Selamat Tinggal-Pengeluaran Volkswagen Kombi akan dihentikan selepas 63 tahun kitaran hayatnya
Volkswagen Kombi, sebuah model ikonik yang masih dijual di pasaran Brazil akan menemui penamat kitaran hayatnya pada penghujung tahun depan, selepas membuat kemunculan selama 63 tahun bermula dari tahun 1950 di negara kelahiran asalnya Jerman.
Menurut laporan GoAuto.com.au dan majalah Car and Driver, contoh terakhir Kombi akan dikeluarkan dari kilang Sao Bernardo del Campo di Brazil. Volkswagen menjual Kombi di pasaran Brazil sejak tahun 1957, dan pengeluaran semasanya berdasarkan fasa 2 dari model T2 yang dibangunkan di Jerman antara tahun 1967 dan 1979.
Keputusan menamatkan pengeluaran Kombi disebabkan oleh pengenalan standard keselamatan yang lebih ketat di Brazil bagi setiap kenderaan yang dijual mulai 1 Januari 2014, yang mana ianya perlu dilengkapi dua beg udara depan dan sistem brek dengan ciri ABS.
Modenas Ace 115 New Facelift kini di pasaran
Antara barisan model terbaharu keluaran Modenas yang mendapat perhatian ramai ketika ini ialah Modenas Ace 115 yang dilancarkan pada bulan Mac 2012 yang lalu.
Modenas Ace 115 ditawarkan dalam skim warna merah (Fire Bricks (Red)), putih (Sand White), hijau (Ivory Green) dan biru (Blue). Bagi merancakkan lagi jualannya, Modenas memperkenalkan versi terkini Modenas Ace 115 New Facelift baru-baru ini.
Modenas Ace 115 New Facelift hadir dalam corak warna lebih menarik merah (Red White) dan biru (Blue White) yang ternyata berjaya mengubah penampilannya menjadi lebih sporti. Dikuasakan enjin 120cc empat lejang, Ace 115 New Facelift ditawarkan pada harga runcit RM4,598.00.
Di bawah berikut merupakan spesifikasi rasmi Modenas Ace 115 New Facelift;
Engine
Type 4 stroke, SOHC, 1 cyclinder
Bore X Stroke 55.0 x 50.6 mm
Displacement 120 cc
Compression Ratio 9.8
Carburetor SPACO AV20
Ignition System Magneto – CDI
Starting System Electric Starter
Cooling System Air Cooled
Fuel Tank Capacity 5.3 litre
Fuel Consumption 46.1 km/litre @ 80km/hour
Transmission
Type 4-speed rotary
Clutch Centrifugal and wet mutiple disc
Primary Reduction Ratio 3.048 (64/21)
Final Reduction Ratio 2.786 (39/14)
Driving System Chain
Chassis
Type Square Pipe Backbone
Front Suspension Telescopic Fork
Rear Suspension Trailing Swing
Front Brake Disc (220 mm)
Rear Brake Drum (110 mm)
Electrical System
Battery 12 V 5 Ah
Boon Siew Honda lancar dua model automatik serba baharu – Honda Spacy dan Honda PCX...Menarik sungguh ni!!!
Pada penghujung Oktober yang lepas, Boon Siew Honda Sdn Bhd, pengedar motosikal berjenama Honda di pasaran Malaysia telah melancarkan dua buah model automatik serba baharu yang menawan – Honda Spacy dan Honda PCX.
Kedua-duanya yang diperkenalkan oleh Honda sebagai model ‘Automatic Transmission’ global, terlebih dahulu diperkenalkan di pasaran Eropah, Amerika dan sekitar Asia, sebelum membuat kemunculan rasmi di pasaran Malaysia dengan menampilkan ciri keselamatan termaju, dimensi yang ditambah baik dan ciri keselesaan bergaya.
Dengan corak pemanduan mudah ‘easy-to-ride’, praktikal, selamat dan menjimatkan bahan api, Spacy dan PCX dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan inovasi termaju.
Kedua-dua model automatik itu direka dengan gaya dan pengendalian mudah, menjadikan tunggangan lebih menyeronokkan.Untuk pasaran tempatan, Boon Siew Honda menawarkan Spacy pada harga atas jalan RM4,999.00, sementara PCX ditawarkan pada harga RM10,888.00 untuk varian Deluxe, dan RM10,688.00 untuk varian Standard.
Kedua-duanya yang diperkenalkan oleh Honda sebagai model ‘Automatic Transmission’ global, terlebih dahulu diperkenalkan di pasaran Eropah, Amerika dan sekitar Asia, sebelum membuat kemunculan rasmi di pasaran Malaysia dengan menampilkan ciri keselamatan termaju, dimensi yang ditambah baik dan ciri keselesaan bergaya.
Dengan corak pemanduan mudah ‘easy-to-ride’, praktikal, selamat dan menjimatkan bahan api, Spacy dan PCX dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan inovasi termaju.
Kedua-dua model automatik itu direka dengan gaya dan pengendalian mudah, menjadikan tunggangan lebih menyeronokkan.Untuk pasaran tempatan, Boon Siew Honda menawarkan Spacy pada harga atas jalan RM4,999.00, sementara PCX ditawarkan pada harga RM10,888.00 untuk varian Deluxe, dan RM10,688.00 untuk varian Standard.
Honda PCX
Honda Spacy
Lanyak sampai koma-Polis Bangang Abadi
KUCHING: Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.
“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Menurutnya, tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu.
Majistret Zulhairil Sulaiman membenarkan kedua-dua pegawai berpangkat inspektor itu direman tiga hari bermula semalam untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
RM40,000 lesap, RM3,000 ‘disedut’-Tu lah kaw tamak sangat kan.......
SHAH ALAM: Terpedaya dengan janji bakal memperoleh keuntungan RM320,000, seorang usahawan wanita dari Seksyen 7, di sini, mendakwa ditipu dan dipukau sekumpulan lelaki mengakibatkan kerugian RM40,000, Ogos lalu.
Tidak cukup setakat itu, ahli perniagaan terbabit, Azizah Che Meh, 29, berdepan pula kehilangan wang kutipan perniagaan lebih RM3,000 dipercayai ‘disedut’ menggunakan sihir selepas kejadian itu hingga dia trauma dan terpaksa mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam.
Azizah ketika ditemui berkata, semua masalah itu berpunca apabila tiga lelaki menghubunginya pada 28 Ogos lalu yang kononnya mahu mendapatkan perkhidmatan katering syarikatnya bagi satu majlis membabitkan kos ratusan ribu ringgit.
“Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Alias datang berjumpa saya di sebuah restoran di Padang Jawa, di sini dan pada pertemuan itu, Alias bersama dua rakannya itu pada mulanya berbincang mengenai perkhidmatan katering itu.
“Selepas itu mereka mula bercerita mengenai penjualan tanah di Meru, Klang yang didakwa boleh mendatangkan keuntungan. Alias meminta saya menjadi ejen kerana tanah itu akan dibeli seorang yang dikenali sebagai Datuk Syed yang bersedia membayar RM920,000 dan mereka akan memperoleh keuntungan RM320,000,” katanya.
Azizah yang memiliki tiga restoran di Seksyen 7, Padang Jawa dan TTDI Jaya, di sini, berkata, pada pertemuan kali kedua di Subang Jaya, dia menyerahkan RM40,000 kepada seorang lelaki didakwa menantu pemilik tanah berkenaan selepas dipujuk Alias.
Menurutnya, dia kemudian diberikan satu dokumen surat kuasa bagi urusan penjualan tanah itu manakala Alias pula meyakinkannya sebahagian lagi wang yang perlu dibayar kepada pemilik asal tanah sudah dijelaskannya.
Katanya, dia langsung tidak merasa apa-apa, tetapi hanya keesokannya selepas Subuh, baru dia berasa tidak sedap hati dan membuat pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Selepas diperiksa, dua nama dalam surat kuasa itu memang wujud, tetapi nombor kad pengenalan palsu. Lebih menyedihkan, pemeriksaan terhadap tiga nombor telefon yang menghubungi saya juga semuanya menggunakan kad pengenalan palsu,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, baru-baru ini.
Mangsa buka cerita-serabuk peruk la kawe demo nih...
KUALA LUMPUR: Walaupun ditetak dan cuba ditikam empat lelaki bersenjatakan parang, Wan Mohd Faizal Wan Mohd Najib, 24, yang kini menerima rawatan bersyukur kerana terselamat selepas mempertahankan diri habis-habisan daripada dibunuh suspek.
Katanya, ketika kejadian, seorang daripada suspek cuba beberapa kali menikamnya, namun dia sempat mengelak dan menendang suspek.
Menceritakan apa yang berlaku pada Ahad lalu, Wan Mohd Faizal berkata, sebelum kejadian, dia bertemu dan minum dengan seorang rakannya, namun ketika ingin pulang, rakannya itu mengajak berjumpa seseorang berhampiran sebuah restoran di Seksyen 6, Wangsa Maju, kira-kira jam 10 malam.
“Sebelum kejadian, rakan saya ajak jumpa dan minum. Ketika saya mahu pulang, rakan saya itu mengajak saya menemaninya bertemu seseorang berhampiran sebuah restoran di Seksyen 6 Wangsa Maju, dan saya ada terdengar dia bercakap di telefon memberitahu lokasi kami berada ketika itu.
“Beberapa minit kemudian, saya diserang empat lelaki yang semuanya memegang parang dan mahu menetak serta menikam saya. Saya cuba mempertahankan diri dengan menendang mereka sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, dia difahamkan rakan yang bersama dengannya itu melarikan diri sebaik mangsa diserang selain turut menggunakan nama seorang lagi rakannya dikenali ‘Botak’ bagi mengaburi mata mangsa kononnya Botak menjadi dalang insiden itu.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, setakat ini seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan di Gombak, pagi semalam bagi membantu siasatan.
“Tangkapan dibuat awal pagi tadi (semalam) di kediaman lelaki berkenaan di Gombak dan polis kini memburu tiga atau empat suspek yang dipercayai terbabit dengan kes itu.
“Suspek kini direman sehingga Selasa depan dan kita harap dengan tangkapan berkenaan dapat membantu polis dalam mengenal pasti suspek yang melakukan serangan terhadap mangsa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Katanya, mangsa kini sudah sedar dan polis sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengambil keterangan daripadanya dengan lebih teliti selain tidak mahu mengganggu proses rawatan mangsa.
‘Atasi ketumpulan’ Come on Harimau Malaya
KETUMPULAN jentera serangan negara ketika menentang Vietnam perlu segera diperbaiki apabila menentang Thailand dalam aksi persahabatan malam ini. Teguran pengendali negara, Datuk K Rajagobal wajar dipandang serius ketika saingan sebenar untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF berbaki kurang tiga minggu lagi.
“Saya melihatnya secara positif. Teguran itu mungkin cabaran untuk kami mencipta lebih banyak peluang dan memanfaatkannya, tidak seperti ketika menentang Vietnam,” kata pemain sayap negara, Azamuddin Md Akil yang kini bersama skuad negara di negara Gajah Putih itu. Katanya, mereka kini berazam memburu kemenangan pada aksi malam ini selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Vietnam dalam aksi persahabatan.
“Bagi saya, kami perlu menang demi menjaga maruah negara. Ia juga bagi mengembalikan keyakinan menghadapi Piala AFF,” kata pemain yang turut mempunyai kebolehan beraksi di posisi penyerang itu. Pada perlawanan bertemu Vietnam Sabtu lalu, jentera serangan skuad negara diketuai Norshahrul Idlan Talaha bersama Mohd Safee Sali dengan Azamuddin bertindak sebagai pemain sayap. “Saya tidak kisah bermain di mana-mana posisi dengan fokus memberikan yang terbaik kerana tidak mahu menjadi penumpang dalam pasukan,” katanya yang beraksi di posisi penyerang apabila bersama Pahang dalam saingan liga domestik.
Perlawanan menentang Thailand turut dijangka membuka peluang kepada beberapa pemain membuktikan kemampuan dengan tiga tonggak utama iaitu dua pertahanan tengah, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Fadhli Shas selain pemain tengah, Amar Rohidan mengalami kecederaan. Antara yang berpotensi untuk diturunkan menentang skuad kendalian jurulatih berpengalaman dari Jerman, Winfried Schafer adalah Mohd Faizal Muhammad dan Amirizwan Taj Tajuddin di bahagian pertahanan tengah dan perancang Kelantan, Mohd Shakir Saari berganding bersama Mohd Safiq Rahim.
Rajagobal turut mengharapkan barisan pemain mempamerkan peningkatan berbanding aksi menentang Vietnam pada Sabtu lalu sekali gus mencerminkan pemain bersedia pada segenap aspek menghadapi Piala AFF nanti. Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan berakhir seri tanpa jaringan dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF 2010 yang menyaksikan Malaysia muncul juara kejohanan terbabit buat kali pertama.
Terbaik larh weh-Akan datang Toyota Prius c TRD Sportivo
Sesuai dengan namanya, Prius c TRD Sportivo tampil dengan rekaan luaran dan dalaman lebih sporti berbanding model standard. Ia hadir bersama Aerokit TRD Sportivo, lampu nyala siang (daytime running light), emblem TRD Sportivo, karpet lantai TRD Sportivo, hiasan lampu kombinasi belakang dan jalur sukan (sports stripe).
Boleh didapati dalam pilihan empat warna iaitu Putih (Lime White Pearl CS), Perak (Silver Metallic), Hitam (Black Mica) dan Merah (Super Red V), Toyota Prius c TRD Sportivo ditawarkan pada harga RM103,990.00 OTR termasuk perlindungan insuran. UMW Toyota Motor mengumumkan tempahan untuk model itu kini telah dibuka.
Mat Yo boleh tebus kontrak dan go to Johor.....Masyuk!!!!
HASRAT penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha untuk meninggalkan Kelantan bagi menyertai Johor pada musim depan semakin menjadi kenyataan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menjelaskan kontrak pemain bola sepak tempatan boleh ditamatkan secara sebelah pihak, sama ada oleh pemain atau pasukan mengikut peraturan yang tertera dalam Kontrak Pemain Bola Sepak.
Badan induk bola sepak negara itu menerusi satu kenyataan menjelaskan, mengikut Perkara 8.5 dan 8.6 kontrak terbabit, perkara itu boleh dilakukan dengan syarat pihak yang membatalkan kontrak hendaklah membayar ganti rugi keseluruhan baki nilai kontrak kepada pihak kedua.
“Pemain boleh memohon menamatkan kontrak secara sebelah pihak dan pasukan berhak mendapat ganti rugi menyeluruh baki nilai kontrak itu. Contohnya, jika jumlah baki kontrak adalah 12 bulan dan jumlah gaji pemain RM10,000 sebulan, pasukan berhak mendapat ganti rugi RM120,000,” menurut kenyataan itu.
Begitu juga sebaliknya, jika pasukan yang menamatkan kontrak secara sebelah pihak, pemain berhak mendapat gaji atau lain-lain bayaran imbuhan daripada seluruh baki nilai kontrak berkenaan dan pemain itu dibebaskan daripada semua aspek pentadbiran berkaitan kontrak berkenaan.
Andai berlaku pertikaian antara pemain dan pasukan asal, ia akan diselesaikan menerusi Jawatankuasa Status dan Pemindahan Pemain FAM, mengikut Peraturan Status dan Pemindahan Pemain FAM, Artikel 21, sekiranya kes terbabit dilaporkan kepada FAM.
Norshahrul yang kini bersama skuad negara di Thailand membantu Kelantan menjulang tiga piala musim ini, sebelum ini menyuarakan hasrat meninggalkan The Red Warriors walaupun masih mempunyai baki kontrak setahun.
Selain bayaran terbabit, kenyataan FAM itu turut menyebut tiada peruntukan lain untuk mana-mana pihak membuat sebarang tuntutan tambahan.
Menurut kenyataan itu, pendaftaran pemain yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan asal perlu dirujuk kepada Peraturan Status dan Pemindahan Pemain, FAM, Artikel 18.
“Pasukan baru yang berhasrat menandatangani kontrak dengan pemain pasukan asal, hendaklah terlebih dulu memaklumkan kepada pasukan asal dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan sebelum kontrak tamat. Jika pasukan asal setuju, rundingan pasukan baru dan pemain pasukan asal boleh diadakan dan sebaliknya, jika tidak bersetuju.
“Namun jika pasukan asal masih tidak mengeluarkan notis melanjutkan kontrak kepada pemain dalam masa dua bulan sebelum kontrak tamat, pemain boleh berunding dan memasuki kontrak dengan pasukan baru tanpa mendapat kebenaran daripada pasukan asal.”
Aduhai tunangku! Apa pun x boleh la...
BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.
Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.
Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.
“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.
“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditanya.
KOLEKSI KERETA ADIWIRA JUSTICE LEAGUE OLEH KIA (16 GAMBAR)
Beberapa minggu yang lalu kami ada paparkan kereta KIA yang diubahsuai menggunakan tema adiwira Batman. Hari ini mari kita lihat empat lagi kenderaan KIA yang diubahsuai dengan kerjasama syarilkat komik DC. Kelima-lima kereta ini diubahsuai supaya kelihatan seperti kenderaan milik adiwira Justice League. Lima kenderaan yang diubah suai ialah Kia Optima Batman, Kia Forte Flash, Kia Rio Aquaman, Kia Forte Cyborg dan Kia Soul Green Lantern. Kesemua pengubahsuaian dilakukan oleh West Coast Customs yang terkenal melalui siri TV Pimp My Ride. Kami kini menanti siri TV baru Superhero My Ride di MTV.
Kredit:Blogserius
Kredit:Blogserius
Najwa Latiff idam 6A nanti nak masuk Universiti
BATU PAHAT: Artis remaja popular, Najwa Latiff, 17, yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim di sini, semalam, mengidam keputusan 6A bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran pada masa depan.
Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang terkenal menerusi lagu popularnya, Cinta Muka Buku mengakui terpaksa berkorban demi menduduki peperiksaan itu termasuk menangguhkan sebarang aktiviti seninya sejak beberapa bulan lalu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses mengulangkaji pelajaran.
“Ketika membuat rakaman mahu pun persembahan, saya tidak pernah mengabaikan pelajaran dan sering mencuri masa mengulangkaji pelajaran selain mengikuti tuisyen.
“Seperti pelajar lain, saya juga gugup, namun yakin mampu menjawab semua kertas peperiksaan dengan baik,” katanya.
Najwa antara 192 pelajar calon sekolah itu semalam, menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 di Dewan Seri di sekolah berkenaan.
KARENAH PENUMPANG KERETAPI DI INDIA (11 GAMBAR)
Syukurlah!
Di Malaysia kita cukup gemar mengutuk betapa tidak efisyennya KTM. Ada juga kami dengar rakyat Malaysia enggan menaiki KTM Komuter kerana "banyak Indo, Bangla dan Nepal". Rakyat Malaysia mungkin tidak menyedari betapa beruntungnya mereka kerana sistem keretapi kita jauh lebih moden dari apa yang ada di India. Berikut ialah gambar yang diambil oleh Steve McCurry, jurugambar tersohor dari National Geographic. Selepas melihat gambar di bawah kami pasti anda akan rasa lebih bersyukur dengan apa yang ada di negara kita
On a side note walaupun sistem keretapi di India ini kuno, tidak terdapat masalah kelewatan yang kronik. This I find amazing because you would expect with ancient engines and what not the system should be crappier than our modern system. So KTM, sila majukan servis ok! Kami suka naik Komuter tetapi jika boleh tepati schedule tentunya lebih ooomph.
Kredit.Blogserius
Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor tangguh pemasangan kamera AES...Yang Lain Bila Lagi
Berita yang boleh dikatakan agak baik untuk semua pemandu-pemandu kenderaan di keempat-empat buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.
Menurut laporan, pimpinan di keempat-empat buah negeri itu bersetuju untuk menangguhkan sementara pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada Kementerian Pengangkutan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata sejumlah 331 kamera AES dicadangkan pemasangannya di kesemua negeri yang ditadbir oleh PR, namun pemasangan itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan di setiap negeri yang terlibat.
Pada sidang media yang diadakan di Lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam, Lim berkata mereka akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali.
Anggota bomba disambar api ketika bertugas
KOTA BHARU - Operasi memadam kebakaran oleh sepasukan anggota bomba di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa dekat sini bertukar malang apabila 10 orang daripada mereka mengalami kecederaan.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam apabila sebuah tangki minyak silinder yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan api menyambar anggota terbabit.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman memberitahu, ada empat tangki minyak silinder di tempat tersebut dengan dua daripadanya mengalami kebocoran dan terbakar dengan salah satu daripadanya meletup.
"Minyak silinder yang berada di dalam dua buah tangki tersebut bocor dan tumpah sebelum mengenai api yang masih menyala menyebabkan kebakaran menjadi marak sehingga api tersebut menyambar 10 anggota kita yang sedang berusaha memadamkan kebakaran.
"Tujuh daripada anggota yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian manakala, selebihnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, dekat sini. Lima daripada mereka melecur dengan agak serius," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika operasi memadam kebakaran tersebut hampir selesai.
Sebelum itu, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.11 pagi dan seramai 39 pegawai dan anggota bersama lima buah jentera dari Balai Bomba Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Darulnaim dan Tunjung telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurut Azmi, antara kecederaan yang dialami anggotanya ialah melecur pada muka, tangan, leher dan badan.
Pegawai dan anggota bomba yang mengalami kecederaan serius ialah Pegawai Kanan Bomba I (PBK I), Abdullah Din Mohamed; PBK II, Nazah Nafi; Pegawai Bomba (PB), Wan Asri Wan Yaacob, PB Zulkifli Mahmad dan PB Abdul Razak Abdullah.
Sementara itu, lima lagi yang mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Unit Pesakit Luar ialah Penguasa Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmar Mat Yusoff, PB Mohd. Zakee Daud, PB Rohanizam Othman, PB Mohd. Fathir Mohd. Jusoh dan PB Mohd. Shaiful Fitri.
Sementara itu, pemilik kilang berkenaan, Ong Cheok Hong, 38, berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pekerjanya kira-kira pukul 8.10 pagi dan terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.
Jelasnya, gudang tersebut sebelum ini digunakan untuk aktiviti mencelup tayar terpakai sebelum operasi kilang tersebut dipindahkan ke Lembah Klang sejak beberapa bulan lalu dan gudang tersebut kini hanya dijadikan pusat servis tayar sahaja.
"Ketika ini saya hanya mempunyai lima orang pekerja dan kesemua mereka tidak mengalami kecederaan," ujarnya.
Alhamdulilah inilah Rumah Allah..
Pernah tidak anda terfikir, apa sebenarnya terdapat dalam Kaabah. Jika di zaman Arab Jahiliyah dulu, seperti termaktub dalam sejarah, kita tahu yang dalam Kaabah terdapat banyak patung-patung sembahan. Selepas pembukaan Mekah oleh Nabi Muhammad SAW, semua patung-patung itu telah dibuang. Gambar-gambar yang dilukis atau diconteng oleh orang Arab Jahiliyah di dalam Kaabah turut dibersihkan. Maka, sekarang, apa yang telah terjadi di dalam Kaabah? Adakah anda tahu? Betul ke ada banyak emas perak dan permata di dalam Kaabah? Adakah hanya sebuah bilik kosong sahaja? Saksikan gambar-gambar dan artikel terperinci di bawah.
Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy. Tiang-tiang Kaabah itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.
Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.
Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.
Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.
Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.
Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.
Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.
Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.
Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.
Perigi Harta Dalam Kaabah
Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.
[1] Beliau adalah bekas presiden Islamic Society of North America (ISNA) dan merupakan sahabat penulis buku ini. Sekarang menjadi ahli majlis shura ISNA dan majlis fiqh Amerika Utara.
Dipetik dari buku Membongkar Rahsia Kaabah, karya Azizan Ahmad. Pernah bekerja sebagai “Book Adviser” di TIMES and LIFE, sebuah penerbitan antarabangsa Amerika yang terkemuka dan di Strait’s Times Press.
Tabah betul Gadis Ni Baru 12 Tahun Menjaga Ayah Yang Uzur
Gadis 12 tahun ini menjaga ayah beliau yang mengalami brain damage di hospital seorang diri. Huang Puli, 12 tahun dari Guanling, Provinsi Guizhou gigih menjaga ayah beliau yang mengalami kecederaan otak yang kronik setelah jatuh daripad pokok desember lalu.
Huang Puli menjaga ayah beliau kerana ibunya sudah 3 tahun melarikan diri dari mereka berdua. Gadis cilik dan tabah ini kini menjaga ayahnya sehingga terpaksa berhenti sekolah. Makan. minum, mandi dan pakai ayah beliau diuruskannya.
Bagus budak ini.Harapnya dikurniakan syurga oleh tuhan yang maha pengampun lagi maha pengasih. She is a role model to us all.
Tiz Zaqyah & Remy Ishak Di Kota London Untuk ‘Cinta Jangan Pergi’
Demi untuk mengekalkan status kami sebagai pencuri gambar Instagram selebriti, maka kami kembali lagi dengan seleksi gambar Tiz Zaqyah & Remy Ishak di benua Eropah. #LOL
Tiz Zaqyah & Remy Ishak bersama krew penggambaran telah terbang ke kota London untuk merakamkan adegan percintaan drama bersiri 26 episod arahan Khabir Bhatia.
Drama bersiri berjudul Cinta Jangan Pergi itu bakal ke’udara di TV9 apabila siap sepenuhnya nanti dan mereka berada di kota London selama 20 hari bermula 18 Oktober lalu.
Dan, mereka sebenarnya ketika ini dalam perjalanan pulang ke Malaysia & sementara mereka di’terjah media lain, kita layan gambar mereka di’sana terlebih dahulu. Heh. Enjoice!
Kredit:Rotikaya
Pergh!!!!!Ko tengok ni Lamborghini Murcielago Yang Palsu ‘Made In China’
Kehebatan industri pemalsuan di China memang tidak dapat disangkal lagi. Setelah hampir kesemua produk terkemuka di dunia di-ciplak kan, kini giliran jenama automotif terkenal dunia, Lamborghini pula untuk di palsukan. Nak tahu cerita lanjut, mari baca kat bawah ni..
Bagi mereka terutamanya golongan muda yang berhasrat ingin memiliki sebuah kenderaan berjenama Lamborghini, kini tidak perlu risau lagi. Terima kasih kepada sebuah pengeluar kenderaan yang telah pun membina replika Lamborghini yang 99% hampir sama dengan yang asli. Selalunya, bagi membeli sebuah Lamborghini yang original, anda perlu membawa keluar duit sebanyak US$400,000, namun dengan kenderaan yang diperbuat daripada China ini, anda hanya perlu membayar sebanyak US$65,000 sahaja.
Walaupun bahagian luar kenderaan Lamborghini mempunyai kesamaan hampir 99%, namun untuk bahagian dalaman, ia 70% ciplak. Replika Lamborghini ini dinamakan sebagai Shanzai Lamborghini di China. Pengeluar kenderaan ini mempunyai bengkel mereka sendiri yang khusus untuk membina kenderaan seumpama ini dan diedarkan ke seluruh Asia. Tempoh untuk mendapat tempahan kenderaan adalah selama 5 bulan dan perlu membayar deposit sebanyak 210,000 yuan.
Spesifikasi kenderaan:
- Menggunakan enjin 2.2 liter Toyota 5s dan 2.0 t 3S, mampu memecut dari 0 – 100km/j dalam masa 9 saat, 175 kuasa kuda, bunyi 90% sama dengan Lamborghini asli, badan saiz 1:1, hiasan dalaman seperti Lamborgini namun papan pemuka (dash board) bukan asli.
- Sukar untuk medapatkan nombor pendaftaran, tempoh tempahan selama 5 bulan dan perlu membayar deposit 50% dari harga penuh kereta iaitu 210,000 yuan.
- Mmepunyai power window, power wings, sistem GPS, kemera sokongan, kerusi kulit asli dan hiasan dalaman bercirikan kulit asli.
- Hiasan dalaman kereta boleh dilakukan mengikut permintaan pelanggan tapi mustahil untuk sama 100% seperti yang asli.
- Warna kereta dan warna bahagian dalaman mengikut citarasa pelanggan.
- Pelindung enjin tidak lutsinar (original punya nampak enjin), rim kereta pun ciplak, nak rim original kena tambah 50,000 yuan sebagai bayaran tambahan.
- Bumper kereta mengikut stail keluaran 2007.
- Kunci kereta original kena tambah lagi 9,000 yuan sebagai bayaran tambahan.
- Tahap keselamatan kereta sama dengan tahap keselamatan kenderaan berjenama Toyota.
- Meletakkan ciri tambahan seperti keluli tahan karat, paip besi dan plat besi di bahagian pintu tempat duduk penumpang dan pemandu.
- Meletakkan tali pinggang keledar jenis racing.
- Kenderaan ini lebih khusus untuk pameran sahaja.
- Simbol jenama Lamborghini, kaca, gril alur, lampu hadapan, dan aksesori tambahan adalah yang original daripada kilang. Untuk mendapatkan lampu jenis LED terbaru dibahagian lampu belakang, perlu membayar lagi 10,000 yuan sebagai kos tambahan.
- Steering jenis racing dengan logo asli Lamborghini.
- Kesemua butang kawalan dalaman kereta ada lah asli.





.jpg)





.jpg)
.jpg)


























