Posted by : Jobseekers Selasa, 19 Februari 2013


Para peminat jenama Audi di UK kini boleh memiliki model TT Coupe dan Roadster Black Edition yang didatangkan dengan pilihan pakej dan spesifikasi Amplified Black, dengan kos tambahan sebanyak £700.

Dua pilihan enjin tersedia bersempena dengan penampilan barunya – enjin petrol 2.0 liter TFSI 211PS dengan padanan pacuan roda depan atau pacuan semua roda quattro dan enjin 2.0 liter TDI 170PS dengan sistem pacuan semua roda quattro tunggal.


Harga bagi model Black Edition termasuk kos untuk pakej Amplified Black bermula dari £31,365 untuk model 2.0 TFSI CoupĂ© dengan kotak gear manual enam kelajuan, dan meningkat kepada £36,360 untuk model 2.0 TFSI quattro Roadster dengan transmisi S tronic enam kelajuan.

Menurut Audi, pakej Amplified Black memberikan penampilan dan kelebihan tersendiri untuk model TT Coupe dan Roadster Black Edition, dengan kos tambahan hanya £700 berbanding harga asal Black Edition.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -