Volkswagen Golf R Cabriolet


Volkswagen Golf R Cabriolet terbaru didakwa sebagai model R pertama memiliki ciri bumbung terbuka, dengan kemampuan memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh hanya 6.4 saat. Kelajuan maksimum dihadkan secara eletronik kepada 249 km/j (155 mph).

Enjin yang menjananya bersesaran 2.0 liter dengan hamburan kuasa 265 PS, dipadankan kepada kotak gear DSG enam kelajuan standard yang memacu roda hadapan. Volkswagen Golf R Cabriolet akan dijual pada harga £38,770 RRP OTR untuk pasaran UK.




Selasa, 19 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Toyota GT86 kini dalam versi TRD


Untuk pasaran UK, Toyota secara rasminya memperkenalkan model sport coupe Toyota GT86 dalam versi berprestasi dengan kelengkapan dan gaya asli TRD (Toyota Racing Development).

Hanya 250 unit akan dikeluarkan, dalam kedua-dua varian manual enam kelajuan dan automatik. Jualannya bermula pada 1 Mac dengan pilihan dua warna Pearl White dan GT86 Black. Harga OTR ialah £31,495 untuk manual dan £32,995 untuk automatik.


Antara pakej TRD yang dibekalkan seperti rim aloi TF6 18 inci, skirting depan dan sisi, spoiler bampar belakang, sistem ekzos berkembar empat dengan tahap respon pantas dan diffuser belakang untuk meningkatkan kestabilan ketika pecutan.

Sentuhan TRD turut melibatkan penggunaan penutup radiator berjenama dan penutup pengisian bahan api, sementara di bahagian dalam ruang kabin memperlihatkan kehadiran tuil gear terbaru TRD.


Kesemua item tersebut merupakan penambahan di samping peralatan asal mengikut spesifikasi GT86 seperti senarai berikut: HID headlamps, front fog lamps, limited slip differential, Smart Entry and Start, dual-zone climate control, analogue dials and meters, drilled aluminium pedals, sports seats, scuff plates, cruise control and the Toyota Touch multimedia system.

Pecutan dari 0 ke 100 km/j dan kelajuan maksimum tidak berubah kepada angka 7.7 saat dan 225 km/j untuk versi manual, dan 8.4 saat dan hampir 210 km/j untuk versi automatik.

Menurut Toyota, terdapat sedikit perubahan dalam penggunaan bahan api dan emisi: 192g/km dan 34.9mpg untuk manual dan 181g/km dan 36.2mpg untuk automatik (all figures official combined cycle).







Kymco K-PIPE 125


Kymco di pasaran Malaysia akan memperkenalkan sebuah model baharu K-PIPE dengan enjin 125cc tidak lama lagi. Tarikh pelancaran masih belum diumumkan, namun dijangkakan model ini bakal mempunyai peminatnya yang tersendiri apabila ia hadir dengan rekaan cukup menarik, kelihatan tangkas dan mudah dikendalikan.

Antara ciri menarik motosikal naked ini ialah tahap penjimatannya yang dikatakan mampu mencapai jarak sejauh 40.25 km bagi setiap liter petrol. Sesuai dengan namanya yang unik, kehadiran Kymco K-PIPE bakal menyemarakkan lagi dunia motosikal tempatan yang kini hadir dengan pelbagai pilihan jenama dan model motosikal terbaru. Harga yang ditawarkan untuk K-PIPE 125 ini serendah RM6,188.00 OTR.




Isnin, 18 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Yamaha UK perkenal barisan model edisi istimewa terbaru Touring Series

Yamaha UK mempamerkan barisan model edisi istimewa terbaru Touring Series di Carol Nash MCN London Motorcycle Show 2013 (15 – 17 Februari 2013).


Yamaha Fazer 8 ABS Touring


Yamaha Fazer 8 Touring



Yamaha XT1200Z-Super Tenere Touring



Yamaha XJ-6 Div F Touring



Yamaha XT 660x Tenere Touring

KTM 125 Duke ABS 2013


Bagi tahun 2013, KTM memperkenalkan 125 Duke dengan ciri ABS, menjadikannya motosikal 125cc pertama di dunia yang dilengkapi ciri keselamatan tersebut.

KTM 125 Duke ABS memiliki enjin empat lejang silinder tunggal dengan suntikan bahan api dan transmisi enam kelajuan. Tahap ekonominya dikatakan berpatutan, sesuai untuk penunggang dari golongan muda.



Honda CBR250R Limited Edition – Moriwaki, Mugen & Repsol di pasaran Australia




Untuk tahun 2013 ini Honda CBR250R di pasaran Australia ditawarkan dalam tiga variasi Limited Edition -Moriwaki, Mugen dan Repsol.

Ketiga-tiga model berkenaan dilengkapi enjin 249cc, sejukan cecair, silinder tunggal yang menampilkan empat valve sofistikated, DOHC, sistem suntikan bahan api PGM-FI dan banyak lagi.

Menerajui dalam teknologi keselamatan, CBR250R Limited Edition turut didapati dengan sistem Combined ABS yang membolehkan penunggang memberhentikan motosikal dengan lebih berkeyakinan dalam semua keadaan jalan raya.

Bagi variasi Mugen dan Moriwaki, kedua-duanya dibekalkan ekzos edisi terhad, yang mana  ekzos untuk Moriwaki hanya untuk kegunaan di litar sahaja.

Untuk melihat spesifikasi Honda CBR250R Limited Edition, anda boleh layari fail PDF yang disediakan oleh Honda Australia dengan Tekan Disini

Kawasaki Z250 di pasaran Thailand dengan harga 151,500 baht (RM15,736.00)


Selepas muncul di pasaran Indonesia, Kawasaki Z250 secara rasminya telah berada di pasaran Thailand mulai 2 Februari yang lalu, menurut laporan dari blog Motorspices.

Motosikal naked tahap permulaan yang dinanti-nantikan oleh peminat Kawasaki di pasaran Malaysia itu telah membuat debut dalam acara permotoran Bangkok Motor Bike Festival 2013.


Dengan ciri-ciri menarik seperti reka bentuk agresif, enjin 250cc dengan padanan transmisi 6-kelajuan, Kawasaki Z250 hadir di pasaran Thailand dengan harga kompetetif 151,500 baht (RM15,736.00).

Untuk pasaran Thailand, Kawasaki Z250 akan dihantar kepada pelanggan mulai pertengahan Februari, sementara untuk pasaran Malaysia masih belum ada sebarang perkembangan serupa.

Gambar:






Jumaat, 15 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Honda perkenal NC700X/NC700XD with DCT and Combined ABS versi 2013

Selain memperkenalkan model baharu dalam siri CTX (Comfort, Technology and eXperience), versi 2013 untuk model NC700X turut membuat kemunculan rasmi, dengan kehadiran bersama-sama satu lagi varian yang dilengkapi teknologi DCT dan ABS - NC700XD with DCT and Combined ABS.

Model pengembaraan NC700X dan NC700XD with DCT and Combined ABS baharu ini ditawarkan pada harga masing-masing $7499 dan $8499 untuk pasaran Amerika Syarikat.

Gambar:



Honda perkenal model siri baharu CTX


Barisan motosikal keluaran Honda (American Honda) untuk tahun 2014 ini semakin meriah dengan pengenalan model siri baharu CTX700N dan CTX700N with DCT and ABS, di mana ianya tampil dengan gaya naked yang begitu bersahaja ketika berada di jalan raya.

Versi lain lengkap dengan fairing turut diperkenalkan, CTX700 dan CTX700D with DCT and ABS. Keempat-empat varian dalam siri baharu Honda CTX menggunakan enjin berkuasa dengan kapasiti 670cc (parallel-twin engine features cylinders canted 62 degrees forward for better weight distribution and a lower center of gravity for nimble handling).


Honda mendakwa sistem transmisi DCT (Dual Clutch Transmission) menawarkan sama ada mod automatik sepenuhnya atau pilihan seleksi penukaran gear lebih aktif menggunakan butang “paddle-shift” yang terletak di atas handlebar. Versi DCT turut didatangkan bersama sistem keselamatan ABS (Honda’s Antilock Braking System).

Harga yang ditawarkan untuk pasaran USA bagi model CTX700N/CTX700ND with DCT and ABS ialah $6999 dan $7999, sementara CTX700/CTX700D with DCT and ABS berharga sebanyak $7799 dan $8799. Keempat-empat versi menarik itu akan berada di pasaran mulai musim bunga 2013 ini (Availability: spring 2013).

Gambar:




Versi perlumbaan Toyota GT86 Racer

Versi perlumbaan GT4 pertama bagi Toyota GT86 akan diuji di litar pada hujung bulan ini susulan selesainya pembinaan casis pertama yang dibangunkan oleh GPRM, perintis kejuruteraan sukan permotoran yang berpengkalan di Buckingham.

Jentera terbaru itu dikuasakan enjin ‘Boxer’ empat silinder 2.0 liter dengan sistem suntikan terus dan pengecas turbo, yang mana ia dibangunkan bersama-sama McLaren Engines. Kuasanya dianggarkan mampu mencapai di antara 360 dan 400 bhp.

Merupakan jentera endurance peringkat permulaan, ia dibangunkan dengan kos yang cekap. Toyota GT86 GPRM dikatakan bakal menjadi pencabar ideal dalam perlumbaan British GT4, juga dalam banyak siri perlumbaan GT4 lain yang kian popular di Eropah.

Gambar:




Model konsep Kia Cross GT diperkenalkan di Chicago Auto Show 2013

Kia Motors America telah mempamerkan model konsep terbaru Kia Cross GT di Chicago Auto Show 2013, sebuah model SUV premium yang jika menjadi kenyataan bakal menawarkan saiz lebih besar berbanding model semasa Sorento di sesetengah pasaran.

Penggeraknya terdiri daripada enjin hibrid 3.8 liter V6 dengan transmisi automatik 8-kelajuan dan pacuan semua roda dengan ciri torque-vectoring. Kuasa yang terhasil di antara gabungan enjin V6 dan motor eletrik sehingga 400hp dengan tork maksimum mencecah 678Nm (500 lb/ft).

Gambar:





Khamis, 14 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Honda Malaysia lancar Freed facelift terbaru


Pada penghujung Januari 2013 yang lalu Honda Malaysia melancarkan versi facelift terbaru Honda Freed, yang kini menerima pelbagai peningkatan lebih menarik di bahagian luaran dan dalaman.

Honda Freed merupakan sebuah MPV bandar antara yang terbaik di dalam kelasnya, menawarkan teknologi inovatif dengan ruang yang luas, rekaan bergaya, ciri-ciri terkini dan kualiti. Freed terbaru meningkatkan keselesaan pemandu dan penumpang dengan ciri-cirinya yang praktikal, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga muda profesional.


Berikut ialah kata-kata Mr. Yoichiro Ueno yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Honda Malaysia, “We are pleased to introduce the New Freed, which is a product that maximizes the joy of driving for Malaysian motorists. The latest Freed is a Completely Build-Up (CBU) unit from Indonesia. To-date, Honda Malaysia has sold over 2,500 units of Freed since its launch.”


Honda Freed facelift terbaru dikuasakan enjin 1.5 liter i-VTEC yang dipadankan transmisi automatik lima kelajuan yang menjanjikan tahap kecekapan bahan api dengan kerendahan graviti dan ciri pemanduan stabil.


Memberikan keselesaan lebih premium untuk pemandu dan penumpang, Freed Grade E dilengkapi tempat duduk kulit, sementara pengenalan armrest di kedua-dua sisi boleh didapati untuk kedua-dua Grade E dan Grade S. Pelaras ketinggian tempat duduk untuk pemandu menambahkan lagi keselesaan berdasarkan kehendak unik individu.


Selain itu Freed menampilkan ciri luar biasa rekaan lantai rata yang unik untuk memudahkan pergerakan penumpang di dalamnya. Urusan memunggah barangan di dalamnya juga menjadi lebih mudah dengan bukaan pintu belakang (tailgate) yang rendah.

Ciri-ciri keselamatan yang boleh didapati pada Honda Freed facelift terbaru: beg udara SRS berkembar di hadapan, penarafan 6-Bintang JNCAP (Japanese New Car Assessment Program), G-CON (G-Force Control Technology), EBD (Electronic Brakeforce Distribution), ACE (Advanced Compatibility Engineering) dan ABS (Anti-Lock Braking System).



Dua varian ditawarkan iaitu Grade S dan Grade E. Grade S tersedia pilihan warna Brilliant White Pearl, Polished Metal Metallic dan Crystal Black Pearl, sementara Grade E didatangkan dengan warna Brilliant White Pearl. Honda Malaysia tempoh 5 tahun atau 60 bulan jaminan tanpa had perbatuan, bermula dari tarikh pendaftaran.

Harga atas jalan bagi Honda Freed facelift terbaru ialah RM99,800.00 untuk Freed S dan RM113,500.00 untuk Freed E.



Kia perkenal Forte hatchback lima pintu serba baru

Kia memperkenalkan varian hatchback lima pintu untuk model Forte serba baru yang tampil dengan rekaan ala Eropah, apabila mempamerkan model berkenaan di pameran automotif Chicago Auto Show 2013 yang sedang berlangsung ketika ini (9 – 18 Februari 2013).

Dua varian ditawarkan untuk Forte hatchback lima pintu serba baru, EX dan SX, dengan pilihan dua jenis enjin. Bagi varian EX, ia dijana enjin empat silinder 2.0 liter GDI yang menghamburkan kuasa 173hp dan 209Nm, yang kemudiannya disalurkan ke permukaan jalan raya melalui transmisi automatik enam kelajuan.

Kia Forte SX lima pintu pula menerima kuasa daripada enjin petrol empat silinder 1.6 liter GDI dengan bantuan sistem pengecas turbo, menghasilkan kuasa kuda setinggi 201hp dan 265Nm tork maksimum. Ini menjadikannya model Forte paling berkuasa setakat ini yang pernah diperkenalkan oleh Kia.

Bagi varian SX, tersedia pilihan sama ada transmisi manual enam kelajuan standard atau automatik enam kelajuan dengan paddle shifter. Jualan Forte hatchback dijangka akan bermula dalam suku ketiga 2013, dengan harga rasmi akan diumumkan menjelang tarikh pelancarannya.





Posted by Jobseekers

ASEAN NCAP – Lima Bintang untuk Ford Fiesta


Ford Fiesta telah menerima penarafan keselamatan tertinggi di kalangan lapan model kereta popular baru-baru ini dalam ujian sulung yang dijalankan oleh ASEAN NCAP (New Car Assessment Programme) melibatkan ujian kemalangan perlanggaran hadapan.

Model Ford Fiesta 1.6 liter empat pintu telah menerima penarafan lima bintang untuk aspek Perlindungan Penumpang Dewasa (Adult Occupant Protection (AOP)) dan 66 peratus markah untuk Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (Child Occupant Protection (COP)), membolehkannya mencapai penilaian tertinggi 15.73 daripada markah penuh 16.

Di bawah berikut merupakan sebahagian daripada petikan siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Ford Malaysia, teruskan bacaan anda;


“The Ford Fiesta’s five-star rating in the ASEAN-NCAP helps further reinforce our commitment to provide class-leading safety with every Ford vehicle we offer,” said Neal McCarthy, ASEAN Communications Director, Ford Motor Company. “The Fiesta provides multi-dimension protection for the occupants on board, offered by smartly deployed airbags, body rigidity, and attention to detail that has gone into defining the Fiesta and its safety performance.”

The Ford Fiesta’s class-leading safety brings world class safety in a small platform package and raises the bar on safety in its segment through leveraging Ford’s global engineering tools and advanced safety technologies. Safety is embedded from design to manufacturing to ensure top performance in both active and passive safety of the Ford Fiesta.


Beneath Fiesta’s stylish exterior is a robust structure, crafted to preserve quality and enhance driver and passenger safety. More than half of the body structure is constructed in high-strength steel, including grades of very high-strength, dual-phase steel and ultra- high-strength Boron steel. These components add rigidity and save weight, increasing structural efficiency while also helping Fiesta deliver high fuel efficiency.

The Fiesta is well-equipped with safety features to help protect its occupants in the instance of a collision. It features a breadth of advanced safety equipment and passive safety technologies, including seven airbags, driver and co-driver seat airbags, new side-chest airbags, and the inflatable air curtains for front and rear seat occupants.


A series of airbag sensor calibration tests have also been carried out to ensure the airbags can be properly and timely deployed when most needed to provide safer protection.

The unique E-PAS power-steering gives the driver a better feel and improved agility when negotiating a curve. The ABS (double-circuit four-wheel anti-braking) and EBD also contribute to enhancing the active safety of the car.

The backrests of the front seats are designed to offer “whiplash injury” protection. In addition, the shell-shaped engine hood, the sports windshield and the three-winged curve on the front bumper, as well as other design elements, such as the elaborately styled front lights, a set of bumper-embedded shock-absorption grill, are put together with pedestrian safety in mind to minimize possible injury.

The all-new Ford Fiesta was introduced in ASEAN in 2010, and is built at Ford’s AutoAlliance Thailand joint-venture in Rayong, Thailand. In 2012, Ford sold over 43,210 new Fiestas in ASEAN, an increase of 26 percent from 2011.

Gambar:








Nissan Almera catat permulaan kukuh untuk pasaran Malaysia




Hanya selepas tiga bulan Nissan ALMERA dilancarkan dengan jayanya, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini yakin bahawa sedan global Nissan paling laris itu berada di landasan terbaik untuk menjadi ikon baharu di atas jalan raya Malaysia. Ini berdasarkan kepada tempahan terkini sebanyak lebih dari 15,000 unit sehingga 31 Januari 2013.

Nissan ALMERA terus menerima maklum balas memberangsangkan daripada para pelanggan sejak ia dilancarkan November lalu. Terima kasih kepada poin jualan uniknya (USP) yang mengagumkan dan diletakkan dalam satu pakej harga berpatutan. Nissan ALMERA benar-benar mengotakan janjinya untuk menjadi lebih lagi. Ini kerana anda boleh menikmati rekaan tubuhnya yang aerodinamik, ciri-ciri teknologi premium dan ruang luas yang biasanya ada pada kenderaan lebih premium.

Nissan ALMERA ditawarkan pada harga cukup kompetitif bermula RM66,800.00 selari dengan komitmen Tan Chong untuk menawarkan pemilikan kenderaan yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia.


Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng nyata gembira dengan maklum balas positif dan minat yang berterusan terhadap Nissan ALMERA. “Walaupun pembeli kereta mempunyai banyak pilihan di pasaran, kami benar-benar berbesar hati kerana mereka memilih Nissan ALMERA. Ini merupakan petunjuk kukuh mengenai keyakinan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami,” katanya.

Dalam tempoh sebegitu pendek, Nissan ALMERA sudahpun mencipta gelombang. Bukan sahaja dalam kalangan pembeli kereta, malah dalam industri automotif dan kitaran perniagaan SME. Ini terbukti apabila Nissan ALMERA baru-baru ini dinamakan sebagai penerima anugerah Best Value for Money Passenger Car 2012 pada Autoworld Car of the Year Awards 2012 (COTY). Sebagai tambahan, Nissan ALMERA turut dianugerahkan Jenama Paling Diutamakan (Most Preferred Brand) oleh The Brand Laureate-Master Awards 2012-2013 selepas diundi oleh kalangan pengusaha SME.

Sehingga kini, tempahan Nissan ALMERA terus menggalakkan. Tan Chong Motor Group mengambil segala langkah misalnya memastikan bahagian operasi bekerja sepanjang masa untuk memastikan penghantaran dapat dilakukan secepat mungkin kepada para pelanggan. Pada masa yang sama mengekalkan standard kualiti produk dan perkhidmatan cemerlang Nissan.
Posted by Jobseekers

Infiniti Red Bull Racing perkenal jentera Formula Satu untuk musim 2013


Pasukan Formula Satu Infiniti Red Bull Racing telah memperkenalkan jentera RB9 untuk perlumbaan musim 2013, yang kini tampil dengan corak grafik dan warna baru lebih menyerlah.

Pengenalan jentera tersebut mencerminkan hubungan yang erat di antara Infiniti dan Red Bull Racing, di mana pemandunya adalah juara dunia Formula Satu sebanyak tiga kali, Sebastian Vettel, bersama-sama rakan sepasukan dengan rekod kemenangan podium sembilan kali, Mark Webber.

Infiniti merupakan jenama kenderaan premium dengan reputasi hebat yang telah terbukti melalui penglibatannya di dalam sukan Formula Satu apabila bergandingan dengan pasukan ternama seperti Red Bull Racing.

Gambar:



Rabu, 13 Februari 2013
Posted by Jobseekers

Suzuki Swift SZ-L Special Edition


Mula dijual di pasaran UK pada 1 Februari 2013 baru-baru ini, Suzuki Swift SZ-L Special Edition dilengkapi kelengkapan standard seperti tujuh beg udara, ESP, sambungan USB dan Bluetooth, berdasarkan model Swift SZ3 yang menjadi asas pengeluarannya.

Model edisi istimewa itu menggunakan enjin 1.2 liter SZ3, tetapi dengan penambahan kelengkapan dan ciri-ciri yang direka bagi mengimbangi karakter sporty dan pemanduan menyeronokkan Swift. Di bahagian luaran terdapat spoiler belakang, cermin belakang privasi, rim 16 inci unik dan cat metalik percuma dengan pilihan empat warna.


Di bahagian dalamnya pula, jahitan merah di tambah ke bahagian roda stereng dan di sekeliling batang penukar gear seperti mana dapat dilihat pada model Swift Sport, termasuk adanya ciri menarik kawalan pelayaran (cruise control).

Suzuki Swift SZ-L Special Edition didakwa sebagai model yang menawarkan lebih nilai untuk wang dengan mengambil kira kos penggunaan dan harga pembeliannya.

Model tersebut hadir dengan enjin 1.2 liter Dual VVT 94PS, antara enjin yang paling berkuasa di dalam kelasnya, tetapi menawarkan pengeluaran emisi serendah 116g/km dan penggunaan bahan api yang ekonomi pada kadar 56.5mpg (combined cycle).

Gambar:





Model konsep Honda Civic Wagon



Honda turut akan memeriahkan pertunjukan automotif di Geneva Motor Show 2013 yang bakal tiba tidak lama lagi dengan mempamerkan model konsep Civic Wagon. Setakat ini sekeping imej lakaran menarik telah disiarkan seperti yang dipaparkan di atas.

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -