Posted by : Jobseekers Sabtu, 18 Mei 2013


Berita baik untuk mereka yang sudah lama mengidam untuk mendapatkan kereta Suzuki Swift. Suzuki Malaysia Automobile telah mengumumkan harga untuk Suzuki Swift 1.4 A/T yang dipasang di Pekan Pahang. Harganya ialah RMRM65,888 untuk varian GL dan RM73,788 untuk varian GLX. Kedua-duanya ialah harga OTR tanpa insuran.

Untuk varian GL, pengurangan harga yang berlaku ialah sekitar RM10,000. Namun untuk varian GLX, penjimatannya sekadar RM2,000 sahaja. Namun untuk varian GL, kebanyakan ciri-ciri yang ada pada GLX telah dikurangkan dan ini pastinya mengecewakan bakal pembeli.

Suzuki Swift 1.4 CKD GLX mempunyai kawalan audio di stering, airbag di bahagian penumpang, keyless go dan push button untuk menghidupkan enjin, suhu kawalan secara kawalan, 16 inci rim dan retractable wing mirrors dengan indikator. Sementara Suzuki Swift 1.4 CKD GL hanya mempunyai kawalan aircond secara manual, satu airbag, 4 speaker (berbanding 6 di dalam GLX) dan 15 inci rim.

Agak banyak perbezaan di antara GL dan GLX. Adakah anda masih akan menjadi pembeli Suzuki Swift CKD ini? Pilihan terletak di tangan anda. Yang penting, kaji dulu sebelum melakukan sebarang pembelian.

Gambar:


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -