Posted by : Jobseekers Selasa, 19 Februari 2013


Corolla Altis antara model sedan popular keluaran Toyota yang menempa nama di negara kita sebaris dengan model pesaing seperti Honda Civic dan Nissan Sylphy. Mengikut maklumat, model semasa Toyota Corolla Altis akan digantikan dengan model terbaru tidak lama lagi.

Baru-baru ini di Detroit Auto Show 2013, Toyota telah mempersembahkan sebuah model konsep terbaru yang diberi nama Toyota Corolla Furia, sebuah model konsep yang dikatakan memberi bayangan paling hampir mengenai reka bentuk sebenar Corolla generasi terbaru.


Tampil dengan reka bentuk yang cukup menarik, kejutan melalui model konsep Furia diteruskan lagi dengan bocornya dua keping gambar spyshot yang menunjukkan sebuah model terbaru versi studio seperti di atas, dipercayai sebagai model sebenar Corolla 2013 yang akan dilancarkan nanti.


Bagi saya reka bentuk generasi terbaru Corolla kali ini cukup menarik dan kelihatan lebih sporty berbanding model Corolla Altis sebelumnya. Buat masa ini tidak banyak maklumat yang diperolehi memandangkan sumber gambar-gambar spyshot tersebut diperolehi dari laman web berbahasa Thai.

Gambar:






Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -