Posted by : Jobseekers Khamis, 14 Februari 2013


Pada penghujung Januari 2013 yang lalu Honda Malaysia melancarkan versi facelift terbaru Honda Freed, yang kini menerima pelbagai peningkatan lebih menarik di bahagian luaran dan dalaman.

Honda Freed merupakan sebuah MPV bandar antara yang terbaik di dalam kelasnya, menawarkan teknologi inovatif dengan ruang yang luas, rekaan bergaya, ciri-ciri terkini dan kualiti. Freed terbaru meningkatkan keselesaan pemandu dan penumpang dengan ciri-cirinya yang praktikal, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga muda profesional.


Berikut ialah kata-kata Mr. Yoichiro Ueno yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Honda Malaysia, “We are pleased to introduce the New Freed, which is a product that maximizes the joy of driving for Malaysian motorists. The latest Freed is a Completely Build-Up (CBU) unit from Indonesia. To-date, Honda Malaysia has sold over 2,500 units of Freed since its launch.”


Honda Freed facelift terbaru dikuasakan enjin 1.5 liter i-VTEC yang dipadankan transmisi automatik lima kelajuan yang menjanjikan tahap kecekapan bahan api dengan kerendahan graviti dan ciri pemanduan stabil.


Memberikan keselesaan lebih premium untuk pemandu dan penumpang, Freed Grade E dilengkapi tempat duduk kulit, sementara pengenalan armrest di kedua-dua sisi boleh didapati untuk kedua-dua Grade E dan Grade S. Pelaras ketinggian tempat duduk untuk pemandu menambahkan lagi keselesaan berdasarkan kehendak unik individu.


Selain itu Freed menampilkan ciri luar biasa rekaan lantai rata yang unik untuk memudahkan pergerakan penumpang di dalamnya. Urusan memunggah barangan di dalamnya juga menjadi lebih mudah dengan bukaan pintu belakang (tailgate) yang rendah.

Ciri-ciri keselamatan yang boleh didapati pada Honda Freed facelift terbaru: beg udara SRS berkembar di hadapan, penarafan 6-Bintang JNCAP (Japanese New Car Assessment Program), G-CON (G-Force Control Technology), EBD (Electronic Brakeforce Distribution), ACE (Advanced Compatibility Engineering) dan ABS (Anti-Lock Braking System).



Dua varian ditawarkan iaitu Grade S dan Grade E. Grade S tersedia pilihan warna Brilliant White Pearl, Polished Metal Metallic dan Crystal Black Pearl, sementara Grade E didatangkan dengan warna Brilliant White Pearl. Honda Malaysia tempoh 5 tahun atau 60 bulan jaminan tanpa had perbatuan, bermula dari tarikh pendaftaran.

Harga atas jalan bagi Honda Freed facelift terbaru ialah RM99,800.00 untuk Freed S dan RM113,500.00 untuk Freed E.



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -