Lisa Surihani Dan Yusry Hiasi Muka Depan Majalah Mingguan Wanita

Tahun ini sungguh ramai selebriti tempatan yang berhari raya dengan status baru. Salah seorang daripada mereka ialah Lisa Surihani. Pasti Lisa teruja untuk bangun pagi menyediakan sahur buat suami tercinta, Yusry. Kami yakin mereka berdua tak sabar untuk berhari raya sebagai pasangan suami isteri untuk pertama kalinya.



Sehingga hari ini, masih belum ada berita gembira tentang cahaya mata yang kami dengar daripada pasangan ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi rezeki yang murah kepada mereka untuk bergelar ayah dan ibu. Kami pasti mereka berdua pun dah tak sabar untuk menimang cahaya mata sendiri. Sama-samalah kita doakan.


Jumaat, 27 Julai 2012
Posted by Jobseekers

Mamat Sepah Berhenti Gunakan Twitter Selepas Insiden Penyebaran Gambar Kemalangan Zed Zaidi

Nama Mamat Sepah sememangnya tidak lekang daripada kontroversi. Masih ingat lagi dengan gambar kemalangan Zed Zaidi yang tersebar luas di Twitter kelmarin? Menurut http://guablog.com/,



Mamat Sepah merupakan orang pertama yang memuat naik gambar kemalangan tersebut dan menyebabkan kekecohan


 Setelah gambar tersebut disahkan sebagai salah satu babak lakonan drama Zed Zaidi, Mamat Sepah telah pun menggunakan Twitter untuk membalas teguran yang dilemparkan kepadanya kerana penyebaran gambar palsu tersebut. Sayangnya penggunaan kata-kata carutan dan ugutan telah pun digunakan oleh Mamat Sepah

Kemungkinan besar Mamat juga turut tertekan dengan apa yang terjadi menyebabkan Mamat mengeluarkan kata-kata sebegini. Apa kata anda? Kredit info  http://guablog.com/ dan Hazrey.
Posted by Jobseekers

Mercedes-Benz Malaysia lancar B-Class terbaru

Mercedes-Benz Malaysia baru saja melancarkan model kompak B-Class terbaru di pasaran tempatan, di mana model tersebut merupakan generasi kedua yang kini hadir dengan rekaan berkelas tinggi dan dipadankan pelbagai teknologi termaju. B-Class terbaru tampil lebih lincah dan efisien, namun kekal selesa dan mempunyai ruang lebih luas berbanding generasi sebelumnya.
 B-Class terbaru dijana enjin petrol empat silinder yang dibangunkan baru sepenuhnya lengkap dengan sistem pengecas turbo dan suntikan terus, seterusnya digandingkan bersama transmisi automatik dual klac DCT 7-kelajuan. Enjin B 200 BlueEFFICIENCY yang digunakan berkapasiti 1.6 liter dengan kemampuan menghasilkan kuasa setinggi 156hp dan tork 250Nm. Menurut Mercedes, enjin tersebut menghasilkan tahap kecekapan penggunaan bahan api maksimum dengan pengeluaran emisi yang rendah.
Merupakan yang pertama bagi segmen kereta kompak, B-Class terbaru menampilkan sistem amaran perlanggaran berasaskan radar (COLLISION PREVENTION ASSIST) dengan ‘Brake Assist’ adaptif sebagai ciri standardnya bagi mengurangkan risiko berlakunya perlanggaran belakang. Untuk pasaran Malaysia, Mercedes-Benz B-Class terbaru ditawarkan pada harga RM 220,888.00.
Posted by Jobseekers

Gambar Zizan Sempena Harijadinya Ke-28 Dengan Kek Bercorak Kereta Evo 10 nya

Gambar dibawah adalah gambar pelawak terkenal, Zizan yang menyambut ulang-tahun hari jadinya ke-28 baru-baru ini. Acara ini diadakan di restoran Bora Ombak, Ampang bersama anak yatim dari Rumah Anak Yatim Syifa, Gombak. Memang satu niat yang murni, bahkan jarang ada artis seperti Zizan meraikan bersama-sama anak-anak yatim.




Khamis, 26 Julai 2012
Posted by Jobseekers

Kreatif : Alat Untuk Membuat Sushi Di Rumah Lebih Mudah (8 Gambar)


Alat Untuk Membuat Sushi Di Rumah Lebih Mudah.

Untuk peminat Sushi, alat ini sangat sesuai untuk anda..









Posted by Jobseekers

Model serba baru Mazda6 buat kemunculan pertama di Moscow 2012



Mazda telah mengumumkan model ‘flagship’ serba baru Mazda6 akan membuat kemunculan pertama di Moscow Motor Show 2012 pada 29 Ogos akan datang. Mazda6 serba baru merupakan model kedua dalam generasi terbaru Mazda yang menggunakan sepenuhnya teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO ‘Soul of Motion’ , selepas model SUV Mazda CX-5.

Mazda6 serba baru turut akan menjadi model pertama yang akan dilengkapi teknologi terkini ‘brake energy regeneration’ yang lebih dikenali dengan nama i-ELOOP. Model yang akan dipamerkan di Moscow hadir dengan spesifikasi untuk pasaran Russia, di mana ia menggunakan enjin petrol ‘direct-injection’ SKYACTIV-G 2.0 liter dan transmisi automatik SKYACTIV-Drive 6-kelajuan.



Jadi bagaimana reka bentuk sebenar Mazda6 serba baru ini? Mazda telah mengeluarkan beberapa keping gambar rasmi model tersebut dan berdasarkan pandangan pertama, rekaan Mazda6 serba baru ini kelihatan tidak menghampakan, terutamanya melihat profail dari hadapan yang begitu menarik.
Posted by Jobseekers

Kia Carens terbaru akan muncul di Paris Motor Show 2012


Kia akan mempamerkan model MPV kompak terbaru Kia Carens di Paris Motor Show 2012 pada bulan September depan. Berbanding generasi sebelumnya, Kia Carens terbaru ini mempunyai ciri-ciri lebih segar dan matang seperti garisan bumbung yang lebih rendah, jarak roda lebih panjang, saiz roda lebih besar, diilhamkan daripada tema ‘dynamic space’. Nantikan perkembangan selanjutnya ‘All New Kia Carens’.
Posted by Jobseekers

Wanita Paling Berair Di Dunia


Semua orang dah tau yang air ni penting untuk tubuh badan.. semua orang perlukan air dalam jumlah yang banyak. Tapi bagi wanita ni, dia dah sampai tahap ketagihan terhadap air!


Sasha Kennedy, 26 tahun dari Essex, England, sebenarnya mengambil jumlah air yang banyak setiap hari. Ibu kepada dua orang anak ni cakap, dia perlukan air lebih 25 liter sehari dan
perlu ke tandas dalam 40 kali sehari.

Ketagihan pelik ni mula disedari ibunya ketika Sasha berumur 2 tahun bila dia sering meminta air kepadanya. Doktor yang merawat Sasha tak menemui apa-apa yang pelik dan ketika berumur 6 tahun, dia sering menghabiskan masa berhampiran pancuran air di sekolahnya ketika waktu rehat daripada beriadah bersama rakan. sehinggakan ketika Sasha berumur 13 tahun, pengurusan sekolah menyediakan sebuah 'water cooler' berhampiran meja Sasha selepas menyedari ketagihan peliknya.

kini, Sasha memerlukan 18 hingga 25 liter air setiap hari dan mulutnya akan berasa kering jika tidak mendapat air secukup mungkin.

Posted by Jobseekers

Bukti Cinta Itu Buta


Jejaka kat atas ni ialah Alvaro Alfonso dan merupakan seorang billionaire dan juga dia telah berkahwin dengan wanita kat bawah ni....




Wanita ni nama dia Cibele Dorsa, merupakan seorang model Victoria's Secret dan Playboy yang seksi...Tetapi, jejaka tu menceraikannya kerana jatuh cinta dengan wanita kat bawah ni..




Wanita ni, Athina Onassis sangat bertuah kerana berjaya menambat hati jejaka yang menjadi buruan ramai wanita. Pasangan ni hidup bahagia sehingga kini




Adakah ini bukti cinta itu buta? kerana lelaki lebih mementingkan ciri-ciri wanita yang low profile kata orang.. :)



Posted by Jobseekers

Internet Paling Laju Di Dunia


Terletak di tengah negara Sweden, rumah Sigbritt Löthberg telah dibekalkan dengan 40 Gigabit jalurlebar iaitu beribu-ribu kali lebih cepat daripada purata talian di kediaman lain dan merupakan satu-satunya pengguna dengan talian paling pantas.


Tetapi Sigbritt, yang tidak pernah mempunyai komputer sehingga kini, berusia 75 tahun berasa tidak biasa. Dia adalah ibu lagenda internet Sweden,  Peter Löthberg yang, bersama-sama dengan Karlstad Stadsnät, mereka dan membuat sambungan tersebut.

"Sebagai pemilik rangkaian kami cuba untuk memujuk pengendali internet untuk melabur dalam sambungan yang lebih cepat dan Peter Löthberg ingin menunjukkan bagaimana anda boleh membina harga yang rendah, kapasiti talian tinggi pada jarak yang jauh," kata bos syarikat rangkaian kepada media.

Sigbritt kini akan dapat menikmati 1500 saluran HDTV definisi tinggi secara serentak. Atau, sekurang-kurangnya dia akan dapat memuat turun DVD definisi tinggi penuh dalam masa dua saat.

Rahsia di sebalik sambungan ultra-cepat Sigbritt adalah teknik modulasi yang baru yang membolehkan data dipindahkan secara langsung antara dua router sehingga 2,000 kilometer selain, tanpa transponder perantara.

Menurut Karlstad Stadsnät jarak, dalam teori, tanpa had - tiada kehilangan data selagi gentian di tempat yang betul.

"Saya mahu menunjukkan bahawa terdapat kaedah selain daripada cara-cara kuno seperti wayar tembaga dan radio, yang kurang memuaskan berbanding fiber," kata Peter Löthberg, yang kini bekerja di Cisco.

Cisco menyumbang kepada projek itu tetapi , kata Hafsteinn Jonsson, bahawa teknologi rangkaian fiber optik pada masa sekarang adalah relevan dan berdaya saing.

"Bahagian paling sukar dalam keseluruhan projek adalah memasang Windows pada PC Sigbritt," kata Jonsson.

Posted by Jobseekers

Lelaki Menopause Hanya Fakta? Yeke or......



Andropause atau menopause adalah di mana lelaki usia pertengahan mempunyai gejala seperti perempuan menopause. Andro bermaksud lelaki dan pause bermaksud berhenti. Andropause bermaksud berhentinya fisiologi lelaki manakala menopause adalah produksi ovum dan hormon estrogen serta siklus haid berhenti dengan cara yang relatif mendadak.

Istilah lelaki menopause lebih dikenali “akhir-onset hipogonadisme” iaitu di mana penurunan kadar testoteron, penurunan produksi sperma dan hormon lainnya secara perlahan.

Melalui kajian dari 3000 lelaki berusia 40-79 tahun, hanya 2 percent yang mengidap penyakit andropause ini. Kadar testosteron rendah adalah  kadar testosteron total kurang dari 11 nmol per liter dan kadar testosteron bebas kurang dari 220 pmol per liter. Apabila kadar testosteron rendah, lelaki akan mempunyai gejala  disfungsi ereksi, penurunan dari gairah seksual, dan ereksi di pagi hari yang buruk.

Think about it.....


Rabu, 25 Julai 2012
Posted by Jobseekers

Senarai Ranking 50 Universiti Terbaik Di Malaysia 2012


Assalamualaikum





Universiti merupakan  institusi pendidikan tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Di Malaysia banyak universiti yang hebat dan berikut merupakan senarai Top 50 Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2012. Apa pun, sebelum habis tahun 2012, ranking tetap masih berubah – ubah.

1.Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428)
2.Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437)
3.Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464)
4.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia: 523)
5.Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596)
6.Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626)
7.Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891)
8.Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222)
9.Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341)
10.International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411)
11.Universiti Teknologi Petronas (UTP)
12.Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
13.Universiti Utara Malaysia (UUM)
14.Universiti Tunku Abdul Rahman
15.Universiti Malaysia Terengganu
16.Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
17.Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18.Universiti Sains Islam Malaysia
19.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
20.Universiti Pendidikan Sultan Idris
21.Open University Malaysia
22.Universiti Teknikal Malaysia Melaka
23.International Medical University
24.Taylor’s University College
25.Tunku Abdul Rahman College
26.Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
27.University of Nottingam Malaysia
28.UCSI University
29.Monash University Malaysia
30.Malaysia Theological Seminary
31.Universiti Kuala Lumpur
32.Curtin University of Technology Sarawak Campus
33.Universiti Industri Selangor
34.Selangor International Islamic University College
35.Al Madinah International University
36.Wawasan Open University
37.University Tun Abdul Razak
38.KDU College
39.Universiti Malaysia Kelantan
40.Asia Pasific Institute of Information Technology
41.Help University College
42.Sunway University College
43.INSANIAH University College
44.Universiti Sultan Zainal Abidin
45.Segi College
45.University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
47.Majlis Peperiksaan Malaysia
48.Malaysian Institute of Management
49.Limkokwing University of Creative Technology
50.Disted-Stamford College

Pemilihan ranking universiti dibuat berdasarkan Size, Visibility, Research papers and scholars. Tahniah Upm =p
Posted by Jobseekers

BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM, BAYARAN KHAS RM500 UNTUK PESARA KERAJAAN


KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

-- BERNAMA

Kredit to : cuepacs.blogspot.com
Posted by Jobseekers

Mercedes-Benz CLS Shooting Brake terbaru tampil anggun

Mercedes-Benz sekali lagi mempamerkan kreativiti rekaan mereka dengan memperkenalkan generasi terbaru CLS yang anggun, sebuah coupe lima pintu dengan rekaan bumbung yang bersambung ke bahagian belakang, dikenali dengan nama CLS Shooting Brake. Model CLS pertama diperkenalkan pada tahun 2004 dengan rekaan coupe empat pintu.

Mercedes-Benz CLS Shooting Brake mempunyai ukuran panjang x lebar x tinggi seperti berikut : 4,956mm x 1,881mm x 1,413mm.  Ruang bagasinya tersedia dalam keluasan antara 590 dan 1,550 liter, yang mana ianya mudah digunakan dengan adanya pintu bukaan belakang automatik yang dibekalkan standard.




Dua jenis enjin berbeza boleh didapati untuk CLS Shooting Brake, termasuk dengan persamaan ciri-ciri seperti transmisi automatik 7G-TRONIC PLUS serta fungsi moden ECO start/stop. Model permulaan dilengkapi enjin CLS250 CDI BlueEFFICIENCY yang menghasilkan kuasa 204 hp dan 500Nm, sementara model kedua dilengkapi enjin enam silinder CLS350 CDI BlueEFFICIENCY dengan kuasa 265 hp dan 620Nm.

Untuk pasaran UK, harga dan spesifikasi CLS Shooting Brake akan diumumkan kemudian menjelang pelancarannya pada November, 2012.
Posted by Jobseekers

Pelancaran semula Ford Fiesta LX 1.4L Manual dengan 7 beg udara


Ford Malaysia telah melancarkan semula varian hatchback kompak popularnya, Ford Fiesta LX 1.4L Manual yang kini didatangkan bersama 7 beg udara keselamatan. Menariknya, perubahan dari segi harga untuk model tersebut masih lagi minima pada kadar RM111.00 sahaja, kepada harga baru RM69,999.00 berbanding harga asal RM69,888.00, memang berbaloi.
Posted by Jobseekers

Gambaran model terbaru Kia Forte 2013

 Kia Motors telah mendedahkan dua keping lakaran generasi terbaru Kia Forte yang bakal masuk ke pasaran dunia pada suku pertama 2013. Turut dikenali dengan nama Kia Cerato di beberapa negara, generasi terbaru Kia Forte ini terlebih dahulu akan diperkenalkan di pasaran domestik Korea pada hujung tahun ini menggunakan nama baru - ‘K3’.

Kia Forte merupakan model global terlaris Kia pada 2011 dengan jumlah jualan lebih daripada 445,000 unit. Menurut Kia Motors, Forte 2013 akan diperkenalkan dalam bentuk sedan terlebih dahulu, yang kemudiannya diikuti dengan varian hatchback lima pintu dan coupe dua pintu. Melihat kepada lakaran di atas, Kia Forte 2013 dijangka tampil dengan rekaan lebih futuristik dan dinamik, dengan ruang kabin lebih luas.

p/s : Saya percaya Kia Forte 2013 akan menjadi antara model sedan terbaru yang paling ditunggu-tunggu di negara kita selepas ini.
Posted by Jobseekers

Toyota Porte & Toyota Spade antara model kompak keluaran Toyota yang mengujakan


Toyota Porte

Tidak banyak maklumat yang kita tahu berkenaan model kompak Toyota Porte sebelum ini memandangkan ianya hanya dijual di pasaran domestik Jepun. Begitu juga dengan model terbaru Toyota Spade yang hadir dalam bentuk rekaan kompak yang comel namun begitu mengujakan.

Antara keistimewaan kedua-dua model tersebut ialah ciri bukaan pintunya yang direka jenis menggelongsor, bagaikan ciri yang ada pada saudara mewahnya Estima dan Alphard. Kedua-dua model iaitu Porte yang direka bentuk semula rekaannya dan model terbaru Spade masih kekal eksklusif untuk pasaran Jepun, dengan sasaran jualan bagi Porte dan Spade sebanyak 4,000 unit sebulan. 




Toyota Spade

Toyota Porte dan Spade menggunakan enjin berkapasiti 1NR-FE 1.3 liter dan 1NZ-FE 1.5 liter, dipadankan bersama transmisi Super CVT-i. Dua versi disediakan sama ada dua pintu atau empat pintu, namun versi dua pintu dengan pintu gelongsor terbukti lebih unik. Pasti ramai yang bersetuju jika generasi kenderaan kompak seterusnya yang akan dihasilkan oleh Perodua adalah berasaskan model Porte dan Spade.

  



Posted by Jobseekers

Mitsubishi Evo Evolution


Ni la dia gambar perubahan Mitsubishi Evolution yang korang banggakan
Posted by Jobseekers

Wajah Sebenar Disebalik Topeng Kakashi Dalam Anime Popular Naruto


Jika anda adalah seorang pencinta Anime pasti anda juga tidak ketinggalan Anime yang Bercerita tentang Ninja kan, Pasti sudah tahu apa, Ya Naruto, Naruto adalah Anime yang sangat popular di seluruh dunia dan di Malaysia. Anda pasti sudah tahukan dengan Guru Naruto, Hatake Kakashi yang suka menyembunyikan wajahnya dengan Topeng pasti Topeng itu membuat anda ingin tahu kan wahjah sebenarnya. Pada kali ini Tabekpuang membuat entry Mengenai Terungkapnya Wajah Asli di Balik Topeng Hatake Kakashi di Kartun Anime Naruto.

Okay lihatlah Wajah Asli di Balik Topeng Kakashi Naruto, Check it out:


 v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Posted by Jobseekers
Tag :

Skuad Utama Bolasepak Malaysia (Harimau Malaya)





Nama Rasmi: Malaysia
Gelaran: Harimau Malaya
Jurulatih: K.Rajagobal
Kapten: Safiq Rahim
Pemain:
# Nama Tarikh Lahir Kelab Penampilan (gol)

Penjaga Gol
22 Khairul Fahmi Che Mat 7 Januari 1989 Kelantan 7 (0)
28 Mohd Sharbinee Allawee Ramli 12 Disember 1986 Terengganu 3 (0)

Pertahanan
2 Mohd Sabre Mat Abu 8 Ogos 1988 Kedah 13 (0)
3 Mohd Faizal Muhammad 3 Mac 1989 Harimau Muda 1 (0)
4 Mohd Asraruddin Putra Omar 26 Ogos 1988 Selangor 18 (0)
6 Mohd Razman Roslan 14 Ogos 1984 Selangor 1 (0)
7 Khairul Helmi Johari 31 Mac 1988 Kedah 0 (0)
18 Mahali Jasuli 2 April 1989 Harimau Muda 11 (1)
24 Mohd Muslim Ahmad 25 April 1989 Harimau Muda 15 (0)
27 Mohd Fadhli Mohd Shas 21 Januari 1991 Harimau Muda 7 (0)

Pemain Tengah
8 Mohd Safiq Rahim (Kapten) 5 Julai 1987 Selangor 17 (2)
12 Amar Rohidan 23 April 1987 Perlis 13 (0)
14 Mohd Khyril Muhymeen Zambri 9 Mei 1987 Kedah 21 (2)
15 K. Gurusamy 20 November 1988 Harimau Muda 2 (0)
16 S. Kunanlan 15 September 1986 Negeri Sembilan 15 (0)
17 Mohd Amri Yahyah 21 Januari 1981 Selangor 18 (5)
19 Mohd Faizal Abu Bakar 20 September 1990 Kedah 1 (0)
21 Mohd Amirul Hadi Zainal 27 Mei 1986 Selangor 22 (5)

Penyerang
9 Norshahrul Idlan Talaha 8 Jun 1986 Kelantan 17 (3)
10 Mohd Safee Mohd Sali 29 Januari 1984 Selangor 26 (13)
20 Izzaq Faris Ramlan 18 April 1990 Harimau Muda 2 (0)
26 Mohd Ashaari Shamsuddin 7 Jun 1985 Terengganu 12 (3)
Posted by Jobseekers

‘Jambatan Nabi Musa’ di Belanda




Pastinya anda masih ingat kisah Nabi Musa yang dianugerahkan wahyu oleh Allah SWT untuk membelah Laut Merah sekaligus menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya.

Menjadikan kejadian itu sebagai ilham serta pedoman kepada seluruh umat manusia, sebuah jambatan yang diberi nama ‘Jambatan Nabi Musa’ telah dibina di Belanda.

Pada masa yang sama, jambatan itu menjadi laluan pejalan kaki di Fort de Roovere yang direka oleh RO&AD Architects.

Jambatan itu dibina sedemikian kerana ingin memelihara pemandangan serta tidak mengubah landskap parit pertahanan yang dibina di kota tersebut.

Kayu Akoya diguna sebagai bahan utama binaan tersebut kerana ia mampu bertahan lama apabila direndam di dalam air jika dibandingkan dengan kayu jenis lain.

 Kebanyakan mereka yang menggunakan jambatan itu adalah pengunjung ke kubu lama berkenaan.
Selain itu, pengunjung yang hadir juga ingin merasai keunikan melalui jambatan itu apabila mereka berpeluang untuk menyentuh air di kubu tersebut.
Namun, ramai yang mempersoalkan jika berlaku hujan lebat ataupun banjir di kawasan tersebut, adakah jambatan itu mampu bertahan.
Apa kata anda berkenaan hasil binaan itu?




Posted by Jobseekers

Arsenal FC Kalahkan Malaysia 2-1



KUALA LUMPUR – Kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal FC bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Malaysia 2-1 pada perlawanan persahabatan sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa malam.

Kemenangan itu adalah yang kedua bagi kelab berkenaan yang juga dikenali sebagai ‘The Gunners’ selepas mengalahkan skuad kebangsaan 4-0 di venue yang sama semasa Jelajah Asia pasukan itu tahun lepas.

Pasukan negara yang diberi jolokan ‘Harimau Malaya’ terlebih dahulu mencemaskan The Gunners menerusi tendangan voli Mohd Safee Sali seawal minit kelima namun percubaannya berjaya ditangkap kemas penjaga gol Arsenal, Vitor Mannone.

Marouane Chamakh hampir membuka jaringan buat kelab Inggeris itu pada minit kelapan tetapi percubaannya berjaya ditolak keluar penjaga gol negara, Mohd Farizal Marlias.

Anak buah Datuk K. Rajagobal berjaya memecah kebuntuan pada masa kecederaan di separuh masa pertama apabila pemain pertahanan Mohd Azmi Muslim merembat kencang dari jarak 25 meter untuk menewaskan Mannone.

Buntu untuk mencari gol penyamaan, jurulatih Arsenal, Arsene Wenger membuat rombakan kepada pasukannya pada separuh masa kedua namun benteng pertahanan negara yang diketuai Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan S. Subramaniam berjaya mengekang asakan pasukan lawan.

Pemain yang baharu menandatangani kontrak dengan The Gunners dari Jerman, Thomas Eisfeld berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 akibat kelalaian benteng pertahanan negara.

Pemain muda, Chuks Aneke muncul wira dengan gol kemenangan Arsenal selepas rembatannya terkena pemain pertahanan Malaysia untuk Farizal tewas buat kali kedua pada minit-minit terakhir permainan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah menyampaikan piala dan pingat kepada kedua-dua pasukan berkenaan.

Arsenal akan mengakhiri Jelajah Asia mereka menentang pasukan Kitchee FC dari Hong Kong di Stadium Hong Kong pada Ahad ini. – BERNAMA
Posted by Jobseekers

Mamat Punca Isu Zed Zaidi Kemalangan Tersebar?




Tengah malam semalam dunia laman internet, Twitter menjadi kecoh seketika!

Kecoh di sebabkan sekeping gambar seorang pelakon lelaki yang juga Presiden Seniman, Zed Zaidi yang sedang berlumuran darah tersebar meluas.

Dia dikatakan telah terlibat dalam kemalangan.

Keadaannya dilihat parah hingga ada beberapa orang penyelamat sedang memapah dirinya keluar dari kereta.

Cerita kemalangan Zed Zaidi itu ‘berjaya’ ‘trending’ dalam hanya masa kurang dari 1 jam!

Namun, tak lama selepas itu, beberapa rakan artis tampil menjelaskan Zed Zaidi berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kemalangan.

Malah, di saat cerita dia dikatakan sedang bertarung nyawa, Zed Zaidi sebenarnya sedang menjalani sesi pengambaran di satu lokasi.

Jadi, kebenarannya, Zed Zaidi langsung tidak terlibat dalam kemalangan seperti cerita dalam Twitter yang tersebar meluas yang pada hakikatnya, dia hanya melakonkan watak ditimpa kemalangan.

Isu pokoknya sekarang, siapakah individu yang bertanggungjawab menyebarkan cerita palsu ini?

Dalam cerita yang Mynewshub.my paparkan sebelum ini, cerita yang mengatakan Zed Zaidi ditimpa kemalangan tersebar disebabkan oleh seorang peminat yang sedang berada di lokasi pengambaran dan dia menangkap gambar Zed Zaidi ketika itu.

Lalu, gambar itu telah disebarkan.

Tetapi, persoalannya sekarang, tidakkah peminat itu tahu yang Zed Zaidi sedang menjalani pengambaran? Tak masuk akal bukan? Tak nampakkah kamera ‘shooting’ dan krew-krew pengambaran di lakoasi?

Menurut pemerhatian penulis di Twitter, sewaktu cerita itu tersebar dalam jam lebih kurang 2.00 pagi, individu pertama yang menyebarkan gambar itu adalah seorang pelakon dan pelawak lelaki, Mamat Sepah.

Kemudian, Tweet Mamat Sepah itu di’retweet’ pula oleh seorang pelakon wanita, Azza Elite.

Dan ikuti pula oleh pelakon dan pengarah wanita lain, Isma AF7.

Namun, mungkin Azza dan Isma terfikirkan kebenaran cerita tersebut, mereka berdua telah menyiasat sendiri isu kemalangan Zed Zaidi.

Akhirnya, mereka berdua menjelaskan di laman Twitter sambil berbalas Tweet yang cerita itu hanyalah ‘propa’ semata-mata yang dibawa oleh si pembawa cerita yang kuat ‘berpropa’, kata Azza.

Jelaslah dalam setiap Tweet Azza dan Isma, mereka berasa marah dengan cerita ‘propa’ yang dibawa oleh si kaki ‘propa’.

Kalau dilihat kepada ayat si kaki ‘propa’ yang dikeluarkan Azza, ia jelas menunjukkan kepada Mamat Sepah.

Selepas kebenaran terbukti, Mamat Sepah tidak ada mengeluarkan langsung kenyataan itu adalah ‘propa’ sahaja di laman Twitternya.

Sebaliknya, dia rancak berbalas Tweet dengan seorang penyanyi Rock lelaki, Amy Search.

Jadi, benarkah Mamat Sepah yang menyebarkan cerita kemalangan Zed Zaidi?

Mynewshub.my cuba untuk mendapatkan maklum balas dari Azza dan Mamat Sepah sendiri mengenai isu tersebut, namun, panggilan tidak dijawab.

Kalau dari apa yang diperkatakan oleh Azza dan Isma tentang ‘kegemaran’ orang ramai menggunakan Twitter sebagai medium menceritakan perkara yang tidak benar adalah salah sememangnya ada betulnya.

Malah, isu yang sensitif seperti kemalangan, sakit atau sudah meninggal dunia tidak elok diolok-olokkan.

Beberapa bulan yang lepas sahaja, beberapa orang artis lain juga turut menerima kisah yang sama seperti Zed Zaidi.

Dah nampak macam jadi ‘badi Twitter’ pun ada!
Posted by Jobseekers

Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena




Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.

Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.

Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.

Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.

Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.

Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.

Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.

Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.

Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?

Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.

Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Mengapa berkahwin muda?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.

Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.

Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.

Wallahualam.
Selasa, 24 Julai 2012
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -