Jaafar Onn mencari calon isteri
KUALA LUMPUR 6 Jan - Dianggap sebagai lelaki lemah lembut, Jaafar Onn (gambar) yang dianggap sebagai artis serba boleh, tidak pernah melupakan hasrat untuk bernikah lagi.
Malah, pada usia mencecah 60 tahun, Jaafar mengakui dia masih mempunyai keinginan untuk mencari pasangan sebagai isteri.
"Semua orang memerlukan pasangan untuk melalui kehidupan bersama, saya juga tidak terkecuali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, melalui laman FanPage Cari Jodoh Online, Jaafar telah mengumumkan hasrat untuk mencari isteri baru setelah lebih 20 tahun menduda.
Beliau juga membuat pengumuman mencari isteri baru melalui laman sosial Facebook peribadinya.
"Ini merupakan salah satu usaha saya untuk menamatkan zaman bujang. Memang banyak maklum balas diterima, saya sendiri tidak sangka.
Kredit : Utusan
Terbaru-Terukir Di Bintang juara AJL27
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Lagu Terukir Di Bintang dendangan Aizat mempamerkan kehebatan apabila dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini.
Lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik, Yuna melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan trofi.
Sementara itu, lagu nyanyian Azlan & The Typewriter berjudul Idola meraih naib juara.
Komposer Audi Mok dan penulis lirik lagu itu Azlan, membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.
Bishop lega kenyataan Mat Sabu
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Bishop Katholik, Dr. Paul Tan Chee Ing (gambar) lega dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa parti Islam itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti diputuskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.
Beliau berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam amat memeranjatkan dan bertentangan dengan kesepakatan dicapai pakatan pembangkang berhubung perkara itu tiga tahun lalu.
"Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," katanya seperti dipetik dalam portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini.
Kredit : Utusan
Penyelewengan Tabung Memali terbongkar
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Pas berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.
Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.
Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.
Kredit : Utusan
Kekecewaan ibu bapa tambang bas sekolah naik
Kuala Lumpur: Golongan ibu bapa kecewa dengan tindakan segelintir pengusaha bas sekolah khususnya di Lembah Klang yang didakwa menaikkan harga tambang bagi sesi persekolahan 2013.
Mereka menyifatkan tindakan sedemikian bukan saja bercanggah dengan peraturan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), malah turut membebankan ibu bapa terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Linda, 40, dari Bangi berkata, beliau yang sebelum ini membayar RM30 bagi tambang bas sekolah anaknya, kini dikenakan RM40, walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi daripada kerajaan mengenainya.
Saya amat terkejut apabila pengusaha bas sekolah memaklumkan bahawa mulai sesi persekolahan ini saya perlu membayar tambang bas sekolah anak RM40 dan berasa hairan kerana tiada sebarang pengumuman mengenai kenaikan tambang (bas sekolah).
Pengusaha bas sekolah memberi alasan mereka terpaksa menaikkan (tambang) disebabkan kenaikan harga alat ganti kenderaan, selain kos operasi turut meningkat dari semasa ke semasa, katanya, semalam.
Hajaz Ahmad, 41, dari Alam Damai, Cheras berkata, pada hari pertama persekolahan pengusaha bas sekolah sudah memaklumkan kepadanya mengenai kenaikan harga tambang dalam tempoh terdekat ini.
Pengusaha sudah pun memberi notis memaklumkan mengenai kadar tambang baru membabitkan kenaikan antara RM5 hingga RM10 dalam tempoh terdekat ini..., ketika ini saya membayar tambang RM55, katanya.
Sementara itu, Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) yang mewakili kira-kira 14,000 ahli seluruh negara menafikan berlaku kenaikan tambang bagi sesi persekolahan ini.
Setiausaha Agungnya, Md Saad Mohamad berkata, disebabkan tiada sebarang pengumuman rasmi daripada SPAD, maka pengusaha bas sekolah tidak dibenarkan menaikkan harga tambang.
Pada masa sama, pihak kami turut bimbang terhadap perkhidmatan van sapu yang beroperasi sebagai bas sekolah haram, terutama di Lembah Klang yang kadang kala mengenakan kadar tambang tinggi, katanya.
Saingan bermula!
12 pasukan mulakan aksi sulung Liga Perdana hari ini
Kuala Lumpur: Liga Perdana menyingkap tirainya hari ini dengan semua 12 pasukan turun diiringi satu tekad - memulakan kempen dengan langkah kanan.
Perlawanan membabitkan empat pasukan Liga Super musim lalu - Kedah, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur antara yang menjadi tumpuan selain pasukan Liga Perdana, Sime Darby yang mencuri tumpuan apabila muncul naib juara Piala FA musim lalu.
Sejarah lapuk
Kedah yang dikendali Mario Tot dari Croatia melakukan rombakan besar-besaran musim ini bagi memastikan reputasi sebagai pemenang tiga kejuaraan juara dua kali (2007 dan 2008) tidak terus menjadi sejarah lapuk skuad Kenari itu.
Selain bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang kembali menyarung jersi Hijau Kuning musim ini selepas dua tahun bersama Perak, Kedah turut memanggil semula Nelson Martin dari Chile dan penyerang baru, Chayene Santos dari Brazil.
Sime Darby yang kempunan beraksi di Liga Super musim ini selepas sekadar menduduki tangga ketiga musim lalu, pastinya mahu mengekalkan rentak cemerlang di kancah Liga Perdana terutama dengan ketiadaan Tentera dan Pahang.
Tidak pandang remeh
Skuad kendalian Ismail Zakaria tahun ini dibarisi lebih ramai pemain berpengalaman selepas kehilangan beberapa pemain muda berbakat musim lalu dan kehadiran dua import dari Croatia, Goran Perak dan Karlo Primorac dijangka memberi nafas baru.
Cabaran dua pasukan Borneo, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh dipandang remeh dengan kekecewaan saingan Liga Super musim lalu menjadi pembakar semangat untuk kembali menyertai liga bola sepak paling berprestij negara tahun depan.
Bagaimanapun kehadiran pendatang baru Liga Perdana, UiTM FC dan KL SPA tidak boleh dipandang remeh, walaupun tanpa pemain import, semangat juang tinggi pemain tempatan mereka mampu menjadi sandaran untuk mengejutkan pasukan lebih berpengalaman.
Jadual perlawanan Liga Super hari ini
UiTM FC mln Kedah (Std Hang Tuah, 4.45 ptg)
Pos Malaysia mln K Lumpur (Std Selayang, 4.45 ptg)
Polis mln NS Betaria (Std Hang Jebat, 4.45 ptg)
Johor mln Sime Darby (Std Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 8.45 mlm)
Sabah mln KL SPA (Std Likas, 4.15 ptg)
Perlis mln Sarawak (Std Utama Negeri, 4.15 ptg)
Kredit : Berita Harian
Dibunuh kekasihnya Kerana Mengandung Kali Ke-10
Kekasih Dibunuh Kerana Mengandung Kali Ke-10 - Seorang lelaki didapati bersalah menetak hingga mati seorang wanita sebelum membuang mayatnya ke dalam tong sampah.
Shuana Lee 36, yang hamil bayi kembar dibunuh oleh Karl Burman. Mangsa mempunyai sembilan orang anak.
Mayatnya tidak dijumpai dan dipercayai telah dibakar.
Burman, 24, dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh.
Ketika perbicaraan dijalankan, pendakwa raya Mark Wall, memberitahu Mahkamah di Birmingham, defendan yang berang kerana wanita itu hamil lagi, memotong badan mangsa lalu memasukkannya ke dalam beg plastik hitam dan membuangnya.
Polis menyiasat kehilangan Shuana tetapi tidak berjaya sehinggalah Burman mendail 999 enam bulan selepas Shuana hilang pada November 2010 dan mengaku membunuh teman wanitanya.
Wall berkata, “Dia mengaku membunuhnya dengan menggunakan penukul dan memotong mayat mangsa dengan menggunakan gunting pokok.
Burman berkata dia mengambil masa dua hari untuk mengerat mayat Shauna. Dia kemudian memasukkan mayat Shauna ke dalam plastik hitam sebelum membuangnya
Kredit : Web Berita
Pakistan, India bergolak lagi
GAMBAR yang dirakam pada 3 Jun, 1999, askar India mengambil bahagian dalam latihan ketinggian untuk menyediakan mereka berjuang di paras tinggi di Genting Zojilla di Srinagar - Leh, lebuh raya Kashmir, India. Seorang askar Pakistan terbunuh dan seorang lagi cedera, apabila tentera India menyerbu sebuah pos tentera di sempadan kedua-dua negara di Kashmir, tentera berkata. Ia berkata pertukaran kebakaran itu berterusan selepas serangan India di penanda sempadan di sektor Haji Pir, 80 kilometer utara Islamabad.
Askar bertempur di sempadan Kashmir, seorang maut
Islamabad: Tentera Pakistan dan India semalam saling melepaskan tembakan ke arah kedudukan lawan dekat sempadan Kashmir menyebabkan seorang askar maut. Pakistan menuduh askar India menyeberangi garisan sempadan sementara dipanggil ‘Garisan Kawalan’ sebelum menyerbu sebuah pos kawalan mereka, tuduhan yang ditolak tentera jirannya.
Askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra” - Kenyataan tentera Pakistan
Kenyataan tentera Pakistan memberitahu, askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra.
“Tentera Pakistan bertindak balas sewajarnya. Seorang askar Pakistan syahid manakala seorang lagi parah,” menurut kenyataan itu.
Ia juga mendakwa, askar India berundur hingga tertinggal selaras senjata dan pisau.
Tentera India nafi
Jurucakap tentera India di Srinagar, menafikan askarnya melintasi masuk ke seberang sempadan.
Kolonel Brijesh Pandey menuduh tentera Pakistan melancarkan serangan mortar ke sebuah kampung dalam kawalannya di daerah Uri bertentangan dengan Haji Pir.
“Pada 3.15 pagi kelmarin, askar Pakistan melancarkan serangan mortar menyasarkan perkampungan Uri,” katanya.
Kashmir yang didiami Muslim terletak di Himalaya dan menjadi dua punca peperangan di antara jiran itu yang merdek pada 1947.
Kedua-dua negara juga mencapai persetujuan untuk melakukan gencatan senjata sejak November 2003.
Bagaimanapun, itu tidak menghalang mereka daripada bergaduh dari masa ke masa atau saling membuat tuduhan pihak lawan mencabul gencatan senjata itu.
Seorang lelaki maut
Bulan lalu, pegawai di Kashmir berkata, tembakan askar India menyebabkan seorang lelaki maut dan tiga lagi cedera di dua kampung.
India juga sering menuduh Pakistan menghantar militan ke wilayah Kashmir kawalannya ketika kekacauan meletus seperti sekarang.
Kredit:Berita Harian
Askar bertempur di sempadan Kashmir, seorang maut
Islamabad: Tentera Pakistan dan India semalam saling melepaskan tembakan ke arah kedudukan lawan dekat sempadan Kashmir menyebabkan seorang askar maut. Pakistan menuduh askar India menyeberangi garisan sempadan sementara dipanggil ‘Garisan Kawalan’ sebelum menyerbu sebuah pos kawalan mereka, tuduhan yang ditolak tentera jirannya.
Askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra” - Kenyataan tentera Pakistan
Kenyataan tentera Pakistan memberitahu, askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra.
“Tentera Pakistan bertindak balas sewajarnya. Seorang askar Pakistan syahid manakala seorang lagi parah,” menurut kenyataan itu.
Ia juga mendakwa, askar India berundur hingga tertinggal selaras senjata dan pisau.
Tentera India nafi
Jurucakap tentera India di Srinagar, menafikan askarnya melintasi masuk ke seberang sempadan.
Kolonel Brijesh Pandey menuduh tentera Pakistan melancarkan serangan mortar ke sebuah kampung dalam kawalannya di daerah Uri bertentangan dengan Haji Pir.
“Pada 3.15 pagi kelmarin, askar Pakistan melancarkan serangan mortar menyasarkan perkampungan Uri,” katanya.
Kashmir yang didiami Muslim terletak di Himalaya dan menjadi dua punca peperangan di antara jiran itu yang merdek pada 1947.
Kedua-dua negara juga mencapai persetujuan untuk melakukan gencatan senjata sejak November 2003.
Bagaimanapun, itu tidak menghalang mereka daripada bergaduh dari masa ke masa atau saling membuat tuduhan pihak lawan mencabul gencatan senjata itu.
Seorang lelaki maut
Bulan lalu, pegawai di Kashmir berkata, tembakan askar India menyebabkan seorang lelaki maut dan tiga lagi cedera di dua kampung.
India juga sering menuduh Pakistan menghantar militan ke wilayah Kashmir kawalannya ketika kekacauan meletus seperti sekarang.
Kredit:Berita Harian
Dilatihnya kucing ini membawa telefon ke penjara
BRASILIA - Seekor kucing yang dilatih oleh para banduan untuk membawa telefon bimbit dan pelbagai peralatan menggali terowong telah ditangkap di sebuah penjara di timur laut Brazil.
Menurut seorang ketua kesatuan pengawal penjara Alagoas, Marcelo Avelino, seorang pengawal itu yang melihat kucing tersebut kemudian mendekati haiwan berkenaan.
Avelino menjelaskan, pengawal berkenaan mendekati kucing tersebut kerana dia mendapati terdapat sesuatu yang ganjil pada tubuh haiwan itu.
Beliau memberitahu akhbar O Globo, pengawal itu yang mendekati haiwan berkenaan mendapati terdapat sebuah beg yang dibawa kucing itu.
Menurutnya, beg tersebut mengandungi mata gergaji dan peralatan menggali untuk digunakan dalam penggalian terowong.
Beliau berkata, sebuah telefon bimbit turut ditemui termasuk bateri dan alat pengecas.
Kucing itu kerap dilihat masuk dan keluar dari penjara berkenaan.
Seorang pegawai penjara tersebut, Luiz de Oliveira Souza memberitahu portal berita G1, para banduan tersebut telah membela haiwan itu.
Souza menyatakan, saudara-mara banduan kerap membawa pulang kucing itu selepas mereka datang ke penjara tersebut.
"Kami berasa amat terkejut dengan taktik baharu banduan itu yang melatih haiwan supaya ia datang semula ke penjara dan membawa barang-barang," katanya.
Bashar muncul beri ucapan secara berani
DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata, negaranya belum menemui 'rakan sekutu' bagi menyelesaikan krisis politik di negara ini yang telah berlanjutan selama 21 bulan.
Beliau berkata demikian pada ucapan pertamanya dalam tempoh tujuh bulan di hadapan sejumlah orang di sini semalam.
"Hanya kerana kita tidak menemui sekutu, ia tidak bermakna kita tidak berminat berhubung penyelesaian politik," kata beliau ketika berucap di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Dar Al-Assad.
Katanya, konflik yang berlaku bukan melibatkan pemerintah dan pembangkang tetapi antara negara dengan pihak musuh.
"Satu perkara yang pasti adalah orang-orang yang kita hadapi hari ini merupakan mereka yang membawa ideologi Al-Qaeda," kata Bashar.
"Terdapat mereka yang ingin memecah-belahkan negara ini dan melemahkannya.
"Bagaimanapun, Syria terlalu kuat dan akan kekal berdaulat. Itu yang membuatkan pihak Barat berasa susah hati."
Penentangan terhadap pentadbiran Bashar mula tercetus pada Mac 2011.
Sejak itu, lebih 43,000 nyawa terkorban dan kebanyakannya merupakan orang awam.
Terdapat juga perangkaan yang menyatakan 60,000 orang telah terbunuh di Syria.
Kebangkitan penduduk yang berjuang dalam pertempuran menentang tentera Bashar berlaku kerana mereka marah dengan kepimpinannya.
Bashar dilihat gagal membawa pembaharuan pentadbiran terutamanya seperti isu-isu kebebasan bersuara.
Pertempuran tersebut berlaku selepas kebangkitan penduduk menuntut demokrasi berlaku di Tunisia, Libya dan Mesir.
Kredit : Kosmo Online
Messi calon pilihan sekali lagi
ZURICH - Penyerang terbaik dunia, Lionel Messi dijangka muncul pemain pertama yang menjulang Anugerah Pemain Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut pada majlis rasmi yang bakal berlangsung esok.
Penyerang Argentina berusia 25 tahun itu menjadi calon pilihan bagi mengatasi rakan sepasukannya di Barcelona, Andres Iniesta dan Cristiano Ronaldo daripada Real Madrid.
Sekiranya menjadi kenyataan, ia merupakan satu lagi kejayaan besar buat Messi yang terlebih dahulu melakar sejarah tahun lalu apabila menjaringkan 91 gol, sekali gus mengatasi pencapaian legenda Jerman, Gerd Mueller.
Begitupun, Messi sekali lagi menegaskan, sebarang rekod tidak memberi makna jika dia gagal membantu Barcelona menjulang trofi Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara musim ini.
"Sudah tentu saya teruja apabila berjaya memecahkan sebarang rekod tetapi kejayaan membantu Barcelona muncul juara lebih penting.
"Misi saya adalah untuk membantu Barcelona menjulang trofi Liga Sepanyol, Piala Raja Sepanyol dan juga Liga Juara-Juara.
"Ia jauh lebih utama berbanding mana-mana rekod peribadi," kata Messi.
Pada masa sama, Messi kekal merendah diri dan tidak terkilan jika anugerah itu menjadi milik Iniesta.
"Jika Iniesta menang, dia memang berhak berdasarkan apa yang dilakukannya bersama Barcelona.
"Bagi saya, kejayaan Iniesta juga cukup bermakna buat kami," kata Messi.
Untuk rekod, Messi dan legenda Perancis, Michel Platini merupakan pemain yang berjaya menjulang anugerah Ballon d'Or sebanyak tiga kali berturut-turut.
Dua legenda Belanda, Johan Cruyff dan Marco van Basten juga pernah merangkul anugerah itu sebanyak tiga kali sebelum ini.
Ronaldo pula memberitahu, dia tidak kecewa jika gagal merangkul anugerah tersebut.
"Jika saya menang, sudah tentu ia kejayaan yang cukup sempurna tetapi jika tewas, ia bukan petanda dunia saya telah berakhir," kata Ronaldo yang merangkul anugerah itu pada 2008.
Kredit : Kosmo Online
SPRM siasat isu pajakan tanah
KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung isu pajakan tanah lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada sebuah syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan dua pemimpin DAP Perak.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menerima fail-fail berkaitan urusan pajakan tanah tersebut daripada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas.
“Pihak SPRM telah menerima dokumen berkaitan (pajakan tanah) dan siasatan masih diteruskan,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri telah menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tanah tersebut kepada SPRM kelmarin.
Pegawai kerajaan negeri telah menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut untuk siasatan selepas terdapat dakwaan tanah itu dipajak kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan dua pemimpin DAP Perak.
Menurut Nik Aziz, kerajaan Pas Kelantan juga bersetuju dengan cadangan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan secara terperinci mengenai pajakan tanah kepada syarikat yang didakwa dimiliki oleh pemimpin DAP iaitu Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Nga Kor Ming itu.
Beliau yang menafikan wujud unsur rasuah dalam urusan pajakan tanah tersebut dan menegaskan ia dilakukan mengikut peraturan berkata, pihaknya tetap terbuka kepada apa juga jenis siasatan kerana mengamalkan dasar ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.
“Saya beri peluang kepada orang buat apa sahaja, Suruhanjaya Siasatan Diraja atau apa sekalipun, saya selalu sebut saya buka pejabat 25 jam sehari, bukan 24 jam tetapi 25 jam.
“Dengan cara ini, saya sendiri selalu beringat, pegawai sendiri selalu beringat, kerana apa? Kerana Menteri Besar sebut 25 jam buka pejabat untuk disiasat,” katanya selepas menyampaikan amanat tahun baru pada Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.
Kredit: Kosmo Online
Citroen lancar model edisi istimewa DS3 Red – DS3 DStyle Red & DSport Red
Citroen telah melancarkan model edisi istimewa dengan penampilan menarik di pasaran Eropah sempena ketibaan tahun baru – Citroen DS3 DStyle Red & Citroen DS3 DSport Red. Kedua-dua model berkenaan diasaskan daripada model semasa DS3 DStyle dan DSport, dengan gaya lebih eksklusif bersama-sama peralatan standard tambahan.
Boleh didapati dengan pilihan dua warna Polar White atau Perla Nera Black, setiap model DS3 Red didatangkan eksklusif dengan ciri ‘Red Touch’ di bahagian dalaman dan luaran, yang mana ianya termasuk bumbung ‘Sport Red’ dan cermin sisi. Juga khusus untuk tema Red yang dikenakan ialah kemasan ‘Sport Red’ pada jeriji depan. Bahagian dalam pula menyaksikan papan pemuka dan bingkai pemegang pintu turut dipadankan dengan warna merah.
Selain itu agar ianya sepadan dengan pilihan pelanggan, model DS3 Red didatangkan dengan rim aloi ‘Ashera’ 16 inci dalam warna putih atau hitam untuk model DStyle Red, dan rim aloi ‘Bellone’ dalam warna hitam atau putih bersaiz 17 inci untuk versi DSport Red. Kesemua roda didatangkan lengkap dengan penutup tengah ‘Sport Red’.
Citroen DS3 DStyle Red tersedia sama ada dengan enjin petrol VTi 120 atau enjin diesel e-HDi 90 Airdream yang mengeluarkan emisi CO2 hanya 98g/km. Bagi model DS3 DSport Red, ia dikuasakan enjin petrol THP 155 dengan kotak gear manual enam kelajuan, atau enjin diesel e-HDi 115 Airdream, juga bersama-sama transmisi manual enam kelajuan.
Di bawah adalah gambar DS3 DStyle Red & DS3 DSport Red
Model Convertible Terpantas di Dunia – Bentley Continental GT Speed Convertible
Bentley bakal mengemukakan secara rasmi model terbaru Continental GT Speed Convertible, sebuah model convertible dengan empat tempat duduk yang didakwa sebagai yang terpantas di dunia dengan kelajuan maksimum mencecah 325 km/j.
Bentley Continental GT Speed Convertible dijadual akan membuat kemunculan antarabangsa pertama di Detroit (NAIAS 2013) pada 14 Januari depan. Prestasi model tersebut boleh dilihat pada keluaran kuasa kuda setinggi 625 PS (616 bhp) dan tork maksimum 800Nm yang berpunca dari enjin W12 6.0 liter dengan bantuan sistem pengecas turbo berkembar.
Prestasi pemanduan kemudiannya ditingkatkan lagi dengan kehadiran transmisi lapan kelajuan bernisbah rapat, sistem suspensi yang ditingkatkan kemampuannya dan menjadi lebih rendah (lowered suspension), talaan semula roda stereng untuk pecutan yang lebih menyeronokkan dan tajam, serta ciri pengendalian komunikatif tanpa menjejaskan ciri keselesaannya yang terkenal milik Bentley Continental convertible.
Logo baru Å KODA untuk model Fabia dan Roomster
Å KODA mengumumkan kehadiran logo baru untuk model Fabia dan Roomster, termasuk penampilan buat pertama kali logo berbentuk huruf Å KODA.
Menurut Å KODA, jenama dan nama model masing-masing akan muncul di bahagian belakang kenderaan, dengan tambahan huruf versi kenderaan seperti TSI atau TDI juga akan muncul dalam bentuk yang baru.
Berdasarkan perancangan Å KODA yang merupakan pengeluar kenderaan dari Republik Czech, barisan model kenderaan sedia ada kini menerima penukaran logo baru agar ianya selari dengan reka bentuk korporat yang disemak semula pada tahun 2011.
Model pertama yang menampilkan logo baru ialah Å KODA Citigo. Å KODA Rapid yang diperkenalkan dalam tahun 2012 turut menggunakan logo baru. Fabia dan Roomster kini menjadi model ketiga dan keempat yang menerima logo terbaru.
Logo tersebut akan muncul di beberapa bahagian luaran dan dalaman kenderaan, termasuk di atas bonet, di bahagian belakang, di bahagian kemasan roda atau di bahagian tengah penutup roda, di atas roda stereng, penutup enjin dan juga terdapat pada kunci kenderaan.
Selain itu bagi model Å KODA Fabia dan Å KODA Roomster, peningkatan yang diterima termasuklah rekaan baru huruf penunjuk jenis enjin dan versi kenderaan antaranya seperti TSI, TDI, GreenLine atau vRS. Perkataan Å KODA di bahagian belakang kenderaan pula merupakan yang pertama bagi kedua-dua model itu.
DISCOLOR TYRE : Peringatan Tukar tayar
Apabila anda memiliki kereta, anda harus tahu selok belok penjagaannya.Adalah perlu bagi pemilik untuk mengetahui bila minyak hitam, penapis minyak dan tayar harus ditukar. Bagi kami tayar kereta ialah yang agak sukar untuk maintain. Kita tak berapa perasan berapa banyak "bunga" tayar yang ada pada tayar kereta kita. Be honest now, berapa kerap anda melihat tayar anda bagi memastikan ianya tidak botak. Oleh sebab itulah kami suka dengan konsep Discolor Tyre rekaan Gao Fenglin dan Zhou Buyi. Bunga pada tayar dibuat menggunakan getah dengan dua warna berbeza. Apabila bunga sudah haus dan tiba masa untuk ditukar, lapisan getah bewarna akan kelihatan. Kini tidak ada lagi masalah lupa menukar tayar yang sudah botak. Genius idea! Adalah bagus jika konsep ini menjadi realiti
Kredit: Blogserius
Kredit: Blogserius
Jumaat, 4 Januari 2013
Posted by Jobseekers
SEBUAH SEKOLAH UNTUK ORANG ASAL ECUADOR-Tu je yang ada
Tidak seperti di 1Malaysia, orang asal Ecuador tidak mendapat perhatian sepatutnya dari kerajaan. Di Manabi Ecuador, komuniti orang asalnya tidak mempunyai bangunan sekolah mereka sendiri. Jadi what do they do? Mereka membina sekolah mereka sendiri dengan menggunakan bahan yang mudah mereka perolehi di kawasan pendalaman. Sekolah ini dibuat daripada buluh bagi memastikan sekolah ini sentiasa sejuk dan memastikan pelajar sentiasa selesa.Masyuk
Bersyukurlah orang asli di Malaysia kan
Kredit:Blogserius
Bersyukurlah orang asli di Malaysia kan
Kredit:Blogserius
PERSATUAN BOLASEPAK CHINA SALAHKAN FENG SHUI ATAS KEGAGALAN PASUKAN NASIONAL-Sah Bangang
Persatuan Bolasepak China sedang mengalami pergolakkan kerana prestasi pasukan negara mereka yang tidak memuaskan. Tambah menyedihkan liga kebangsaan China dibelenggu masalah rasuah yang kronik sehinga menyebabkan beberapa ahli eksekutif CFA (Chinese Football Association) terpaksa meletakkan jawatan kerana skandal yang terlalu banyak.
Bagi memulihkan nama CFA dan prestasi bolasepak negara yang meruduh, pihak CFA dikatakan menggaji seorang pakai Feng Shui untuk melihat sama ada beliau boleh membantu. Menurut pakar Feng Shui orientasi bangunan CFA sekarang menghadap ke barat laut dan tenaga CHI yang mengalir mengakibatkan ahli CFA yang bekerja di dalam bangunan ini menjadi kaki judi tegar.
Seperti biasa peminat bolasepak China langsung tidak menerima alasan yang diberikan oleh CFA dan menganggap usaha membetulkan aliran CHI oleh pakai Feng Shui ini ialah langkah membuang masa untuk membaiki mutu bolasepak negara.
Sungguh kelakar. Rakyat China pun tak boleh nak terima alasan yang diberikan oleh persatuan bolasepak negara mereka. Di Malaysia apabila pasukan negara kalah asyik JURULATIH yang dibuang kerja tetapi ahli Persatuan Bolasepak Malaysia terselamat dari dibuang. At least in China ada ahli eksekutif yang malu dan sanggup meletakkan jawatan. Di Malaysia? I dunno liao!..Puih!!!
Benelli Keeway Motorcycles Sdn. Bhd. tawar pelbagai model menarik untuk pasaran Malaysia
Kedua-dua jenama Benelli dan Keeway sememangnya agak baru bagi saya, namun hasil pemerhatian mendapati model-model berjenama tersebut yang ditawarkan untuk pasaran tempatan ketika ini agak menarik dan mampu bersaing dengan jenama lain.
Motosikal keluaran Benelli dan Keeway untuk pasaran Malaysia diedarkan oleh sebuah syarikat tempatan, Benelli Keeway Motorcycles (BKM) Sdn. Bhd., ditubuhkan pada bulan November 2010 yang lalu setelah mendapat lesen pemasangan eksklusif melalui kilang mereka di Bukit Beruntung, Selangor.''
Menurut maklumat daripada laman sesawang BKM, lokasi bilik pameran mereka ketika ini berada di alamat 256 A & 256 B, Jalan Ipoh, Batu 2, 51200 Kuala Lumpur. Antara model-model yang telah berada di pasaran ialah Keeway TX200G, Keeway Dorado 250, Keeway RKV200G, Benelli TnT899, Benelli Tre1130K dan Benelli Century Racer 1130.
Motosikal keluaran Benelli dan Keeway untuk pasaran Malaysia diedarkan oleh sebuah syarikat tempatan, Benelli Keeway Motorcycles (BKM) Sdn. Bhd., ditubuhkan pada bulan November 2010 yang lalu setelah mendapat lesen pemasangan eksklusif melalui kilang mereka di Bukit Beruntung, Selangor.''
Menurut maklumat daripada laman sesawang BKM, lokasi bilik pameran mereka ketika ini berada di alamat 256 A & 256 B, Jalan Ipoh, Batu 2, 51200 Kuala Lumpur. Antara model-model yang telah berada di pasaran ialah Keeway TX200G, Keeway Dorado 250, Keeway RKV200G, Benelli TnT899, Benelli Tre1130K dan Benelli Century Racer 1130.
Terbaru-TMC lancar generasi baharu Toyota Crown
Pada penghujung Disember yang lalu, Toyota Motor Corporation (TMC) telah melancarkan generasi baharu Toyota Crown dalam dua versi sedan; ”Crown Royal” dan “Crown Athlete” untuk pasaran domestik Jepun.
Toyota Crown mula diperkenalkan pada tahun 1955, yang sehingga kini sudah sampai ke generasi yang ke-14. TMC meletakkan sasaran untuk menjual model sedan premium Crown baharu itu sebanyak 4,000 unit dalam tempoh sebulan.
Kedua-dua model Crown Royal dan Crown Athlete dikuasakan enjin V6 dalam sesaran 2.5 liter dan 3.5 liter, termasuk varian yang dilengkapi sistem hibrid terbaru 2.5 liter yang menggabungkan keluaran kuasa tinggi dengan tahap ekonomi bahan api tertinggi.
Kokpit Model Royal Series
Kokpit model Athlete
Model Athlete
Model Royal
Penduduk Paling Gembira dan kurang Stress Dalam Dunia
Amerika Latin paling gembira
Bandar Raya Mexico: Penduduk paling gembira dan bersikap paling ceria di dunia berada di Amerika Latin.
Kedudukan teratas
Malah, tujuh daripada 10 kedudukan teratas senarai penduduk negara paling ceria adalah dari benua itu.
Tinjauan mengenai penduduk paling gembira dan ceria itu dijalankan di seluruh dunia oleh agensi Gallup membabitkan penyertaan 150,000 orang.
Satu daripada negara itu ialah Guatemala yang berada di atas Iraq dalam kedudukan Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengikut kategori jangka hayat, pendidikan dan pendapatan per kapita.
Tetapi, negara itu berada di kedudukan ketujuh dari segi emosi positif.
Sentiasa tersenyum
“Di Guatemala, sudah menjadi budaya bagi rakyatnya sentiasa tersenyum,” kata Luz Castillo, 30, jurulatih papan luncur.
“Walaupun menghadapi masalah, kami dikelilingi kecantikan semula jadi yang membolehkan kami melupakannya.”
Tanya 1000 orang
Gallup Inc. bertanya 1,000 orang di setiap 148 negara tahun lalu jika mereka mendapat rehat mencukupi, dilayani dengan perasaan hormat, senyum atau banyak ketawa, belajar atau melakukan sesuatu menarik dan merasai perasaan seronok pada hari sebelumnya.
Di Panama dan Paraguay, 85 peratus responden berkata ya kepada lima soalan itu, meletakkan negara berkenaan di tempat teratas.
Ia diikuti rapat oleh El Salvador, Venezuela, Trinidad dan Tobago, Thailand, Guatemala, Filipina, Ecuador dan Costa Rica.
Penduduk yang paling kurang melaporkan emosi positif tinggal di Singapura, negara kaya dan teratur yang juga antara paling maju di dunia.
Negara kaya lain juga berada di kedudukan bawah senarai itu. Jerman dan Perancis setaraf dengan Somalia untuk berada di tempat ke-47. - AP
Produk terbaru dari Shoei : J-Cruise flip-front helmet
Sejak tahun 1958 lagi Shoei telah memberikan dedikasi penuh terhadap rekaan, pembangunan dan pengeluaran topi keledar berkualiti tinggi, menjadikannya syarikat peneraju di pasaran antarabangsa dalam teknologi pembuatan topi keledar.
Sewaktu pameran di acara Motorcycle Live 2012 di UK baru-baru ini, Shoei telah memperkenalkan barisan produk topi keledarnya untuk musim 2013 meliputi semua segmen; Racing, Off Road, Touring, Sports & Commuter.
Salah satu produk terbarunya yang dipertontonkan kepada orang ramai ialah topi keledar yang diberi nama ‘J-Cruise flip-front helmet’ seperti dalam gambar di atas. Shoei J-Cruise sebuah topi keledar yang praktikal untuk tunggangan kerana dilengkapi ‘visor’ depan jenis ‘flip’
Oh! Tidak Facebook cadang kenakan bayaran penghantaran pesanan
SAN FRANCISCO: Facebook hari ini memulakan ujian kebolehlaksanaan dengan mengenakan bayaran sebagai jaminan mesej yang dihantar pihak yang tidak dikenali sampai kepada penerima laman rangkaian sosial.
Facebook berkata, ujian Mesej Facebook, yang hanya dilaksanakan di Amerika Syarikat membolehkan penghantar membuat pembayaran bagi pesanan elektronik yang dihantar ke akaun seseorang, walaupun individu berkenaan tidak dikenali.
Laman rangkaian sosial itu berkata, ia dilaksanakan bagi memastikan sama ada dengan menambah isyarat pembayaran dapat meningkatkan hanya penghantaran pesanan yang relevan dan berguna disalurkan kepada ahlinya.
Rasuah lagi-Bekas bos MPS dijel tiga tahun
SHAH ALAM – Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.
Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman tersebut selepas berpuas hati kerana pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bakaruddin juga boleh dipenjara setahun lagi sekiranya gagal membayar denda.
Asmadi bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi memerintahkan tertuduh membayar denda.
Beliau turut menaikkan jumlah jaminan daripada RM8,000 kepada RM10,000 dan memerintahkan Bakaruddin melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad pertama setiap bulan.
Terbaik!!!! Malaysia cipta sejarah lagi.....
VIENTIANE, Laos – Kontinjen Malaysia mencatat sejarah baharu pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2012 yang melabuhkan tirainya di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos semalam.
Buat pertama kalinya, Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan lebih manis kejayaan itu diraih di luar negara.
Kontinjen negara yang dibarisi 306 atlet mengungguli carta pungutan pingat pada temasya tersebut dengan membawa pulang 60 pingat emas, 47 perak dan 72 gangsa.
Malaysia mengatasi pencabar terdekat, Vietnam yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan 56 emas, 35 perak dan 28 gangsa manakala Thailand di tempat ketiga dengan pungutan 42 emas, 51 perak dan 55 gangsa.
Malaysia tidak pernah bergelar juara keseluruhan pada AUG yang dilangsungkan di luar negara sejak temasya ini diperkenalkan di Chiangmai, Thailand pada tahun 1981.
Kali terakhir Malaysia bergelar juara keseluruhan ialah ketika menjadi tuan rumah pada edisi ke-14 empat tahun lalu.
Kejayaan kali ini juga mengatasi pencapaian terbaik mereka pada edisi ke-15 di Chiangmai dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga dengan meraih 37 pingat emas, 34 perak dan 43 gangsa.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah boleh menarik nafas lega apabila dasar yang diperkenalkan menerusi penubuhan Pusat Tumpuan Sukan dan Pusat Kecemerlangan Sukan di semua Institusi Pengajian Tinggi dua tahun lalu kini sudah menampakkan impak yang positif menerusi kejayaan kali ini.
Pada temasya kali ini, skuad renang paling menyerlah apabila menyumbangkan pingat terbanyak buat kontinjen Malaysia sekaligus bergelar juara keseluruhan sepanjang empat hari acara itu dipertandingkan di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional Laos.
Skuad renang cemerlang apabila menyumbang 21 emas.
Acara terjun juga tidak menghampakan apabila menyapu bersih kesemua empat pingat emas yang ditawarkan dalam acara tersebut.
Atlet-atlet olahraga turut mencuri tumpuan apabila berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan dengan meraih 11 emas, 10 perak dan enam gangsa.
Kejayaan itu menyaksikan skuad olahraga negara melepasi sasaran sembilan emas yang ditetapkan sebelum bermulanya temasya ini.
Majlis penutup AUG ke-16 semalam telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Laos, Asang Laoli.
Majlis kemudiannya tertumpu kepada penyerahan bendera kejohanan yang diserahkan oleh Menteri Pelajaran dan Sukan Laos, Dr. Phankham Viphavanh kepada Presiden Majlis Sukan Universiti ASEAN, Prof. Datuk Dr. Kassim Md. Mansor.
Dr. Kassim kemudian menyerahkan bendera itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Sukan Selatan Indonesia, Muddai Madang.
Indonesia bakal menjadi tuan rumah edisi ke-17 AUG pada 2014.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2Fi5YuWxO
Hakcipta terpelihara
Sah!!! Safee milik Johor
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus berbelanja besar dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Semalam, Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan telah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali secara pinjaman musim depan.
Suhairi berkata, surat yang ditandatangani oleh Pengarah Arema, Ruddy Widodo menyatakan, Safee akan menyarung jersi Johor selama setahun bermula dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.
“Safee sepatutnya hadir malam ini (semalam) untuk menandatangani kontrak tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan terikat dengan peraturan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar daripada kem latihan mereka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2012.
“Namun, kami (PBNJ) telah mendapat pelepasan daripada Arema yang membenarkan Safee beraksi bersama Johor. Saya ada bukti dan saya boleh tunjuk kepada umum.
“Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama Johor. Kami memang bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 Disember (esok),” kata Suhairi ketika ditemui pemberita di Hotel Prince Kuala Lumpur malam tadi.
Terdahulu, sidang akhbar yang dirancang PBNJ untuk majlis menandatangani kontrak Safee tidak dapat diteruskan kerana pemain berusia 28 tahun itu tidak dapat hadir kerana terikat dengan peraturan FAM.
Situasi itu menyaksikan Suhairi bersama Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi bagi mendapatkan tandatangan Safee.
Mengulas mengenai yuran pinjaman dan gaji Safee, Suhairi berkata: “Berhubung perkara itu, kami tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa Safee akan mendapat gaji yang lebih baik daripada apa yang diterimanya bersama Arema.
Kosmo! difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan daripada Arema dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurang-kurangnya RM100,000 sebulan bersama Johor.
Pada 1 Februari lalu, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama kelab Indonesia itu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 juta. Kontrak dua tahun itu termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten pasukan.
Kontrak Safee bersama Arema akan tamat pada 2014.
Sebelum ini, lima pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Johor musim depan.


.jpg)



.jpg)












































