Citroen lancar model edisi istimewa DS3 Red – DS3 DStyle Red & DSport Red


Citroen telah melancarkan model edisi istimewa dengan penampilan menarik di pasaran Eropah sempena ketibaan tahun baru – Citroen DS3 DStyle Red & Citroen DS3 DSport Red. Kedua-dua model berkenaan diasaskan daripada model semasa DS3 DStyle dan DSport, dengan gaya lebih eksklusif bersama-sama peralatan standard tambahan.

Boleh didapati dengan pilihan dua warna Polar White atau Perla Nera Black, setiap model DS3 Red didatangkan eksklusif dengan ciri ‘Red Touch’ di bahagian dalaman dan luaran, yang mana ianya termasuk bumbung ‘Sport Red’ dan cermin sisi. Juga khusus untuk tema Red yang dikenakan ialah kemasan ‘Sport Red’ pada jeriji depan. Bahagian dalam pula menyaksikan papan pemuka dan bingkai pemegang pintu turut dipadankan dengan warna merah.


Selain itu agar ianya sepadan dengan pilihan pelanggan, model DS3 Red didatangkan dengan rim aloi ‘Ashera’ 16 inci dalam warna putih atau hitam untuk model DStyle Red, dan rim aloi ‘Bellone’ dalam warna hitam atau putih bersaiz 17 inci untuk versi DSport Red. Kesemua roda didatangkan lengkap dengan penutup tengah ‘Sport Red’.

Citroen DS3 DStyle Red tersedia sama ada dengan enjin petrol VTi 120 atau enjin diesel e-HDi 90 Airdream yang mengeluarkan emisi CO2 hanya 98g/km. Bagi model DS3 DSport Red, ia dikuasakan enjin petrol THP 155 dengan kotak gear manual enam kelajuan, atau enjin diesel e-HDi 115 Airdream, juga bersama-sama transmisi manual enam kelajuan.

Di bawah adalah gambar DS3 DStyle Red & DS3 DSport Red










Isnin, 7 Januari 2013
Posted by Jobseekers

Model Convertible Terpantas di Dunia – Bentley Continental GT Speed Convertible


Bentley bakal mengemukakan secara rasmi model terbaru Continental GT Speed Convertible, sebuah model convertible dengan empat tempat duduk yang didakwa sebagai yang terpantas di dunia dengan kelajuan maksimum mencecah 325 km/j.

Bentley Continental GT Speed Convertible dijadual akan membuat kemunculan antarabangsa pertama di Detroit (NAIAS 2013) pada 14 Januari depan. Prestasi model tersebut boleh dilihat pada keluaran kuasa kuda setinggi 625 PS (616 bhp) dan tork maksimum 800Nm yang berpunca dari enjin W12 6.0 liter dengan bantuan sistem pengecas turbo berkembar.

Prestasi pemanduan kemudiannya ditingkatkan lagi dengan kehadiran transmisi lapan kelajuan bernisbah rapat, sistem suspensi yang ditingkatkan kemampuannya dan menjadi lebih rendah (lowered suspension), talaan semula roda stereng untuk pecutan yang lebih menyeronokkan dan tajam, serta ciri pengendalian komunikatif tanpa menjejaskan ciri keselesaannya yang terkenal milik Bentley Continental convertible.




Logo baru ŠKODA untuk model Fabia dan Roomster


ŠKODA mengumumkan kehadiran logo baru untuk model Fabia dan Roomster, termasuk penampilan buat pertama kali logo berbentuk huruf ŠKODA.

Menurut ŠKODA, jenama dan nama model masing-masing akan muncul di bahagian belakang kenderaan, dengan tambahan huruf versi kenderaan seperti TSI atau TDI juga akan muncul dalam bentuk yang baru.

Berdasarkan perancangan ŠKODA yang merupakan pengeluar kenderaan dari Republik Czech, barisan model kenderaan sedia ada kini menerima penukaran logo baru agar ianya selari dengan reka bentuk korporat yang disemak semula pada tahun 2011.


Model pertama yang menampilkan logo baru ialah ŠKODA Citigo. ŠKODA Rapid yang diperkenalkan dalam tahun 2012 turut menggunakan logo baru. Fabia dan Roomster kini menjadi model ketiga dan keempat yang menerima logo terbaru.

Logo tersebut akan muncul di beberapa bahagian luaran dan dalaman kenderaan, termasuk di atas bonet, di bahagian belakang, di bahagian kemasan roda atau di bahagian tengah penutup roda, di atas roda stereng, penutup enjin dan juga terdapat pada kunci kenderaan.

Selain itu bagi model ŠKODA Fabia dan ŠKODA Roomster, peningkatan yang diterima termasuklah rekaan baru huruf penunjuk jenis enjin dan versi kenderaan antaranya seperti TSI, TDI, GreenLine atau vRS. Perkataan ŠKODA di bahagian belakang kenderaan pula merupakan yang pertama bagi kedua-dua model itu.




DISCOLOR TYRE : Peringatan Tukar tayar

Apabila anda memiliki kereta, anda harus tahu selok belok penjagaannya.Adalah perlu bagi pemilik untuk mengetahui bila minyak hitam, penapis minyak dan tayar harus ditukar. Bagi kami tayar kereta ialah yang agak sukar untuk maintain. Kita tak berapa perasan berapa banyak "bunga" tayar yang ada pada tayar kereta kita. Be honest now, berapa kerap anda melihat tayar anda bagi memastikan ianya tidak botak. Oleh sebab itulah kami suka dengan konsep Discolor Tyre rekaan Gao Fenglin dan Zhou Buyi. Bunga pada tayar dibuat menggunakan getah dengan dua warna berbeza. Apabila bunga sudah haus dan tiba masa untuk ditukar, lapisan getah bewarna akan kelihatan. Kini tidak ada lagi masalah lupa menukar tayar yang sudah botak. Genius idea! Adalah bagus jika konsep ini menjadi realiti



Kredit: Blogserius
Jumaat, 4 Januari 2013
Posted by Jobseekers

SEBUAH SEKOLAH UNTUK ORANG ASAL ECUADOR-Tu je yang ada

Tidak seperti di 1Malaysia, orang asal Ecuador tidak mendapat perhatian sepatutnya dari kerajaan. Di Manabi Ecuador, komuniti orang asalnya tidak mempunyai bangunan sekolah mereka sendiri. Jadi what do they do? Mereka membina sekolah mereka sendiri dengan menggunakan bahan yang mudah mereka perolehi di kawasan pendalaman. Sekolah ini dibuat daripada buluh bagi memastikan sekolah ini sentiasa sejuk dan memastikan pelajar sentiasa selesa.Masyuk

Bersyukurlah orang asli di Malaysia kan



Kredit:Blogserius
Posted by Jobseekers

PERSATUAN BOLASEPAK CHINA SALAHKAN FENG SHUI ATAS KEGAGALAN PASUKAN NASIONAL-Sah Bangang


Persatuan Bolasepak China sedang mengalami pergolakkan kerana prestasi pasukan negara mereka yang tidak memuaskan. Tambah menyedihkan liga kebangsaan China dibelenggu masalah rasuah yang kronik sehinga menyebabkan beberapa ahli eksekutif CFA (Chinese Football Association)  terpaksa meletakkan jawatan kerana skandal yang terlalu banyak.

Bagi memulihkan nama CFA dan prestasi bolasepak negara yang meruduh, pihak CFA dikatakan menggaji seorang pakai Feng Shui untuk melihat sama ada beliau boleh membantu. Menurut pakar Feng Shui orientasi bangunan CFA sekarang menghadap ke barat laut dan tenaga CHI yang mengalir mengakibatkan ahli CFA yang bekerja di dalam bangunan ini menjadi kaki judi tegar.

Seperti biasa peminat bolasepak China langsung tidak menerima alasan yang diberikan oleh CFA dan menganggap usaha membetulkan aliran CHI oleh pakai Feng Shui ini ialah langkah membuang masa untuk membaiki mutu bolasepak negara.

Sungguh kelakar. Rakyat China pun tak boleh nak terima alasan yang diberikan oleh persatuan bolasepak negara mereka. Di Malaysia apabila pasukan negara kalah asyik JURULATIH yang dibuang kerja tetapi ahli Persatuan Bolasepak Malaysia terselamat dari dibuang. At least in China ada ahli eksekutif yang malu dan sanggup meletakkan jawatan. Di Malaysia? I dunno liao!..Puih!!!


Posted by Jobseekers

Benelli Keeway Motorcycles Sdn. Bhd. tawar pelbagai model menarik untuk pasaran Malaysia

Kedua-dua jenama Benelli dan Keeway sememangnya agak baru bagi saya, namun hasil pemerhatian mendapati model-model berjenama tersebut yang ditawarkan untuk pasaran tempatan ketika ini agak menarik dan mampu bersaing dengan jenama lain.

Motosikal keluaran Benelli dan Keeway untuk pasaran Malaysia diedarkan oleh sebuah syarikat tempatan, Benelli Keeway Motorcycles (BKM) Sdn. Bhd., ditubuhkan pada bulan November 2010 yang lalu setelah mendapat lesen pemasangan eksklusif melalui kilang mereka di Bukit Beruntung, Selangor.''


Menurut maklumat daripada laman sesawang BKM, lokasi bilik pameran mereka ketika ini berada di alamat 256 A & 256 B, Jalan Ipoh, Batu 2, 51200 Kuala Lumpur. Antara model-model yang telah berada di pasaran ialah Keeway TX200G, Keeway Dorado 250, Keeway RKV200G, Benelli TnT899, Benelli Tre1130K dan Benelli Century Racer 1130.






Posted by Jobseekers

Terbaru-TMC lancar generasi baharu Toyota Crown


Pada penghujung Disember yang lalu, Toyota Motor Corporation (TMC) telah melancarkan generasi baharu Toyota Crown dalam dua versi sedan; ”Crown Royal” dan “Crown Athlete” untuk pasaran domestik Jepun.

Toyota Crown mula diperkenalkan pada tahun 1955, yang sehingga kini sudah sampai ke generasi yang ke-14. TMC meletakkan sasaran untuk menjual model sedan premium Crown baharu itu sebanyak 4,000 unit dalam tempoh sebulan.

Kedua-dua model Crown Royal dan Crown Athlete dikuasakan enjin V6 dalam sesaran 2.5 liter dan 3.5 liter, termasuk varian yang dilengkapi sistem hibrid terbaru 2.5 liter yang menggabungkan keluaran kuasa tinggi dengan tahap ekonomi bahan api tertinggi.


Kokpit Model Royal Series


Kokpit model Athlete


Model Athlete


Model Royal

Posted by Jobseekers

Nantikan!!! Kia Rio akan dilancarkan di Malaysia


Kia bakal melancarkan model kompak terbaru Rio tidak lama lagi untuk pasaran tempatan. Ketika ini melalui laman Facebook Kia Malaysia, anda berpeluang untuk memiliki sebuah Kia Rio terbaru dengan menyertai pertandingan The Rio Runabout Challenge.
Jumaat, 21 Disember 2012
Posted by Jobseekers

Penduduk Paling Gembira dan kurang Stress Dalam Dunia




Amerika Latin paling gembira

Bandar Raya Mexico: Penduduk paling gembira dan bersikap paling ceria di dunia berada di Amerika Latin.

Kedudukan teratas

Malah, tujuh daripada 10 kedudukan teratas senarai penduduk negara paling ceria adalah dari benua itu.

Tinjauan mengenai penduduk paling gembira dan ceria itu dijalankan di seluruh dunia oleh agensi Gallup membabitkan penyertaan 150,000 orang.

Satu daripada negara itu ialah Guatemala yang berada di atas Iraq dalam kedudukan Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengikut kategori jangka hayat, pendidikan dan pendapatan per kapita.

Tetapi, negara itu berada di kedudukan ketujuh dari segi emosi positif.

Sentiasa tersenyum
“Di Guatemala, sudah menjadi budaya bagi rakyatnya sentiasa tersenyum,” kata Luz Castillo, 30, jurulatih papan luncur.

“Walaupun menghadapi masalah, kami dikelilingi kecantikan semula jadi yang membolehkan kami melupakannya.”

Tanya 1000 orang

Gallup Inc. bertanya 1,000 orang di setiap 148 negara tahun lalu jika mereka mendapat rehat mencukupi, dilayani dengan perasaan hormat, senyum atau banyak ketawa, belajar atau melakukan sesuatu menarik dan merasai perasaan seronok pada hari sebelumnya.

Di Panama dan Paraguay, 85 peratus responden berkata ya kepada lima soalan itu, meletakkan negara berkenaan di tempat teratas.

Ia diikuti rapat oleh El Salvador, Venezuela, Trinidad dan Tobago, Thailand, Guatemala, Filipina, Ecuador dan Costa Rica.

Penduduk yang paling kurang melaporkan emosi positif tinggal di Singapura, negara kaya dan teratur yang juga antara paling maju di dunia.

Negara kaya lain juga berada di kedudukan bawah senarai itu. Jerman dan Perancis setaraf dengan Somalia untuk berada di tempat ke-47. - AP
Posted by Jobseekers

Honda Zoomer-X-Agak Comel dan Futuristik




Salah sebuah motosikal keluaran Honda di pasaran Thailand ketika ini ialah Zoomer-X, sebuah skuter 110cc dengan reka bentuk unik dan menarik. Antara kelebihan Zoomer-X ini selain mudah dikendalikan ialah tahap penggunaan petrolnya yang begitu menjimatkan, 53km per liter petrol.

Shoei GT-Air

Shoei UK telah mengumumkan pelancaran topi keledar muka penuh premium serba baru Shoei GT-Air, dengan kelengkapan teknologi terkini untuk lebih keselesaan dan keselamatan.



Posted by Jobseekers

Terbaik!!!!Versi istimewa Honda NSC50R dalam skim warna Samsung dan Repsol


 Honda NSC50R yang membuat debut pertama di UK melalui acara Motorcycle Live 2012 turut tampil dalam skim warna ‘special edition’ Repsol.


Menarik untuk pasaran UK, Honda memperkenalkan model ‘special edition’ skuter NSC50R terbaru dalam skim warna Samsung, dijual pada harga £1,900 OTR.
Posted by Jobseekers

Rare Giler!!!Modenas Kriss edisi Shell Advance


Agak-agak ade terjumpa ke kat luar ni???

Posted by Jobseekers

Produk terbaru dari Shoei : J-Cruise flip-front helmet



Sejak tahun 1958 lagi Shoei telah memberikan dedikasi penuh terhadap rekaan, pembangunan dan pengeluaran topi keledar berkualiti tinggi, menjadikannya syarikat peneraju di pasaran antarabangsa dalam teknologi pembuatan topi keledar.

Sewaktu pameran di acara Motorcycle Live 2012 di UK baru-baru ini, Shoei telah memperkenalkan barisan produk topi keledarnya untuk musim 2013 meliputi semua segmen; Racing, Off Road, Touring, Sports & Commuter.

Salah satu produk terbarunya yang dipertontonkan kepada orang ramai ialah topi keledar yang diberi nama ‘J-Cruise flip-front helmet’ seperti dalam gambar di atas. Shoei J-Cruise sebuah topi keledar yang praktikal untuk tunggangan kerana dilengkapi ‘visor’ depan jenis ‘flip’
Posted by Jobseekers

Oh! Tidak Facebook cadang kenakan bayaran penghantaran pesanan



SAN FRANCISCO: Facebook hari ini memulakan ujian kebolehlaksanaan dengan mengenakan bayaran sebagai jaminan mesej yang dihantar pihak yang tidak dikenali sampai kepada penerima laman rangkaian sosial.

Facebook berkata, ujian Mesej Facebook, yang hanya dilaksanakan di Amerika Syarikat membolehkan penghantar membuat pembayaran bagi pesanan elektronik yang dihantar ke akaun seseorang, walaupun individu berkenaan tidak dikenali.

Laman rangkaian sosial itu berkata, ia dilaksanakan bagi memastikan sama ada dengan menambah isyarat pembayaran dapat meningkatkan hanya penghantaran pesanan yang relevan dan berguna disalurkan kepada ahlinya.
Posted by Jobseekers

Rasuah lagi-Bekas bos MPS dijel tiga tahun



SHAH ALAM – Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman tersebut selepas berpuas hati kerana pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bakaruddin juga boleh dipenjara setahun lagi sekiranya gagal membayar denda.

Asmadi bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi memerintahkan tertuduh membayar denda.

Beliau turut menaikkan jumlah jaminan daripada RM8,000 kepada RM10,000 dan memerintahkan Bakaruddin melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad pertama setiap bulan.





Posted by Jobseekers

Terbaik!!!! Malaysia cipta sejarah lagi.....



VIENTIANE, Laos – Kontinjen Malaysia mencatat sejarah baharu pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2012 yang melabuhkan tirainya di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos semalam.

Buat pertama kalinya, Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan lebih manis kejayaan itu diraih di luar negara.

Kontinjen negara yang dibarisi 306 atlet mengungguli carta pungutan pingat pada temasya tersebut dengan membawa pulang 60 pingat emas, 47 perak dan 72 gangsa.

Malaysia mengatasi pencabar terdekat, Vietnam yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan 56 emas, 35 perak dan 28 gangsa manakala Thailand di tempat ketiga dengan pungutan 42 emas, 51 perak dan 55 gangsa.

Malaysia tidak pernah bergelar juara keseluruhan pada AUG yang dilangsungkan di luar negara sejak temasya ini diperkenalkan di Chiangmai, Thailand pada tahun 1981.

Kali terakhir Malaysia bergelar juara keseluruhan ialah ketika menjadi tuan rumah pada edisi ke-14 empat tahun lalu.

Kejayaan kali ini juga mengatasi pencapaian terbaik mereka pada edisi ke-15 di Chiangmai dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga dengan meraih 37 pingat emas, 34 perak dan 43 gangsa.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah boleh menarik nafas lega apabila dasar yang diperkenalkan menerusi penubuhan Pusat Tumpuan Sukan dan Pusat Kecemerlangan Sukan di semua Institusi Pengajian Tinggi dua tahun lalu kini sudah menampakkan impak yang positif menerusi kejayaan kali ini.

Pada temasya kali ini, skuad renang paling menyerlah apabila menyumbangkan pingat terbanyak buat kontinjen Malaysia sekaligus bergelar juara keseluruhan sepanjang empat hari acara itu dipertandingkan di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional Laos.

Skuad renang cemerlang apabila menyumbang 21 emas.

Acara terjun juga tidak menghampakan apabila menyapu bersih kesemua empat pingat emas yang ditawarkan dalam acara tersebut.

Atlet-atlet olahraga turut mencuri tumpuan apabila berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan dengan meraih 11 emas, 10 perak dan enam gangsa.

Kejayaan itu menyaksikan skuad olahraga negara melepasi sasaran sembilan emas yang ditetapkan sebelum bermulanya temasya ini.

Majlis penutup AUG ke-16 semalam telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Laos, Asang Laoli.

Majlis kemudiannya tertumpu kepada penyerahan bendera kejohanan yang diserahkan oleh Menteri Pelajaran dan Sukan Laos, Dr. Phankham Viphavanh kepada Presiden Majlis Sukan Universiti ASEAN, Prof. Datuk Dr. Kassim Md. Mansor.

Dr. Kassim kemudian menyerahkan bendera itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Sukan Selatan Indonesia, Muddai Madang.

Indonesia bakal menjadi tuan rumah edisi ke-17 AUG pada 2014.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2Fi5YuWxO
Hakcipta terpelihara
Posted by Jobseekers

Sah!!! Safee milik Johor



PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus berbelanja besar dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Semalam, Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan telah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali secara pinjaman musim depan.

Suhairi berkata, surat yang ditandatangani oleh Pengarah Arema, Ruddy Widodo menyatakan, Safee akan menyarung jersi Johor selama setahun bermula dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.

“Safee sepatutnya hadir malam ini (semalam) untuk menandatangani kontrak tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan terikat dengan peraturan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar daripada kem latihan mereka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2012.

“Namun, kami (PBNJ) telah mendapat pelepasan daripada Arema yang membenarkan Safee beraksi bersama Johor. Saya ada bukti dan saya boleh tunjuk kepada umum.

“Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama Johor. Kami memang bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 Disember (esok),” kata Suhairi ketika ditemui pemberita di Hotel Prince Kuala Lumpur malam tadi.

Terdahulu, sidang akhbar yang dirancang PBNJ untuk majlis menandatangani kontrak Safee tidak dapat diteruskan kerana pemain berusia 28 tahun itu tidak dapat hadir kerana terikat dengan peraturan FAM.

Situasi itu menyaksikan Suhairi bersama Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi bagi mendapatkan tandatangan Safee.

Mengulas mengenai yuran pinjaman dan gaji Safee, Suhairi berkata: “Berhubung perkara itu, kami tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa Safee akan mendapat gaji yang lebih baik daripada apa yang diterimanya bersama Arema.

Kosmo! difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan daripada Arema dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurang-kurangnya RM100,000 sebulan bersama Johor.

Pada 1 Februari lalu, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama kelab Indonesia itu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 juta. Kontrak dua tahun itu termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten pasukan.

Kontrak Safee bersama Arema akan tamat pada 2014.

Sebelum ini, lima pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Johor musim depan.




Rabu, 5 Disember 2012
Posted by Jobseekers
Tag :

KAJIAN DISKAUN UNTUK SAMAN AES



Kerajaan sedia mengkaji menawarkan diskaun kepada pesalah lalu lintas yang dirakam Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), bagaimanapun tidak berhasrat memansuhkannya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata ketika ini semua pesalah AES dikenakan kadar kompaun sama, tanpa membezakan sama ada jumlah had laju dilanggar besar atau kecil.       Katanya, ketika ini belum ada keputusan untuk memberi diskaun. Namun, selepas diasak Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang berpendapat wajar diberi diskaun bagi pesalah yang membayar dalam tempoh cepat, Cho Ha berkata: “Cadangan itu (diskaun) akan diambil kira,” katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, semalam.

Cho Ha bagaimanapun bersetuju dengan Bung Moktar supaya kaedah pembayaran saman itu dipermudahkan berbanding di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika ini.

Selain itu, katanya, usaha juga dibuat untuk membangunkan sistem mengesan kenderaan luar negara bagi memastikan mereka membayar saman di Malaysia.

Beliau berkata, AES dilaksanakan untuk menyelamatkan nyawa pengguna di jalan raya.
      Katanya, purata 19 kematian dicatat setiap hari di jalan raya dan di antara 2002 hingga tahun lalu, 64,195 kematian direkodkan.

“Analisa MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) mendapati menjelang 2020 jumlah kematian di jalan raya boleh mencecah 10,000 orang setahun.

“Negara mengalami kerugian RM8.3 bilion tahun lalu dan RM6.2 bilion sehingga September lalu, akibat kematian serta kecederaan di jalan raya,” katanya.


P/S: Bila dah Ada diskaun,jom kita ramai-ramai bayar,,
Jumaat, 23 November 2012
Posted by Jobseekers

Fuyo....alhamdulilah......Apek, Leuniey nikah 28 Disember



PETALING JAYA - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey pada 28 Disember ini pada majlis perkahwinan yang membabitkan kos RM300,000.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek, 23, berkata, keputusan untuk bernikah dengan Leuniey, 21, pada tarikh tersebut dicapai hasil persetujuan kedua-dua keluarga.

"Saya harap dengan pengumuman ini segala teka-teki mengenai perkahwinan kami sudah terjawab," ujar Apek pada sidang akhbar di Hotel Royale Bintang di sini semalam.

Leuniey bagaimanapun tidak hadir kerana menghadiri kursus perkahwinan di Kelantan.

Menurut Apek, majlis pernikahan bakal dilangsungkan di rumah Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada 28 Disember manakala majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember.

Persandingan di sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.

Pasangan itu turut mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royale Bintang, Damansara pada pukul 8 malam 13 Januari tahun depan.

Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas terlibat dalam pembikinan iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum milik penyanyi Siti Nurhaliza awal tahun ini.
Khamis, 22 November 2012
Posted by Jobseekers

Sekarang dah senang-Polis guna Facebook cari kaki pecah rumah



KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mencari 16 lelaki pelbagai keturunan bagi membantu siasatan kira-kira 200 kes pecah rumah yang berlaku di ibu negara dalam tempoh tiga tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain terlibat dalam kes-kes pecah rumah, ada dalam kalangan mereka yang dicari itu mempunyai rekod jenayah berkaitan kes-kes dadah.

“Jenayah pecah rumah boleh disifatkan menjadi kerja harian sebahagian daripada orang yang dicari itu malah ada antara mereka itu mempunyai 14 kes jenayah pecah rumah,” kata beliau pada sidang akhbar di Balai Polis Jalan Travers di sini.

Menurut beliau, kesemua orang yang dicari itu bergerak secara bersendirian dan ada sebahagian daripada mereka tinggal di luar Kuala Lumpur tetapi menjadikan rumah-rumah di ibu negara sebagai sasaran jenayah.

Chin Wah memberitahu, wajah-wajah penjenayah ini turut dimuat naik ke laman rasmi Facebook Polis Kuala Lumpur bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai mereka yang dicari.
Posted by Jobseekers

Chelsea pecat Di Matteo-Tengok muka dah tau dah



LONDON – Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo telah dipecat selepas skuad The Blues tewas 0-3 kepada Juventus pada aksi Kumpulan E kempen Liga Juara-Juara di Stadium Juventus awal pagi semalam.

Pengendali kelahiran Itali itu dipecat selepas enam bulan membimbing Chelsea, sekali gus menerima nasib yang sama seperti pengurus-pengurus sebelum ini.

Chelsea dilaporkan terpaksa mengambil keputusan drastik tersebut bagi mengelak juara Eropah itu gagal melepasi saingan peringkat kumpulan pada kempen Liga Juara-Juara.

“Prestasi dan pencapaian semasa belum cukup bagus. Pemilik dan ahli lembaga kelab ini merasakan bahawa perubahan wajar dilakukan bagi memastikan hala tuju kami masih berada di landasan yang sepatutnya,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Chelsea semalam.

Selepas tewas 1-2 kepada West Bromwich Albion dalam saingan Liga Perdana England hujung minggu lalu, pemilik Chelsea, Roman Abramovich ternyata sudah hilang sabar selepas mereka kalah kepada Juventus.

Kekalahan di peringkat kumpulan itu menyukarkan peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara kerana selain memenangi perlawanan terakhir, mereka juga terpaksa mengharapkan ihsan daripada pasukan lain untuk layak ke pusingan kalah mati.

Sehingga ini, pengganti Di Matteo masih menjadi teka-teki namun Chelsea dalam kenyataannya berjanji akan membuat pengumuman secepat yang mungkin.

“Bagaimanapun, pemilik dan ahli lembaga pengarah kelab tetap mengucapkan terima kasih kepada Di Matteo di atas sumbangan yang diberikannya sejak mengambil alih jawatan pengurus pada Mac lalu.

“Jasa Di Matteo membantu kami menjulang trofi Liga Juara-Juara yang penuh bersejarah dan trofi Piala FA buat kali ketujuh tetap akan dikenang,” katanya.

Begitupun, Di Matteo lebih berjaya selaku pengendali sementara musim lalu berbanding menjadi pengurus sebenar apabila menggantikan Andre Villas Boas musim ini.

Beliau merupakan pengurus Chelsea yang kelapan dipecat di bawah rejim Abramovich sejak pemilik dari Rusia itu membeli kelab tersebut pada 2003.

Chelsea bermula baik di awal musim di bawah bimbingan Di Matteo apabila menang tujuh perlawanan berturut-turut dan satu seri untuk menerajui Liga Perdana England.

Bagaimanapun, prestasi mereka tiba-tiba merudum apabila hanya mampu mencatat dua kemenangan daripada lapan perlawanan terbaharu di semua peringkat termasuk liga domestik dan Eropah.

Ketika ini, Chelsea menduduki tangga ketiga dalam saingan Liga Perdana England. – Reuters

Posted by Jobseekers

Inalilawainnalilahirajiun-Nyawa melayang waktu dinihari


KAMPAR – Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi cedera parah dirempuh sebuah treler membawa muatan barangan makanan ringan di Kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara-Selatan, kira-kira tiga kilometer dari susur keluar ke Gopeng di sini semalam.

Dalam kemalangan ngeri pada pukul 4.30 pagi itu, tiga mangsa yang terkorban di tempat kejadian ialah Shaharudin Abdul Aziz, 51, dari Kuala Kangsar; Mohd. Shafie Ismail, 56, dari Ipoh dan Mohd. Hafez Yunos, 39, dari Keramat, Kuala Lumpur.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kampar.


Seorang lagi mangsa tragedi itu ialah Ismady Mohd. Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah. Ismady meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Empat mangsa yang cedera parah merupakan dua pekerja Propel iaitu Dino Azmi, 38, dan Shafudin Abdul Jalil, 31, manakala dua lagi mangsa membabitkan kakitangan Time.com, Azhan Ismail, 44, dan Mahyuddin Idris, 48.

Kesemua mangsa yang cedera parah dirawat di HRPB.


Semasa kejadian kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja penggantian kabel optik telefon kecemasan SOS di laluan kecemasan di kawasan tersebut yang rosak dipercayai angkara perbuatan mencuri kabel di situ.

Seorang mangsa yang cedera parah, Dino memberitahu, tragedi itu berlaku dengan pantas iaitu sejurus selepas dia terdengar bunyi brek kenderaan yang kuat sebelum dia dan tujuh yang lain terus terpelanting ke tepi lebuh raya akibat dirempuh sebuah kenderaan.

Cerita Dino yang patah kaki kanan, mereka semasa itu baru memulakan kerja-kerja di kawasan tersebut dan langsung tidak nampak kehadiran treler berkenaan sehingga terdengar bunyi brek yang kuat.

Sekitar kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja penggantian kabel optik itu sudah di kelilingi kon keselamatan.

“Sedar-sedar, saya nampak tiga rakan terperosok di bawah tayar treler dan dalam keadaan merangkak saya menghubungi polis dan ambulans,” katanya ketika ditemui.

Kesemua mangsa yang berada di bawah tayar meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang maut di hospital tercampak kira-kira lima meter.

Pemandu treler, Zulkifli Mohd. Noor, 41, dari Langkawi, Kedah dan kelindannya, Mohd. Rozi Mat Sharif, 44, turut cedera parah dan dirawat di HRPB.

Jenazah kesemua mangsa yang terbunuh dituntut keluarga masing-masing petang semalam.

Posted by Jobseekers

Apa nak jadi ni-Malaysia terikat seri dengan Bangladesh



SKUAD Datuk K. Rajagobal hampir malu besar. Lawan Bangladesh pun tidak boleh menang, inikan pula mempertahankan AFF Suzuki. Sudah tentu itu mesej yang cukup jelas diterima pengendali Harimau Malaya, Rajagobal semasa skuad kendaliannya sekadar seri 1-1 dengan Bangladesh dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Dengan hanya kurang 2,000 penonton hadir ke stadium, itupun sebahagiannya penyokong Bangladesh, tidak mustahil senario yang lebih kurang sama bakal berulang ketika aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Piala AFF Suzuki menentang Singapura di stadium sama Ahad ini.

Apa tidaknya, 'penyakit lama' Harimau Malaya yang sering kehilangan kawalan bola seperti mana ketika tumpas 0-1 dan 0-2 kepada Vietnam dan Thailand serta seri 1-1 dengan Hong Kong dalam tiga siri persahabatan sebelum ini dilihat sekali lagi berulang ketika berdepan Bangladesh malam tadi.

Janji Rajagobal untuk menghadiahkan kemenangan buat penyokong Malaysia dalam ‘eksperimen terakhir’ malam tadi juga tidak ubah sekadar lawak semata-mata.

Mujurlah ada sorakan ‘Ultras Malaya’ yang setia berdiri teguh di belakang skuad negara di stadium malam tadi bagi mengimbangi sokongan gegak gempita penyokong Bangladesh.

Pada aksi malam tadi, Malaysia bermula garang seawal minit keenam namun percubaan Khyrill Muhymeen Zambri terus ke dakapan penjaga gol lawan, Mamun Khan.

Tuan rumah bertambah kecewa apabila rembatan kaki kiri Mohd. Safee Sali tersasar pada minit ke-17 sebelum tandukan Safiq Rahim juga gagal menemui sasaran empat minit kemudian.

Penantian Harimau Malaya akhirnya berbaloi apabila Khyrill tenang menanduk masuk hantaran Safiq hasil satu sepakan penjuru untuk gol pendahuluan tuan rumah pada minit ke-22.

Gol itu jelas menyuntik semangat Malaysia menggandakan asakan apabila Khyrill sekali lagi merobek gawang lawan pada minit ke-33, namun jaringannya dibatalkan pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed kerana ofsaid.

Skuad kendalian Saiful Bari Titu yang sekali-sekala menyerang begitupun kecewa apabila sepakan percuma Md Zahid Hossain melambung tinggi sebelum rembatan Md Waly Faisal ditepis penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias pada penghujung babak pertama.

Percaturan Rajagobal membawa beberapa pemain gantian seperti Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saarani pada babak kedua juga tidak menjadi.

Sebaliknya, Bangladesh yang tempang dengan 10 pemain selepas Pranotosh Kumer Des dibuang padang pada minit ke-78 gara-gara mengutip kad kuning kedua pula dilihat bertambah garang menggempur kubu tuan rumah.

Hasilnya, pelawat berjaya menyamakan kedudukan apabila Md Jahid Hasan Ameli tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81 untuk gol penyamaan Bangladesh selepas Mithun Chowdry dikasari Irwan Fadli Idrus.

Peluang terakhir Malaysia menebus maruah juga berkecai apabila sepakan percuma Baddrol ditepis keluar Mamun Khan pada masa kecederaan.

Apa yang pasti, keputusan itu bukan sahaja meresahkan peminat tempatan tetapi juga mengundang debar Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilihat bergegas bertemu Rajagobal selepas perlawanan tamat.

Apa pun, sama ada Harimau Malaya mampu ‘mengaum’ atau tidak pada kejohanan Piala AFF Suzuki kali ini, hanya Rajagobal yang mengetahui jawapannya.
Rabu, 21 November 2012
Posted by Jobseekers

Hafeq Lari Sebab Takut Tak Dapat 5A...-Saya tidak berguna pada keluarga.

NORLIDA (kanan) menangis bersama Hafeq selepas anaknya dijumpai semula selepas melarikan diri selepas namanya tercicir sebagai calon mendapat 5A di SK Bandar Uda 2, Johor Bahru.


Keriangan 267 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2 meraikan kejayaan bertukar kecoh apabila salah seorang calonnya melarikan diri kira-kira dua jam.

Semuanya bermula apabila nama pelajar terbabit, Hafeq Shakirin Abdul Halim, 12, tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A di sekolahnya.

Setelah menyedari kehilangan pelajar itu, pihak sekolah dan keluarga Hafeq panik sehingga membuatkan ibunya, Norlida Mohd. Yusop, 36, dan seorang lagi anaknya, Dania Elliana, 9, menangis di tengah-tengah orang ramai.

Selepas dua jam mencari akhirnya Hafeq ditemui di dalam Dewan Jubli Perak yang terletak satu kilometer dari sekolah dalam keadaan menangis pukul 3.10 petang oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40.

Hafeq ketika ditemui berkata, dia kecewa apabila namanya tidak disebut oleh guru sekolah sebagai pelajar mendapat 5A walaupun telah memperoleh keputusan cemerlang itu dan mengambil keputusan melarikan diri kerana tidak mahu melihat ibunya bersedih.

“Saya lihat nama kawan-kawan lain yang dapat 5A sudah dipanggil tapi nama saya tidak. Jadi saya tertekan. Waktu itu saya hanya fikir saya tidak berguna untuk keluarga,” kata anak sulung daripada dua beradik itu sambil menangis teresak-esak.
Selasa, 20 November 2012
Posted by Jobseekers
Tag :

Astagfirulah!!! NASA Sembunyikan Kehebatan Kota Mekah



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi

Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda:

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)

Wallahu’alam….

Rabu, 14 November 2012
Posted by Jobseekers
Tag :

Anne Ngasri sah bertunang


Selepas berteka-teki siapakah yang menjadi tunangan kepada pelakon, Anne Ngasri, akhirnya ia terjawab semalam apabila terdapat sekeping gambar tersebar di beberapa laman portal.
Jejaka yang telah berjaya mengisi hatinya itu adalah Setiausaha Kerja Pemuda Umno Malaysia, Mohd Sumali Reduan.
Menerusi portal Rotikaya.com, hari ini, laman berkenaan berjaya mengumpulkan beberapa keping gambar lagi semasa pertunangan Anne berlangsung.
Layankan gambar ini.





Isnin, 12 November 2012
Posted by Jobseekers

Apabila Britney spears pakai tudung


Hidup ini memang penuh dengan masalah adakalanya ia terlalu menyerabutkan  fikiran hingga buntu kita dibuatnya.
Jadi untuk meringankan  otak yang serabut itu, berbagai cara dibuat oleh manusia.
Terbaru, entah siapa-siapa telah memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan penyanyi-penyanyi seksi seperti Lady Gaga, Britney Spears dan Rihanna dalam keadaan yang cukup sopan siap berhijab


Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -