Posted by : Jobseekers Selasa, 26 Februari 2013


Pengedar rasmi bagi kenderaan berjenama Citroen di Malaysia yang baru saja dilantik iaitu Naza Euro Motors telah mengumumkan bahawa syarikat itu kini bersedia untuk melancarkan dua model baharu Citroen DS5 dan Citroen DS4 untuk pasaran tempatan.

Pelancaran kedua-dua model berkenaan juga akan diadakan serentak dengan pelancaran pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) pertama Naza Euro Motors yang terletak di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Dengan tagline ’Creative Technologie’, pelancaran Citroen DS5 dan DS4 akan membuka lembaran baru bagi Citroen di Malaysia, begitu kata SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza baru-baru ini.


Barisan model DS diperkenalkan oleh Citroen dalam tahun 2010, di mana model DS5 telah dinobatkan oleh majalah terkenal UK Top Gear sebagai ”Family Car of the Year”. Di bawah hudnya, Citroen DS5 dikuasakan enjin 1.6 liter twin-scroll turbo bertekanan tinggi yang menghasilkan kuasa 156hp dan tork 240Nm dan dipadankan transmisi automatik enam kelajuan.

Bagi model Citroen DS4 pula, enjin 1.6 twin-scroll turbo bertekanan tinggi yang dipasang padanya menghasilkan 163hp kuasa kuda dan 240Nm tork maksimum, yang kemudiannya turut dipadankan transmisi automatik enam kelajuan.

Pusat 3S Citroen Glenmarie merupakan yang pertama dilancarkan oleh Naza Euro Motors di Malaysia dan akan menampilkan Salon DS, yang mana ianya secara eksklusif akan mempamerkan barisan model Citroen DS dan identiti korporat uniknya.

Gambar:




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -