Posted by : Jobseekers Khamis, 21 Jun 2012




DONETSK, Ukraine – Wayne Rooney percaya England bersedia menamatkan sumpahan suku akhir selepas menjaringkan gol kemenangan yang membolehkan pasukannya bertemu Itali pada peringkat kalah mati Euro 2012.

Gol Rooney pada minit ke-48 membantu England menang 1-0 ke atas Ukraine, sekali gus menaikkan semangat pasukan bimbingan Roy Hodgson menjelang pertemuan suku akhir dengan Itali di Stadium Olimpik Kiev, Ahad ini.

Penyerang Manchester United itu mengakui beliau lega dapat menjaringkan gol pertama kejohanan utama dalam tempoh lapan tahun.

Rooney juga percaya England berupaya mara ke peringkat separuh akhir kejohanan utama untuk pertama kali dalam tempoh 16 tahun selepas tiga kali tersingkir di peringkat suku akhir dan terkandas di peringkat 16 pasukan Piala Dunia 2010.

“Saya harap adanya kepercayaan kita mampu melepasi peringkat suku akhir kali ini,” katanya. – AFP

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -