Posted by : Jobseekers Isnin, 7 Januari 2013



12 pasukan mulakan aksi sulung Liga Perdana hari ini

Kuala Lumpur: Liga Perdana menyingkap tirainya hari ini dengan semua 12 pasukan turun diiringi satu tekad - memulakan kempen dengan langkah kanan.
Perlawanan membabitkan empat pasukan Liga Super musim lalu - Kedah, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur antara yang menjadi tumpuan selain pasukan Liga Perdana, Sime Darby yang mencuri tumpuan apabila muncul naib juara Piala FA musim lalu.

Sejarah lapuk

Kedah yang dikendali Mario Tot dari Croatia melakukan rombakan besar-besaran musim ini bagi memastikan reputasi sebagai pemenang tiga kejuaraan juara dua kali (2007 dan 2008) tidak terus menjadi sejarah lapuk skuad Kenari itu.

Selain bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang kembali menyarung jersi Hijau Kuning musim ini selepas dua tahun bersama Perak, Kedah turut memanggil semula Nelson Martin dari Chile dan penyerang baru, Chayene Santos dari Brazil.

Sime Darby yang kempunan beraksi di Liga Super musim ini selepas sekadar menduduki tangga ketiga musim lalu, pastinya mahu mengekalkan rentak cemerlang di kancah Liga Perdana terutama dengan ketiadaan Tentera dan Pahang.
Tidak pandang remeh

Skuad kendalian Ismail Zakaria tahun ini dibarisi lebih ramai pemain berpengalaman selepas kehilangan beberapa pemain muda berbakat musim lalu dan kehadiran dua import dari Croatia, Goran Perak dan Karlo Primorac dijangka memberi nafas baru.

Cabaran dua pasukan Borneo, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh dipandang remeh dengan kekecewaan saingan Liga Super musim lalu menjadi pembakar semangat untuk kembali menyertai liga bola sepak paling berprestij negara tahun depan.

Bagaimanapun kehadiran pendatang baru Liga Perdana, UiTM FC dan KL SPA tidak boleh dipandang remeh, walaupun tanpa pemain import, semangat juang tinggi pemain tempatan mereka mampu menjadi sandaran untuk mengejutkan pasukan lebih berpengalaman.

Jadual perlawanan Liga Super hari ini

UiTM FC mln Kedah (Std Hang Tuah, 4.45 ptg)
Pos Malaysia mln K Lumpur (Std Selayang, 4.45 ptg)
Polis mln NS Betaria (Std Hang Jebat, 4.45 ptg)
Johor mln Sime Darby (Std Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 8.45 mlm)
Sabah mln KL SPA (Std Likas, 4.15 ptg)
Perlis mln Sarawak (Std Utama Negeri, 4.15 ptg)

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -