Pantai Timur AS, berjuta-juta orang kini mengalami kekurangan petrol dan diesel, selain ketiadaan bekalan elektrik.
Sekitar enam juta kediaman dan premis perniagaan di 15 buah negeri di AS masih terputus bekalan elektrik setakat kelmarin.
"Saya terpaksa bergelap dan memerlukan petrol untuk menghidupkan generator di rumah," kata seorang lelaki, Abdul Rahim Anwar di sebuah stesen petrol di Brooklyn di sini.
Ketika ini, pasukan-pasukan penyelamat masih bergelut untuk sampai ke beberapa kawasan paling teruk terjejas akibat bencana besar tersebut.
Sekurang-kurangnya 76 orang terkorban dalam malapetaka itu di AS sejak Isnin lalu dengan pihak berkuasa memberitahu, angka korban dijangka terus meningkat selepas anggota-anggota penyelamat melakukan operasi mencari mangsa dari rumah ke rumah di beberapa bandar pesisir pantai di rantau berkenaan.
Pihak berkuasa AS menyatakan, Sandy mendatangkan kerugian AS$200 juta (RM610 juta) sehari akibat kehilangan aktiviti, manakala anggaran kerugian keseluruhan mencecah AS$15 bilion (RM45.7 bilion).
Ribut berkenaan yang meliputi kawasan seluas 1,609 kilometer dan bertiup selaju 130 kilometer sejam kini bergerak ke utara menuju ke negeri Pennsylvania dan Kanada.
Pelancaran rasmi Nissan ALMERA, empat gred, harga bermula dari RM66,800.00 – RM79,800.00
Selepas pengumuman mengenai Nissan ALMERA pada awal Ogos lalu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini secara rasminya melancarkan model tersebut, sebuah sedan segmen B yang amat ditunggu-tunggu ke pasaran tempatan di One World Hotel, Petaling Jaya. Nissan ALMERA dijangka meneruskan rekod cemerlang dan tradisinya dalam segmen yang cukup kompetitif di Malaysia.
Sudah dibuka untuk tempahan, Nissan ALMERA serba baharu benar-benar menepati janjinya dengan ‘Surprisingly More’. Biarpun menampilkan ciri-ciri teknologi terkini dan keluasan ruang dalaman yang biasanya ditemui pada kenderaan lebih premium, Nissan ALMERA ditawarkan pada harga cukup kompetitif iaitu bermula dari RM66,800.00. Ini selari dengan komitmen Tan Chong untuk menawarkan kenderaan mampu milik kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
Gred
Varian
Harga (RM)
E
1.5 M/T
66,800.00
1.5 A/T
69,800.00
V
1.5 A/T
76,800.00
VL
1.5 A/T
79,800.00
Nissan ALMERA dibezakan melalui spesifikasi standard untuk Gred E, well equipped untuk Gred V dan Gred VL yang hadir dengan spesifikasi penuh. Untuk lebih peribadi, pelanggan boleh memilih pelbagai pilihan aksesori eksklusif ALMERA. Aksesori-aksesori premium termasuklah konsol navigasi multimedia (dilengkapi dengan kamera pandang belakang, pemain DVD, sambungan iPod, USB dan keupayaan Bluetooth), ‘LED kicking plate’ dan kerusi saduran kulit yang mewah.
Nissan ALMERA turut hadir bersama penampilan lebih dinamik, signifikan dan tanda individu menerusi alat ganti sports IMPUL Motor Racing Development. Ia menampilkan komponen-komponen eksklusif yang telah direka khas untuk memenuhi keadaan jalan raya di Malaysia. Pakej Talaan IMPUL disediakan untuk semua gred ALMERA cuma dengan kos tambahan sebanyak RM9,500.00. Nissan ALMERA yang serba baharu itu didatangkan sekali dengan tempoh jaminan 3 tahun atau jarak perbatuan 100,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu).
Bagi menjadikan jentera itu lebih personal, para pelanggan boleh memilih Aksesori Pilihan ALMERA yang ditawarkan untuk varian Nissan ALMERA Talaan IMPUL dan Nissan Almera standard.
Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Tan Chong Motor Holdings Berhad, Dato’ Tan Heng Chew dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa pelancaran Nissan ALMERA merupakan peristiwa penting bagi syarikat itu kerana ia menandakan kemasukan Tan Chong Motor dalam sedan segmen B. Tan Chong telah membina warisan dan nama yang kukuh buat semua rakyat Malaysia sejak tahun 1957 sebagai sebuah pengedar kereta yang amat dikenali untuk menawarkan sedan-sedan kompak pada harga yang berpatutan.
“Tan Chong sememangnya telah menjadi sebagian daripada pembinaan bangsa Malaysia sejak Merdeka lagi. Dari generasi Sunny, kemudian zaman Sentra dan kini kami meneruskan warisan ini melalui sebuah sedan segmen B yang baharu. ALMERA terbaharu ini membuktikan komitmen berterusan kami dalam menawarkan pemilikan kenderaan yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang,” jelas Dato’ Tan.
Nissan ALMERA ditawarkan dalam tiga gred berbeza iaitu E, V & VL serta versi lebih sporty, Nissan ALMERA Talaan IMPUL. Nissan ALMERA dibina di atas platform versatil “V” global baharu yang menggunakan kerangka ringan dan tegar. Kereta itu dikuasakan oleh enjin HR15DE terbaharu Nissan bersesaran 1.5 liter yang menampilkan sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) dengan kecekapan bahan api yang cemerlang iaitu 14.9km/l untuk transmisi automatik dan 15.9km/l untuk transmisi manual (kitaran gabungan berdasarkan ujian Nissan) serta pemanduan yang mantap.
Nissan ALMERA dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti front airbags, anti-lock braking system (ABS), electronic brake distribution (EBD), brake assist dan ISOFIX Child Seat System, bergantung pada gred masing-masing. Semua gred Nissan ALMERA ditawarkan dalam pilihan warna emas (Bronze Gold), hitam (Sapphire Black), kelabu (Twilight Grey), perak (Tungsten Silver) dan putih (Brilliant White).
Nissan ALMERA telah menerima pelbagai kejayaan sejak dilancarkan pada tahun 2010, terutamanya di Amerika Syarikat, Thailand dan China. Sedan itu telah terjual lebih 500,000 unit di seluruh dunia. Tan Chong yakin bahawa Sedan Global Terlaris Nissan itu mampu memberi impak dalam pasaran Malaysia. Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, sebagai tambahan kepada warisan hebat dan reputasi Nissan dalam aspek kualiti produk serta perkhidmatan yang tiada bandingan, para pelanggan pasti akan tertarik dengan harga Nissan ALMERA, di samping ciri-ciri yang ternyata lebih banyak (Surprisingly More).
“Para pelanggan pasti akan terkejut dan gembira dengan reka bentuk mewah, ciri-ciri dan keselesaan yang memberikan lebih gaya, teknologi serta ruang. Nissan ALMERA bukan sekadar direka bentuk dengan penuh gaya, malah apa yang membezakannya dengan pesaing lain adalah ciri-ciri premium yang dimilikinya. Sebagai contoh, ruang kaki dan but yang terbaik dalam kelasnya serta pelbagai teknologi premium,” jelas Dato’ Dr Ang.
Beliau turut menjelaskan bahawa selain daripada harga Nissan ALMERA yang menarik, unsur-unsur lain seperti penggunaan bahan api yang ekonomi, selang servis pada setiap 10,000 km dan kos alat ganti yang berpatutan adalah pendorong utama menjadikan jumlah kos pemilikan ALMERA menjadi amat memberangsangkan.
Dinobatkan oleh Interbrand’s Best 100 Global Brands sebagai jenama automotif paling pantas berkembang pada tahun 2012 baru-baru ini, Nissan telah mengembangkan nilai jenamanya sebanyak 30 peratus, jauh daripada purata industri automotif iaitu 11 peratus. Presiden Nissan Motor Asia Pacific Co. Ltd., Takayuki Kimura menyifatkan kejayaan Nissan adalah hasil daripada komitmen rakan-rakannya seperti Tan Chong.
“Tan Chong ialah rakan yang amat penting dan bernilai untuk perniagaan kami. Ia juga merupakan tulang belakang kepada pertumbuhan Nissan di rantau ini. Kami berbesar hati terhadap usaha berterusan mereka untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
Pada tahun ini, terima kasih kepada komitmen mereka untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, Nissan telah berjaya menduduki tempat No. 1 dalam Kaji Selidik Indeks Kepuasan Jualan J.D. Power Asia Pacific 2012 Malaysia. Kami percaya bahawa Nissan ALMERA akan menandakan satu lagi detik pencapaian hebat dalam kerjasama rapat di antara Nissan dan Tan Chong selama 55 tahun,” ulas Kimura.
Pelakon ini bahagia tanpa teman lelaki-Miera Liyana
PELAKON remaja ini pada awal tahun lalu sering menjadi bahan paparan media berikutan kisah cintanya dengan pelakon kacak Shaz Jaszle atau kini lebih dikenali sebagai Shahrizal Jaszle.
Namanya semakin melonjak apabila cinta lokasi mereka itu hanya bertahan beberapa bulan sahaja gara-gara Shahrizal mencurangi Miera.
Sejak itu, Miera Liyana, 19, menjadi buruan media bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu putus cinta itu dan secara tidak langsung namanya juga menjadi tumpuan pengarah dan penerbit filem dan drama.
Hampir 11 bulan berlalu, Miera kini mengakui dirinya sedang meniti bahagia walaupun masih belum menemui kekasih hati baharu.
"Sekarang tidak ada sesiapa (kekasih), saya rasa lebih seronok sekarang tanpa teman lelaki dan tiada sesiapa suruh saya balik cepat," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri, Putera Rayyan yang disiarkan menerusi slot Samarinda, TV3 bermula 31 Oktober lalu pada setiap Selasa dan Rabu pukul 10.30 malam.
Tambah Miera, dia merasakan dirinya kini juga lebih bebas tanpa kongkongan seorang lelaki seperti sebelum ini.
"Sekarang, walaupun solo, saya lebih gembira sebab boleh fokus kerja dan pemikiran saya juga lebih matang daripada sebelum ini," jelasnya yang bakal muncul dalam filem Rentaz bersama Shahrizal tahun depan.
Katanya, bukti yang menunjukkan dirinya kini lebih bahagia ialah apabila berat badannya telah naik sebanyak lapan kilogram (kg) selepas Aidilfitri lalu berbanding 42kg sebelum itu.
"Bagaimanapun, saya tengah berdiet sekarang untuk turunkan berat badan kepada normal balik. Saya tidak tahu macam mana boleh naik berat sedangkan di set penggambaran saya tidak makan banyak pun," ujarnya.
Kata Miera, berat badannya mungkin naik disebabkan dia selalu makan sebelum tidur selepas pulang dari set penggambaran.
"Saya tidak makan di set penggambaran tetapi apabila pulang ke rumah lapar pula, makan lepas itu tidur. Mungkin sebab itulah berat badan saya meningkat," ujarnya tidak menolak kemungkinan untuk menyambung pelajaran suatu hari nanti.
Mengenai persoalan dia bakal bertentang mata sekali lagi dengan Shahrizal setelah sekian lama tidak berjumpa, selepas putus cinta, khususnya untuk promosi Rentaz, Miera mengakui dirinya berdebar-debar tetapi bukan disebabkan lelaki itu.
"Kami sudah bawa haluan masing-masing. Saya sedang bahagia, begitu juga dia. Saya profesional kalau disebabkan kerja, memang kami sudah lama tidak berjumpa. Memang berdebar, bimbang respons peminat terhadap filem itu," ujarnya.
Miera menjelaskan lagi, dia tidak kisah kembali berhadapan bekas kekasihnya itu disebabkan kerja sebaliknya dia berdebar kritikan peminat terhadap filem berkenaan.
Tolak kekasih artis
Menggali ke dalam kisah peribadi Miera berkaitan cinta danm perasaan hatinya, Miera menegaskan, dirinya kini lebih matang.
Ia disebabkan cinta terdahulu dan impaknya, Miera boleh dikatakan sudah serik untuk bercinta dengan lelaki dalam kalangan artis.
"Tidak mahu lagi ada kekasih dalam kalangan artis pada masa hadapan, saya tidak mahu lagi di set penggambaran saya berlakon, selepas itu balik rumah pun kena 'berlakon' lagi," ujarnya penuh makna tersirat.
Mengakui meminati pengacara tampan Henry Golding, aktor kacak Aaron Aziz dan pelakon bertubuh sasa Adi Putra, Miera menjelaskan dia tidak mahu lagi memikirkan soal cinta dalam masa beberapa tahun ini.
Dia menambah, mahu fokus kepada bidang lakonan terlebih dahulu buat masa sekarang memandangkan tawaran berlakon dalam filem mahupun drama semakin banyak diterima.
"Saya tidak mahu fikir soal lelaki sekarang, nak bertapak kukuh dalam lakonan dahulu memandangkan tawaran sekarang pun makin banyak," ujarnya yang mendedahkan lebih meminati lelaki yang berwajah macho berbanding muka 'jambu' (comel).
Pukul Nad Zainal
Menerusi drama Putera Rayyan, Miera yang memegang watak utama sebagai Anisa bersama pelakon utama lain seperti Kamal Adli dan Nad Zainal.
Dalam drama berkenaan, Miera memegang watak antagonis yang merupakan watak jahat pertama yang pernah ditawarkan kepadanya.
"Sebelum ini saya selalu dapat watak baik, kali ini apabila kena jadi jahat, memang mencabar lagi pun, dalam drama itu saya kena pukul Nad Zainal setiap hari dan ia memenatkan," ujarnya.
Nad yang memegang watak sebagai Arisa menjadi adik-beradik kepada Miera dalam drama itu sering menjadi mangsa dera apabila sering dipukul oleh Miera.
"Penat sangat berlakon drama itu, penat kena pukul Nad tetapi saya teruja sangat berlakon drama itu sebab ia sesuatu yang baharu dalam lakonan saya," ujarnya memegang watak jahat dan komedi sekali gus dalam drama berkenaan.
Rebat telefon pintar 3G dilaksana tahun depan
KUALA LUMPUR — Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Januari depan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yakin program itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah berikutan persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sangat baik.
Kementerian itu bagaimanapun sedang meneliti makna sebenar istilah ”smartphone” yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan pembeli menerima rebat tunai, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 kementerian itu di Muzium Negara, di sini hari ini.
"Apabila itu beres, saya kira tiada hal lagi (untuk pelaksanaan pemberian rebat). Ramai yang bertanya, jadi kita nak beri ruang secukupnya supaya mereka boleh berhubung terus dengan SKMM atau kedai-kedai dan ejen yang sudah didaftar,”katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 di Parlimen September lepas, mengumumkan pemberian rebat RM200 secara ”one-off” bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka. — BERNAMA
Aeril Zafrel penghijrahan baru
SUDAH lama kelibat Aeril Zafrel tidak kelihatan di kaca televisyen mahupun di layar perak. Setelah mengejutkan dunia hiburan tanah air beberapa bulan yang lalu dengan mengambil keputusan untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama di sebuah sekolah pondok di Indonesia, anak jati kelahiran Kluang, Johor ini seakan-akan menyepikan diri daripada dunia lakonan.
Tidak dinafikan, jejaka kacak ini amat berbakat dalam bidang lakonan. Bakatnya mula digilap oleh pengarah terkenal, Aziz M. Osman menerusi drama bersiri pertama lakonannya, Kisah Kaisara.
Selepas itu, dia mula mencipta nama melalui beberapa buah filem termasuklah Aku Tak Bodoh, Cinta Kura Kura dan 7 Petala Cinta.
Bagaimanapun, setelah mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengurangkan aktiviti seninya, Aeril ternyata lebih tenang dan senang dengan keputusan yang diambil.
Terbaharu, ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Budak Pailang di Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor baru-baru ini, Aeril selaku tunjang utama filem tersebut berkongsi serba sedikit pengalamannya mendalami ilmu agama ketika berada di Indonesia.
Soal kematian
"Saya percaya, setiap orang inginkan perubahan dan saya juga tidak terkecuali. Ketika itu, entah mengapa saya sering memikirkan soal kematian. Setiap hari, pasti perkara itu datang dan bermain-main dalam fikiran.
"Terpanggil dengan persoalan tersebut, saya mengambil keputusan untuk terbang ke Indonesia bersama-sama seorang rakan dan mendalami ilmu agama di sana," jelasnya yang bagaimanapun memohon untuk tidak memperincikan tentang nama dan lokasi sekolah pondok tempatnya menimba ilmu keagamaan itu.
Pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Senja Permai ini turut memberitahu, tujuannya mendalami ilmu agama di Indonesia bukan semata-mata untuk berubah secara total, tetapi bermatlamat mengenal jati diri serta mempelajari sesuatu yang baharu.
"Terus terang saya katakan, tujuan saya berhijrah adalah untuk diri saya sendiri. Saya mendalami ilmu agama bukan kerana mahu dipandang mulia oleh orang lain. Saya ke sana atas dasar ingin berubah dan mahu memperbaiki diri.
"Setelah melalui proses penghijrahan, saya sering melakukan istiqamah dan bermuhasabah diri. Alhamdulillah, ia membuatkan saya lebih tenang," ujarnya.
Jelas jejaka ini lagi, dia memilih Indonesia sebagai tempat untuk mendalami ilmu agama kerana di sana bebas daripada sebarang gangguan dan membolehkan dirinya mampu untuk fokus terhadap ilmu-ilmu baharu ketika berada di sana.
"Saya bukan tidak mahu belajar ilmu agama di Malaysia. Saya yakin, ramai guru-guru agama tempatan yang mampu serta berkebolehan untuk membantu saya.
"Bagaimanapun, saya akui berasa sangat tenang ketika berada di Indonesia. Jadi, saya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap ilmu-ilmu baharu tanpa sebarang gangguan," ujarnya.
Aktiviti seni
Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Aeril memberitahu, dia terpaksa menghentikan aktiviti seninya buat sementara waktu kerana tidak mahu ia bercanggah dengan apa yang sedang dia lakukan sekarang.
Walau bagaimanapun, tambahnya, dia masih mahu berlakon dan dalam masa yang sama berdakwah serta menyampaikan mesej-mesej positif kepada para peminatnya.
"Saya akui lakonan adalah cabang seni yang paling saya minati. Peminat juga mengenali saya menerusi bidang lakonan. Justeru, tipulah jika saya katakan saya tidak rindu untuk kembali berlakon.
FIGURA kacak ini memilih untuk tidak melatah dalam memberikan reaksi terhadap segala kontroversi dan gosip liar yang melanda dirinya.
"Buat masa sekarang, saya masih dalam tempoh 'berehat'. Saya pasti akan berlakon semula jika watak dan filem yang ditawarkan bersesuaian dengan personaliti saya sekarang," katanya.
Isu 'adik-adik'
Pelakon muda ini juga tidak pernah sunyi dengan kontroversi dan gosip liar. Sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan isu hubungan sesama jenis dan terbaharu, dia telah dituduh menghadiri sebuah majlis yang dikatakan dianjurkan oleh golongan 'adik-adik' (lelaki lembut).
Menurut Aeril, dia agak bosan kerana sering dikatakan terlibat dan dikaitkan dengan golongan tersebut.
"Bagi saya, bukan senang untuk memuaskan hati setiap orang. Ada sahaja perkara-perkara negatif mengenai diri saya dicanang dari mulut ke mulut.
"Mungkin ada pihak yang tidak senang duduk melihat perubahan yang berlaku ke atas diri saya dan mula mereka-reka cerita yang tidak benar. Saya kadangkala agak rimas dengan tohmahan yang dilakukan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
"Bagaimanapun sebagai seorang artis, saya harus bersikap profesional. Jalan yang paling selamat adalah mendiamkan diri dan buat tidak tahu sahaja.
"Lama-kelamaan orang akan berhenti bercakap mengenainya. Saya juga percaya, kawan-kawan rapat dan keluarga saya tahu siapa diri saya yang sebenarnya. Itu yang paling penting," tegasnya.
Jodoh
Bagi figura berusia 24 tahun ini, dia tidak gemar untuk berkongsi kisah peribadinya dengan orang ramai, lebih-lebih lagi soal berumah tangga.
Bagaimanapun akui Ariel, jika ditakdirkan bertemu jodoh suatu hari nanti, dia mengharapkan agar wanita itu kuat pegangan agamanya serta pandai menghormati orang tua.
"Buat masa sekarang, saya tidak mempunyai teman yang istimewa. Bagi saya, jika ditemukan jodoh, biarlah dengan wanita solehah yang pandai menjaga diri dan lengkap pegangan agamanya," kata Aeril mengakhiri bicara.
Kesiannya Liyana Jasmay, ibu terpaksa berkurung dalam rumah
NEW YORK - Pelakon terkenal, Liyana Jasmay terpaksa berkurung di dalam rumah sewanya di New York tanpa bekalan elektrik gara-gara dilanda taufan Sandy.
Liyana, 24, yang ditemani ibunya, Habsah Simpon kini mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan di Akademi Filem New York.
Usaha untuk menghubungi pelakon itu bagaimanapun gagal. Rumah sewanya itu terputus bekalan elektrik sejak Isnin lalu.
Berita mengenai Liyana itu disampaikan oleh kakaknya, Adriana Jasmay, 28, menerusi akaun Twitter.
"Mereka (Liyana dan ibunya) duduk di rumah. Tidak pergi mana-mana. Kali terakhir bercakap dengan mama ialah 12 jam yang lalu. Sekarang, tidak tahu bagaimana keadaan mereka," ujar Adriana dalam akaun Twitternya pada pukul 11 malam kelmarin.
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus
01. Kelab Terbaik - Sime Darby FC
02. FA Terbaik - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)
03. Pemain Harapan Terbaik - Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
04. Jurulatih Terbaik - B. Sathianathan (ATM)
05. Penyerang Terbaik - Nor Shahrul Idlan Talaha (Kelantan)
06. Pemain Tengah Terbaik - Mohd Safiq Rahim (Selangor)
07. Pertahanan Terbaik - Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)
08. Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
09. Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh - Nor Shahrul Idlan Talaha (Kelantan)
10. Kelab Penyokong Terbaik - Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
11. Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James (ATM)
12. Pengadil Terbaik - Nafiz Abdul Wahab
Apa pandangan anda?
Spesis ular yang macam.....
Pakar di Brazil menemui satu spesies ular baru di hutan Amazon. Uniknya, ular tersebut dikatakan buta dan berbentuk seperti alat zakar lelaki, Atretochoana eiselti, nama yang diberikan untuk spesies tersebut, ditemui di dasar sungai Madeira di Rondinia, Brazil.Sebenarnya haiwan ini ditemui pada bulan November tahun lepas di dam yang bersambung dengan sungai Amazon. Namun hanya diumumkan setelah para pakar mampu mengenalpasti jenis ular tersebut.Namun begitu, hampir tidak ada maklumat lain selain daripada diketahui haiwan ini tidak memiliki paru-paru dan kaki serta panjang 1 meter. Mereka menyimpulkan bahawa haiwan ini mempunyai kaitan erat dengan salamander dan katak, namun dari segi penampilan lebih mirip ular.Dari 6 ekor yang kami temui, satu mati, 3 dibebaskan kembali ke hutan, dan 2 masih kami jaga untuk penelitian ujar seorang pakar yang terlibat dalam kajian, Julian Tupan dari Santo Antonio Energy. Meskipun kelihatan seperti ular, haiwan ini bukanlah reptilia dan lebih menunjukkan kaitan dengan salamander dan katak. Selain itu peneliti juga belum dapat menentukan jantina ular tersebut. Haiwan ini tidak memiliki mata yang terlihat seperti ular,dikatakan, haiwan ini buta. Ia hidup di kawasan berair yang hangat dan mengalir deras dan bernafas menggunakan kulit.
Dr. Halina Kini Bertudung
Berita perkhabaran isteri kepada angaksawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Halina Yunos telah bertudung itu benar, dan beberapa keping gambar Dr. Halina bertudung sudah pun tersebar melalui laman sosial.
Mungkin ini pengorbanan Dr. Halina untuk ke arah itu setelah berkahwin dengan Dr. Sheikh Muszaphar. Dan anaknya juga, Sophea Isabella sudah pun makin membesar dengan usia setahun lebih.
Selain daripada Sophea Isabella akan dapat adiknya yang masih dalam kandungan Dr. Halina berusia 3-4 bulan.
Fida Ibrahim, Zallif Sidek bercinta?Yeke ni.....
Setelah berpisah dengan Mamat Sepah beberapa lama yang dahulu yakni setahun yang lalu, bekas kekasihnya itu, Fida Ibrahim mengakui rapat dengan pelakon, Zalif Sidek.
Sebelum itu Fida juga dikatakan menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan, yang bergelar 's' namun ianya menemui jalan buntu.
Dan kini pelakon komedi berkenaan menjadi pilihan Fida kerana sifat periangnya dan jenakanya. Apa-apa pun semoga berbahagia lah ya Fida, jangan lama-lama berpacaran, terus masuk meminang ok.
"Kami baru berkawan rapat dan belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada dia (Zalif). Lagi pun, masing-masing masih solo.
"Dia seorang lelaki yang budiman. Saya suka dengan keberanian dan keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam,
"Mungkin secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon komedi. Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka berjenaka dan periang.
"Kalau saya tertekan dengan kerja, Zalif pandai membuat saya ketawa. Dia membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa," -ujar Fida.
Wanita tercantik di Malaysia 2012
Jom kita tengok siapakah wanita tercantik di Malaysia 2012. Gelaran wanita tercantik di Malaysia 2012 kini dipegang oleh Carmen Soo, selepas mengenepikan pencabarnya iaitu Juliana Evans dan Diana Danielle. Carmen Soo ialah seorang artis dan model Malaysia berusia 33 tahun, berbangsa Cina dan fasih bertutur Bahasa Malaysia. Pada tahun lepas, gelaran wanita tercantik di Malaysia dipegang oleh Ayu Raudah. Apa yang mengejutkan tahun ini ialah Neelofa tidak tersenarai dalam kategori 10 wanita tercantik di Malaysia. Agak pelik bukan !! Apapun, itulah realitinya.
Peguam yang tekanan dengan suaminya nekad terjun dari bangunan HUS-
KUCHING - Seorang peguam wanita bertindak nekad dengan terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak di sini kerana kecewa dengan tindakan suami yang mahu menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.
Bagaimanapun dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, peguam berumur 30 tahun itu hanya patah tangan kiri apabila dia tersangkut di tingkat empat bangunan sama.
Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang menetap di Tabuan Jaya di sini telah dikejarkan ke hospital oleh ibunya selepas dia mengadu sakit pada dada.
"Dia yang sepatutnya dimasukkan ke wad selepas menerima rawatan awal, tiba-tiba memberi alasan untuk ke tandas.
"Namun dia tidak kembali semula ke wad selepas hampir setengah jam sehingga keadaan menjadi kelam-kabut selepas ibunya mendapat tahu mangsa terjun tetapi tersangkut di atas bumbung tingkat empat hospital berkenaan," katanya di sini semalam.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang ingin dikenali sebagai Azizie berkata, dia terdengar bunyi jeritan dan bunyi benda jatuh dua kali ketika dia sedang bertugas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supritendan Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan membunuh diri.
"Siasatan awal percaya mangsa memang berniat untuk membunuh diri kerana mempunyai masalah peribadi, namun motif sebenar kejadian masih disiasat.
"Mangsa kini dirawat di Unit Penjagaan Rapi (ICU) hospital berkenaan," katanya.
Amil bangsat janji hapus dosa RM81,000
JOHOR BAHRU - Bicara manis penuh muslihat seorang lelaki berperwatakan alim kononnya boleh menjamin seseorang masuk syurga menyebabkan seorang wanita terpedaya hingga memaksa mangsa menyerahkan RM81,000 sebagai upah menghapuskan dosa.
Ketika mendedahkan perkara itu, anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Zana, 31, memberitahu, segalanya bermula apabila ibunya yang berusia 72 tahun bertemu dengan lelaki yang mengaku dirinya sebagai amil zakat berumur lingkungan 40-an di Plaza Angsana di sini pada Julai lalu.
Katanya, pada pertemuan itu, ibunya telah memberikan wang selepas amil yang dikenali sebagai Nizam Idris (gambar kecil) tersebut mendakwa dia mengutip zakat dan mengambil sumbangan untuk anak yatim, warga tua dan golongan orang kelainan upaya.
"Sejak itu, ibu seperti orang yang telah dipukau dan menyerahkan wang kepada Nizam kira-kira RM81,000 hingga sanggup mengetepikan keluarga sendiri semata-mata menurut kata lelaki berkenaan.
"Lelaki itu mendakwa dia melihat kami sekeluarga dimasukkan ke dalam neraka dan untuk mengelakkan perkara itu, ibu harus membayar sejumlah wang bagi penebus dosa sekali gus dapat merasai nikmat syurga," ceritanya kepada Kosmo! semalam.
Tambahnya, lebih membuatkan mereka naik mual dengan pembohongan Nizam ialah lelaki itu meramalkan hari kiamat akan berlaku dalam tempoh terdekat manakala ibunya akan meninggal dunia pada 24 Julai tahun depan.
"Disebabkan itu, ibu menjadi cemas dan menyerahkan wang kononnya Nizam dapat membersihkan diri ibu daripada dosa," katanya.
Menurut suri rumah itu, dia sekeluarga telah mencuba pelbagai cara untuk menyedarkan ibunya mengenai pembohongan dan lakonan licik Nizam tetapi malangnya wanita itu bukan sahaja manafikannya malah, memberitahu Nizam merupakan lelaki yang baik.
"Ada antara kami pernah terserempak dengan ibu yang sedang menjual semua barangan kemas sambil ditemani Nizam dan sampai satu tahap, ibu berhajat mahu menjual banglonya di Stulang Laut di sini bernilai RM500,000 tetapi sempat dihalang," katanya yang memberitahu hasil jualan itu akan diberikan kepada Nizam.
Ujar Zana, mereka sekeluarga yang tidak mahu ibunya terus ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini Sabtu lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, polis telah menahan lelaki berkenaan pada hari pihaknya menerima laporan.
"Suspek kemudian telah dibebaskan selepas keterangannya diambil. Buat masa ini, tidak banyak yang boleh kami lakukan kerana mangsa sendiri tidak mengaku dia telah ditipu," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Zainuddin bagaimanapun meminta mana-mana individu yang turut menjadi mangsa menggunakan modus operandi sama menghubungi polis Johor Bahru Utara di talian 07-221 2999 bagi membantu siasatan.
Haramkan hisap shisha lah kalau berani - CAP
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan aktiviti menghisap shisha yang dikatakan sama bahayanya dengan merokok.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, langkah segera harus diambil oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran berikutan gejala menghisap shisha semakin popular dalam kalangan remaja ekoran kewujudan begitu banyak premis dan kedai yang menyediakan kemudahan tersebut.
"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap shisha mempunyai risiko yang sama seperti merokok. Seorang penghisap shisha akan menyedut sebanyak 50 hingga 200 kali atau bersamaan 0.15 hingga 1 liter asap selama 20 hingga 80 minit.
"Mereka yang merokok pula menyedut lapan hingga 12 kali bersamaan 0.5 hingga 0.6 liter asap selama lima hingga tujuh minit. Kedua-duanya menyebabkan ketagihan kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utamanya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kredit:-Utusan Malaysia



































