Posted by : Jobseekers Jumaat, 8 Februari 2013


Proton hari ini secara rasminya memperkenalkan model sedan Preve untuk pasaran Brunei Darussalam, dalam majlis pelancaran yang diadakan di Radisson Hotel Mutiara Ballroom.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Dato’ Abdullah Sani bin Omar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei. Turut hadir ialah Dato’ Lukman bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Berhad dan Mr. Simon Gelan, Pengarah Urusan United Motors Sdn. Bhd, pengedar kenderaan Proton di Brunei.

Sebelum ini Proton telah melancarkan model terbaru Preve di beberapa pasaran luar seperti Australia dan Thailand, dengan perancangan akan datang selepas Brunei ialah untuk mengeksport kenderaan tersebut ke pasaran Indonesia.


Bagi pasaran Brunei, Proton Preve ditawarkan dalam tiga varian; Executive dengan kelengkapan enjin 1.6 liter CAMPRO IAFM+ dengan pilihan transmisi manual dan CVT, manakala varian teratas Premium dikuasakan enjin turbo CFE dengan transmisi CVT ProTronic 7-kelajuan.

Harga yang ditawarkan ialah sebanyak BND$ 26,900 (MT) dan BND$ 28,550 (CVT) untuk varian Executive, sementara varian Premium berharga BND$ 32,650. Enam warna ditawarkan untuk Preve: Blue Lagoon, Tranquility Black, Solid White, Fire Red, Elegant Brown dan Genetic Silver.

Proton turut menawarkan tempoh jaminan selama lima tahun atau 150,000km (yang mana tiba dahulu) bagi kesemua varian Preve di pasaran Brunei.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -